sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 19 Oct 2026 08:13:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah, Sarawak dan Brunei berpotensi jadi pintu masuk pasaran ASEAN https://sabahmedia.com/2026/10/19/sabah-sarawak-dan-brunei-berpotensi-jadi-pintu-masuk-pasaran-asean/ https://sabahmedia.com/2026/10/19/sabah-sarawak-dan-brunei-berpotensi-jadi-pintu-masuk-pasaran-asean/#respond Mon, 19 Oct 2026 08:13:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105602
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Sabah, Sarawak dan Brunei (SSB) berpotensi menjadi pintu masuk strategik bagi perniagaan Myanmar untuk meneroka pasaran ASEAN yang lebih luas menerusi kelebihan dalam perdagangan serantau, logistik, pasaran pengguna dan kerjasama industri.

Myanmar–Malaysia High-Level Business Dialogue 2026.

Potensi itu diketengahkan oleh Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Federation of Public Listed Companies Berhad (FPLC) merangkap Presiden Dewan Perdagangan Malaysia–China (MCCC) Sabah, Datuk Dexter Lau, ketika menghadiri Myanmar–Malaysia High-Level Business Dialogue 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau dijemput menghadiri sesi dialog tertutup berprofil tinggi itu dan berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, bagi memperkenalkan potensi perniagaan serta peluang pembangunan ekonomi di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Dexter berkata, ketiga-tiga wilayah di rantau Borneo itu mempunyai kelebihan tersendiri dari segi kedudukan strategik, sumber semula jadi, pasaran pengguna dan struktur industri yang saling melengkapi.

Menurutnya, hubungan ekonomi dan perdagangan antara Myanmar dan Malaysia wajar diperluaskan melangkaui pusat ekonomi utama di Semenanjung Malaysia dengan memberi perhatian kepada peluang di Malaysia Timur.

Beliau berkata, kedudukan Sabah, Sarawak dan Brunei berpotensi membuka ruang kerjasama lebih luas dalam sektor barangan pengguna, pengedaran, rantaian bekalan, logistik dan perdagangan rentas sempadan, seiring dengan hubungan ekonomi ASEAN yang semakin erat.

Dalam sesi dialog itu, Dexter turut berkongsi pandangan mengenai peluang perniagaan dan bidang kerjasama yang boleh diteroka oleh kedua-dua pihak. Perbincangan berkenaan turut menyentuh usaha memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan perniagaan antara Malaysia dengan Myanmar.

Beliau turut memperkenalkan perkembangan serta operasi perniagaan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, sambil menyatakan bahawa pemahaman lebih mendalam terhadap keperluan pasaran masing-masing dapat membantu membuka peluang kerjasama dalam pengedaran produk, peluasan pasaran dan pengurusan rantaian bekalan.

Katanya, pertemuan secara langsung itu bukan sahaja memberi ruang untuk memperkenalkan persekitaran perniagaan SSB kepada pihak Myanmar, malah meningkatkan pendedahan mengenai potensi pasaran, asas industri dan peluang pembangunan perniagaan di Malaysia Timur.

“Walaupun Sabah, Sarawak dan Brunei masing-masing mempunyai struktur ekonomi dan ciri pasaran berbeza, ketiga-tiganya memiliki kelebihan yang saling melengkapi dalam perdagangan serantau dan kerjasama industri.

“Hubungan langsung yang lebih erat antara komuniti perniagaan pada masa hadapan mampu membuka lebih banyak peluang kerjasama yang praktikal dan berimpak,” katanya.

Dexter berkata, selain perdagangan barangan, Malaysia dan Myanmar juga berpotensi meneroka kerjasama dalam bidang pelaburan, rantaian bekalan, pengedaran, logistik dan pembangunan industri.

Beliau berkata, agensi kerajaan, dewan perdagangan dan komuniti perniagaan boleh memainkan peranan penting dalam memperluas peluang padanan perniagaan serta menghubungkan syarikat kedua-dua negara.

