Sara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Jun 2026 12:49:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah catat 1,493 kedai berdaftar SARA, liputan diperluas hingga pedalaman https://sabahmedia.com/2026/06/23/sabah-catat-1493-kedai-berdaftar-sara-liputan-diperluas-hingga-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2026/06/23/sabah-catat-1493-kedai-berdaftar-sara-liputan-diperluas-hingga-pedalaman/#respond Tue, 23 Jun 2026 12:49:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98750
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,493 kedai di seluruh Sabah kini berdaftar sebagai lokasi penebusan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekali gus memperluaskan akses bantuan kepada rakyat termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, peningkatan jumlah kedai yang menyertai program itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan penerima yang layak dapat menikmati manfaat SARA dengan lebih mudah dan dekat.

Beliau berkata, penggunaan MyKad sebagai medium penebusan dipilih kerana ia lebih praktikal memandangkan setiap warganegara Malaysia yang layak mempunyai dokumen berkenaan.

“Kalau mereka layak menerima bantuan SARA, mereka boleh datang ke kedai dan terus menebus barangan yang disediakan menggunakan MyKad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan program SARA di Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Amir Hamzah berkata, usaha memperluaskan rangkaian kedai SARA bukan sahaja tertumpu di kawasan bandar, malah turut melibatkan kawasan kampung dan pedalaman bagi mengurangkan jarak yang perlu dilalui penerima untuk mendapatkan bantuan.

“Di Sabah, kita telah melihat peningkatan kedai yang berdaftar di bawah SARA sehingga kini mencapai 1,493 kedai di seluruh negeri. Ia bukan hanya di bandar besar tetapi juga masuk ke kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan liputan program berkenaan melalui kerjasama bersama pihak berkaitan termasuk penyedia perkhidmatan dan agensi pelaksana.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan bantuan yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan serta memenuhi konsep bantuan bersasar.

Dalam masa sama, beliau berkata pelaksanaan SARA turut memberi manfaat kepada usahawan tempatan apabila produk mereka diberi peluang untuk dipasarkan melalui kedai-kedai yang menyertai program tersebut.

Menurutnya, sehingga kini lebih 150,000 jenis barangan telah tersedia dalam sistem SARA di seluruh negara, sekali gus memberi pilihan lebih luas kepada penerima.

“Program ini bukan sahaja memberi bantuan kepada rakyat, tetapi turut membantu menggerakkan ekonomi tempatan dan memberi peluang kepada usahawan meningkatkan jualan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memperluaskan penyertaan kedai-kedai kecil dalam program SARA bagi memastikan liputan bantuan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.

Tambah beliau, usaha berkenaan selari dengan matlamat kerajaan untuk memastikan setiap bantuan disalurkan secara berkesan, mudah dicapai dan memberi impak kepada rakyat.

“Yang penting adalah bantuan itu sampai kepada mereka yang memenuhi syarat dan mereka boleh mendapatkannya dengan lebih mudah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/23/sabah-catat-1493-kedai-berdaftar-sara-liputan-diperluas-hingga-pedalaman/feed/ 0 98750
Lebih 22 juta rakyat terima SARA untuk semua bermula hari ini https://sabahmedia.com/2026/02/09/lebih-22-juta-rakyat-terima-sara-untuk-semua-bermula-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/02/09/lebih-22-juta-rakyat-terima-sara-untuk-semua-bermula-hari-ini/#respond Mon, 09 Feb 2026 02:36:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91294
Read Time:1 Minute, 39 Second

KUALA LUMPUR: Lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia akan menerima manfaat kredit sekali bayar RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua bermula hari ini sehingga 31 Disember 2026.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion.

Menurut kenyataan itu lagi, isi rumah berpeluang menerima bantuan berganda bergantung pada bilangan ahli dewasa yang layak.

“Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri serta dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM400 kredit SARA untuk semua secara keseluruhan tidak termasuk bantuan SARA Bulanan jika berkelayakan.

“Mengambil kira maklum balas rakyat, Kerajaan MADANI telah melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan kemudahan dan fleksibiliti pembelian.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima, Kerajaan MADANI bersetuju untuk meluaskan kategori barangan SARA untuk merangkumi makanan sejuk beku.  Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan 15 kategori barangan asas.

