LAHAD DATU: Satu blok rumah pekerja musnah terbakar dalam satu kejadian di Ladang Lam Soon dekat sini, pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pagi tadi (13 Feb) jam 9.29 pagi mengenai kebakaran tersebut.
Katanya, sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan satu blok lapan pintu rumah pekerja telah terbakar 100 peratus.
“Manakala satu blok lagi terkena bahang api 20 peratus di bahagian dinding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pasukan Bomba bertindak memadam menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera dan lori tangki air estate.
“Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.
“Operasi terkawal pada jam 11:00 pagi dan pasukan turut memastikan tiada lagi kemerbahayaan di kawasan kejadian sebelum ditamatkan operasi sepenuhnya pada jam 11:30 pagi tadi,” katanya.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
BELURAN: Mayat seorang daripada dua mangsa banjir yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 dalam kejadian berlaku di dua tempat yang berlainan telah ditemui pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, setakat ini, seorang mangsa yang dilaporkan hilang semasa memukat di Kuala Penubukan, Paitan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 telah ditemui lemas pada jam 12.30 tengahari (01 Januari 2022) di pokok bakau lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian dekat sini.
“Menurut maklumat awal mangsa lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Rajis Nawang bekerja sebagai nelayan telah turun memasang pukat di Kuala Penubukan sebelum disedari hilang oleh bapanya.
“Manakala mangsa kedua, hanya dikenali Kaerul, 26, Pekerja Ladang telah dihanyutkan air deras apabila cuba menyeberang jalan Kampung Kinadaan (Kg Matanggal). Semasa kejadian dipercayai paras air mencecah lima kaki dari paras jalan. Kejadian ini disedari oleh majikannya dan telah membuat laporan kepada pihak polis, sehingga kini mangsa masih belum ditemui,” kata Kasim dalam kenyataan medianya hari ini.
Sementara itu, katanya hujan lebat yang turun berterusan mengakibatkan banjir beberapa kawasan di Daerah Beluran.
“Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan membabitkan agensi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
TAWAU: Dua beradik berumur lima dan 15 tahun dijumpai meninggal dunia manakala seorang masih hilang dipercayai lemas dalam insiden bot karam di Kg Batu Payung, dekat sini pada Sabtu petang.
Dalam kejadian 6.45 petang Sabtu (1 Januari 2022), pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai satu kejadian bot karam di Kg Batu Payung kira-kira 24 kilometer jarak dari Balai Bomba Daerah Tawau.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, hasil maklumat dari mangsa bot karam, kejadian berlaku semasa bot cuba berpatah balik dari Batu 4 Kg Rawa-Rawa ke Kg Batu Payung tetapi bot terbalik dan karam.
“Terdapat sembilan orang mangsa sekeluarga di mana enam orang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung, dua orang mangsa telah dijumpai awal pagi tadi namun disahkan telah meninggal dunia manakala seorang mangsa masih belum dijumpai.
“Dua mangsa adik-beradik yang dijumpai oleh penduduk kampung namun meninggal dunia dikenali sebagai Saiful Muhaimin, 15, mangsa dijumpai di Perairan Tinagat pada jam 8.58 pagi manakala adiknya Jaidi Muhaimin ,5, dijumpai di pesisir pantai pada pada jam 6.30 pagi. Bagaimanapun mangsa ketiga dipercayai kakak kepada kedua-dua mangsa Rahena Muhaimin, 20, masih belum temui,” kata Misran.
Pasukan bomba bersama agensi bantuan terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 13 orang berserta dua buah bot, Polis Diraja Malaysia (PDRM) lima orang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) tujuh orang berserta sebuah bot, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) lima orang dan penduduk kampung berserta 20 buah bot.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
]]>KOTA KINABALU: Satu kluster baharu di Sabah tercetus melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut ialah Kluster Jalan Pahlawan, Kota Kinabalu, Penampang merupakan kluster jenis institusi latihan.