Menurutnya, peluang memperkenalkan potensi perniagaan Sabah, Sarawak dan Brunei secara langsung kepada pemimpin tertinggi Myanmar menerusi platform dialog berprofil tinggi itu merupakan ruang penting untuk mengetengahkan kekuatan ekonomi Malaysia Timur di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, interaksi berkenaan turut membolehkannya memahami dengan lebih mendalam keutamaan Myanmar dalam kerjasama ekonomi serantau, selain membuka ruang kepada syarikat Sabah dan Malaysia Timur untuk meneroka peluang pasaran serta kerjasama perniagaan pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/19/sabah-sarawak-dan-brunei-berpotensi-jadi-pintu-masuk-pasaran-asean/feed/ 0 105602
Sarawak umum diskaun bil elektrik 25 peratus bagi 2027 https://sabahmedia.com/2026/10/12/sarawak-umum-diskaun-bil-elektrik-25-peratus-bagi-2027/ https://sabahmedia.com/2026/10/12/sarawak-umum-diskaun-bil-elektrik-25-peratus-bagi-2027/#respond Mon, 12 Oct 2026 14:13:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105236
Read Time:50 Second

BERNAMA

KUCHING,: Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus bermula dari Januari hingga Disember tahun depan di bawah Belanjawan Negeri 2027.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan belanjawan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata pemberian diskaun itu akan memanfaatkan kira-kira 716,000 pengguna domestik di seluruh Sarawak, dengan kos sebanyak RM281 juta.

Kerajaan negeri turut mengumumkan subsidi RM5 sebulan bagi bil air di bawah program air percuma, yang memanfaatkan kira-kira 600,000 pengguna domestik melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

“Inisiatif ini mencerminkan sebuah kerajaan yang mentadbir dengan penuh keprihatinan, berpandangan jauh dan bertanggungjawab, dengan mengimbangi disiplin fiskal dan keadilan sosial.

“Dengan memperkukuh jaringan perlindungan sosial, kita turut memperkukuh asas masyarakat Sarawak bagi memastikan setiap rakyat, tanpa mengira keadaan, diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang bermaruah, penuh harapan dan terjamin,” katanya.

Kerajaan Negeri Sarawak hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM14.84 bilion bertemakan “Bersama Membina Kemakmuran dan Menjamin Masa Depan Kita”. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/12/sarawak-umum-diskaun-bil-elektrik-25-peratus-bagi-2027/feed/ 0 105236
KKM umum kuota 30 peratus latihan kepakaran untuk doktor di Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2026/10/08/kkm-umum-kuota-30-peratus-latihan-kepakaran-untuk-doktor-di-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2026/10/08/kkm-umum-kuota-30-peratus-latihan-kepakaran-untuk-doktor-di-sabah-sarawak/#respond Thu, 08 Oct 2026 04:41:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105023
Read Time:2 Minute, 29 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kuota khusus sebanyak 30 peratus bagi program latihan kepakaran kepada pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu merupakan antara usaha kementerian untuk menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melapor diri dan berkhidmat di kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut beliau, daripada keseluruhan 1,650 tempat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang tersedia ketika ini, kira-kira 30 peratus atau hampir 500 tempat akan dikhususkan kepada pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

“Saya telah mengarahkan KKM untuk meneliti dan seterusnya melaksanakan kuota khusus sebanyak 30 peratus bagi lanjutan kepakaran untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

“Ini komitmen saya bagi mengangkat martabat serta menghargai pengorbanan para pegawai perubatan kita di Sabah dan Sarawak,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai jumlah pegawai perubatan yang gagal melaporkan diri di Sabah dan Sarawak serta punca dan langkah mengatasi isu berkenaan.

Dzulkefly berkata, sehingga kini seramai 337 daripada 527 pegawai perubatan yang ditawarkan pelantikan tetap telah melapor diri di Sarawak, manakala di Sabah seramai 336 daripada 528 pegawai yang ditawarkan berbuat demikian.

“Secara keseluruhannya, peratus pegawai perubatan yang melapor diri di Sabah dan Sarawak adalah 63 peratus daripada jumlah penempatan yang ditawarkan.

“Walaupun terdapat sedikit peningkatan berbanding 2025, saya tidak berasa selesa dengan prestasi yang ada,” katanya.

Menurut beliau, antara alasan pegawai menolak tawaran penempatan di Sabah dan Sarawak termasuk faktor jarak dengan keluarga, tidak bersedia bertugas di kawasan luar bandar serta lebih berminat untuk berkhidmat di fasiliti kesihatan di kawasan bandar.

Selain itu, katanya, terdapat pegawai berpandangan peluang kerjaya di kawasan luar bandar dan pedalaman adalah terhad, selain faktor menjaga keluarga, masalah kesihatan, logistik, kewangan peribadi serta kos perpindahan yang tinggi.

“Kurang peluang untuk melanjutkan pengajian kepakaran jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak serta kerisauan mengenai hala tuju kerjaya dan peluang untuk bertukar semula ke Semenanjung atau wilayah asal juga menjadi antara faktor,” katanya.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata KKM turut menambah baik kaedah penempatan pegawai perubatan pelantikan tetap menerusi peningkatan sistem e-Housemen.

