sawit kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Jul 2026 00:48:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sawit kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sawit Kinabalu lancar Buletin Integriti, perkukuh budaya tadbir urus cemerlang https://sabahmedia.com/2026/07/22/sawit-kinabalu-lancar-buletin-integriti-perkukuh-budaya-tadbir-urus-cemerlang/ https://sabahmedia.com/2026/07/22/sawit-kinabalu-lancar-buletin-integriti-perkukuh-budaya-tadbir-urus-cemerlang/#respond Wed, 22 Jul 2026 00:48:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100340
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Sawit Kinabalu terus memperkukuh komitmennya terhadap budaya integriti dan tadbir urus cemerlang menerusi pelancaran Buletin Integriti Edisi Pertama 2026, sebagai platform rasmi bagi meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai kepentingan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan pencegahan rasuah.

Penerbitan buletin berkenaan menjadi satu lagi langkah strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah itu dalam memperkasa amalan governans, pematuhan dan tadbir urus yang baik, di samping berkongsi pelbagai inisiatif serta program yang dilaksanakan oleh Divisyen Integriti dan Governans Kumpulan Sawit Kinabalu.

Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Tun Dr. Musa, berkata pembudayaan integriti perlu dijadikan teras kepada setiap tindakan dan keputusan organisasi bagi memastikan syarikat terus berkembang secara mampan serta mengekalkan kepercayaan rakyat dan semua pihak berkepentingan.

“Integriti bukan sekadar memenuhi keperluan pematuhan, sebaliknya perlu diterapkan sebagai nilai dan budaya kerja dalam setiap peringkat organisasi bagi memastikan tadbir urus yang cekap, telus dan berakauntabiliti,” katanya.

Sebagai simbol komitmen tersebut, beliau menyerahkan Buletin Integriti Edisi Pertama 2026 kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai makluman mengenai usaha berterusan Kumpulan Sawit Kinabalu dalam memperkukuh integriti, tadbir urus dan ketelusan sebagai antara tonggak utama pengurusan syarikat.

Turut hadir pada sesi penyerahan itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, bersama wakil Divisyen Integriti dan Governans Kumpulan Sawit Kinabalu.

Dalam pertemuan tersebut, Hajiji menyambut baik inisiatif berkenaan dan berharap Kumpulan Sawit Kinabalu terus memperkasa pelaksanaan program integriti serta pencegahan rasuah bagi memastikan budaya kerja yang beretika dan berakauntabiliti terus diperkukuhkan.

Beliau turut berharap usaha yang dilaksanakan itu dapat dijadikan penanda aras oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain di Sabah dalam memperkasakan budaya tadbir urus yang baik, telus dan berintegriti.

Pelancaran Buletin Integriti Edisi Pertama 2026 membuktikan kesungguhan Kumpulan Sawit Kinabalu untuk menjadikan integriti bukan sekadar dasar organisasi, tetapi satu budaya kerja yang diamalkan secara menyeluruh dalam usaha memacu kecemerlangan, kelestarian dan daya saing syarikat pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/22/sawit-kinabalu-lancar-buletin-integriti-perkukuh-budaya-tadbir-urus-cemerlang/feed/ 0 100340
Kumpulan Sawit Kinabalu serah zakat perniagaan RM4.5 juta kepada MUIS https://sabahmedia.com/2026/05/14/kumpulan-sawit-kinabalu-serah-zakat-perniagaan-rm4-5-juta-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2026/05/14/kumpulan-sawit-kinabalu-serah-zakat-perniagaan-rm4-5-juta-kepada-muis/#respond Wed, 13 May 2026 22:41:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96627
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4.5 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini pada Rabu.

Penyerahan zakat tersebut disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Hazem Mubarak Musa kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Ketika ditemui media, Isnin berkata, jumlah kutipan zakat di Sabah bagi tahun 2026 setakat 13 Mei telah mencecah RM60.45 juta, manakala jumlah agihan zakat direkodkan sebanyak RM65.85 juta.

Menurut beliau, zakat penggajian mencatat kutipan tertinggi iaitu RM24.06 juta atau 39.8 peratus daripada keseluruhan kutipan zakat di negeri ini.

“Zakat perniagaan pula menyumbang RM14.64 juta, bersamaan 24.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan,” katanya.

