Sampai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Aug 2021 15:08:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sampai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mohon pastikan bekalan vaksin sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/#respond Thu, 05 Aug 2021 15:08:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4125
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Peningkatan kes di Sabah beberapa hari ini membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan.

“Kita sudah dengar pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk berikan tambahan bekalan dan prioriti kepada Sabah. Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan menerusi lama Facebooknya.

“Mohon supaya pastikan bekalan tersebut sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.

“Jika perlu, sediakan pelan alternatif untuk mengatasi sebarang kelewatan bekalan vaksin. Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” kata Salleh yang juga Ahli Undangan Negeri Usukan.

Terdahulu, Kerajaan Sabah berharap bekalan vaksin yang dijadualkan pada bulan Ogos untuk negeri ini akan tiba tepat pada waktunya.

Jurucakap Sabah COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri ini hanya menerima kenaikan dos vaksin sejumlah 374,214 dos sejak 21 Julai hingga 31 Julai 2021.

Manakala jumlah dos harian tertinggi adalah 48,300 pada hari Sabtu, 31 Julai lalu.

Beliau berharap akan dapat lebih banyak bekalan seperti yang telah dipersetujui, sesuai dengan waktu yang dijadualkan bulan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/feed/ 0 4125
Kelewatan bekalan vaksin ke Sabah berpunca dari pembekal lambat sampai ke negara ini – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/#respond Thu, 22 Jul 2021 08:22:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3433
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berharap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan akan membekalkan jumlah vaksin yang lebih banyak ke negeri ini, bagi mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk akan menerima vaksin menjelang bulan Oktober ini.

“Kita memang mahu mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin dan berharap kerajaan dapat berbuat demikian.

“Justeru, kita berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan vaksin ke negeri ini dengan lebih banyak kerana Sabah antara yang terendah dan kita tidak menerima banyak (bekalan vaksin) daripada kerajaan,” katanya.

Hajiji bagaimanapun berkata kerajaan akan mula menghantar vaksin ke Sabah mulai minggu ini dan kelewatan itu juga berpunca daripada pembekal yang lambat sampai ke negara ini.

“Memang ada sedikit kelewatan tetapi Kementerian Kesihatan sudah menjadualkan semula penghantaran vaksin ke negeri ini,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/feed/ 0 3433