“Penambahan kategori frozen food turut meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli menggunakan kredit SARA kepada 140,000 jenis barangan,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada 10,000 kedai menjelang hujung tahun 2026, manakala jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kilometer kepada tujuh kilometer.

Pengumuman itu turut dinyatakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Diharap ini dapat dibelanjakan sebaiknya bersempena menyambut Tahun Baharu Cina dan umat Islam mula menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadan,” kata beliau semasa berucap pada Perjumpaan Bersama-sama Warga Kementerian Perpaduan Negara Bersempena Perhimpunan Bulanan KPN Februari 2026, di Putrajaya.

Kementerian Kewangan turut mengingatkan penerima supaya berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kementerian menegaskan bahawa ia tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan menasihatkan pengguna merujuk hanya kepada portal rasmi STR untuk maklumat berkaitan.

Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan dan soalan lazim (FAQ) berkenaan SARA untuk Semua melalui portal rasmi SARA https://sara.gov.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/09/lebih-22-juta-rakyat-terima-sara-untuk-semua-bermula-hari-ini/feed/ 0 91294
SARA, STR 2026 libat sembilan juta penerima, peruntukan tertinggi RM15 bilion – PMO https://sabahmedia.com/2026/01/16/sara-str-2026-libat-sembilan-juta-penerima-peruntukan-tertinggi-rm15-bilion-pmo/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/sara-str-2026-libat-sembilan-juta-penerima-peruntukan-tertinggi-rm15-bilion-pmo/#respond Fri, 16 Jan 2026 14:52:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89866
Read Time:2 Minute, 35 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM15 bilion bagi meneruskan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2026, yang akan memanfaatkan kira-kira sembilan juta penerima di seluruh negara.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata peruntukan RM15 bilion itu, merupakan yang tertinggi bagi melaksanakan inisiatif itu setakat ini, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata penyaluran SARA Bulanan 2026 telah bermula pada 9 Jan, melibatkan lima juta penerima terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan, manakala penyaluran kepada 3.1 juta penerima kategori bujang bermula hari ini.

“Secara keseluruhan, SARA Bulanan 2026 melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion, meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun 2025,” katanya menerusi Taklimat Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Tunku Nashrul berkata pelaksanaan SARA pada tahun 2025 pula menunjukkan kadar perbelanjaan yang hampir 100 peratus, termasuk di kawasan luar bandar, sekali gus membuktikan keberkesanan mekanisme bantuan ini.

Selain itu, beliau berkata sasaran penyertaan kedai runcit kecil dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 buah menjelang akhir 2026, berbanding lebih 3,000 buah pada akhir tahun lepas bagi memudahkan penerima serta merangsang ekonomi setempat dan perniagaan kecil.

Mengenai STR pula, Tunku Nashrul berkata STR Fasa 1 Tahun 2026 akan mula disalurkan pada Selasa depan (20 Jan) melibatkan peruntukan RM1.1 bilion, dengan manfaat kepada lima juta penerima terdiri daripada isi rumah dan warga emas.

Sementara itu, beliau memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada setiap murid sekolah telah disalurkan secara berperingkat bermula 11 Jan, membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM800 juta dan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara.

Tunku Nashrul berkata bantuan itu, termasuk kepada pelajar Tingkatan Enam, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasakan sistem pendidikan negara serta meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga pada awal tahun persekolahan.

Dalam perkembangan berkaitan ekonomi, beliau berkata kadar pengangguran negara kini berada pada paras terendah dalam tempoh 11 tahun, iaitu 2.9 peratus, mencerminkan kedudukan pasaran pekerjaan yang semakin kukuh.

“Perkembangan ini memberi isyarat positif terhadap kedudukan pasaran pekerjaan serta keupayaan ekonomi untuk terus menyokong peluang pendapatan rakyat,” katanya.

