sara hidup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 03 Feb 2023 04:31:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sara hidup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Adun Kuamut gesa Menu Rahmah turut diperluaskan ke Wilayah Sabah, Labuan dan Sarawak https://sabahmedia.com/2023/02/03/adun-kuamut-gesa-menu-rahmah-turut-diperluaskan-ke-wilayah-sabah-labuan-dan-sarawak/ https://sabahmedia.com/2023/02/03/adun-kuamut-gesa-menu-rahmah-turut-diperluaskan-ke-wilayah-sabah-labuan-dan-sarawak/#respond Fri, 03 Feb 2023 04:31:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28959
Read Time:1 Minute, 15 Second

KINABATANGAN — Program Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan di semenanjung wajar diperluaskan di Sabah, Sarawak dan Labuan supaya rakyat di tiga wilayah Borneo itu turut sama menikmati inisitif tersebut.

Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah, menyambut baik program tersebut dan berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat mewujudkan sisi libat urus bagi melaksanakan program berkenaan di tiga wilayah berkenaan.

Katanya, program itu amat besar menafaatnya lebih-lebih lagi jika ia diwujudkan dalam permis makanan di kawasan perkampungan universiti atau institusi pendidikan awam.

“ Sekurang-kurangnya dapat meringgankan bajet golongan pelajar kalangan B40 yang cuma bergantung sepenuhnya dengan perbelanjaan ibu bapa,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan pengenalan Menu Rahmah iaitu hidangan makanan pada harga serendah RM5 ke bawah, bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.

Menteri KPDN. Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangka memeterai memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia minggu depan.

” Kita melihat inisitif itu memang bagus serta mampu menjadi daya tarikan penghujung ke permis makanan bagi menjimatkan perbelanjaan harian.

” Tawaran harga juadah yang disediakan cukup berpatutan dan dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kos sara hidup tinggi sekarang, ” katanya.

Menurut Masiung, adalah kurang adil jika program itu hanya diperkenalkan di Semenanjung Malaysia, tapi penduduk di wilayah Borneo juga perlu dilibatkan supaya wujud inisitif sama rata.

Bagaimanapun, KPDN diingatkan agar membuat pemantauan dari masa ke semasa supaya peniaga tidak mengambil kesempatan memanipulasi Menu Rahmah.

Menu itu merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur yang ditawarkan untuk sajian tengahari dan malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/03/adun-kuamut-gesa-menu-rahmah-turut-diperluaskan-ke-wilayah-sabah-labuan-dan-sarawak/feed/ 0 28959
Semua pihak diseru berganding bahu tangani isu kenaikan kos sara hidup – David Chan https://sabahmedia.com/2023/01/25/semua-pihak-diseru-berganding-bahu-tangani-isu-kenaikan-kos-sara-hidup-david-chan/ https://sabahmedia.com/2023/01/25/semua-pihak-diseru-berganding-bahu-tangani-isu-kenaikan-kos-sara-hidup-david-chan/#respond Wed, 25 Jan 2023 03:36:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28435
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyeru semua pihak saling berganding bahu dalam membantu menangani isu kenaikan kos sara hidup yang membebankan kehidupan seharian rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Presidennya, David Chan berkata, sehubungan dengan perkara itu, beliau meminta pengilang, pembekal, pengedar dan peniaga agar tidak terlalu mementingkan keuntungan dengan menaikkan harga secara melampau sehingga membebankan pengguna.

Manakala pengguna pula, katanya, perlu berjimat cermat dan memahami bahawa kenaikan kos kehidupan bersifat global dan amat sukar dielakkan.

“Rakyat mesti bersedia menghadapi masalah kenaikan kos dan perlu bijak dalam menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Persatuan Pengguna turut berharap kedatangan Tahun Baharu Cina tahun ini bakal membawa lebih kemajuan dan keharmonian kepada seluruh lapisan rakyat.

David berkata, selepas melalui pelbagai dugaan dan cabaran seharusnya sambutan perayaan pada kali ini lebih meriah dan bermakna.

“Kita sebagai sebuah persatuan pengguna mengharapkan agar tahun ini akan membawa lebih banyak keharmonian, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri Sabah.

“Kita bersyukur kerana masyarakat Tionghua dapat menyambut dan meraikan Tahun Baharu Cina pada kali ini dalam suasana yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Jelas beliau, berdasarkan Zodiak Cina, 2023 menandakan Tahun Arnab iaitu haiwan yang dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang.

Malah kata David, dalam budaya kaum Cina, zodiak arnab yang disambut tahun ini juga adalah simbol harapan, tuah dan kemakmuran.

“Saya percaya perkara buruk yang berlaku akan berakhir selepas negara kita pulih daripada penularan pandemik Covid-19 dan sudah tiba masanya membina semula ekonomi negeri kita.

“Kita perlu membina semula banyak perkara yang merencatkan kemajuan ekonomi, malah struktur sosial melibatkan pendidikan dan kesihatan rakyat,” katanya.

Menurut David lagi, perayaan bukan sahaja disambut dengan penuh rasa kesyukuran tetapi menjadi hari penting untuk diraikan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Kita perlu terus mengeratkan perpaduan dan kesatuan antara rakyat seperti mana kita bersatu mengekang wabak Covid-19 yang akan terus menjadi pengalaman pahit kepada semua,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/25/semua-pihak-diseru-berganding-bahu-tangani-isu-kenaikan-kos-sara-hidup-david-chan/feed/ 0 28435