Sasar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jan 2024 05:24:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sasar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK sasar jadi agensi kerajaan paling disukai menerusi perkhidmatan cekap & telus https://sabahmedia.com/2024/01/30/dbkk-sasar-jadi-agensi-kerajaan-paling-disukai-menerusi-perkhidmatan-cekap-telus/ https://sabahmedia.com/2024/01/30/dbkk-sasar-jadi-agensi-kerajaan-paling-disukai-menerusi-perkhidmatan-cekap-telus/#respond Tue, 30 Jan 2024 05:24:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48713
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyasarkan untuk menjadi agensi Kerajaan Negeri paling disukai pada masa akan datang.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata ini memerlukan perkhidmatan yang diberikan oleh DBKK pada tahap memuaskan hati pelanggannya.

“Salah satu Inisiatif untuk mencapai hasrat ini adalah menanam kalangan Pegawai dan staf DBKK sense of urgency’ (sikap yang memerlukan tindakan segera) memastikan perkhidmatan pada tahap tinggi, cekap dan telus,” katanya pada Majlis Ramah Mesra dengan Media di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK Junaina Abbe, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar, beberapa pengarang dan wartawan media massa dan elektronik serta ketua-ketua pengarah DBKK.

Dalam pada itu, Sabin berharap hubungan baik antara DBKK dengan media akan terus harmoni dengan kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

“Saya sendiri perlu input dari media untuk membolehkan saya dan DBKK dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan dan juga khidmat baik kepada warga Kota Kinabalu.

“Saya amat yakin dengan pasukan dan komitmen pegawai dan staf DBKK ini dapat dicapai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/30/dbkk-sasar-jadi-agensi-kerajaan-paling-disukai-menerusi-perkhidmatan-cekap-telus/feed/ 0 48713
STB sasar kerjasama mapan dengan Kementerian Ekonomi https://sabahmedia.com/2024/01/26/stb-sasar-kerjasama-mapan-dengan-kementerian-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2024/01/26/stb-sasar-kerjasama-mapan-dengan-kementerian-ekonomi/#respond Thu, 25 Jan 2024 20:38:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48535
Read Time:1 Minute, 33 Second

KIULU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berhasrat menjalin kerjasama mapan dengan Kementerian Ekonomi selaras dengan visi untuk membangunkan secara menyeluruh pelancongan luar bandar di Sabah.

Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama strategik ini bertujuan untuk menjadi pemangkin pemerkasaan ekonomi dalam kalangan komuniti luar bandar untuk mengurangkan kemiskinan.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib telah mengadakan lawatan ke Kampung Poturidong Kiulu untuk melihat sendiri potensi pelancongan berasaskan komuniti serta eko-pelancongan tagal dalam memperkasakan ekonomi penduduk luar bandar.

Beliau diiringi Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, bersama kira-kira 30 peserta Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diadakan di Kota Kinabalu.

Dalam perbincangannya dengan Joniston, Hanifah menyatakan rasa kagum terhadap sistem tagal dan mengakui potensinya sebagai tarikan pelancong yang penting.

Sistem tagal merupakan amalan komuniti tempatan yang melarang penangkapan ikan di sungai untuk tempoh masa tertentu.

Tujuan sistem ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber ikan air tawar dan mengelakkan pencemaran sungai selain menjana pendapatan masyarakat.

Hanifah menekankan keperluan untuk Sabah memanfaatkan tarikan uniknya, termasuk sistem tagal, keindahan alam semula jadi yang terpelihara, dan sungai yang indah sebagai contoh utama.

Menyedari kepentingan pelancongan luar bandar, Timbalan Menteri itu juga bersetuju mengenai keperluan untuk menambah baik kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung.

Beliau turut menekankan bahawa kementeriannya akan melihat bagaimana ia boleh memainkan peranan dalam membangunkan lagi pelancongan luar bandar di Sabah.

Sementara itu, Joniston melahirkan harapan agar Lembaga Pelancongan Sabah diberi peluang untuk membentangkan rancangan pelancongan luar bandar yang komprehensif kepada pihak Kementerian Ekonomi bagi menyelaraskan strategi untuk impak maksimum.

Dengan tumpuan terhadap memupuk amalan lestari, beliau berkata sebarang inisiatif kerjasama dengan kementerian bertujuan mewujudkan situasi menang-menang dengan mempromosikan pelancongan yang bertanggungjawab sambil menambah baik landskap sosio-ekonomi di negeri ini.

