sastera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Jul 2025 15:18:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sastera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kota Kinabalu semakin hampir capai status Kota Sastera UNESCO https://sabahmedia.com/2025/07/23/kota-kinabalu-semakin-hampir-capai-status-kota-sastera-unesco/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/kota-kinabalu-semakin-hampir-capai-status-kota-sastera-unesco/#respond Wed, 23 Jul 2025 15:18:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77810
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sabah kini giat memperkukuh usaha bagi membolehkan Bandaraya Kota Kinabalu diiktiraf sebagai Kota Sastera UNESCO, sekali gus bakal menjadi bandar raya kedua di ASEAN memperoleh status berprestij itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sejak tahun lalu untuk memenuhi syarat yang ditetapkan UNESCO, termasuk penerbitan karya, penglibatan komuniti penulis, perpustakaan aktif dan program berterusan.

“Saya bersama Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, dan rakan-rakan penulis hadir dalam satu program dua dalam satu malam ini iaitu memperkukuh gerakan ke arah pengiktirafan Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera dan penyampaian bantuan Sumbangan Bahasa dan Sastera (SELASIH) tahun 2025.

“Alhamdulillah, syarat-syarat yang ditetapkan UNESCO sebahagian besarnya telah kita tunaikan. Kini kita hanya menanti hasil penilaian pihak UNESCO, insya-Allah hujung tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Malam Manifestasi Ke Arah Pengiktirafan Kota Kinabalu Sebagai Kota Sastera dan Penyerahan Bantuan SELASIH di sini pada malam Rabu.

Menurut Mohd Arifin, inisiatif menjadikan Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera bermula tahun lalu melalui kolaborasi pelbagai pihak termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Kajian Pembangunan (IDS) dan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pengiktirafan ini bukan sahaja akan mengangkat martabat sastera dan bahasa, tetapi turut memberi impak besar dalam sektor pelancongan dan pembangunan intelektual di Sabah.

“Kita mahu menjadikan kota ini lebih hidup dan semarak dengan adanya aktiviti penulisan, penerbitan, puisi, cerpen, kritikan sastera serta rencana budaya dan bahasa,” ujarnya.

Menyentuh bantuan SELASIH, beliau berkata seramai 20 persatuan penulis, bahasa dan sastera menerima sumbangan tahun ini berbanding 15 tahun lalu, dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

“Kita galakkan sebahagian daripada sumbangan ini digunakan sebagai dana untuk menerbitkan karya. Ini bukan sahaja menyemarakkan sastera tempatan, tapi juga membantu penulis menghasilkan lebih banyak bahan ilmiah dan kreatif,” katanya.

Mohd Arifin yang turut memegang portfolio Exco Pendidikan dan Exco Agama yakin bahawa impian untuk melihat Kota Kinabalu bergelar Kota Sastera UNESCO akan menjadi kenyataan, selari dengan aspirasi menjadikan Sabah sebagai pusat pembangunan budaya, bahasa dan intelektual di rantau ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/kota-kinabalu-semakin-hampir-capai-status-kota-sastera-unesco/feed/ 0 77810
Nadwah Sastera Islam Serantau perkukuh kefahaman nilai Islam dan budaya https://sabahmedia.com/2025/07/04/nadwah-sastera-islam-serantau-perkukuh-kefahaman-nilai-islam-dan-budaya/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/nadwah-sastera-islam-serantau-perkukuh-kefahaman-nilai-islam-dan-budaya/#respond Fri, 04 Jul 2025 04:08:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76665
Read Time:1 Minute, 29 Second

Membakut : Penganjuran Nadwah Sastera Islam Serantau Sabah di negeri ini dilihat penting dalam usaha bagi membina jambatan kefahaman antara nilai Islam dan masyarakat pelbaga kaum.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Sabah sangat kaya dengan kepelbagaian budaya dan bahasa.