Bagi agihan zakat, beliau berkata golongan fakir menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM25.19 juta atau 38.27 peratus, diikuti asnaf miskin sebanyak RM11.73 juta dan fisabilillah RM9.84 juta.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Datuk Ramlan Awang Ali.

Sementara itu, Hazem berkata pembayaran zakat berkenaan adalah hasil kutipan zakat perniagaan anak syarikat Sawit Kinabalu, Borneo Samudera Sdn Bhd, bagi tahun haul 2024 dan 2025.

Beliau berkata, Kumpulan Sawit Kinabalu akan terus komited melaksanakan tanggungjawab pembayaran zakat perniagaan sejajar dengan prestasi kewangan syarikat yang kukuh dan berkembang.

“Ini merupakan satu amanah yang diharapkan dapat memberi manfaat berterusan kepada golongan yang memerlukan, di samping menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat melalui institusi zakat negeri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/14/kumpulan-sawit-kinabalu-serah-zakat-perniagaan-rm4-5-juta-kepada-muis/feed/ 0 96627
Sawit Kinabalu perkasa mekanisme dan teknologi ladang di Balung https://sabahmedia.com/2026/04/10/sawit-kinabalu-perkasa-mekanisme-dan-teknologi-ladang-di-balung/ https://sabahmedia.com/2026/04/10/sawit-kinabalu-perkasa-mekanisme-dan-teknologi-ladang-di-balung/#respond Thu, 09 Apr 2026 23:25:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94613
Read Time:1 Minute, 9 Second

TAWAU: Kumpulan Sawit Kinabalu terus memperkukuh penggunaan teknologi dan mekanisasi dalam operasi perladangan menerusi lawatan kerja Pengerusinya, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa ke Kompleks Balung di sini baru-baru ini.

Lawatan sempena Quarterly Management Committee Meeting (QMCM) itu memberi tumpuan kepada penilaian pelaksanaan teknologi terkini di lapangan, termasuk penggunaan jentera moden dalam aktiviti penuaian dan pembajaan.

Antara yang menjadi perhatian ialah penggunaan jentera ‘Elit’ berkuasa bateri yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan kerja, malah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil selaras dengan agenda tenaga hijau.

Selain itu, teknologi ‘Verion’ yang dilengkapi sistem GPS dan kawalan elektrohidraulik turut diperkenalkan bagi memastikan ketepatan pembajaan, sekali gus meningkatkan hasil dan kualiti tanaman secara menyeluruh.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meninjau Tapak Semaian Sungai Balung bagi melihat perkembangan anak benih serta memastikan standard pengurusan dipatuhi.

Hazem turut melawat Sawit Kinabalu Livestock Integrated Center (SKLIC) yang mengintegrasikan sektor ternakan dengan perladangan sawit, sebagai langkah menyokong keterjaminan bekalan makanan negara.

Turut menjadi fokus ialah lawatan ke kilang pemprosesan sawit di Apas Balung dan Seeds Production Unit (SPU), yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan pengeluaran serta penyediaan benih berkualiti tinggi.

Pada sebelah petang, beliau menghadiri Majlis Silaturrahim Aidilfitri Wilayah Tawau, sekali gus mengeratkan hubungan antara pengurusan tertinggi dan warga kerja.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Sawit Kinabalu dalam memodenkan sektor perladangan melalui inovasi teknologi, kecekapan operasi serta amalan mampan demi memastikan daya saing industri sawit Sabah terus kukuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/10/sawit-kinabalu-perkasa-mekanisme-dan-teknologi-ladang-di-balung/feed/ 0 94613
SKFP sedia penuhi permintaan lembu korban sempena Aidiladha https://sabahmedia.com/2026/04/09/skfp-sedia-penuhi-permintaan-lembu-korban-sempena-aidiladha/ https://sabahmedia.com/2026/04/09/skfp-sedia-penuhi-permintaan-lembu-korban-sempena-aidiladha/#respond Thu, 09 Apr 2026 09:12:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94582
Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU: Kumpulan Sawit Kinabalu menerusi anak syarikat, Sawit Kinabalu Farm Products Sdn. Bhd. (SKFP), komited dalam memastikan bekalan lembu korban serta produk berasaskan daging lembu segar dan halal mencukupi di seluruh Sabah sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa, berkata syarikat akan terus menyokong usaha memperkukuh keterjaminan bekalan ternakan dan makanan, khususnya bagi memenuhi keperluan domestik.