Katanya, keputusan penempatan juga akan dikeluarkan lebih awal bagi membolehkan pegawai membuat persediaan mencukupi sebelum melapor diri.

“Semasa bertukar kembali ke wilayah asal, pegawai perubatan juga layak menerima elaun gangguan atau disturbance allowance dengan kadar sebulan gaji hakiki pegawai,” katanya.

Beliau berkata, KKM turut memberikan merit tambahan kepada pegawai perubatan yang pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak dalam pertimbangan tawaran program latihan kepakaran dan cuti belajar.

Sementara itu, Dzulkefly mengakui kementerian mengambil serius isu kekurangan sumber manusia, tenaga kepakaran dan fasiliti kesihatan di Sabah serta Sarawak.

Katanya, beliau sendiri telah melakukan 16 lawatan ke Sabah pada tahun lalu bagi meninjau keadaan hospital dan fasiliti kesihatan di negeri berkenaan.

“Saya sedar sementara saya memandang kepada beberapa hospital contohnya kita punya sifar, kosong penempatan pegawai, antaranya di Keningau, Pitas dan Kunak.

“Hospital-hospital ini hampir semua saya telah lawat dan perkara itu sangat saya insafi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/08/kkm-umum-kuota-30-peratus-latihan-kepakaran-untuk-doktor-di-sabah-sarawak/feed/ 0 105023
Sabah, Sarawak To Be Positioned As National Sustainable Energy Hubs – Pm Anwar https://sabahmedia.com/2025/07/31/sabah-sarawak-to-be-positioned-as-national-sustainable-energy-hubs-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/sabah-sarawak-to-be-positioned-as-national-sustainable-energy-hubs-pm-anwar/#respond Thu, 31 Jul 2025 07:16:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78288
Read Time:57 Second

KUALA LUMPUR – The government is placing special focus on positioning Sabah and Sarawak as national sustainable energy hubs with regional competitiveness under the 13th Malaysia Plan (13MP), said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He said both states possess significant potential in the development of clean energy, including renewable energy and low-carbon technologies, in line with Malaysia’s aspiration to achieve net-zero emissions by 2050.

“In Sabah and Sarawak, the government will place special focus on positioning both states as sustainable energy hubs with regional competitiveness,” he said when tabling the 13MP in Parliament today.

According to Anwar, key initiatives such as the Sarawak Hydrogen Hub and the Sabah Energy Security Guarantee will be accelerated to strengthen the energy infrastructure in both East Malaysian states.

“These efforts will open the door to high-impact investments, the creation of high-value jobs and the development of clean technologies for the benefit of the people of Sabah and Sarawak,” he added.

Spanning five years from 2026 to 2030, the 13th Malaysia Plan emphasises balanced regional development and positions sustainable energy as a strategic growth pillar within the broader MADANI Economic Framework.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/sabah-sarawak-to-be-positioned-as-national-sustainable-energy-hubs-pm-anwar/feed/ 0 78288
RMK13 Kukuhkan Infrastruktur, Tenaga dan Teknologi Baharu – TPM Fadillah https://sabahmedia.com/2025/07/31/rmk13-kukuhkan-infrastruktur-tenaga-dan-teknologi-baharu-tpm-fadillah/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/rmk13-kukuhkan-infrastruktur-tenaga-dan-teknologi-baharu-tpm-fadillah/#respond Thu, 31 Jul 2025 06:28:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78281
Read Time:2 Minute, 3 Second

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Tenaga Peralihan dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof, menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai rangka pembangunan menyeluruh yang berteraskan pendekatan holistik, menyantuni rakyat di semua peringkat serta menumpukan kepada daya saing negara melalui transformasi tenaga, teknologi dan infrastruktur.

Beliau berkata, RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen hari ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan memperkukuh teras ekonomi negara melalui pelaburan strategik dalam sektor bernilai tinggi, kelestarian alam sekitar dan tadbir urus yang cekap.

“Salah satu keutamaan kementerian saya ialah memastikan keterjaminan tenaga. Dalam RMK13, kita melihat pendekatan baharu dalam penyusunan semula dasar tenaga termasuk penggunaan teknologi termaju seperti AI serta memperkenalkan mekanisme lebih inovatif dalam pengurusan tarif, eksport tenaga boleh baharu dan galakan penggunaan tenaga secara cekap,” katanya dalam sidang media selepas pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat.