Tunku Nashrul berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut mengumumkan anggaran awalan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Suku Keempat 2025 berkembang sebanyak 5.7 peratus, sekali gus membawa pertumbuhan keseluruhan 2025 kepada sekitar 4.9 peratus, mengatasi unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 hingga 4.8 peratus.

Beliau berkata meskipun berdepan cabaran global, pembaharuan ekonomi, penyesuaian dasar serta pengukuhan hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan antarabangsa membantu mengekalkan kestabilan ekonomi domestik serta keyakinan pelabur.

“Insya-Allah, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi asas kepada pengurusan ekonomi negara, dengan penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang, berdaya tahan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan Salam Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam dan menegaskan jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja memastikan setiap dasar serta bantuan yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. — BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/sara-str-2026-libat-sembilan-juta-penerima-peruntukan-tertinggi-rm15-bilion-pmo/feed/ 0 89866
SARA Bulanan bermula 9 Januari 2026, SARA Untuk Semua 9 Februari 2026 https://sabahmedia.com/2026/01/05/sara-bulanan-bermula-9-januari-2026-sara-untuk-semua-9-februari-2026/ https://sabahmedia.com/2026/01/05/sara-bulanan-bermula-9-januari-2026-sara-untuk-semua-9-februari-2026/#respond Mon, 05 Jan 2026 07:23:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89257
Read Time:2 Minute, 25 Second

PUTRAJAYA: Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan bagi tahun 2026 akan mula disalurkan seawal 9 Januari ini, manakala bantuan SARA untuk Semua secara one-off akan diberikan pada 9 Februari 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penyaluran SARA Bulanan tahun ini disertakan dengan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan manfaat kepada golongan penerima, khususnya isi rumah berpendapatan rendah dan golongan rentan.

Menurutnya, sasaran kedai runcit kecil yang terlibat dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir 2026 berbanding lebih 3,000 pada akhir 2025, sekali gus melengkapi rangkaian pasar raya sedia ada dan memudahkan akses penerima, termasuk di kawasan luar bandar.

“Penyaluran SARA Bulanan 2026 akan bermula pada 9 Januari kepada lima juta penerima melibatkan 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.

“Ini akan diikuti pembayaran kepada 3.1 juta individu bujang pada 16 Januari,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Anwar berkata, penerima SARA Bulanan akan menerima kredit antara RM50 hingga RM200 setiap bulan bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.

Secara keseluruhan, program SARA Bulanan 2026 melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM8 bilion, meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun 2025.

Beliau berkata, prestasi SARA Bulanan 2025 menunjukkan kadar perbelanjaan hampir 100 peratus oleh penerima, termasuk di kawasan luar bandar, sekali gus membuktikan keberkesanan pelaksanaan bantuan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mengumumkan bantuan SARA untuk Semua sebanyak RM100 secara one-off akan disalurkan pada 9 Februari 2026 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Katanya, bantuan itu bertujuan membantu persiapan rakyat menjelang Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina.

Inisiatif SARA untuk Semua mula diperkenalkan pada 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat, dengan seramai 22 juta warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima bantuan berkenaan.

Menurut Anwar, pelaksanaan SARA untuk Semua pada 2025 mencatatkan penggunaan oleh 21.2 juta penerima atau 96 peratus, dengan jumlah perbelanjaan hampir RM2.1 bilion.

Beliau berkata, baki peruntukan kira-kira RM150 juta yang tidak dibelanjakan akan disalurkan semula bagi menjamin kebajikan golongan rentan, termasuk sokongan kepada penghuni pusat perlindungan mangsa keganasan rumah tangga, bantuan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) dan keperluan khas, pembelian peranti perubatan serta pelaksanaan inisiatif Dapur SISWA bagi membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan akses makanan.

Anwar menegaskan, SARA untuk Semua merupakan bantuan one-off kepada semua warganegara dewasa tanpa mengira pendapatan dan berbeza daripada SARA Bulanan yang disalurkan setiap bulan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta golongan memerlukan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan penyaluran STR Fasa 1 bagi tahun 2026 akan bermula pada 20 Januari ini dengan peruntukan RM1.1 bilion, melibatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.

