Saringan Kontak Rapat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Sep 2021 03:10:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Saringan Kontak Rapat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Saringan Kontak Rapat Kekal Penyumbang Utama Kes Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/16/covid-19-saringan-kontak-rapat-kekal-penyumbang-utama-kes-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/16/covid-19-saringan-kontak-rapat-kekal-penyumbang-utama-kes-di-sabah/#respond Thu, 16 Sep 2021 03:09:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6399
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah dengan 1,118 kes atau 55.5% daripada 2,015 kes positif COVID-19 baharu dicatatkan semalam (15 September 2021).

Sebanyak 71 kes kematian turut dilaporkan semalam iaitu 21 kes di Kota Kinabalu, 18 kes di Sandakan, 15 kes di Tawau, Lahad Datu dan Penampang masing-masing mencatatkan tiga kes, dua kes di Kota Belud dan Papar manakala satu kes di Kota Marudu, Putatan, Kalabakan, Pitas, Kinabatangan, Tuaran dan Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes keseluruhan bagi Sabah meningkat semalam (15 September 2021) sebanyak 231 kembali melepasi paras 2,000 kes, dan kebanyakan kes disumbangkan dari Saringan Kontak Rapat.

“Kes di Daerah Kota Kinabalu mencatatkan penurunan kepada 310 (-18) kes, Sandakan turun (-15) kes, Tuaran (-27) kes, Tawau (-16) kes, Beaufort (-12), Semporna (-5), Tambunan (-3) kes dan Telupid (-3) kes. Papar mencatakan peningkatan (+77) kes, Kota Marudu (+64) kes, Kinabatangan (+37), Kota Belud (+7) kes dan Ranau (+4) kes. Terdapat 27 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.

“Daripada 2,015 kes, 687 kes atau 34.09% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 208 kes atau 10.32% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 145 kes atau 7.20% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Manakala Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,943 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 152,329 orang. Manakala 4,520 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,607 orang di hospital, 2,822 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 84 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.

Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 202 orang merangkumi 161 di ICU/repurposed kritikal care serta 41 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 67 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/16/covid-19-saringan-kontak-rapat-kekal-penyumbang-utama-kes-di-sabah/feed/ 0 6399
COVID-19: Saringan Kontak Rapat Penyumbang Utama Kes Harian https://sabahmedia.com/2021/09/09/covid-19-saringan-kontak-rapat-penyumbang-utama-kes-harian/ https://sabahmedia.com/2021/09/09/covid-19-saringan-kontak-rapat-penyumbang-utama-kes-harian/#respond Thu, 09 Sep 2021 13:13:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6080
Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,294 kes atau 56.3% daripada 2,298 kes baharu hari ini selain 22 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kudat, dua kes di Penampang, Semporna, Keningau dan Kota Kinabalu manakala Tenom dan Ranau masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain Saringan Kontak Rapat menjadi penyumbang utama kes meningkat, ditambah pula 723 kes atau 31.5% daripada Saringan Bergejala, dan 56 kes atau 2.4 % daripada Saringan Kluster.

Katanya, di Kota Kinabalu, 38.34% daripada jumlah kes daerah tersebut hari ini berpunca daripada Saringan Bergejala, manakala Sandakan 31.6%, Tawau 57.9% dan Penampang 40.0%. Saringan bergejala adalah kes-kes sporadik yang berkemungkinan berjangkit akibat kelalaian mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Berikutan dengan peningkatan kes hari ini, kes di Daerah Kota Kinabalu mencatatkan pertambahan 151 kes dan begitu juga dibeberapa daerah lain seperti Penampang (+53) kes, Putatan (+40) kes, Lahad Datu (+50) kes, Kota Marudu (+43), Pitas (+50) dan Ranau (+23).

Manakala kes menurun di Tuaran (-42) kes, Sandakan (-59) kes, Kinabatangan (-35) kes dan Tongod (-34) kes.

Menurut Masidi dalam kenyataannya, daripada 2,298 kes hari ini, 38.4% atau 883 kes adalah lewat daftar antara 2 hingga 3 hari selepas tarikh keluar keputusan, 4.3% atau 98 kes adalah lewat daftar antara 4 hingga 5 hari dan 8.8% atau 203 kes adalah lewat daftar melebihi 5 hari.

Walaupun majoriti pesakit (1,457) adalah mereka yang berumur antara 18 hingga 59 tahun tetapi seramai 191 orang yang dijangkiti adalah di kalangan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah termasuk 27 bayi yang berumur kurang daripada satu tahun.

Bagaimanapun, bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,154 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 141,230 orang.

Dalam perkembangan lain, mengikut statistik Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sabah, setakat semalam (08 September 2021), sejumlah 65.36% penduduk dewasa Sabah telah pun memperolehi satu dos vaksin dan 48.63% telah melengkapkan pengambilan dos vaksin mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/09/covid-19-saringan-kontak-rapat-penyumbang-utama-kes-harian/feed/ 0 6080