Sampah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Jul 2025 21:00:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sampah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tapak pelupusan sampah berteknologi 3R paten global pertama Sabah dibangun di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/07/22/tapak-pelupusan-sampah-berteknologi-3r-paten-global-pertama-sabah-dibangun-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/07/22/tapak-pelupusan-sampah-berteknologi-3r-paten-global-pertama-sabah-dibangun-di-sandakan/#respond Mon, 21 Jul 2025 21:00:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77703
Read Time:2 Minute, 20 Second

SANDAKAN: Usaha menangani isu sisa pepejal dan tapak pelupusan sampah di Sandakan kini melangkah setapak ke hadapan.

IGNIS SG (Sabah) Sdn. Bhd. telah memeterai Perjanjian Konsesi bersama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi melaksanakan projek pemulihan tapak pelupusan lama (dead landfill) di Sungai Sibuga, melibatkan tempoh 12 tahun dan lapan tahun lanjutan.

Pengarah Eksekutif IGNIS SG (Sabah) Sdn. Bhd., Dr. Davina Datuk Marcus berkata usaha itu adalah sebuah langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah lambakan sampah dan sisa pepejal yang sukar dikendalikan.

“Usaha ini adalah sesuatu yang saya sudah lama rancang kerana saya sendiri lihat dan rasa kesan bila pusat pelupusan sampah semakin menggunung dengan sisa sampah yang tidak dapat dilupuskan, ruang dan kawasan tapak pelupusan sampah yang semakin bertambah dan saya rasa ini perlu dikendalikan dengan satu usaha baru yang boleh mengatasi dan menyumbang kepada kerja-kerja memelihara kelestarian alam sekitar tanpa timbunan sampah.

“Melalui pemeteraian ini, IGNIS SG diberikan hak eksklusif untuk membangunkan dan melaksanakan kerja-kerja pemulihan menggunakan teknologi IGNIS 3R, yang mana ini adalah satu teknologi inovatif yang telah dipatenkan secara global oleh syarikat induk, Ignis Environment Initiatives Sdn. Bhd.

“Projek ini bukan sahaja menyelesaikan isu pelupusan sisa yang telah lama tertanam, malah menjadi pemangkin kepada transformasi hijau bandar Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika Majlis Pelancaran Projek Pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sibuga, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Davina lagi, teknologi IGNIS 3R menawarkan rawatan menyeluruh tanpa pembakaran dan tanpa pelepasan toksik, menyokong sasaran nasional Malaysia Net-Zero Emission 2050 dan prinsip ESG.

“Penggunaan teknologi ini mampu untuk memproses sisa pepejal tertanam tanpa perlu pengasingan awal, sistem rawatan kitar tertutup (closed-loop) berkonsepkan zero waste-to-landfill, pemulihan semula tanah untuk kegunaan akan datang dan pengeluaran semula bahan berguna daripada sisa lama.

“Selain itu, saya juga ingin memaklumkan bahawa projek ini adalah dibiayai sepenuhnya melalui model Private Financing Initiative (PFI) oleh IGNIS SG (Sabah) Sdn. Bhd. dengan sokongan EXIM Bank Malaysia, tanpa sebarang dana kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan.

“Ini membuktikan kepercayaan sektor kewangan terhadap daya maju projek ini, dan keberkesanan teknologi IGNIS 3R dalam skala komersial,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Davina juga menjelaskan bahawa projek yang itu kini dalam status pelaksanaan awal bagi kerja-kerja tapak dan mobilisasi mesin IGNIS 3R.

Katanya, IGNIS SG Sandakan 3R Waste Rehabilitation Project itu dijangka siap sepenuhnya secara fizikal pada Julai 2026.

“Harapan saya untuk projek tapak pelupusan ini sangat besar, saya ingin usaha ini menjadi satu inspirasi untuk semua pihak komited dalam usaha untuk memelihara alam dan membebaskan kapasiti tapak pelupusan sampah tepu yang semakin luas dan banyak dengan timbunan sampah.