“Syarikat akan terus berusaha menyokong keterjaminan bekalan ternakan dan makanan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa sektor agro-makanan, meskipun terdapat permintaan dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke beberapa unit operasi Sawit Kinabalu di sini Isnin lalu.

Hazem berkata, sehingga 2025, SKFP mencatatkan prestasi operasi memberangsangkan dengan peningkatan jualan lembu sebanyak 65.7 peratus, bersamaan lebih 4,600 ekor.

Beliau berkata, pencapaian itu didorong oleh peningkatan permintaan pasaran serta harga yang lebih kompetitif dan menggalakkan.

“Dalam usaha memperkukuh industri ternakan, SKFP turut memperluaskan variasi baka lembu termasuk Brahman, Brangus, Simental Cross dan Wagyu Cross dengan jumlah keseluruhan melebihi 10,000 ekor setakat Mac tahun ini,” katanya.

Sempena Aidiladha yang bakal tiba, Hazem berkata, SKFP turut mempergiat jualan lembu korban kepada orang awam dengan harga bermula serendah RM5,600 seekor.

Tempahan kini telah dibuka dan orang ramai digalakkan membuat tempahan awal bagi memastikan ketersediaan lembu korban yang berkualiti serta memenuhi syarat ibadah korban. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/09/skfp-sedia-penuhi-permintaan-lembu-korban-sempena-aidiladha/feed/ 0 94582
Sawit Kinabalu hulur sumbangan kepada rumah kebajikan, pelajar SPM di Sungai Manila https://sabahmedia.com/2026/03/10/sawit-kinabalu-hulur-sumbangan-kepada-rumah-kebajikan-pelajar-spm-di-sungai-manila/ https://sabahmedia.com/2026/03/10/sawit-kinabalu-hulur-sumbangan-kepada-rumah-kebajikan-pelajar-spm-di-sungai-manila/#respond Mon, 09 Mar 2026 18:23:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92936
Read Time:1 Minute, 2 Second

SANDAKAN: Kumpulan Sawit Kinabalu menghulurkan sumbangan kepada beberapa rumah kebajikan dan pelajar sekolah menengah sempena majlis Iftar Sawit Kinabalu yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.

Dalam majlis itu, sumbangan sebanyak RM5,000 disampaikan kepada Sabah Blind Society cawangan Sandakan yang terletak di Pekan Muhibbah Rancangan Sungai Manila bagi membantu persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, sebuah pusat perlindungan warga emas, Rumah Sri Harapan di Sandakan turut menerima sumbangan berjumlah RM2,500.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Hazem Mubarak Tun Musa dan disaksikan Pengarah Urusan syarikat itu, Victor Ationg.

Dalam majlis sama, bantuan turut disalurkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini melibatkan tiga sekolah menengah di kawasan berkenaan.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran menerima sumbangan berjumlah RM6,000, manakala dua lagi sekolah iaitu SMK Gum-Gum dan Maktab Rendah Sains MARA Tun Fuad Stephens turut menerima bantuan bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Bantuan kepada pelajar tersebut disumbangkan oleh Sawit Agrotechnology Sdn Bhd yang diwakili oleh pengarahnya, Alfian Ahmad.

Program berkenaan mencerminkan komitmen Sawit Kinabalu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan membantu golongan memerlukan serta menyokong usaha pendidikan dalam komuniti setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/10/sawit-kinabalu-hulur-sumbangan-kepada-rumah-kebajikan-pelajar-spm-di-sungai-manila/feed/ 0 92936
Sawit Kinabalu rancang tingkat pengeluaran daging lembu https://sabahmedia.com/2026/03/08/sawit-kinabalu-rancang-tingkat-pengeluaran-daging-lembu/ https://sabahmedia.com/2026/03/08/sawit-kinabalu-rancang-tingkat-pengeluaran-daging-lembu/#respond Sun, 08 Mar 2026 12:13:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92873
Read Time:57 Second

SANDAKAN : Kumpulan Sawit Kinabalu merancang untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah bagi memperkukuh bekalan makanan tempatan serta memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Hazem Mubarak Musa berkata, antara langkah yang dirancang termasuk memperluaskan kapasiti penyembelihan serta meningkatkan operasi pengeluaran yang ketika ini masih dijalankan pada skala kecil.