“Sastera Islam yang inklusif, menyentuh kemanusiaan sejagat dan tidak bersifat eksklusif agama semata-mata, inilah sastera yang mampu menembusi sempadan dan menyuburkan kedamaian.

“Saya yakin, melalui perkongsian ilmu, perbincangan kritis dan penghasilan karya dalam nadwah ini, kita akan dapat menyuburkan lagi bidang persuratan Islam di Sabah khususnya, dan Malaysia amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Nadwah Sastera Islam Serantau Sabah di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping di sini pada Jumaat.

Arifin berkata, beliau turut menggesa ara semua pihak bersama-sama mengangkat dan memperkasa persuratan Islam sebagai medan membina jiwa rabbani dalam kalangan umat.

“Ini agar dunia tidak hanya disinari cahaya teknologi, tetapi juga diterangi nur hidayah, nur ilmu, dan nur kemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, sebanyak lima buah makalah dibentangkan pada hari ini, iaitu dua makalah dibentangkan oleh dua pemakalah dari Sabah, Malaysia, tiga makalah masing-masing dibentangkan oleh pemakalah dari negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand.

Arifin berkata, pihaknya yakin, selain memupuk pemahaman terhadap karya sastera yang berkualiti, perkongsian para ilmuwan dalam program itu berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam mewujudkan masyarakat yang berbudaya tinggi.

“Nadwah ini juga mampu memperkasakan budaya penyelidikan sebagai teras perkembangan bidang bahasa dan persuratan dalam kalangan masyarakat. Saya amat berharap program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, program itu dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan kerjasama khususnya, yang didukung oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas), Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/nadwah-sastera-islam-serantau-perkukuh-kefahaman-nilai-islam-dan-budaya/feed/ 0 76665
Kepelbagaian Budaya, Tokoh Sastera Di Sabah Mampu Tarik Perhatian Dunia https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepelbagaian-budaya-tokoh-sastera-di-sabah-mampu-tarik-perhatian-dunia/ https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepelbagaian-budaya-tokoh-sastera-di-sabah-mampu-tarik-perhatian-dunia/#respond Sun, 06 Mar 2022 02:31:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12741
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah mempunyai kepelbagaian budaya dan tokoh sastera yang boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, negeri ini turut kaya dengan alam flora yang boleh dieksploitasi dan dijadikan sebagai bahan karya yang menarik perhatian dunia.

“Justeru itu saya menyarankan supaya apa juga potensi yang kita ada ini dieksploitasi sebaik mungkin dan menjadi khazanah sastera budaya yang penting di negara kita.

“Kerajaan turut mengalu-alukan penganjuran program seperti ini yang bertaraf antarabangsa di Sabah yang kita semua harap menjadi salah satu program bersifat ilmu yang mampu membantu industri pelancongan ilmu di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Festival Kesusasteraan dan Kesenian Antarabangsa Sabah 2022 disini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, pihaknya berharap program itu akan menjadi pemangkin sastera dan budaya di Sabah selain menjadi jambatan silaturahim antara aktivis dan peminat sastera serta budaya di rantau ASEAN termasuk global.

“Kita di Sabah, sebenarnya amat terhutang budi kepada Badan Bahasa Dan Sastera Sabah (BAHASA)  kerana telah berusaha sedaya upaya dalam memartabatkan sastera kita hingga di peringkat global.

“Hal ini bukan mudah dilakukan. Hanya mereka yang genius dan bersungguh-sungguh sahaja, yang mampu berfikir jauh ke hadapan tentang warisan sastera bangsanya.

“Malah, jika saya tidak salah alamat, sastera kita, insyaAllah, akan terus diingati di peringkat dunia, jauh lebih lama daripada usia kita sendiri. Seribu tahun akan datang, akan ada orang yang berbicara, tentang sastera dan sumbangan kita pada hari ini sesuai zamannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepelbagaian-budaya-tokoh-sastera-di-sabah-mampu-tarik-perhatian-dunia/feed/ 0 12741