“Saya juga berharap projek ini mampu untuk mengurangkan risiko kesihatan awam yang berpunca daripada masalah pencemaran alam sekitar akibat sampah, menambah nilai semula guna tanah, dan menyumbang kepada menaikkan taraf imej bandar Sandakan,” ujar beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/22/tapak-pelupusan-sampah-berteknologi-3r-paten-global-pertama-sabah-dibangun-di-sandakan/feed/ 0 77703
Program pembersihan pantai semarak kesedaran alam sekitar https://sabahmedia.com/2025/06/20/program-pembersihan-pantai-semarak-kesedaran-alam-sekitar/ https://sabahmedia.com/2025/06/20/program-pembersihan-pantai-semarak-kesedaran-alam-sekitar/#respond Fri, 20 Jun 2025 00:05:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75854
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 60 beg sampah seberat 402 kilogram sampah berjaya dikutip pada program pembersihan pantai yang berlangsung di Taman Awam di sini baru-baru ini.

Program anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu adalah bagi memupuk kesedaran alam sekitar dan pengurusan pesisir pantai secara mampan.

Penganjuran program itu turut mendapat kerjasama dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kedutaan Perancis di Malaysia serta lapan buah sekolah menengah di seluruh Sabah.

Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura (Sandakan), SMK Tandek (Kota Marudu), SMK Sanzac (Kota Kinabalu), SM St. Michael (Penampang), SM Sains Sabah, SMK Pinawantai (Kudat), SMK Labuan dan SMK Tebobon.

Seramai lebih 150 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UMS, pegawai-pegawai dari NRES, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Meteorologi serta wakil dari Kedutaan Perancis hadir pada program berkenaan.

 Antara bahan buangan yang dikutip termasuklah sisa plastik, jaring ikan dan bahan tidak mudah reput lain.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) NRES, Datuk Nor Yahati Awang, menekankan kepentingan tindakan secara kolektif.

“Pantai kita adalah ekosistem dan warisan yang penting. Kami menghargai sokongan daripada UMS, sekolah-sekolah tempatan dan Kedutaan Perancis yang menunjukkan keprihatinan global terhadap kesihatan lautan,” katanya.

Dominique Husken-Ulbrich, wakil dari Kedutaan Perancis, turut mengiktiraf komitmen masyarakat setempat.

“Perancis kekal komited dalam menyokong inisiatif global dan tempatan yang selari dengan Perjanjian Paris dan Matlamat Pembangunan Mampan. 

“Program pembersihan hari ini membuktikan kesan positif kerjasama antara institusi pendidikan dan rakan diplomatik,” katanya.

Ketua Program Sains Marin UMS, Dr. Madihah Jaffar Sidek turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas dedikasi mereka terhadap pemuliharaan marin.

Beliau menyatakan bahawa program ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang lebih besar untuk memupuk nilai pemeliharaan alam sekitar serta melibatkan belia dalam usaha pemuliharaan di seluruh Sabah.

Program pembersihan pantai ini merupakan antara aktiviti tahunan BMRI UMS sempena Sambutan Lautan, bersempena dengan Hari Lautan Sedunia, Hari Segitiga Terumbu Karang dan Hari Penyu Laut Sedunia.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/20/program-pembersihan-pantai-semarak-kesedaran-alam-sekitar/feed/ 0 75854
Marah sampah tidak dibuang, lelaki dipenjara 8 minggu ugut adik https://sabahmedia.com/2025/03/17/marah-sampah-tidak-dibuang-lelaki-dipenjara-8-minggu-ugut-adik/ https://sabahmedia.com/2025/03/17/marah-sampah-tidak-dibuang-lelaki-dipenjara-8-minggu-ugut-adik/#respond Mon, 17 Mar 2025 10:13:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70556
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan minggu selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuannya dalam satu kejadian yang berpunca daripada isu sampah.

