sawit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Apr 2026 02:08:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sawit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bantuan pantas ringankan beban mangsa kebakaran di Sandakan https://sabahmedia.com/2026/04/25/bantuan-pantas-ringankan-beban-mangsa-kebakaran-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/bantuan-pantas-ringankan-beban-mangsa-kebakaran-di-sandakan/#respond Sat, 25 Apr 2026 02:08:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95507
Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN :  Bantuan segera yang disalurkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia menjadi bukti jelas keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat yang ditimpa bencana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa, berkata pemberian bantuan awal sebanyak RM2,000 oleh kerajaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan mangsa sentiasa terbela.

“Bantuan RM2,000 daripada kerajaan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan, dan saya mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan,” katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, sehari selepas kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Hazem berkata pihaknya turut bertindak pantas dengan menggerakkan jentera di kawasan Sungai Manila bagi membantu mangsa terjejas.

“Saya telah mengarahkan jentera Sungai Manila untuk turun padang membantu mangsa, termasuk menyediakan bakul makanan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata, syarikat itu turut tampil menyalurkan sumbangan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurutnya, bantuan yang disalurkan adalah berdasarkan keperluan sebenar mangsa seperti yang dikenal pasti oleh jawatankuasa bencana.

“Kita menyalurkan sumbangan mengikut senarai keperluan dan menyerahkannya kepada jawatankuasa berkaitan untuk diagihkan kepada mangsa,” katanya.

Tambah beliau, selain Kumpulan Sawit Kinabalu, sumbangan turut disalurkan oleh Pejabat ADUN Sungai Manila serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/bantuan-pantas-ringankan-beban-mangsa-kebakaran-di-sandakan/feed/ 0 95507
Loji Pengekstrakan Phytonutrien tingkatkan kedudukan Sabah dalam pasaran oleokimia antarabangsa https://sabahmedia.com/2025/10/01/loji-pengekstrakan-phytonutrien-tingkatkan-kedudukan-sabah-dalam-pasaran-oleokimia-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/loji-pengekstrakan-phytonutrien-tingkatkan-kedudukan-sabah-dalam-pasaran-oleokimia-antarabangsa/#respond Wed, 01 Oct 2025 08:36:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82297
Read Time:1 Minute, 30 Second

KUNAK: Pembukaan Loji Pengekstrakan Phytonutrien Kunak Lipids Sdn Bhd di sini akan meletakkan Sabah secara strategik untuk memenuhi keperluan pasaran oleokimia antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, loji ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang pembangunan ekonomi tempatan, khususnya di daerah ini dan kawasan sekitarnya.

“Loji ini adalah bukti komitmen Kumpulan Sawit Kinabalu untuk mengembangkan dan mempelbagaikan operasi mereka melebihi pengeluaran komoditi mentah.

“Langkah ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan rantaian nilai industri kelapa sawit serta memastikan Sabah terus menjadi peneraju dalam sektor hiliran bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian loji berkenaan di sini, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya.

Hajiji yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata, beliau berbangga dengan inisiatif Kumpulan menghasilkan tokoferol tempatan di bawah jenama Sawit Kinabalu Tocotrienols (SKT3), yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

“Ini membuktikan bahawa Sabah sedang berinovasi dalam memanfaatkan kekayaan kelapa sawit ke arah produk berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau menambah bahawa Malaysia telah lama mengimport berjuta-juta kilogram Vitamin E setiap tahun.

“Dengan tocotrienol kini dihasilkan secara tempatan, kita bukan sahaja mengurangkan kebergantungan import tetapi juga membuka peluang baharu dalam pasaran nutraseutikal di samping meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut beliau lagi, perkara ini sudah tentu akan mewujudkan peluang ekonomi yang signifikan untuk negara pengeluar kelapa sawit meningkatkan pengeluaran dan pembangunan produk bernilai tambah.

“Ia juga menekankan keperluan pengurusan dan penanaman secara lestari dalam industri kelapa sawit bagi memastikan bekalan berterusan untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri akan terus menyokong pelaburan yang membangunkan industri hiliran kelapa sawit secara lestari dan inovatif.

“Saya percaya loji ini akan menjadi pemangkin utama kepada hasil negeri, menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat, serta mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai hab hiliran kelapa sawit di rantau ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/loji-pengekstrakan-phytonutrien-tingkatkan-kedudukan-sabah-dalam-pasaran-oleokimia-antarabangsa/feed/ 0 82297
PMS Buka Ruang Penyelesaian Adil Kepada Peneroka FELDA https://sabahmedia.com/2025/07/09/pms-buka-ruang-penyelesaian-adil-kepada-peneroka-felda/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/pms-buka-ruang-penyelesaian-adil-kepada-peneroka-felda/#respond Wed, 09 Jul 2025 05:24:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76980
Read Time:3 Minute, 1 Second

KUALA LUMPUR: Program Pusat Mengumpul Sawit (PMS) yang diperkenalkan FELDA dilihat sebagai satu pendekatan penyelesaian berimpak tinggi bagi mengatasi kemelut yang sekian lama membelenggu peneroka, khususnya dalam isu pengurusan hasil, akaun individu, dan sistem bayaran yang adil.

Menurut Wan Zawawi Wan Zain, anak peneroka FELDA Chiku 01, PMS perlu dinilai secara objektif kerana menawarkan ruang penyelesaian bukan hanya kepada peneroka yang mengurus kebun secara individu, malah termasuk yang masih di bawah pengurusan FELDA Plantations Management Sdn. Bhd. (FPMSB).