Dalam lawatan itu, Hanifah turut meninjau progres pembinaan jambatan yang akan memberi manfaat kepada 3,000 penduduk dari beberapa kampung setelah siap.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/26/stb-sasar-kerjasama-mapan-dengan-kementerian-ekonomi/feed/ 0 48535
Kerajaan sasar kurangkan 80 peratus rakyat miskin tegar di Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/#respond Thu, 25 Jan 2024 08:21:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48491
Read Time:2 Minute, 52 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri menyasarkan mengurangkan bilangan isi rumah miskin
tegar di Sabah diantara 70 hingga 80 peratus dalam tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan statistik, Sabah mempunyai lebih 22 ribu Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar.

Beliau berkata, menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan
termasuk Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah, kerajaan yakin dapat mengurangkan kadar KIR miskin tegar di Sabah.

“Dengan pengembelingan semua pihak melibatkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan menerusi jabatan dan agensinya serta GLC Kerajaan dan sektor swasta yang menyediakan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif, insyaallah dalam tahun ini atau
mungkin tahun hadapan, kita berharap boleh mengurangkan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus rakyat miskin tegar di Sabah”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Penyertaan Agensi Pemberi Bantuan Bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah dan Penyerahan Surat Pelantikan Inisiatif MYSMJA Kerja di Shangri- La Rasa Ria Tuaran pada Khamis.

Katanya, bantuan yang diberikan termasuklah bantuan pekerjaan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan keusahawanan.

“Kita bagi keutamaan kepada anak-anak dari KIR miskin tegar supaya diambil bekerja di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan dan juga pelabur-pelabur yang datang melabur dan membuka kilang di Sabah diwajibkan untuk mengambil anak -anak dari senarai eKasih miskin tegar bekerja.

“Kita telah minta kepada mereka supaya memastikan peluang pekerjaan ini dapat dinikmati oleh mereka yang dalam kategori miskin tegar.

“Nama-nama KIR miskin tegar ini telah diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dihantar kepada syarikat-syarikat, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC kerajaan, supaya mereka diberi peluang untuk bekerja”, katanya.

“Itulah sasaran kita. Kalau boleh semua kita bagi peluang, pekerjaan dan juga berniaga disamping bantuan lain terus daripada kerajaan. Kita kena buat ini. Bagi kita, inilah antara cara untuk menyelesaikan dan menoktahkan miskin tegar”, tegasnya.

Menyentuh Majlis Penyerahan Surat Penyertaan Agensi Pemberi Bantuan Bagi
Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah dan Penyerahan Surat Pelantikan Inisiatif MYSMJA Kerja, Hajiji berkata, ia merupakan manifestasi kerjasama semua agensi kerajaan khususnya agensi pemberi bantuan dalam penyaluran bantuan kepada golongan miskin tegar, untuk memastikan tahap ekonomi mereka dapat ditingkatkan dan seterusnya mengeluarkan mereka dari golongan miskin tegar.

Pada majlis itu, Hajiji menyerahkan surat penyertaan kepada 27 agensi pemberi
bantuan terdiri daripada 10 buah Kementerian Negeri Sabah, sembilan Agensi Kerajaan Negeri, tujuh Agensi Kerajaan Persekutuan dan satu pemain industri.

Menurut Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Program Rintis Menoktahkan Miskin Tegar di Daerah Tuaran yang melibatkan sebanyak 974 KIR miskin tegar telah diprofilkan, bagi fasa awal program MySMJ Kerja: Industri, Syarikat SBH Kibing Solar Sdn Bhd telah memberikan komitmen untuk melantik seramai 200 Ketua Ahli Isi Rumah dan ahli-ahli isi rumah untuk bekerja di daerah Kota Kinabalu dan Kudat.

Sebagai permulaan kepada kerjasama ini, setakat ini seramai 71 orang pekerja baharu
dari kalangan miskin tegar telah dilantik oleh SBH Kibing Solar Sdn Bhd dan proses pelantikan pekerja ini masih berjalan.

Selain itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) juga komited memberikan pekerjaan kepada 12 golongan miskin tegar untuk ditempatkan di enam sekolah agama negeri di daerah Tuaran.

Untuk bantuan kebajikan, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) juga telah memberikan komitmen dalam penyaluran bantuan kebajikan kepada 263 KIR.

Bagi bantuan perumahan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah memberikan komitmen dalam bantuan perumahan iaitu Program Rumah Mesra SMJ dan Program Baik Pulih Rumah kepada 377 ketua isi rumah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/feed/ 0 48491