Menurut Fadillah, kerajaan turut membentangkan Rang Undang-Undang Tenaga baharu yang memperkenalkan konsep Time of Use, iaitu penggunaan tenaga secara lebih bijak dan berhemat mengikut waktu, serta memberi tumpuan kepada tenaga boleh baharu yang lebih mampan.

“Ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah mendorong rakyat beralih kepada penggunaan tenaga lebih bersih dan lestari. Kita juga sedang mengkaji potensi tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dan konsisten untuk masa depan negara,” ujarnya.

Mengulas mengenai pengurusan air dan bencana alam, beliau menyambut baik komitmen RMK13 dalam menjamin keterjaminan bekalan air dan pelaksanaan projek mitigasi banjir di seluruh negara, termasuk di Johor, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Ini penting bagi menghadapi cabaran cuaca ekstrem dan memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas oleh bencana berulang. Kementerian akan memastikan projek yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan,” katanya.

Dalam konteks pembangunan wilayah, Fadillah yang juga penyelaras hal ehwal Sabah dan Sarawak menzahirkan penghargaan terhadap tumpuan khusus yang diberikan kepada kedua-dua negeri itu.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Trans Borneo akan diteruskan seperti dirancang. Ini amat penting bagi memastikan keterhubungan infrastruktur dan kemudahan asas di Sabah dan Sarawak ditingkatkan setaraf dengan wilayah lain di Malaysia,” jelasnya.

Tambah beliau, pembangunan menyeluruh yang dirancang melalui RMK13 harus dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berfasa agar manfaatnya dapat dirasai seluruh rakyat, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Dengan pendekatan terancang ini, saya percaya RMK13 akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negara yang lebih inklusif, mampan dan bersifat masa depan,” katanya.

RMK13 merupakan pelan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang memberi tumpuan kepada transformasi ekonomi digital, keterangkuman sosial, pemerkasaan wilayah serta kelestarian alam sekitar dan sumber asli.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/rmk13-kukuhkan-infrastruktur-tenaga-dan-teknologi-baharu-tpm-fadillah/feed/ 0 78281
Kerajaan Sabah komited perkukuh hubungan dengan Sarawak – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerajaan-sabah-komited-perkukuh-hubungan-dengan-sarawak-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerajaan-sabah-komited-perkukuh-hubungan-dengan-sarawak-dr-joachim/#respond Sat, 28 Jun 2025 05:57:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76297
Read Time:1 Minute, 55 Second

PENAMPANG: Kerajaan Sabah kekal komited untuk memperkukuh hubungan baik dan kerjasama erat dengan kerajaan Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memupuk perpaduan dan kemajuan serantau, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri melihat kejohanan tersebut sebagai platform penting untuk memupuk persefahaman dan persahabatan antara rakyat Sabah dan Sarawak, khususnya dalam kalangan komuniti peribumi Kadazandusun dan Dayak.

“Kerajaan Sabah akan terus menggalakkan dan memperkukuh hubungan baik serta persefahaman bersama rakan-rakan kita di Sarawak.

“Dalam konteks ini, kejohanan golf ini merupakan wadah penting yang mencerminkan hasrat dan aspirasi kerajaan negeri, ” katanya ketika berucap pada acara Kaamatan – Gawai Golf Tournament 2025 yang berlangsung di Buhavan Square, Donggongon semalam.

Beliau menegaskan bahawa penganjuran acara sebegini bukan sahaja penting dalam memelihara ikatan budaya, malah memainkan peranan utama dalam menyatukan masyarakat di seluruh Borneo.

“Hubungan rapat dan kerjasama ini amat baik untuk kemajuan serta pembangunan berterusan kedua-dua wilayah,” tambahnya.

Menurut Dr Joachim, Sabah dan Sarawak meliputi sekitar 60 peratus keluasan tanah Malaysia, tetapi hanya menempatkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah penduduk negara suatu faktor yang membuka peluang besar untuk kerjasama strategik yang lebih luas.

“Kejohanan ini bukan sahaja telah mencapai kematangan, malah berjaya mewujudkan hubungan lebih akrab antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI),” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang edisi tahun ini dan menyatakan bahawa semangat kejohanan tidak mengenal kalah atau menang.

“Dalam semangat perpaduan dan persahabatan, tiada yang kalah, semuanya adalah pemenang. Kemenangan sebenar adalah pengukuhan hubungan antara komuniti kita,” ujarnya.

