Sasaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Mar 2025 03:36:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sasaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Para SUKMA : Sabah capai sasaran 59 pingat emas namun gagal pertahan juara keseluruhan https://sabahmedia.com/2024/09/27/para-sukma-sabah-capai-sasaran-59-pingat-emas-namun-gagal-pertahan-juara-keseluruhan/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/para-sukma-sabah-capai-sasaran-59-pingat-emas-namun-gagal-pertahan-juara-keseluruhan/#respond Fri, 27 Sep 2024 11:52:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61329
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kuching : Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah berjaya mencapai sasaran pingat yang ditetapkan sebelum ini dengan meraih 62 pingat emas; 42 perak dan 31 gangsa pada temasya Para SUKMA Sarawak ke 21 hari ini.

Chef De Mission (CDM) Kontinjen Para SUKMA Sabah Datuk Mansur Asun berkata, sasaran itu berjaya dicapai melalui kemenangan atlet dalam sukan Para Olahraga dan Para Renang selain beberapa acara sukan lain yang dipertandingkan.

Bagaimanapun sasaran yang dicapai itu gagal untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang diraih Sabah pada edisi sebelum ini apabila ketinggalan jauh dibelakang tuan rumah yang mengutip 82 emas; 51 perak dan 72 gangsa setakat jam 7.30 malam tadi.

“Pada Para SUKMA sebelum ini kita menjadi juara dan pungutan pingat Sabah pada ketika itu adalah 54 emas dan pada kali ini kita sasarkan untuk mengutip 59 emas. 

“Sasaran itu telah berjaya dicapai setakat hari ini.  Dalam kita mempersiapkan atlet Para SUKMA, kita juga telah mengikuti atau menyertai beberapa sukan di peringkat kebangsaan, sirkit para olahraga Malaysia pada tahun ini,” katanya dalam temubual bersama TVS di sini.

Pada hari ini, Sabah telah berjaya mengutip tujuh pingat emas menerusi beberapa acara yang dipertandingkan menerusi sukan Para Olahraga; Para Memanah; Para Badminton dan Para Ping Pong.

Selain itu, sebanyak lima pingat perak turut berjaya dicapai selain enam pingat gangsa menerusi beberapa sukan yang dipertandingkan.

Esok sebanyak 12 lagi emas dipertandingkan sebelum temasya Para SUKMA Sarawak melabuhkan tirai. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/para-sukma-sabah-capai-sasaran-59-pingat-emas-namun-gagal-pertahan-juara-keseluruhan/feed/ 0 61329
Tahun 2022 Sasaran KPLB Mempercepatkan Projek Pembangunan Di Luar Bandar https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/#respond Fri, 14 Jan 2022 11:35:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11112
Read Time:2 Minute, 18 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meletakkan sasaran tahun 2022 sebagai tahun menyegerakan setiap projek pembangunannya di luar bandar.

Tegas Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB perlukan anjakan paradigma dalam proses kerjanya bagi mengelakkan tempoh masa terlalu lama diambil dalam pelaksanaan projek sehingga menjejaskan kepentingan rakyat.

“Sekarang ini masa untuk kita fikirkan dengan dunia teknologi digital, bagaimana kaedahnya untuk kita mempercepatkan proses pelaksanaan projek, bagaimana kita nak buat, sekarang ni kita tak boleh buat, semua orang kata sekarang tak boleh buat, jadi bagaimana kita nak mengubah paradigma ini.

“Ini menjadi satu cabaran baharu kepada kita untuk nak mempercepatkan proses dan Insya Allah kita boleh deliver kepada rakyat lebih baik kalau kita sama-sama dapat memikirkan, sebab kita nak masuk tahun baharu, kita nak masuk dalam RPII (Rolling Plan 2) Rancangan Malaysia Ke-12.” Katanya.

Mahdzir berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KPLB di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, ketua-ketua agensi dan pengurusan tertinggi KPLB.

Jelas Mahdzir, semua warga KPLB perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk merealisasikan anjakan paradigma untuk mengelakkan daripada terus berada di dalam kepompong yang sama.

“Jadi bagaimana kita nak capainya, sudah tentulah kita memerlukan satu pasukan task force yang benar-benar boleh deliver untuk mencapainya, saya fikir kita semua berada dalam satu pasukan sama ada di kementerian ataupun di agensi, di Bahagian Prasarana, Kesejahteraan Rakyat, pasukan teknikal ataupun di MARA, FELCRA, RISDA, JAKOA, KEMAS atau di agensi wilayah KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, PERDA dan juga KEDA di Kedah,”

Beliau turut membayangkan untuk KPLB meningkatkan lagi pencapaiannya dengan meletakkan tagline baharu iaitu Luar Bandar, Luar Biasa. Pencapaian luar biasa itu boleh digapai oleh KPLB berdasarkan kejayaan melaksanakan perbelanjaan pembangunan lebih 99 peratus pada tahun lalu.