Penerima STR Fasa 1 2026 akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/05/sara-bulanan-bermula-9-januari-2026-sara-untuk-semua-9-februari-2026/feed/ 0 89257
Harga Telur Ayam Meningkat Selepas Pemansuhan Subsidi dan Harga Siling https://sabahmedia.com/2025/09/10/harga-telur-ayam-meningkat-selepas-pemansuhan-subsidi-dan-harga-siling/ https://sabahmedia.com/2025/09/10/harga-telur-ayam-meningkat-selepas-pemansuhan-subsidi-dan-harga-siling/#respond Wed, 10 Sep 2025 02:26:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80898
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh Wan Azrain Wan Adnan

KUALA LUMPUR,  Harga telur ayam di pasaran meningkat susulan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga mulai 1 Ogos lalu, sekali gus menambah beban kos sara hidup rakyat ketika ini memandangkan telur ayam merupakan antara sumber protein utama. 

Pada penghujung Ogos, QL Resources Berhad, antara pengeluar telur terbesar negara, mengumumkan kenaikan harga sebanyak lima sen sebiji bagi melindungi margin keuntungan selepas kerajaan menamatkan subsidi. Syarikat itu menyalurkan kos tambahan akibat ketiadaan subsidi terus kepada pengguna tanpa menjejaskan keuntungannya  .

Sebelum ini, subsidi telur ayam dikurangkan 50 peratus bermula 1 Mei 2025 daripada 10 sen kepada lima sen sebiji, sebelum dimansuhkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025. Langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif rasionalisasi subsidi bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

Dalam tempoh 35 bulan dari Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan menanggung hampir RM2.5 bilion subsidi telur, iaitu kira-kira RM70 juta sebulan  .

Dengan pengapungan harga, telur kini dijual mengikut prinsip permintaan dan penawaran. Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga siling bagi tiga kategori iaitu Gred A (45 sen sebiji), Gred B (43 sen) dan Gred C (41 sen).

Jika kenaikan lima sen oleh QL Resources melepasi harga siling terdahulu, kadar peningkatan adalah antara 11 hingga 12 peratus. Syarikat itu berupaya meraih kembali lima sen daripada kehilangan subsidi 10 sen  .

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada pengeluar utama lain mengenai kenaikan harga, namun penganalisis tidak menolak kemungkinan langkah sama diambil susulan pemansuhan subsidi.

QL Resources yakin jualan tidak terjejas memandangkan telur ayam memiliki keanjalan harga rendah — pengguna tidak terlalu sensitif terhadap perubahan harga. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seorang rakyat Malaysia mengambil purata 26.2 kilogram telur ayam/itik setahun, bersamaan kira-kira 524 biji  .

Bagi perbandingan, rakyat Malaysia mengambil purata 49.3 kilogram daging ayam setahun, manakala beras kekal sebagai makanan ruji dengan 79 kilogram setahun. Malaysia juga tersenarai ke-13 tertinggi dunia bagi penggunaan per kapita telur ayam, selepas China, Mexico dan Jepun  .

Berdasarkan kiraan mudah, kenaikan lima sen sebiji meningkatkan perbelanjaan tahunan rakyat sebanyak RM26.20 atau RM2.18 sebulan. Bagi isi rumah empat orang, tambahan kos mencecah RM104.80 setahun atau RM8.73 sebulan. Walaupun jumlah itu kelihatan kecil, ia tetap membebankan keluarga apabila digabungkan dengan kenaikan harga barangan lain  .

Sehubungan itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM50 hingga RM200 sebulan sepanjang sembilan hingga 12 bulan dilihat dapat membantu rakyat menghadapi kenaikan harga keperluan asas.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum ini menegaskan bekalan telur ayam mencukupi dan stabil, manakala pihak industri akan menyelaras harga mengikut data pengeluaran semasa. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memantau bagi memastikan harga kekal berpatutan  .

Sebagai sumber protein utama rakyat, industri telur ayam negara perlu diurus dengan teratur agar terus kompetitif dan mampan  .