Dr Joachim turut merakamkan penghargaan kepada para peserta dari Sarawak atas sokongan dan penyertaan yang begitu memberangsangkan, yang disifatkan telah menyerikan acara dan menyumbang kepada kejayaannya.

Beliau juga menggesa agar tradisi sukan sempena Kaamatan-Gawai ini diteruskan, memandangkan ia bukan sekadar satu pertandingan, tetapi satu sambutan perpaduan dalam kepelbagaian.

“Kejohanan ini bukan sekadar permainan golf, ia adalah tentang memupuk semangat muhibah, memperkukuh nilai-nilai bersama dan membina masa depan yang lebih utuh,” katanya.

Turut hadir ialah Presiden KCCI, Datuk Ladislaus Maluda; Presiden DCCI, Dato’ Allan Keripin; Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Carl Moosom; Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Miro Simuh; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengarah SME Corp di bawah KUSKOP, Bell Agan serta Pengerusi Penganjur, Edmond Lo.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerajaan-sabah-komited-perkukuh-hubungan-dengan-sarawak-dr-joachim/feed/ 0 76297
Kerjasama PETRONAS-PETROS: Lonjakan Baru Industri Petroleum Sarawak – PM https://sabahmedia.com/2025/02/17/kerjasama-petronas-petros-lonjakan-baru-industri-petroleum-sarawak-pm/ https://sabahmedia.com/2025/02/17/kerjasama-petronas-petros-lonjakan-baru-industri-petroleum-sarawak-pm/#respond Mon, 17 Feb 2025 04:45:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68882
Read Time:1 Minute, 42 Second

PARLIMEN — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan langkah penting dalam pembangunan industri petroleum di Sarawak dengan memperkukuh peranan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam sektor minyak dan gas negeri tersebut.

Katanya Keputusan itu  dibuat selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO), yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.

Menurut Anwar, PETROS di bawah DGO dijamin memperolehi gas asli sehingga 1.2 billion kakipadu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya. PETROS juga berwewenang meluaskan kegiatan yang baru dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS;

“ Syarikat minyak negeri ini juga diberikan kuasa untuk mengembangkan operasinya serta menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS dalam mengukuhkan industri petroleum tempatan” katanya ketika sesi Penerangan Yab Perdana Menteri Mengenai Aktiviti Petroleum Di Sarawak (Petronas-Petros) di Parlimen pagi ini.

Tambah Anwar lagi meskipun PETROS diberikan peranan yang lebih besar, PETRONAS tetap mengekalkan hak dan kontrak domestik serta antarabangsa yang sedia ada. Kedua-dua entiti ini akan bekerjasama erat bagi memastikan kepentingan ekonomi negara dan negeri Sarawak terus dipelihara.

Menurut Anwar lagi, Kerajaan Persekutuan turut mengumumkan beberapa pencapaian ekonomi hasil industri petroleum di Sarawak, antaranya:

Bayaran tunai kepada Sarawak sebanyak RM49 bilion sehingga Disember 2024, Cukai jualan yang dikutip sebanyak RM18.66 bilion sehingga suku ketiga 2024 serta Dividen RM28.6 bilion yang diperoleh melalui pegangan saham State Financial Secretary of Sarawak (SFS) dalam syarikat kumpulan MLNG.

Katanya lagi,  Sejak 1976, Sarawak telah menerima pelaburan melebihi RM280 bilion dalam industri minyak dan gas.

“ Dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, RM90 bilion telah dibelanjakan untuk projek berkaitan dengan lebih RM40 bilion diberikan kepada vendor tempatan”

“ Dari aspek pembangunan modal insan, PETRONAS telah melabur lebih RM600 juta dalam pendidikan dan latihan, dengan lebih 680,000 warga Sarawak menerima tajaan serta lebih 4,300 orang memperoleh peluang pekerjaan”

Tambah Anwar lagi, keputusan ini mencerminkan semangat Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, serta menghargai sumbangan besar Sarawak kepada ekonomi negara.