Dalam amanatnya juga Mahdzir berkata, KPLB mempunyai mandat dalam bidang pendidikan iaitu Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sudah sampai masanya semua kementerian berkaitan duduk bersama dalam satu task force untuk memikirkan pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak 2.0 supaya lebih sesuai dengan keperluan dan perkembangan dunia semasa. Antaranya termasuk menaiktaraf Guru Tabika KEMAS lulusan Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda.

“Bagi bidang pendidikan TVET jelas Mahdzir, institusi TVET, KPLB perlu mengelakkan terlalu banyak pertindihan kursus yang sama dan tidak bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan.

“Kita tidak mahu timbul masalah pelajar ambil kursus kemudian dapat sijil tetapi tidak mendapat pekerjaan. Kita tidak boleh ambil pendirian hanya mahu penuhkan institusi pengajian tetapi tidak dapat memenuhi kehendak industri,” ujarnya.

Turut disentuh mengenai peningkatan capaian internet di sekolah Tadika KEMAS yang sekaligus akan membolehkan kawasan sekitarnya mendapat manfaat. Justeru, pihak KPLB akan terus berusaha untuk meningkatkan ketersambungan (connectivity) di sekolah-sekolah KEMAS yang ada di seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/feed/ 0 11112
Dana Global PMB Investment Capai Sasaran Saiz Dana https://sabahmedia.com/2021/12/17/dana-global-pmb-investment-capai-sasaran-saiz-dana/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/dana-global-pmb-investment-capai-sasaran-saiz-dana/#respond Fri, 17 Dec 2021 00:50:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9983
Read Time:2 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: PMB Investment Berhad (PMB Investment) terus tekad mempelbagaikan portfolio pelaburan diperingkat global susulan sambutan positif pelabur yang ditunjukkan melalui dana global pertamanya yang dilancar pada Oktober lepas iaitu PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF). Ketika dilancarkan PMB Investment meletakkan sasaran jualan sebanyak RM20 juta sehingga hujung tahun ini, namun sehingga November 2021, PMBSGEF telah mencapai saiz jualan hampir RM18 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata, pelabur mempunyai keyakinan untuk terus melabur di pasaran global walaupun terdapat peningkatan kembali kes pandemik COVID-19 dan risiko penularan. Bagaimanapun tindakan pembendungan penularan pandemik yang agresif akan terus mempengaruhi aktiviti pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim.
Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim ketika menyampaikan taklimat mengenai pelan PMB Investment di Kota Kinabalu.

“Kami optimis PMBSGEF mampu mencapai sasaran jualan sekurang-kurangnya RM25 juta hingga RM50 juta dalam tempoh setahun selepas ia dilancarkan pada 28 oktober lalu. Ianya berikutan ekonomi Malaysia yang dijangka terus meningkat pada suku pertama tahun hadapan di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus mengukuh antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada tahun 2022 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“PMB Investment mengambil langkah proaktif strategik dalam menyediakan pelbagai pilihan pelaburan di peringkat global dengan potensi pulangan pelaburan yang mampan sejajar dengan kesan pemulihan ekonomi semasa,” katanya.

Mahani berkata demikian ketika ditemui dalam satu Majlis Makan Malam bersama pengamal media di salah sebuah restoran terkemuka di Kota Kinabalu pada Khamis.

Mahani turut menyatakan perancangan PMB Investment untuk 2022 iaitu memperkenalkan tiga lagi dana saham amanah syariah kepada masyarakat pelabur dan dana pertama bakal dilancar pada suku pertama 2022.

PMB Investment akan mengadakan ‘road show’ di beberapa lokasi terpilih dan sesi taklimat di organisasi selain institusi pengajian tinggi.

“Kami mahu memberi pendedahan kepada masyarakat terutama golongan muda tentang pentingnya perancangan pelaburan di usia masih muda dan menjadikan pelaburan sebagai gaya hidup kumpulan ini,” tambah beliau.

Mahani turut berkongsi maklumat tentang program perintis dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang melatih para graduan sebagai Usahawan Kewangan Syariah PMB Investment.

“Seramai 100 graduan telah mengikuti program ini, kami telah melanjutkan program tersebut di UMS untuk kumpulan kedua awal tahun hadapan selain melaksanakan program sama di beberapa institusi pengajian tinggi lain.

“Menerusi program tersebut para graduan boleh memulakan karier sebagai usahawan berjaya, mereka boleh menjadi perunding unit amanah untuk sumber pendapatan sampingan atau secara sepenuh masa, manakala semua latihan serta kemahiran akan disampaikan oleh PMB Investment,” ujarnya.

