santuni penduduk Kg Tangkee – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Apr 2023 04:05:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png santuni penduduk Kg Tangkee – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Majlis Iftar Kumpulan Yayasan Sabah, santuni penduduk Kg Tangkee https://sabahmedia.com/2023/04/02/majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-santuni-penduduk-kg-tangkee/ https://sabahmedia.com/2023/04/02/majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-santuni-penduduk-kg-tangkee/#respond Sun, 02 Apr 2023 04:02:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31995
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Kira-kira 200 orang penduduk sekitar Kg Tangkee menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah telah bertempat di Masjid Nur Al-Laili, Kampung Tangkee, dekat sini pada Jumaat.

Antara yang hadir ke majlis tersebut, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan.

Pengerusi Masjid Nur Al-Laili, Suna Dori Hamsan menzahirkan penghargaan beliau kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih Masjid Nur El-Nizam sebagai tapak penganjuran program tersebut.

“Kumpulan Yayasan Sabah memainkan peranan penting dalam pembangunan prasarana Masjid Nur Al-Laili.

“Program berbuka puasa hari ini menjalinkan semula hubungan antara masyarakat kita dan Kumpulan Yayasan Sabah.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada
Kumpulan Yayasan Sabah kerana menjayakan program ini di samping memperbaharui ikatan silaturrahim dan kerjasama yang telah lama terjalin selama ini,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyumbang kepada dana
pembangunan Masjid Nur Al-Laili.

Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Program Berbuka Puasa merupakan acara tetap dalam takwim tahunan Kumpulan Yayasan Sabah dalam mengutamakan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik, menyediakan bahan makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan di samping memupuk semangat persaudaraan dan persahabatan antara Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat
setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/02/majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-santuni-penduduk-kg-tangkee/feed/ 0 31995