“Kerjasama antara PETRONAS dan PETROS akan terus diperkukuh bagi memastikan manfaat ekonomi dan pembangunan dapat dirasai oleh rakyat Sarawak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/17/kerjasama-petronas-petros-lonjakan-baru-industri-petroleum-sarawak-pm/feed/ 0 68882
Hak Sarawak ke atas pelantar benua dalam sempadan tak boleh dipersoal – Premier Sarawak  https://sabahmedia.com/2024/11/28/hak-sarawak-ke-atas-pelantar-benua-dalam-sempadan-tak-boleh-dipersoal-premier-sarawak/ https://sabahmedia.com/2024/11/28/hak-sarawak-ke-atas-pelantar-benua-dalam-sempadan-tak-boleh-dipersoal-premier-sarawak/#respond Thu, 28 Nov 2024 04:21:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64549
Read Time:1 Minute, 45 Second

Kuching : Sarawak menegaskan bahawa tanah yang terkandung dalam pelantar benua di sempadannya tidak pernah diserahkan kepada Persekutuan atau kerajaan persekutuan, sama ada melalui Akta Malaysia 1963 (MA63) atau mana-mana peruntukan lain.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerajaan persekutuan tidak mempunyai hak milik ke atas dasar laut dan tanah di bawah dasar laut (subsoil) dalam pelantar benua Sarawak.

Hak ini, menurut undang-undang, hanya tertakluk kepada negeri Sarawak, katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak minggu lalu. 

Tambah Abang Johari lagi, Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan melindungi sempadan Sarawak daripada diubah tanpa persetujuan Dewan Undangan Negeri Sarawak, memastikan integriti wilayah negeri ini terjamin.

Tambahan pula, pindaan Akta Pelantar Benua 2009 secara jelas melindungi hak negeri ke atas dasar laut dan tanah di bawahnya dalam sempadan negeri, seiring dengan kedaulatan Sarawak.

Sarawak juga menegaskan bahawa tuntutannya terhadap sumber minyak dan gas dalam wilayahnya adalah berasas. Hak ini telah diamalkan sejak zaman pemerintahan kolonial British dan diteruskan selepas kemerdekaan. Oleh itu, tiada sesiapa yang berhak mempersoalkan hak Sarawak yang tidak boleh dipertikaikan ke atas pelantar benua dalam sempadannya.

Sebarang cubaan untuk menafikan hak ini bukan sahaja bertentangan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tetapi juga merupakan pelanggaran terhadap hak negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Sarawak mengingatkan bahawa kedaulatan wilayahnya adalah sesuatu yang tidak boleh dirundingkan dan wajib dihormati oleh semua pihak.

Selain itu, Abang Johari berkata Sarawak mengekalkan kuasa perundangan ke atas sumbernya melalui Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Ordinan Pengagihan Gas 2016.

Kedua-dua perundangan ini, katanya, berada dalam kuasa badan perundangan Sarawak untuk digubal. Oleh itu, ujarnya, mana-mana entiti yang terlibat dalam penerokaan dan pengekstrakan sumber dikehendaki mematuhi undang-undang Sarawak yang mengawal selia aktiviti minyak dan gas di darat dan di pelantar benuanya.

“Maknanya, hak kedaulatan Sarawak ke atas tanah, sumber, dan pelantar benuanya termaktub dalam MA63, Perlembagaan Negeri, dan Perlembagaan Persekutuan.

“Hak-hak ini dijamin oleh perlembagaan dan telah dilaksanakan secara konsisten oleh Sarawak.

“Sarawak tetap tegas dalam mempertahankan haknya yang tidak boleh dipisahkan dan memastikan pematuhan undang-undangnya untuk menjaga kedaulatan wilayah serta kawalan sumbernya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/28/hak-sarawak-ke-atas-pelantar-benua-dalam-sempadan-tak-boleh-dipersoal-premier-sarawak/feed/ 0 64549
Hubungan kerjasama erat Sabah, Sarawak perlu diteruskan demi pembangunan lebih pesat – George https://sabahmedia.com/2024/09/02/hubungan-kerjasama-erat-sabah-sarawak-perlu-diteruskan-demi-pembangunan-lebih-pesat-george/ https://sabahmedia.com/2024/09/02/hubungan-kerjasama-erat-sabah-sarawak-perlu-diteruskan-demi-pembangunan-lebih-pesat-george/#respond Mon, 02 Sep 2024 07:39:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60089
Read Time:1 Minute, 15 Second

SANDAKAN: Kerjasama erat antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sedang membuahkan hasil, dan hubungan di antara kedua-dua negeri Borneo itu perlu diteruskan bagi menjamin pembangunan yang lebih pesat, kata Ketua Bahagian N54 Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk George Hiew Vun Zin.

Ketua Bahagian N54 Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk George Hiew Vun Zin.

Justeru, beliau menyeru ahli-ahli di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Karamunting untuk kekal bersatu padu dan mengelakkan perpecahan dalaman serta geseran politik yang hanya akan membawa kepada ketidakstabilan di kawasan itu dan Sabah secara keseluruhan.