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/10/harga-telur-ayam-meningkat-selepas-pemansuhan-subsidi-dan-harga-siling/feed/ 0 80898
Kerajaan teliti mekanisme pastikan bekalan cukup bagi Program SARA https://sabahmedia.com/2025/09/07/kerajaan-teliti-mekanisme-pastikan-bekalan-cukup-bagi-program-sara/ https://sabahmedia.com/2025/09/07/kerajaan-teliti-mekanisme-pastikan-bekalan-cukup-bagi-program-sara/#respond Sun, 07 Sep 2025 05:25:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80767
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan akan meneliti mekanisme terbaik bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi di semua premis terlibat dalam pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan susulan aduan orang ramai mengenai stok barangan tertentu, khususnya beras, yang cepat habis di beberapa lokasi.

“Daripada lawatan saya di Pasaraya Gemilang, DUN Merotai hari ini, kita dapati permintaan tinggi terhadap barangan seperti beras menyebabkan stok cepat habis. Ada beras yang masih ada, tetapi bukan beras tempatan. Saya akan maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) supaya langkah penambahan bekalan dapat diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan Perkhidmatan SARA di Supermarket Gemilang Jalan Kuhara Taman Sejati, Semarak, di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan data pelaksanaan SARA, kerajaan boleh mengukur secara masa nyata jumlah barangan yang ditebus serta kategori produk paling laris, sekali gus membantu menyeimbangkan keperluan bekalan di lokasi tertentu.

Selain itu, Fahmi berkata jumlah premis yang menyertai program tersebut juga akan ditambah bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penerima, terutama di kawasan luar bandar.

“Di Merotai misalnya, hanya ada dua lokasi untuk menebus produk SARA. Saya sudah minta supaya perkara ini diteliti semula. Pada awalnya, program ini bermula dengan 2,000 lebih premis, tetapi kini sudah meningkat kepada lebih 7,300. Saya percaya jumlah itu boleh terus ditambah,” jelasnya.

Beliau turut menekankan keperluan menyalurkan maklumat lengkap kepada juruwang, khususnya berkaitan tindakan segera jika sistem MyKasih tergendala.

Mengenai isu tuntutan bertindih, Fahmi berkata perkara itu akan dibincangkan secara teliti oleh Jemaah Menteri selepas menerima laporan daripada Kementerian Kewangan.

“Kadangkala berlaku keadaan di mana seorang ibu membawa MyKad anak, atau pasangan suami isteri menebus menggunakan satu MyKad. Arahan semasa ialah juruwang perlu mengesahkan identiti pemegang MyKad yang sebenar. Mekanisme ini akan kita teliti bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,” katanya.

Program SARA yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini membolehkan setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas menebus barangan keperluan asas bernilai sehingga RM100, bermula 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/07/kerajaan-teliti-mekanisme-pastikan-bekalan-cukup-bagi-program-sara/feed/ 0 80767
Orang Ramai Diingatkan Waspada Penipuan Pendaftaran Inisiatif SARA – MOF https://sabahmedia.com/2025/07/31/orang-ramai-diingatkan-waspada-penipuan-pendaftaran-inisiatif-sara-mof/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/orang-ramai-diingatkan-waspada-penipuan-pendaftaran-inisiatif-sara-mof/#respond Thu, 31 Jul 2025 06:09:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78279
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kuala Lumpur — Kementerian Kewangan mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan atau ‘scam’ yang mendakwa kononnya terdapat keperluan untuk mendaftar bagi menerima inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan oleh Kerajaan Madani.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tiada sebarang pendaftaran atau permohonan diperlukan kerana kelayakan inisiatif berkenaan ditentukan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi semua warganegara dewasa pemegang MyKad.

“Kerajaan akan menyalurkan RM100 secara sekali gus (one-off) kepada setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (lahir pada 2007 dan ke bawah). Pengkreditan akan dibuat terus ke dalam sistem MyKad,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, langkah itu dijangka memberi manfaat kepada 22 juta rakyat Malaysia dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berhubung proses kelayakan untuk menerima bantuan di bawah inisiatif tersebut.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Amir Hamzah memaklumkan bahawa kerajaan menggalakkan lebih ramai peniaga kecil mendaftar di bawah Yayasan MyKasih untuk menjual barangan keperluan yang diluluskan di bawah inisiatif SARA.

