Santuni – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Apr 2024 07:19:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Santuni – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran https://sabahmedia.com/2024/04/24/juliah-santuni-anak-anak-istimewa-ppdk-tuaran/ https://sabahmedia.com/2024/04/24/juliah-santuni-anak-anak-istimewa-ppdk-tuaran/#respond Wed, 24 Apr 2024 07:04:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53446
Read Time:46 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menyantuni anak-anak istimewa sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tuaran di Kampung Batangan pada Rabu.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat (MUTIARA) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diiringi oleh Isteri Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya Negeri, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi, isteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, DatinLenny Natasha Tan Sri Musa dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir MUTIARA-GRS.

Selain menyantuni para pelatih PPDK Tuaran dan ibu-bapa mereka, Juliah yang juga penaung pertubuhan itu turut menyampaikan “Duit Raya” kepada para pelatih.

Antara pengisian Majlis Rumah Terbuka Hari Raya itu ialah persembahan daripada pelatih PPDK, persambaham ibu bapa dan cabutan tiket bertuah.

PPDK Tuaran yang ditubuhkan pada tahun 2010, kini mempunyai seramai 85 pelatih orang kurang upaya (OKU) berumur di antara dua tahun hingga 40 tahun dari sekitar kawasan Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/24/juliah-santuni-anak-anak-istimewa-ppdk-tuaran/feed/ 0 53446
KPVKMSB santuni warga Hospital Semporna sempena sambutan Hari Raya https://sabahmedia.com/2023/05/10/kpvkmsb-santuni-warga-hospital-semporna-sempena-sambutan-hari-raya/ https://sabahmedia.com/2023/05/10/kpvkmsb-santuni-warga-hospital-semporna-sempena-sambutan-hari-raya/#respond Wed, 10 May 2023 07:22:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34120
Read Time:1 Minute, 2 Second

SEMPORNA: Pengerusi Koperasi Permuafakatan Veteran Komando Malaysia Sabah Berhad (KPVKMSB) merangkap Penasihat Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS), Mejar Biyazid Reduan@Redzuan (Bersara), telah menyantuni warga hospital sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hospital Semporna baru-baru ini.

Mejar Biyazid hadir sebagai memenuhi undangan Dr Mohd Syahfadzreen Yunus selaku Pengarah Hospital Semporna.

Pada Majlis Hari Raya yang berlangsung di Dewan Lepa Hospital Semporna, turut diadakan lawatan kebajikan ke Wad Kanak-Kanak dan menyantuni mereka dengan sumbangan ‘Duit Raya’ sebagai tanda sokongan, simpati dan untuk memberi motivasi kepada keluarga pesakit.

Turut hadir ke majlis itu ialah Timbalan Pengerusi KPVKMSB Abd Masik Kabbul dan Setiausaha KPVKMSB Mad Sarip Saleh.

Dalam pada itu, Dr Mohd Syahfadzreen mewakili staff dan warga hospital merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Majer Biyazid bersama rombongannya kerana sudi memenuhi undangan pihak Hospital Semporna.

“Saya mewakili warga hospital di sini berterima kasih atas kesudian Majer Biyazid serta rombongannya sambil menyantuni warga hospital dan memberi sumbangan duit raya kepada para pesakit terutama kanak-kanak.

“Sumbangan itu sekurang-kurangnya telah meringankan beban kewangan kepada para pesakit.Kita amat memerlukan sumbangan ikhlas seumpama itu bagi meringankan beban mereka”, kata Dr Mohd Syahfadzreen sambil mengharapkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang lain dapat mencontohi usaha pihak KPVKMSB tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/10/kpvkmsb-santuni-warga-hospital-semporna-sempena-sambutan-hari-raya/feed/ 0 34120
Ahli Parlimen Ranau santuni 45 Kanak-Kanak Yatim Piatu RAY https://sabahmedia.com/2023/04/19/ahli-parlimen-ranau-santuni-45-kanak-kanak-yatim-piatu-ray/ https://sabahmedia.com/2023/04/19/ahli-parlimen-ranau-santuni-45-kanak-kanak-yatim-piatu-ray/#respond Wed, 19 Apr 2023 02:17:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33050
Read Time:1 Minute, 21 Second

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyantuni seramai 45 orang Kanak-Kanak Yatim Piatu  tinggal di Rumah Anak Yatim (RAY) Kampung Silad terletak 15 kilometer dari pekan Ranau semalam.

Kunjungan Datuk Jonathan ke RAY itu adalah, untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak berkenaan, turut dihadiri kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Sempena kunjungannya itu, Datuk Jonathan menyampaikan sumbangan RM5,500 (RM100 seorang kepada 45 orang anak dan RM1,000 (satu ribu) lagi untuk RAY manakala RM10 ribu akan disalurkan kepada RAY apabila dana Fasa 2 Parlimen dapat diperoleh tahun ini.

Pengurus RAY, Ustaz Mohd Hainin @ Gentala mewakili RAY merakam penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Datuk Jonathan menyantuni anak-anak tidak ‘beribu dan tidak berbapa’ di RAY berkenaan.

“Dengan sumbangan itu sedikit-sebanyak telah membantu meringankan beban anak-anak di sini dan RAY seluruhnya”, ujarnya.

Jonathan dalam pada itu mengharapkan kepada anak-anak yang tinggal di Rumah Anak Yatim itu, supaya tidak berasa tersisih dalam masyarakat kerana masih ada yang sayang dengan mereka.

“Jangan berasa tersisih atau terpinggir oleh masyarakat sebab masih ramai insan yang menyayangi mereka”, jelas Datuk Jonathan sambil mengharapkan kepada pengurusan/penjaga RAY supaya bersabar menghadapi karenah pelbagai anak-anak di bawah jagaan, asuhan dan didikannya itu.

“Berilah mereka kasih sayang, asuhan akhlak yang terbaik, didikan agama serta pendidikan akademik sebaik mungkin bagi membolehkan mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa akan datang”, tambahnya.

Pada masa yang sama Jonathan merakamkan penghargaan kepada Ustaz Mohd Hainin dan pengurusan RAY Kg Silad kerana RAY telah ditadbir dengan sangat baik.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/19/ahli-parlimen-ranau-santuni-45-kanak-kanak-yatim-piatu-ray/feed/ 0 33050