“Sabah sedang berkembang pesat dan berada di landasan yang lebih baik berbanding dahulu, di mana negeri ini sering terjerumus dalam konflik politik. Rakyat sudah bosan dengan perebutan kuasa politik. Mereka hanya ingin hidup aman dengan kestabilan politik,” katanya.

George berkata demikian dalam ucapannya semasa Mesyuarat Tahunan Bahagian Gagasan Rakyat 2024 bagi Bahagian N54 Karamunting, kelmarin.

Beliau juga menekankan bahawa semua pihak perlu mengetepikan ego masing-masing dan bersatu untuk memimpin Karamunting ke arah kemakmuran dan kemajuan.

Majlis yang dilancarkan oleh Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah itu dihadiri oleh kira-kira 350 orang, termasuk ramai pemimpin dan ahli parti.

Suasana penuh semangat ahli-ahli Gagasan Rakyat di sini menunjukkan kesediaan untuk terus memperjuangkan hak dan kemakmuran Sabah.

Turut hadir semasa upacara perasmian mesyuarat itu termasuk wakil-wakil daripada parti komponen Gabungan Rakyat Sabah, iaitu parti STAR Sabah dan USNO, serta wakil daripada Gagasan Rakyat bahagian Sekong yang hadir sebagai pemerhati mesyuarat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/02/hubungan-kerjasama-erat-sabah-sarawak-perlu-diteruskan-demi-pembangunan-lebih-pesat-george/feed/ 0 60089
Iran Cultural Centre keen in exploring cultural relations with Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2024/08/02/iran-cultural-centre-keen-in-exploring-cultural-relations-with-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2024/08/02/iran-cultural-centre-keen-in-exploring-cultural-relations-with-sabah-sarawak/#respond Fri, 02 Aug 2024 08:42:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58469
Read Time:6 Minute, 15 Second

PART 1

KUALA LUMPUR: Iranian diplomats speak to Sandakan Media Association (Pemassa) Chairman James Leong on Iranian – Malaysian Relationships.

A meeting between diplomats and Pemassa was held in Kuala Lumpur, recently.

Pemassa chairman James (centre) with Dr Habibreza (right) and Dr Mohsen Saraf , the Scientific and Research Counsellor of the Islamic Republic of Iran in Southeast Asia and Oceania.

The first part features the interview with Dr. Habibreza Arzani, Cultural Counsellor at the Embassy of the Islamic Republic of Iran in Malaysia.

Dr. Habibreza was posted to Malaysia last year. He was born in Tehran and hails originally from Esfahan, a significant city in Central Iran, which served as the magnificent capital of the Seljuq and Safavid dynasties.

Esfahan is celebrated for its exquisite beauty, encapsulated in the Iranian adage that “Esfahan is half the world.” This city is also renowned for its wealth of historical buildings, monuments, paintings, and artifacts.

The city’s renown is further reflected in the Persian proverb Esfahān nesf-e-jahān ast, meaning “Isfahan is half (of) the world.”

The Naqsh-e Jahan Square in Isfahan, recognized as one of the largest city squares globally, is a testament to the city’s historical significance and is designated as a UNESCO World Heritage Site.

In his capacity as Iran’s Cultural Counsellor, Dr. Habibreza’s primary responsibility is to collaborate with the Malaysian government on matters of mutual interest.

Having resided in Malaysia for nearly a year, he has observed that Malaysian culture shares numerous similarities with Iranian culture. To the extent that he has never felt like he is living in a foreign land; rather, it feels as though he is at “home”.

This is a testament to the warmth of Malaysian culture, which fosters a sense of unity among people, regardless of their origins.

According to Dr. Habibreza, the Iran Cultural Centre expresses its keen interest in exploring cultural relations with the states of Sabah and Sarawak.

As a Cultural Counsellor in Malaysia, our portfolio encompasses a diverse array of initiatives. Quran diplomacy is one of the important project amongst Muslim country.

Cultural exchanges in the realms of art, such as batik and khatam, as well as traditional performances like wayang kulit and khemeh shab bazi (marionette puppetry).

Exchange of precious stones, such as Firouz stone from Iran and Sabah’s pearl from Malaysia, is another field of cooperation.

In the spheres of science and culture, we have established Memoranda of Understanding (MoU) with several esteemed universities and we have collaboration with some universities such as: Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), International Islamic University Malaysia (IIUM), International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Multimedia University (MMU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), and Asia Pacific University (APU).

Earlier this year, the Asia Pacific University (APU) hosted the ‘Nowrooz Celebration,’ which was attended by representatives from countries such as Turkiye, Azerbaijan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, and Azerbaijan.