“Setakat 29 Julai, sebanyak 4,500 premis runcit berdaftar menawarkan lebih 90,000 barangan keperluan harian merangkumi 14 kategori seperti makanan asas, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan produk kebersihan diri dan rumah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga menyediakan pelbagai skim sokongan lain untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi merancakkan lagi sektor peruncitan tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/orang-ramai-diingatkan-waspada-penipuan-pendaftaran-inisiatif-sara-mof/feed/ 0 78279
Sambut baik inisiatif PMX: Bantuan SARA, penurunan harga minyak dan tambahan cuti Hari Malaysia https://sabahmedia.com/2025/07/23/sambut-baik-inisiatif-pmx-bantuan-sara-penurunan-harga-minyak-dan-tambahan-cuti-hari-malaysia/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/sambut-baik-inisiatif-pmx-bantuan-sara-penurunan-harga-minyak-dan-tambahan-cuti-hari-malaysia/#respond Wed, 23 Jul 2025 10:00:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77804
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut baik dalam kalangan rakyat di daerah ini.

Antara langkah yang disambut baik termasuk bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada individu berumur 18 tahun ke atas, penurunan harga minyak RON95, pengurangan bil elektrik, serta tambahan cuti umum sempena Hari Malaysia pada 15 September.

Menurut Fitrayanti Basri Eko, 30, dari Kampung Dusun Jalan Utara, walaupun jumlah RM100 tidak besar, ia tetap membantu rakyat, khususnya golongan B40.

“Bantuan ini sangat baik sebab diberikan kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas, bukan lagi hanya kepada ketua isi rumah. Walaupun nilainya tidak seperti yang diharapkan, ia tetap boleh digunakan untuk membeli barangan asas,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat sebenarnya menjangkakan bantuan yang lebih besar, seperti pengeluaran KWSP one-off atau pemansuhan bayaran balik PTPTN.

“Saya lebih fokus kepada isu KWSP dan PTPTN, itu yang saya harapkan. Tapi kita tetap bersyukur kerana masih ada inisiatif seperti SARA ini yang sedikit sebanyak meringankan beban,” katanya kepada Sabah Media.

Setiausaha Jawatankuasa Rakan Lestari Tawau, Khairul Anuar Junus, 33, turut menyambut baik pemberian SARA ini.

“Bagi saya, RM100 untuk seorang suami dan RM100 untuk isteri sudah jadi RM200. Itu cukup untuk beli keperluan penting seperti susu dan lampin bayi. Ia mungkin tidak banyak, tapi sangat berguna,” ujarnya.

Khairul Anuar turut mengalu-alukan penurunan harga minyak RON95 sebanyak enam sen seliter dan menganggapnya sebagai langkah positif yang boleh meningkatkan kuasa beli rakyat.

Sementara itu, Sukardi Mashuri, 48, dari Kampung Muhibbah Raya, pula berharap kerajaan turut mempertimbangkan penurunan harga minyak diesel, memandangkan kebanyakan penduduk di Sabah menggunakan kenderaan diesel.

“Kalau boleh, harga diesel pun diturunkan. Tapi saya tetap rasa penurunan RON95 ini bermanfaat untuk pelajar dan anak-anak muda yang guna motosikal,” katanya.

Beliau juga berharap agar peniaga menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, dan jumlah bantuan SARA ditingkatkan pada masa hadapan.

Norhaini Philip, 30, dari Kampung Batu Dua Jalan Apas pula menyambut baik pengumuman tambahan cuti sempena Hari Malaysia pada 15 September.

“Ramai pekerja yang perlukan cuti panjang untuk bersama keluarga. Dengan cuti tiga hari, lebih ramai dapat pulang ke kampung dan merayakan Hari Malaysia bersama orang tersayang,” ujarnya.

