sampah dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Apr 2026 06:22:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sampah dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 59 tan sampah domestik berjaya dikutip https://sabahmedia.com/2025/08/25/lebih-59-tan-sampah-domestik-berjaya-dikutip/ https://sabahmedia.com/2025/08/25/lebih-59-tan-sampah-domestik-berjaya-dikutip/#respond Sun, 24 Aug 2025 17:37:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79981
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Sebanyak lebih 59 tan sampah domestik berjaya dikutip pada program ‘KK Cleanup Day 2.0’ yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025.

Program yang disempurnakan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah di Dataran Bandaraya di sini pada Sabtu turut berjaya mengitar semula 148,428 botol plastik dalam tempoh beberapa jam aktiviti itu dilaksanakan.

Hampir 2,000 peserta terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan, agensi, NGO, komuniti setempat serta pelajar turut sama menjayakan aktiviti tersebut.

Usaha tersebut bukan sahaja melibatkan kawasan bandaraya, malah merangkumi pembersihan kawasan pulau seperti Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar, yang melibatkan tujuh kampung.

Antaranya Kampung Lok Urai, Kampung Kasuapan, Kampung Pondo dan Kampung Torong Logong.

Sebanyak 53 unit jentera termasuk lori open truck, lori tangki air, skylift, bot penumpang, bot bomba serta skimmer boat telah digunakan pada program berkenaan

Antara aktiviti lain sepanjang program ini termasuklah pembersihan parit, lantai, bangunan, pengecatan rumah sampah dan kawasan medan selera, pemangkasan pokok, kawalan tikus serta pengutipan sampah terapung di perairan laut. 

Program ini turut menyaksikan kerjasama erat antara pelbagai jabatan, agensi, dan komuniti kampung dalam memastikan kebersihan persekitaran terpelihara.

Terdahulu, Dr Sabin ketika berucap berkata, pencapaian program itu membuktikan bahawa semangat gotong-royong dan kesedaran sivik masyarakat Kota Kinabalu semakin tinggi dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

“Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja membersihkan kawasan sekitar, malah menyemai rasa cinta kepada bandaraya dan negara, selari dengan semangat Sambutan Bulan Kebangsaan 2025,” katanya.

Program KK Cleanup Day 2.0 ini turut menyaksikan pelancaran Cabaran ‘Kampungku Bersih’ Edisi Kepulauan, yang bakal menjadi platform pertandingan komuniti untuk memastikan kebersihan kampung sentiasa diutamakan. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/25/lebih-59-tan-sampah-domestik-berjaya-dikutip/feed/ 0 79981
100 tan sampah dilupuskan sempena ‘KK Cleanup Day 1.0’ https://sabahmedia.com/2025/01/12/100-tan-sampah-dilupuskan-sempena-kk-cleanup-day-1-0/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/100-tan-sampah-dilupuskan-sempena-kk-cleanup-day-1-0/#respond Sun, 12 Jan 2025 00:19:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66812
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Sebanyak 100 tan sampah berjaya dilupuskan di seluruh kawasan awam, pasar awam, laut dan kampung kawasan kepulauan sekitar bandaraya Kota Kinabalu sempena pelaksanaan program ‘KK Cleanup Day 1.0’ di sini semalam.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu turut disertai lebih 5,000 peserta terdiri dari penduduk kampung dan pelbagai agensi Kerajaan, agensi bukan Kerajaan serta institusi pengajian tinggi dan pengusaha premis komersial.

Pelaksanaan program itu meliputi beberapa komponen antaranya pembersihan kawasan awam; pembersihan kawasan pasar; pembersihan perairan laut dan pembersihan Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar.

Satuk Seri Dr Sabin Samitah

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah ketika berucap merasmikan program itu berkata, ‘KK Cleanup Day’ bukan sekadar sebuah program, tetapi satu manifestasi kepada nilai dan tanggungjawab penduduk sebagai warga bandaraya.

Katanya, sejak dilancarkan pada tahun 2021, program itu telah menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan.

“Sebagai contoh, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 221 tan sampah telah berjaya dilupuskan dari kawasan kepulauan Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar.

“Kehadiran anda semua adalah bukti nyata bahawa semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial masih kukuh dalam kalangan masyarakat kita. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program yang sangat bermakna ini,” katanya.

Pada program itu, sebanyak 40 unit jentera berat telah digerakkan termasuklah lori; kompaktor; trak terbuka; tangki air; skylift; skimmer boat; dan bot pengangkutan sampah. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/100-tan-sampah-dilupuskan-sempena-kk-cleanup-day-1-0/feed/ 0 66812