The Nowrooz festival marks the beginning of the New Year on the Persian Calendar and has been celebrated for over 7,000 years.

Iran-Malaysia relations to continue to boost cultural bonds. His Excellency Valiollah Mohammadi Nasrabadi, the Ambassador of the Islamic Republic of Iran to Malaysia said “the strong and unique bond between Malaysia and Iran, rooted in cultural and civilizational elements, has flourished over the last four decades”.

Therefore we hope that the bilateral relation could be further strengthened, including in the field of education, economy, science and technology.

The Iran Cultural Centre is pleased to announce the upcoming expansion of its artist exchange program, which will include students and lecturers from universities in both Malaysia and Iran.

As previously mentioned, we are diligently working on Memoranda of Understanding (MoUs) with potential partner universities in Iran, aiming to establish as many collaborative relationships as possible.

To date, we have successfully translated the works of Maulana Rumi into English, undertaken by the late Dr. Ajmal, and “Kimiya Saadat” (translated as “Ramuan Kebahagiaan”) into Bahasa Melayu, as part of a collaborative project with Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Additionally, the Iran Cultural Centre is in the process of coordinating a master class and a Film Festival, as well as facilitating the supply of Iranian dramas and movies to Malaysia’s National Television Channel.

This is being done in collaboration with Malaysian broadcasting entities, the National Film Development Corporation Malaysia (FINAS), GSC Malaysia cinema, and renowned celebrities such as Hafiz Hamidun, Bront Palarae, and Hassan Abd Muthalib, the latter of whom is recognized as the ‘Father of Malaysian Animation.’

The Iran Cultural Centre expresses its keen interest in exploring cultural relations with the states of Sabah and Sarawak.

As part of our strategic plan, we are considering the organization of an art exhibition in these two states, in collaboration with the Ministry of Tourism, Arts and Culture, the Ministry of Higher Education, and the Ministry of Communications of Malaysia.

On the Gaza conflict, and what both Iran and Malaysia can do more to assist the oppressed Palestinians in Gaza, Dr Habibreza says he would like to formally state that the oppression of Palestinians in Gaza is not merely a matter of concern for Islamic and Arab nations, it has evolved into a global humanitarian issue.

Recently, we have witnessed positive statements and expressions of support for the Palestinian cause from various countries, including China, Russia, the African Union, Brazil, Spain, and Ireland. Iran’s Supreme Leader, Ayatollah Seyed Ali Khamenei, has articulated that the Zionist regime is not a legitimate government but rather a network of criminals, an alliance of killers and terrorists.

As the Cultural Counsellor of Iran, Dr. Habibreza is honoured to stand alongside the Malaysian people, who vehemently support the oppressed Palestinians and work tirelessly to help end the atrocities in Gaza. Since the inception of the Islamic Revolution 46 years ago, and even prior to the establishment of the Islamic Republic, Imam Khomeini condemned the Zionist regime.

Imam Khomeini emphasized the fight against Zionism as one of the fundamental pillars of his revolutionary movement. The people of Palestine must shape their future through official elections.

Speaking on the future of Malaysia and Iran’s bilateral relationship, Dr. Habibreza noted that it is imperative that we enhance our bilateral relations with Malaysia, extending beyond cultural exchanges to encompass various other domains such as science, industry, technology, and commerce.

He is confident that both Malaysia and Iran possess the potential to achieve significant growth together.

Meanwhile, on the US sanction against Iran, Dr. Habibreza says since the inception of the Islamic Revolution in Iran, the nation has faced a series of sanctions, which persist to this day and are expected to continue.

However, they view these economic embargoes as catalysts for their growth and self-sufficiency. Despite these challenges, Iran has achieved comprehensive industrial and technological advancements, covering a wide range of sectors from A to Z.

Notably, Iran has successfully harnessed nuclear energy for peaceful purposes, demonstrating our nation’s commitment to scientific progress and innovation.

It is important to underscore that Iran is a nation that values peace and harmony. Our religious principles strictly prohibit the development and use of nuclear weapons, considering such actions as forbidden (haram).

As a nation, we are dedicated to maintaining a strong and resilient stance, free from any form of oppression or aggression.

As an Iranian, he is honoured to collaborate with Malaysia, the country with diversity, that has achieved significant development. Together, we can foster mutual respect and cooperation for the betterment of our peoples. – By Sandakan Media Association (Pemassa) Chairman, James Leong

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/02/iran-cultural-centre-keen-in-exploring-cultural-relations-with-sabah-sarawak/feed/ 0 58469