Ahmad Hailmy Abd Rahman, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, hari ini.

Ahmad melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 40 tahun pada 12 Mac, lebih kurang jam 12.45 tengah malam di Kg. Peringatan, Petagas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, adik tertuduh (pengadu) terdengar tertuduh menjerit dan bertanya apa yang berlaku. Tertuduh marah kerana anak lelaki pengadu tidak membuang sampah.

Pengadu menyatakan itu hanya perkara kecil dan sampah boleh dibuang keesokan pagi, namun tertuduh memarahinya dan berkata: “Kalau kau bukan perempuan, lama sudah aku rembat kau.”

Pada masa yang sama, tertuduh membaling pisau ke arah pengadu, tetapi pengadu sempat mengelak. Tertuduh juga menghentak lesung batu ke atas meja makan.

Suami pengadu berjaya meleraikan keadaan itu dan pengadu membuat laporan polis kerana berasa takut dengan ugutan tersebut.

Tertuduh ditangkap pada 14 Mac.

Hasil siasatan mendapati pengadu dan tertuduh tinggal serumah. Pengadu membawa tertuduh yang baru keluar penjara ke Sabah dari Semenanjung, dengan harapan abangnya akan berubah.

Semasa rayuan, tertuduh menerusi peguamnya meminta hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan jenayah pertamanya. Tertuduh sebelum ini pernah menjalani hukuman lima tahun penjara dan juga sebatan di Kajang atas kesalahan dadah.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Hamidi Hamzah, mengendalikan kes ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/17/marah-sampah-tidak-dibuang-lelaki-dipenjara-8-minggu-ugut-adik/feed/ 0 70556
511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat https://sabahmedia.com/2025/02/14/511-kilogram-sampah-berjaya-dikutip-di-pantai-tanjung-lipat/ https://sabahmedia.com/2025/02/14/511-kilogram-sampah-berjaya-dikutip-di-pantai-tanjung-lipat/#respond Fri, 14 Feb 2025 11:15:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68687
Read Time:35 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Sebanyak 511 kilogram sampah berjaya dikutip di sepanjang pantai Tanjung Lipat sempena Progran Khidmat Masyarakat Untuk Bumi Hijau anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Peserta program Khidmat Masyarakat Untuk Bumi Hijau anjuran Polis DiRaja Malaysia, Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, SAC Datuk Azmi Abdul Rahim yang mengetuai gotong royong berkata, program itu disertai lebih 150 orang yang terdiri daripada kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan tujuh badan bukan kerajaan.

Objektif program berkenaan adalah untuk memupuk tanggungjawab bersama menjaga kebersihan di samping mengeratkan silaturahim antara PDRM dan masyarakat setempat.

Tambanya lagi, program-program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan semua pihak untuk menjaga keindahan semulajadi di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/14/511-kilogram-sampah-berjaya-dikutip-di-pantai-tanjung-lipat/feed/ 0 68687
35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas https://sabahmedia.com/2024/09/23/35-kilogram-sampah-berjaya-dikutip-di-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2024/09/23/35-kilogram-sampah-berjaya-dikutip-di-teluk-likas/#respond Mon, 23 Sep 2024 01:56:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61063
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lebih 35 kilogram sampah berjaya dikutip pada pelaksanaan program ‘Sabah Kekal Bersih, Pelihara Alam, Ini Rumah Kita’ yang berlangsung di Teluk Likas berhampiran dengan Anjung Selera di sini baru-baru ini.

Pengerusi Penganjur Cyron Chang berkata, penganjuran itu berjaya mencapai objektifnya menerusi penyertaan pelbagai pihak termasuk pelajar dan masyarakat setempat.

“Program sehari yang kita laksanakan ini berjaya mengutip lebih 35 kilogram sampah di sekitar Teluk Likas dan 90 peratus daripada sampah itu adalah terdiri dari bahan plastik.

