sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 Feb 2024 02:58:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hentikan Tuduhan Jahat Terhadap Saya – Raghad https://sabahmedia.com/2024/02/06/hentikan-tuduhan-jahat-terhadap-saya-raghad/ https://sabahmedia.com/2024/02/06/hentikan-tuduhan-jahat-terhadap-saya-raghad/#respond Tue, 06 Feb 2024 02:34:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49078
Read Time:1 Minute, 37 Second

CYBERJAYA — Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merayu kepada rakyat Sarawak agar menghentikan tuduhan dan sangkaan jahat terhadapnya.

Dalam satu surat terbuka kepada media, Toh Puan Raghad Kurdi Taib berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai dakwaan insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di sini.

“Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita di portal dan media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

“Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini,” katanya.

Raghad turut merayu agar semua pihak tidak percaya akan sebarang khabar angin bahawa beliau akan melarikan diri.

“Walaupun saya adalah orang asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.

“Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal saya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat, Insya-Allah.

“Dengan ini, saya harap anda semua dapat berkumpul dan mendoakan Tun Taib. Terima kasih.”

Sejak semalam, tular kandungan sebuah portal berita yang mendakwa Raghad telah melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar, dengan mencabut segala gajet rawatan yang dipasang ke badannya.

Malah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

‘’Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial.

‘’Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Turut tular, salinan laporan polis oleh pihak hospital berkenaan selain foto Abdul Taib yang sedang dirawat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/06/hentikan-tuduhan-jahat-terhadap-saya-raghad/feed/ 0 49078
Semakan kadar pemberian khas Sabah & Sarawak melalui penyelesaian secara interim https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/ https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/#respond Wed, 29 Nov 2023 09:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45859
Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah mencapai persetujuan untuk semakan kadar amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa bermula tahun 2023 sebagai penyelesaian secara interim sementara proses memuktamadkan formula semakan pemberian khas bagi jangka panjang.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian secara interim ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63) yang telah berlangsung pada 20 Januari 2023 dan telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Persetujuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

“Kadar amaun pemberian khas baharu bagi Negeri Sabah dan Sarawak
dinaikkan kepada RM300 juta mulai tahun 2023. Kadar interim ini merupakan peningkatan kepada amaun yang sedang berkuat kuasa RM16 juta setahun bagi Negeri Sarawak sejak tahun 1969 dan RM125.6 juta bagi Negeri Sabah
bagi tahun 2022 melalui semakan interim yang telah dilaksanakan untuk Sabah pada tahun 2022.

“Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak komited untuk meneruskan perundingan dan melaksanakan semakan semula kadar pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk memuktamadkan formula penentuan kadar pemberian
yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak akan melaksanakan kajian semakan pemberian khas dengan mengambil kira pertimbangan keperluan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung kos perkhidmatan negeri serta kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 112D(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi melaksanakan semakan kadar amaun pemberian khas baharu ini berdasarkan
Perkara 112D(1) dan 112D(5) Perlembagaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sarawak) 2023 telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023.

“Bayaran pemberian khas tahun 2023 pada kadar baharu RM300 juta telah disempurnakan semalam (28 November 2023) melalui penyaluran kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/feed/ 0 45859
Landasan keretapi hubungkan Sabah, Sarawak ke Indonesia https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/ https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/#respond Sat, 25 Nov 2023 12:35:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45680
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan perlu masukkan Tenom dalam agenda Transformasi Perkhidmatan Keretapi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan landasan kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Indonesia, kata Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Katanya, ini penting kerana ia akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di Tenom terutamanya dalam aspek Hab Logistik Kargo Pertanian dan Makanan.

Beliau juga mahu Kementerian Pengangkutan memberikan tumpuan untuk menaik taraf kemudahan asas di Stesen Keretapi Tenom selari dengan komitmen Menteri Pengangkutan untuk memastikan setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan asas.