Katanya, kluster ini melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu yang terletak dalam Mukim Petagas. Penularan jangkitan berlaku dalam kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja di dewan makan pusat latihan tersebut serta turut menjangkiti ahli keluarga.
Selain Kota Kinabalu, daerah Penampang turut melaporkan kes yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan.
Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, kes indeks kluster ini adalah jurulatih polis, lelaki, 44, yang tinggal di Perumahan IPK Blok Orkid Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Luyang, setelah bergejala sejak 24 Ogos 2021.
“Kes telah dimasukkan ke PKRC Pirasan Kota Belud untuk rawatan lanjut. Daripada 72 sampel yang diambil, 45 kes positif dikesan termasuk 41 kes baharu pada hari ini.Manakala sembilan sampel didapati negatif dan 18 masih menunggu keputusan ujian saringan,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin menyifatkan pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Lajim Ukin pagi tadi sebagai satu kehilangan besar buat rakyat negeri ini khususnya penduduk rakyat di kawasan Beaufort.
Beliau berkata, berita pemergian Allahyarham Lajim juga sangat mengejutkan yang beliau anggap sebagai sahabat rapat sejak bersama-sama berada di barisan kepimpinan tertinggi SANYA satu ketika dahulu.
“Allahyarham merupakan sahabat rapat saya pernah bersama dalam kepimpinan persatuan dan parti Umno sebagai ahli majlis tertinggi pemergian beliau hari ini , saya kehilangan seorang sahabat yang baik ,saya bersama keluarga dan kepimpinan UMNO Sabah merakamkan ucapan takziah kepada Datin Seri Normilah Siong serta seluruh ahli keluarga Allahyarham.
“Sesungguhnya Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang khidmat beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias dan Ahli Parlimen Beaufort ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Bung sumbangan Allahyarham dalam pembangunan di negeri ini juga tidak boleh dinafikan melalui beberapa jawatan yang pernah beliau sandang dimana selain menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah sebelum ini, Allahyarham juga pernah menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Menteri Pertanian, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di peringkat Pusat.
” Kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga” katanya
Lajim menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 tadi di Hospital Pakar KPJ setelah dirawat lebih dua minggu di hospital berkenaan dimana Allahyarham disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lepas. Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak.
Jawatan terakhir beliau ialah Pengerusi Ekesutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Jenazah beliau dibawa balik ke kampung halaman Kampung Kebatu, Beaufort untuk dikebumikan. Mengiringi jenazah Allahyarham isteri beliau Datin Seri Normilah Siong, anak -anak Allahyarham serta ahli keluarga yang lain.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Kluster Cantawan, Lahad Datu merupakan satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini berpunca kluster tempat kerja.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Cantawan, Lahad Datu adalah kluster tempat kerja yang berlaku di Mukim Silabukan, Daerah Lahad Datu.
Katanya, kes indeks merupakan kakitangan lelaki, 24, di ladang kelapa sawit tersebut disahkan positif (RTK-Ag) di klinik swasta pada 16 Ogos 2021, selepas bergejala sejak 12 Ogos 2021. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap kontak rapat dan ahli keluarga mendapati pertambahan bilangan kes positif.
“Saringan telah dibuat daripada 78 individu, 46 individu dikesan positif termasuk 27 kes baharu hari ini. Manakala 32 individu lagi didapati negatif saringan pertama.
“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan. Kontak- kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di Ladang Centawan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.
Dalam perkembangan lain, tujuh lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 23 Ogos 2021 hingga 5 September 2021 melibatkan empat Lokaliti di Tawau iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4, manakala dua lokaliti di Beluran iaitu Kampung Sulit paitan dan Kampung Matanggal Lama serta PPR Taman Mesra, Sandakan.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu di Sabah hari ini iaitu Kluster Sawit Sukau, Kinabatangan, Lahad Datu berlaku di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan pekedai runcit, lelaki, 54, di dalam ladang sawit itu.