Norhaini juga menyifatkan bantuan RM100 itu amat membantu golongan muda, terutama pelajar yang perlukan wang untuk pembelian buku dan keperluan pendidikan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/sambut-baik-inisiatif-pmx-bantuan-sara-penurunan-harga-minyak-dan-tambahan-cuti-hari-malaysia/feed/ 0 77804
Bantuan RM100 ‘one-off’ menerusi SARA sempena Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2025/07/23/bantuan-rm100-one-off-menerusi-sara-sempena-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/bantuan-rm100-one-off-menerusi-sara-sempena-hari-kebangsaan/#respond Wed, 23 Jul 2025 03:03:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77771
Read Time:1 Minute, 11 Second

Putrajaya : Pemberian bantuan tunai RM100 secara one-off kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas akan disalurkan menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan yang akan disalurkan secara automatik melalui MyKad bermula 31 Ogos ini bertujuan meringankan kos sara hidup rakyat dan menyemarakkan semangat kebersamaan pada detik bersejarah negara

“Sukacita diumumkan bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program SARA.

“Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama dan kedai runcit di semua daerah seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penghargaan untuk rakyat Malaysia di sini pada Rabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan ini akan diberikan secara individu dan bukannya isi rumah.

“Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400. Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion.

“Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025, dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa,” katanyam

Katanya, Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/bantuan-rm100-one-off-menerusi-sara-sempena-hari-kebangsaan/feed/ 0 77771
Kerajaan terus perkukuh bantuan sara hidup, SARA diperluas mulai April 2025 https://sabahmedia.com/2025/03/30/kerajaan-terus-perkukuh-bantuan-sara-hidup-sara-diperluas-mulai-april-2025/ https://sabahmedia.com/2025/03/30/kerajaan-terus-perkukuh-bantuan-sara-hidup-sara-diperluas-mulai-april-2025/#respond Sun, 30 Mar 2025 07:21:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71325
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan terus komited dalam memperkukuh inisiatif membantu rakyat menangani kos sara hidup menerusi pelbagai strategi, termasuk pemberian bantuan tunai kepada golongan sasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, beliau turut menghargai program khusus yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat.

“Sebagai contoh, program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah menawarkan bantuan tunai RM300 sebulan kepada 100,000 penerima dalam kategori miskin dan miskin tegar.

“Program ini menjadi nilai tambah kepada inisiatif persekutuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, bagi tahun 2025, Kerajaan memperuntukkan RM13 bilion untuk STR dan SARA, meningkat RM3 bilion berbanding tahun sebelumnya.

“Bermula April 2025, pelaksanaan SARA akan diperluaskan kepada 5.4 juta penerima berbanding 700,000 sebelum ini.

“Kadar bantuan bulanan juga dinaikkan sehingga RM200 mengikut kategori, berbanding hanya RM100 sebulan sebelum ini,” jelasnya.

Tambah beliau, Sabah mencatatkan jumlah penerima tertinggi dengan seramai 497,815 orang, melibatkan peruntukan RM492,636,150.

“Sebagai langkah penyeragaman dan penambahbaikan, mekanisme penyaluran bantuan melalui MyKad telah diperluaskan kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

‘Ini merupakan penambahbaikan berbanding kaedah tahun lepas yang mengguna pakai kaedah saluran secara tunai dua kali setahun,” katanya.

Bagi fasa permulaan, Armizan turut memaklumkan sebanyak 424 rakan niaga termasuk pasar raya dan kedai runcit terpilih di Sabah akan menawarkan pembelian barangan di bawah inisiatif ini.

“Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli 13 kategori barangan keperluan seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas,” ujarnya.

Beliau berkata, Kerajaan Madani akan terus memperkukuhkan ikhtiar kos sara hidup termasuk melalui pendekatan bantuan tunai dan bantuan langsung.

“Ia merupakan salah satu bentuk bantuan yang berkesan kerana mempunyai elemen bersasar, pantas dan fleksibel.

“Pemberian ini diharapkan dapat memberi fleksibiliti kepada penerima dalam mengatur perbelanjaan sama ada bagi kegunaan membeli barangan keperluan seperti makanan, pendidikan dan perkhidmatan mengikut keperluan semasa isi rumah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/30/kerajaan-terus-perkukuh-bantuan-sara-hidup-sara-diperluas-mulai-april-2025/feed/ 0 71325