“Ketika ini kita sudah mempunyai proses pengeluaran daging lembu tetapi pada skala kecil. Namun, kita sememangnya mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi pengeluaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Kumpulan Sawit Kinabalu di perkarangan Masjid Raya Seri Aman, Pekan Muhibbah Batu 12, Sungai Manila, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, Sawit Kinabalu ketika ini memiliki ladang penternakan lembu di Tawau dengan jumlah ternakan mencecah kira-kira 14,000 ekor.

Media turut dimaklumkan bahawa pengeluaran daging lembu syarikat itu kini mencecah sekitar 6,000 ekor setahun.

Dalam perkembangan lain, Hazem berkata pihaknya juga akan berusaha membantu penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini.

Beliau berkata, terdapat rumah dan jambatan yang dilaporkan mengalami kerosakan akibat bencana tersebut.

“Kita akan cuba membantu mereka yang terkesan akibat banjir, khususnya komuniti yang memerlukan bantuan segera,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/08/sawit-kinabalu-rancang-tingkat-pengeluaran-daging-lembu/feed/ 0 92873
Hajiji sambut baik OACP Sawit Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/05/15/hajiji-sambut-baik-oacp-sawit-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/05/15/hajiji-sambut-baik-oacp-sawit-kinabalu/#respond Thu, 15 May 2025 04:45:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73850
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji  Noor menyambut baik langkah Kumpulan Sawit Kinabalu memperkenalkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2025-2029.

Katanya, pelan itu merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik di semua peringkat organisasi.

“Saya menggalakkan semua jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mencontohi pendekatan seperti ini dalam memperkukuh nilai integriti dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan,” katanya.

Beliau menambah bahawa OACP merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap, berwibawa dan bebas rasuah.

Hajiji, yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu, berkata pelaksanaan OACP bukan sekadar untuk memenuhi kehendak dasar, tetapi ia harus menjadi norma dalam budaya kerja bagi GLC dan agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas menerima OACP Kumpulan Sawit Kinabalu yang diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Victor Ationg di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Turut bersama Victor dalam kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri ialah pasukan Bahagian Integriti dan Governans Sawit Kinabalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/15/hajiji-sambut-baik-oacp-sawit-kinabalu/feed/ 0 73850
Sawit Kinabalu laksana inisiatif konservasi terumbu karang, Penyu di Pulau Mabul https://sabahmedia.com/2025/04/29/sawit-kinabalu-laksana-inisiatif-konservasi-terumbu-karang-penyu-di-pulau-mabul/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/sawit-kinabalu-laksana-inisiatif-konservasi-terumbu-karang-penyu-di-pulau-mabul/#respond Tue, 29 Apr 2025 05:44:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72881
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Sawit Kinabalu Group menerusi anak syarikatnya, SKG Property Sdn Bhd (Sawit Property) melancarkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang menyasarkan pemuliharaan terumbu karang dan habitat penyu di Pulau Mabul, Semporna.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sawit Kinabalu Group Stella Ambrose berkata, inisiatif itu juga membuktikan komitmen padu terhadap pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

Katanya, ia juga adalah bagi mengaplikasikan pendekatan saintifik untuk menghidupkan semula ekosistem marin yang semakin terancam. 

Menurutnya, inisiatif itu dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (BMRI-UMS) dan One Ocean Empire.

“Fokus utama adalah pembangunan tapak semaian karang, pembiakan 200 koloni karang, perlindungan dua sarang penyu, serta latihan komuniti setempat bagi mendukung usaha pemuliharaan laut dan memperkukuh ekopelancongan di kawasan berkenaan.

“Kami percaya pemeliharaan alam sekitar dan kemajuan perniagaan boleh bergerak seiring.

“Dengan pelancaran Eden Suites tidak lama lagi, kami berbangga menyokong usaha yang mengekalkan keindahan semula jadi Semporna, destinasi pelancongan yang menjadi kebanggaan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis penyerahan cek simbolik bernilai RM10,000 kepada BMRI-UMS dan RM20,000 kepada One Ocean Empire di Ibu Pejabat Sawit Kinabalu Group di sini hari ini.

BMRI-UMS diwakili Timbalan Pengarahnya Profesor Madya Dr. Zarinah Waheed dan One Ocean Empire diwakili Pengasasnya, Monica Chin.

