satu kemalangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Mar 2023 14:36:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png satu kemalangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 9 kenderaan terlibat dalam satu kemalangan di Sandakan, 1 cedera https://sabahmedia.com/2023/03/14/9-kenderaan-terlibat-dalam-satu-kemalangan-di-sandakan-1-cedera/ https://sabahmedia.com/2023/03/14/9-kenderaan-terlibat-dalam-satu-kemalangan-di-sandakan-1-cedera/#respond Tue, 14 Mar 2023 14:36:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30841
Read Time:58 Second

SANDAKAN: Kejadian nahas jalan raya membabitkan sembilan kenderaan telah berlaku di Jalan Utama Batu 30 dekat sini petang tadi. (14 Mac)

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.31 petang tadi mengenai kejadian kemalangan tersebut.

Kemalangan jalan raya melibatkan sembilan kenderaan di jalan utama Batu 30 di Sandakan petang tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Setibanya pasukan Bomba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan Lori 10 tan merempuh Lori 1.5 tan dan rempuhan tersebut menyebabkan pelanggaran sesama sendiri kenderaan di bahagian hadapan.

“Kenderaan lain yang terlibat iaitu Lori 3 tan, Bas Mini 29 penumpang, Perodua Myvi, Proton Saga FLX , Toyota Revo, Toyota Hilux dan Ford Ranger,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu Lori 1.5 tan terlibat mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan jentera.

“Mangsa yang cedera seterusnya dihantar ke hospital menggunakan Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa lain tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, maklumat mangsa tidak diperolehi.

“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.40 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/14/9-kenderaan-terlibat-dalam-satu-kemalangan-di-sandakan-1-cedera/feed/ 0 30841