Katanya, kes indeks yang menjalani saringan tempat kerja di Klinik Kesihatan Mabello Paris, Kinabatangan pada 6 Ogos 2021 namun disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan selanjutnya dan telah didaftarkan di daerah Lahad Datu.
Sementara aktiviti persampelan kontak sosial, pekerja dan tanggungan mendapati 29 lagi kes positif baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes.
Menurut Masidi siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.
Dalam perkembangan lain, setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan 14 hari berkuat kuasa 22 Ogos 2021 hingga 4 September 2021 di lokaliti-lokaliti seperti berikut iaitu empat Lokaliti di Kota Belud, Kg Kulambai, Kg Kulambai Kupang dan Kg Kulambai Gundau, Kg Labuan, Kg Ambong Tolus dan Kg Tuguson, dua lokaliti di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan Perumahan Lestari, Felda Sahabat 48, dua lokaliti di Tawau, Taman Milennium dan Taman Kinabutan Ria serta Kg Tangkuyan, Tongod.
]]>KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Timbua, Ranau dipercayai berpunca daripada aktiviti berkumpul oleh masyarakat untuk majlis ibadah korban di Masjid Timbua.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan penghidap kanser, lelaki, 52, yang dikesan positif COVID-19 (RTK-Ag) pada 23 Julai 2021 dalam saringan pra-kemasukan ke wad. Turut dikesan positif, penjaga kepada kes indeks di dalam wad melalui RTK-Ag.
Berikutan dengan kes tersebut, saringan kontak rapat dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2021 mendapati pertambahan kes positif dalam kalangan kontak rapat dan diperluaskan hingga 10 Ogos 2021.
Bagaimanapun, daripada 239 kontak yang disaring, 48 dikesan positif termasuk satu kes baharu hari ini. Manakala 95 kontak didapati negatif dan 97 kontak lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.
Selain Kg Timbua, jumlah kes positif melibatkan beberapa lokaliti lain antaranya, di Kg Lembah Permai, Kg Kembiroi, Kg Merungin 2 dan Kuarters Ibu Pejabat Polis Ranau.
Dalam perkembangan lain, 11 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula 12 Ogos 2021 hingga 25 Ogos 2021 melibatkan tiga Lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol, Kampung Gudon, Manggatal dan Kampung Lobou, Kampung Menunggui, Kota Belud, Kampung Tengah, Kinarut, Papar, Kampung Petagas, Putatan, . Kampung Pogunon, Penampang, Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau, Kampung Batu 1 Sipitang, Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom.
]]>8 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]
KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen bersama dengan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Taman Wangsa di Telipok kira-kira 15km dari Bandaraya Kota Kinabalu, hari ini.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada para barisan hadapan dan pihak pengurusan yang menjaga benteng pertahanan untuk memerangi penularan Covid-19 kepada 240 unit rumah yang mempunyai lebih dari 800 penghuni semasa tempoh PKPD ini.
Semasa lawatan tersebut, Dr Roland Chia Ming Shen memuji Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang telah memulakan program vaksinasi Covid-19 mereka untuk menjangkau program bergerak dengan memberi vaksin kepada warga emas di kebanyakan rumah orang tua di sekitar daerah Kota Kinabalu.
Dr Roland Chia berharap masyarakat memahami bahawa semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan melakukan yang terbaik untuk memerangi wabak ini.
“Orang ramai tidak boleh menjauhi vaksinasi dan sebaliknya harus memberi galakkan satu sama lain tampil untuk mendaftar dan diberi vaksin Covid-19,” kata Dr Roland Chia.
Tambahnya, untuk mengatasi wabak ini, imuniti berkelompok sangat penting untuk terus maju.
Dalam pada yang sama, Dr Roland Chia menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Pengarah Urusan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau, kerana telah menyumbangkan 1000 keping produk roti dan krim roti kepada penghuni Pangsapuri Taman Wangsa, Telipok.
]]>