“Saya mohon agar Kementerian Pengangkutan tidak melupakan Tenom dalam perancangan pembangunan dan transformasi perkhidmatan kereta api kerajaan persekutuan”, katanya semasa membahas Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Riduan juga meminta kerajaan menuntut semula hak ruang udara Malaysia yang sebelum ini diserahkan kepada Singapura bagi tujuan seliaan pada tahun 1974 menerusi Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974).

Katanya, antara faktor penyerahaan seliaan ruang udara itu atas saranan pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) disebabkan pada ketika itu Kawasan Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (FIR) masih di peringkat awal dan fasiliti Malaysia ketika itu tidak mencukupi.

“Namun setelah hampir 49 tahun serahan penyeliaan tersebut dibuat, kini Malaysia mempunyai fasiliti penerbangan terbaik di dunia. Justeru, sudah tiba masanya hak ruang udara ini dikembalikan semula kepada Malaysia”, tegasnya.

Menurutnya, penyerahaan seliaan ruang udara itu secara tidak langsung telah mengakibatkan penerbangan yang menghubungkan laluan di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung terpaksa melalui ruang udara yang diselia oleh Singapura atau secara automatik melalui ruang udara antarabangsa.

Katanya, kini timbul persoalan adakah faktor penerbangan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung yang melalui ruang udara antarabangsa itu menyebabkan harga tiket penerbangan menjadi mahal kerana pihak penyedia penerbangan perlu membayar caj penggunaan ruang udara kepada Singapura kerana telah melalui ruang udara mereka yang diserahkan penyeliaannya menerusi perjanjian OLOA 1974.

Sehubungan itu beliau meminta penjelasan Menteri Pengangkutan sama ada pengambilan semula ruang udara ini oleh kerajaan Malaysia akan menjadikan harga tiket penerbangan menjadi murah?

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/feed/ 0 45680
Kerajaan persekutuan diminta pertimbangkan peruntukan secukupnya untuk pembangunan Belia dan Sukan di Sabah, Sarawak – Ellron https://sabahmedia.com/2023/11/24/kerajaan-persekutuan-diminta-pertimbangkan-peruntukan-secukupnya-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-di-sabah-sarawak-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/11/24/kerajaan-persekutuan-diminta-pertimbangkan-peruntukan-secukupnya-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-di-sabah-sarawak-ellron/#respond Fri, 24 Nov 2023 10:50:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45649
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin (gambar) amat menyokong penuh permintaan Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan supaya Sabah dan Sarawak diberi peruntukan secukupnya oleh kerajaan persekutuan untuk membolehkan kedua-dua negeri akan terus maju dalam pembangunan Belia dan Sukan.

“Difahamkan sebanyak RM112.29 Juta diperuntukkan bagi Pembangunan Belia dan Sukan dalam Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Belia dan Sukan.

“Permintaan ini telah disuarakan oleh Dr.Jeffry yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah merangkap Menteri Perikanan, Pertanian dan Industri Makanan Sabah semasa mengulas bajet Kementerian Belia dan Sukan dalam sidang perbahasan di Palimen selasa lepas.

“Sebagai menteri di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, saya menyokong penuh permintaan Dr. Jeffry agar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan dapat memenuhi permintaan tersebut,” kata Ellron dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebagai rakan kongsi dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak harus menerima agihan peruntukan yang adil dan saksama bagi membolehkan rakyat kedua-dua negeri dapat menikmati fasiliti sukan mahupun program-program yang melibatkan pembangunan prestasi atlet dan pembangunan modal insan belia.

“Justeru, dalam mengagihkan peruntukan tersebut, kerajaan persekutuan juga perlu mengambilkira saiz negeri dan bilangan penduduk di kedua-dua negeri,” katanya.

Ellron berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sabah dan Sarawak adalah antara negeri penyumbang atlet untuk mewakili negara ke sukan peringkat antarabangsa dan telah membantu mengharumkan nama Malaysia melalui pungutan pingat kemenangan. Walau bagaimanapun disebabkan ketiadaan dana yang mencukupi, atlet-atlet tidak berpeluang untuk menyerlahkan potensi diri di peringkat kebangsaan.