PMB Investment Berhad (PMB Investment) merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, syarikat pelopor dalam pengurusan unit amanah dan pengurusan portfolio. PMB Investment juga merupakan Institusi Pengurusan Dana Syariah (IFMC) menguruskan 18 dana termasuk PMB Shariah Global Equity Fund, dan beberapa mandat porfolio dengan pelaburan dalam kelas aset utama iaitu ekuiti, sukuk dan pasaran modal. PMB Investment mempunyai enam Pejabat Wilayah dan Jualan termasuk di Kota Kinabalu yang beroperasi di Lot 16-4, Block C, Level 4, Harbour City, Sembulan, Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/dana-global-pmb-investment-capai-sasaran-saiz-dana/feed/ 0 9983
Sasaran Sabah Lipatgandakan 60% Pengeluaran Makanan Tahun 2030 https://sabahmedia.com/2021/07/04/sasaran-sabah-lipatgandakan-60-pengeluaran-makanan-tahun-2030/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/sasaran-sabah-lipatgandakan-60-pengeluaran-makanan-tahun-2030/#respond Sun, 04 Jul 2021 05:26:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2488
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan sedang mencari kaedah untuk melipatgandakan pengeluaran makanan mencapai 60% di Sabah pada tahun 2030.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata pada masa ini, Sabah hanya menghasilkan 25% daripada keperluan makanannya.

“Sama ada sasaran itu menjadi kenyataan atau tidak, itulah tujuan yang kita impikan, saya percaya adalah lebih baik untuk membidik tinggi sebagai motivasi diri dan terpaksa melakukan sesuatu yang drastik untuk mencapai tujuan itu, ”katanya setelah mengadakan lawatan ke Taman Pertanian Sabah di Tenom pada Jumaat lalu.

Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, menyatakan salah satu cara untuk mencapai sasaran itu adalah dengan menggandakan hasil ladang yang sedia ada dengan memperkenalkan hasil benih bermutu tinggi dan spesies buah yang unggul.

Katanya, Jabatan Pertanian Sabah telah mengedar benih padi Tuaran Rice 8 (TR8) unggul kepada petani untuk menghasilkan hasil padi yang berlipat ganda.

“TR8 telah memodenkan penanaman padi dan sasaran kami supaya benih yang ada digunakan secara meluas untuk semua petani padi di Sabah, TR8 menunjukkan bermungkinan dapat meningkatkan pengeluaran tanpa meningkatkan keluasan ladang.

“Para penyelidik dari Bahagian Penyelidikan Pertanian (ARS) di Tenom juga telah mengkali pelbagai jenis herba dan buah-buahan untuk diperkenalkan ke kawasan pertanian Sabah dan mudah-mudahan ia boleh didapati di pasar tempatan kita.

“Saya kagum dengan penemuan mereka, dan saya percaya produk ini berpotensi menjadikan Sabah sebagai pemain utama dalam pengeluaran makanan eksotik suatu hari nanti,” katanya.

Walaupun terdapat penemuan baru yang dapat menggandakan pengeluaran makanan, beliau percaya Sabah akhirnya perlu meningkatkan keluasan tanah yang digunakan untuk penanaman makanan untuk memenuhi permintaan di masa hadapan.

Manakala, kelapa sawit kini menempati 1.8 juta hektar tanah pertanian di Sabah dan sebagai perbandingan, 93,000 hektar yang digunakan untuk tanaman makanan tidak signifikan.

“Dari 93.000 hektar ini, hanya 35.000 hektar yang digunakan untuk penanaman padi. Jadi, apakah jalan ke hadapan? Salah satu pilihan adalah untuk berbincang dengan syarikat kelapa sawit yang memiliki tanah besar membahagi 10% tanah mereka untuk tujuan tanaman makanan.

“Ini adalah sesuatu yang dapat kita pertimbangkan kerana 10% setara dengan 180,000 hektar tanaman makanan, di mana kita dapat menanam apa saja seperti padi, jagung, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

“Saya percaya akan lebih bijaksana untuk mendorong penanaman tanaman di ladang kelapa sawit, tetapi saya rasa ini memerlukan kajian tambahan,” katanya.

Secara keseluruhan, Jeffrey mengatakan dia berpuas hati dengan lawatan itu dan menyatakan minatnya untuk mengunjungi kemudahan pertanian lain di seluruh Sabah kerana kementerian mencari idea baru tentang bagaimana memenuhi objektifnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/sasaran-sabah-lipatgandakan-60-pengeluaran-makanan-tahun-2030/feed/ 0 2488