“Aktiviti kesedaran RComm Lestari sejak ditubuhkan tahun 2010  banyak melibatkan pelajar sekolah dengan menerapkan mesej lestari dan kecintaan alam sekitar dikalangan warganya. 

“Aktiviti Sabah Kekal Bersih seperti ini lebih tepat dalam usaha meningkatkan lagi tahap kebersihan dikalangan masyarakat setempat seperti di Sabah.  Selain mesej yang lebih dekat dihati kami warga Sabah, ia menyentuh aspek kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Cyron berkata, pihaknya akan terus menyokong usaha kerajaan Sabah khususnya Jabatan Sisa Pepejal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kearah Sabah Maju Jaya tanpa merosakkan keindahan alam sekitarnya.

“Kempen tanpa plastik beg yang sedang giat di bandar Kota Kinabalu sangat sinonim dengan usaha ini yang  diterjemahkam dalam bentuk kesedaran dan pendidikan awam.

“Kita juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak DBKK yang sentiasa mendukung sama misi ini,” katanya.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kionsom dipilih menjadi sekolah angkat RComm Lestari pertama di Sabah bagi pertubuhan itu yang banyak menyuntik usaha Lestari. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/23/35-kilogram-sampah-berjaya-dikutip-di-teluk-likas/feed/ 0 61063
Lebih 4 tan sampah berjaya dikutip menerusi program CSR https://sabahmedia.com/2024/08/01/lebih-4-tan-sampah-berjaya-dikutip-menerusi-program-csr/ https://sabahmedia.com/2024/08/01/lebih-4-tan-sampah-berjaya-dikutip-menerusi-program-csr/#respond Thu, 01 Aug 2024 06:27:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58403
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Lebih empat tan sampah berjaya dikutip menerusi pelaksanaan program khidmat masyarakat bagi membersihkan pantai sekitar Taman Teluk Likas II di sini baru-baru ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan kakitangan pengurusan Centre Point Sabah (CPS) itu menunjukkan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar.

CPS dalam satu kenyataan berkata, program yang berlangsung selama dua jam itu berjaya mengumpulkan sejumlah 4009.5 kilogram atau empat tan sampah dan ia merupakan jumlah tertinggi setakat ini.

“Kami amat berbangga dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan pengurusan Centre Point Sabah. Jumlah sampah yang dikumpul dalam masa hanya dua jam adalah luar biasa dan mencatatkan rekod baharu untuk usaha pembersihan kami,” menurut kenyataan itu. 

Acara ini merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh pihak pengurusan CPS.

Kejayaan inisiatif ini telah memberi inspirasi kepada pusat beli-belah untuk merancang aktiviti pembersihan pada masa hadapan bersama dengan komuniti setempat, mengukuhkan komitmen mereka terhadap penjagaan alam sekitar.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam CPS Meredith Madani berkata, pihaknya sangat gembira kerana dapat memberi impak yang besar dengan aktiviti pembersihan pantai buat kali pertama.

“Ini hanyalah permulaan, dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan komuniti untuk memastikan pemeliharaan kawasan pantai kita yang indah,” katanya. 

Bersempena dengan ulang tahun ke-34 pusat beli-belah dan ‘Hari Tanpa Plastik’ yang dilaksanakan oleh DBKK, pusat beli-belah ini melancarkan kempen “Beli & Tebus: Bawa Beg Bah!”.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan mempromosikan amalan mesra alam.

Dari 24 Ogos hingga 4 September 2024, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dalam satu atau gabungan resit semasa sambutan ulang tahun akan menerima beg beli-belah yang boleh dilipat.

Kempen ini selaras dengan Kempen 3B (Bawa Beg Bah) oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, seperti yang diumumkan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu pada Jun 2024. 