“Contohnya baru- baru ini pasukan bolasepak Sabah bawah 15 dan 18 tahun Majlis Sukan-Sukan Sabah (MSSS) hampir tidak dapat menyertai pertandingan bolasepak Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) di Johor kerana tidak mampu membayar tiket kapal terbang dan penginapan. Walau bagaimanapun atas tanggungjawab supaya pasukan tersebut dapat bersaing maka kerajaan negeri Sabah telah menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan mereka.

“Meskipun isu berkenaan sudah diselesaikan, kita tidak mahu “pisang berbuah dua kali” kita tidak mahu sekali lagi menghampakan harapan dan kerja keras anak-anak muda ini,” katanya.

Justeru itu, tambah beliau, pihak kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan Sabah berharap agar pihak persekutuan memberikan tumpuan dan perhatian terhadap permintaan ini agar tidak merencatkan pembangunan bakat sukan anak-anak muda Sabah dan Sarawak.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/24/kerajaan-persekutuan-diminta-pertimbangkan-peruntukan-secukupnya-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-di-sabah-sarawak-ellron/feed/ 0 45649
Tambahan Program Jualan Rahmah di Sabah, Sarawak dan Labuan – Armizan https://sabahmedia.com/2023/11/05/tambahan-program-jualan-rahmah-di-sabah-sarawak-dan-labuan-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/11/05/tambahan-program-jualan-rahmah-di-sabah-sarawak-dan-labuan-armizan/#respond Sun, 05 Nov 2023 06:02:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44748
Read Time:2 Minute, 0 Second

BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menambah jumlah pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November dan Disember 2023.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, selain peningkatan jumlah pelaksanaan, KPDN juga akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan rahmah pada kadar diskaun di antara 10 hingga 30 peratus.

“Pendekatan ini diambil sebagai salah satu strategi intervensi untuk
membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan.

“Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat,” katanya semasa menghadiri Program Jualan Rahmah di Perkarangan Masjid Jamik Kampung Kebatu Kebidang di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam susulan pengumuman penamatan langkah sementara penetapan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November 2023.

“Langkah penetapan harga kawalan sementara berkenaan dilaksanakan bermula bulan Februari 2022 disebabkan harga yang terlalu tinggi
pada masa tersebut yang melibatkan pemberian subsidi kepada penternak.

“Untuk rekod, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum 1 November 2023 bagi Negeri Sabah melibatkan dua harga iaitu RM12.00/kg bagi
Pantai Barat dan RM12.30/kg bagi Pantai Timur.

“Di Sarawak, penetapan harga
kawalan sementara ayam super sebelum ini adalah berbeza mengikut daerah dengan kadar di antara RM10.80/kg hingga RM13.90/kg. Sementara itu, harga kawalan ayam super bagi Labuan adalah RM12.30/kg,” jelasnya.

Menurut Armizan, dengan penamatan langkah penetapan harga kawalan sementara bermula
1 November 2023, KPDN telah melaksanakan pemantauan harian setakat 4 November 2023 di pelbagai premis di seluruh negara.

“Bagi Sabah, hasil pemantauan mendapati harga ayam super di pasaran adalah di antara RM11.49/kg hingga RM13.90/kg. Di Sarawak penawaran harga di pasaran adalah di antara RM8.90/kg hingga RM18.90/kg.

“Sementara itu, harga ayam super di pasaran Labuan adalah di antara RM9.00/kg hingga RM13.90/kg,” katanya.

Justeru, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada kementerian sekiranya mempunyai aduan, boleh berhubung terus melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. E-mel [email protected];
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN;
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245,

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/05/tambahan-program-jualan-rahmah-di-sabah-sarawak-dan-labuan-armizan/feed/ 0 44748