Majlis turut dihadiri oleh pengurusan kanan Sawit Kinabalu Group serta wakil PropNex Malaysia Sabah, menandakan komitmen bersama dalam memperkasakan projek-projek kelestarian di rantau ini.

Projek Eden Suites, yang bakal menjadi permata baharu Plaza Semporna, menawarkan 488 unit suite komersial premium yang direka untuk pelancong yang mengutamakan keselesaan dan keprihatinan terhadap alam sekitar. 

Terletak berhampiran tapak selaman bertaraf dunia seperti Pulau Sipadan, Eden Suites menyatukan kemewahan, kemudahan moden dan prinsip kelestarian dalam satu destinasi eksklusif.

Sawit Property percaya bahawa pelaburan dalam pemuliharaan marin bukan sahaja memelihara khazanah alam, malah meningkatkan daya saing Semporna sebagai destinasi utama ekopelancongan Asia. – SABAH MEDIA / FOTO SAWIT KINABALU

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/sawit-kinabalu-laksana-inisiatif-konservasi-terumbu-karang-penyu-di-pulau-mabul/feed/ 0 72881
Sawit Kinabalu sumbang RM1 juta kepada YKS https://sabahmedia.com/2025/04/22/sawit-kinabalu-sumbang-rm1-juta-kepada-yks/ https://sabahmedia.com/2025/04/22/sawit-kinabalu-sumbang-rm1-juta-kepada-yks/#respond Tue, 22 Apr 2025 13:55:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72476
Read Time:24 Second

Kota Kinabalu: Kumpulan Sawit Kinabalu menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini hari ini.

Penyampaian sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah.

Penyerahan sumbangan disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib serta ahli lembaga pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/22/sawit-kinabalu-sumbang-rm1-juta-kepada-yks/feed/ 0 72476
BSSB, Danau Girang Research and Conservation Bhd meterai Perjanjian Penyelidikan https://sabahmedia.com/2025/01/21/bssb-danau-girang-research-and-conservation-bhd-meterai-perjanjian-penyelidikan/ https://sabahmedia.com/2025/01/21/bssb-danau-girang-research-and-conservation-bhd-meterai-perjanjian-penyelidikan/#respond Tue, 21 Jan 2025 11:22:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67259
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) menandatangani Perjanjian Penyelidikan selama lima tahun bersama Danau Girang Research and Conservation Bhd untuk meningkatkan pemantauan biodiversiti serta alam sekitar di Kawasan Pemuliharaan Sg Pin (SPnCA) di Kinabatangan.  

SPnCA merupakan inisiatif pemuliharaan sukarela oleh Kumpulan Sawit Kinabalu yang meliputi kawasan seluas 2,632 hektar dan SPnCA berperanan sebagai koridor biodiversiti penting yang menghubungkan landskap hutan yang terpisah di tengah-tengah ladang kelapa sawit. 

Kawasan pemuliharaan ini menjadi perlindungan kepada pelbagai hidupan liar yang mengagumkan, termasuk spesies ikonik seperti orang utan Borneo yang terancam serta pelbagai haiwan yang lain.

Perjanjian Penyelidikan ini menekankan kepentingan melindungi spesies-spesies haiwan berkenaan sambil meningkatkan pemahaman saintifik tentang tingkah laku, ekologi dan habitat haiwan terbabit.

Dengan menggunakan teknik inovatif, kerjasama ini bertujuan menilai  pemuliharaan SPnCA sambil menghasilkan data berharga untuk merangka strategi pemuliharaan biodiversiti jangka panjang.  

Majlis menandatangan itu dijayakan diantara Ketua Pegawai Kelestarian (CSO), Nazlan Mohamad bagi pihak Kumpulan Sawit Kinabalu dan Pengarah Pusat Penyelidikan Danau Girang, Prof. Benoit Goossens.

Majlis itu disaksikan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Victor Ationg.

Kerjasama itu menegaskan komitmen penuh Sawit Kinabalu untuk mengimbangi amalan pertanian lestari dengan pemuliharaan semula jadi.

SPnCA adalah bukti bahawa industri dan pemuliharaan dapat wujud bersama secara harmoni untuk memastikan masa depan yang mampan bagi biodiversiti dan komuniti yang bergantung pada landskap itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/21/bssb-danau-girang-research-and-conservation-bhd-meterai-perjanjian-penyelidikan/feed/ 0 67259