Sebanyak 3,600 beg boleh guna semula akan diedarkan untuk menggalakkan tabiat membeli-belah yang lestari. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/01/lebih-4-tan-sampah-berjaya-dikutip-menerusi-program-csr/feed/ 0 58403
KKTP ketuai ‘task force’ kaji, selesai isu tapak pelupusan sampah PBT https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/ https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/#respond Wed, 19 Jun 2024 06:49:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56229
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, Kementeriannya akan mengetuai “task force” untuk mengkaji dan mencari penyelesaian tapak pelupusan sampah bersama dengan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Isu tersebut merupakan antara perkara-perkara yang dibangkitkan semasa siri lawatan kembara beliau ke PBT Kota Belud dan Kota Marudu kelmarin (18 Jun).

Semasa lawatan ke PBT Kota Belud, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II telah diberikan taklimat tadbir urus oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Kamariah Ismail.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd. Arshad Bistari; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud, Bakri Nanun; wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Inspektor Sabestian Ak Pendie; serta Ahli-ahli Majlis Daerah dan Pegawai-pegawai KKTP.

Antara perkara yang dibincangkan adalah isu tapak pelupusan sampah.

Semasa lawatan ke PBT Kota Marudu, Dr. Joachim dan rombongan telah diberikan taklimat Tadbir Urus Majlis Daerah Kota Marudu oleh Pegawai Eksekutifnya, Abdul Sani Arsat.

Dr. Joachim (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama dengan Dr. Jamili (empat dari kiri) dan semua yang hadir ke lawatan kembara PBT Kota Marudu.

Beliau dimaklumkan bahawa tapak pelupusan sampah bagi Kota Marudu tidak dapat menampung kuantiti/jumlah sampah yang dikutip oleh Majlis, selain laluan jalan ke pusat pelupusan rosak dan sukar dilalui apabila musim hujan dan perlu dinaik taraf.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri lawatan kembara Dr. Joachim ke semua PBT di Sabah yang bermula sejak awal tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/feed/ 0 56229
Sukarelawan MASESA bersama penduduk kutip 800kg sampah di Kg Tanjung Aru Lama https://sabahmedia.com/2021/07/25/sukarelawan-masesa-bersama-penduduk-kutip-800kg-sampah-di-kg-tanjung-aru-lama/ https://sabahmedia.com/2021/07/25/sukarelawan-masesa-bersama-penduduk-kutip-800kg-sampah-di-kg-tanjung-aru-lama/#respond Sun, 25 Jul 2021 09:05:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3566
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 800 kilogram sampah telah dikutip oleh enam orang sukarelawan dari badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah (MASESA) bersama 35 orang penduduk Kampung Tanjung Aru Lama di sekitar kediaman mereka di kampung berkenaan, semalam.

Presiden MASESA, Ainie Jamin berkata aktiviti yang dianjurkan pihaknya bersama penduduk kampung terbabit adalah bagi memberi kesedaran untuk membersihkan kawasan di sekitar kediaman mereka yang dipenuhi sampah.

“Persatuan kami sebelum ini banyak melaksanakan aktiviti mengenai kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya dengan komuniti kampung.

“Namun kali ini sedikit berbeza dimana kami menganjurkan aktiviti mengutip sampah hanya di sekitar rumah mereka kerana dari pemerhatian kami, begitu banyak sampah yang bertimbun tetapi tidak dipedulikan oleh majoriti penduduk Kampung Tanjung Aru Lama.

“Dengan aktiviti ini, kami berharap ia akan menjadi satu langkah permulaan agar penduduk kampung di sini lebih peka untuk membersihkan kawasan kediaman mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Ainie turut berkata MASESA turut mengagihkan bakul makanan hasil sumbangan beberapa pihak kepada penduduk Kampung Tanjung Aru Lama yang melibatkan diri dalam aktiviti mengutip sampah anjuran pihaknya itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menyumbang barangan berbentuk makanan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Tanjung Aru Lama.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/25/sukarelawan-masesa-bersama-penduduk-kutip-800kg-sampah-di-kg-tanjung-aru-lama/feed/ 0 3566