“PMS bukan sekadar pusat pengumpulan, tetapi satu transformasi untuk kembalikan keyakinan peneroka. Selain mampu tingkatkan hasil, PMS juga mampu pulihkan kepercayaan dan kukuhkan semula hubungan antara warga peneroka dan pengurusan FELDA.

“Isu ketiadaan akaun individu telah lama menjadi rungutan peneroka. Ramai daripada mereka terpaksa menumpang akaun rakan untuk menjual hasil sawit ke kilang FGV, atau lebih teruk menjual kepada pembeli luar konon dengan komisen tinggi.

Malah, ada yang dituduh enggan membayar hutang. Hakikatnya, permohonan akaun individu sudah dibuat sejak lama tapi tidak dilayan. Bila tiada paysheet, mereka tiada pilihan selain menjual hasil keluar,” kata Wan Zawawi.

Tambahnya, merujuk kepada data seminar FELDA-KPF 2024 menunjukkan lebih 15,000 peneroka memilih untuk tidak menghantar hasil ke kilang FGV, antara lain berpunca daripada kelemahan sistem ‘grading’, bayaran tertunda, dan kekurangan tenaga kerja ladang.

Bagaimanapun melalui PMS, hasil akan dikumpulkan secara berpusat, disemak kualitinya (grading), dan peneroka akan menerima bayaran terus ke akaun individu tanpa orang tengah. Buah muda atau yang tidak diterima kilang pula akan dikembalikan kepada peneroka.

“Peneroka tidak lagi perlu menumpang akaun rakan atau menjual kepada pembeli luar yang ambil komisen tinggi. Ini sistem yang lebih telus dan adil. Bayaran pun dibuat terus ke akaun masing-masing.

“PMS juga memberi ruang untuk mereka mula mengurus kebun sendiri dengan paysheet individu. Malah, potongan seperti RM26 satu tan yang dikenakan kepada peneroka FPM diyakini akan dihentikan jika mereka mula menguruskan sendiri kebun masing-masing.

“Langkah membenarkan peneroka FPM mengurus kebun mereka sendiri juga mampu menyelesaikan kebergantungan FELDA kepada buruh asing yang selama ini menjadi isu berpanjangan.

“Sistem seperti KBK boleh diguna semula, dengan FPM bayar upah kepada peneroka yang urus sendiri. Ini beri peluang kepada generasi baharu untuk mengambil alih kebun dan bina masa depan mereka sendiri,” katanya.

Wan Zawawi juga membalas kenyataan segelintir pihak yang menuduh peneroka menjadi punca ketirisan hasil sawit kerana menjual ke luar sistem. Katanya, tudingan seperti itu tidak adil kerana puncanya bukan pada peneroka, tetapi pada dasar pengurusan yang tidak inklusif.

“Cukuplah menyalahkan peneroka. Berikan mereka akaun individu, perbaiki sistem bayaran dan grading, dan PMS boleh jadi platform penyelesaian. Kita semua perlu main peranan FELDA, KPF, FPM dan juga peneroka sendiri,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa agar pelaksanaan PMS dibuat secara inklusif dan sentiasa terbuka kepada maklum balas serta penambahbaikan dari masa ke semasa.

“Saya bukan bercakap untuk kepentingan mana-mana pihak. Saya anak peneroka, saya lihat dan alami sendiri. PMS ada kelemahan, tapi ia langkah penting. Kita tak boleh biar peneroka terus dipinggirkan.

“Kita harus kembali kepada semangat asal penubuhan FELDA, membangunkan tanah demi masa depan rakyat, dan menjadikan hasil peneroka sebagai hak mutlak mereka. Hasil kita, milik kita. Bukan retorik, tapi perjuangan sebenar,” tegasnya.

Untuk info, FELDA menyasarkan untuk memperluaskan Model Operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) Damar Berkat ke lebih 40 lokasi di seluruh negara.

PMS Bukit Damar juga mengamalkan sistem lebih telus dan sihat dengan tiada unsur penipuan timbang ditambah dengan sistem kebolehjejajakan dan teknologi lebih bersepadu oleh syarikat Sustainable Future Sdn Bhd.

Model ini yang diperkenalkan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) sejak April lalu bukan sekadar berperanan sebagai pusat pengumpulan hasil, tetapi turut menyasarkan penghapusan ketirisan, peningkatan ketelusan urus niaga, serta jaminan pendapatan yang lebih tinggi kepada peneroka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/pms-buka-ruang-penyelesaian-adil-kepada-peneroka-felda/feed/ 0 76980
Sabah komited untuk melestarikan industri sawit negeri https://sabahmedia.com/2024/10/28/sabah-komited-untuk-melestarikan-industri-sawit-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/10/28/sabah-komited-untuk-melestarikan-industri-sawit-negeri/#respond Mon, 28 Oct 2024 04:47:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62912
Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah komited untuk melestarikan industri sawit, yang merupakan komoditi eksport paling signifikan bagi negeri ini apabila menyumbang 22 peratus atau RM6.22 bilion kepada hasil negeri dari tahun 2018 hingga 2023.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah sebagai peneraju industri sawit di Malaysia sedar akan cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan industri ini kekal relevan pada masa depan.

“Oleh itu, kerajaan perlu bersedia dan memperkenalkan pendekatan inovatif untuk membantu industri ini mencapai dan memenuhi keperluan pensijilan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya di Persidangan Sawit Dunia 2024 bertemakan “Future-Proof The Palm Oil Industry – Enhancing Sustainability, Innovation and Growth” di Hotel Hilton, hari ini.

Oplus_0

Teks ucapannya disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata, Sabah sudah memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan jejak alam sekitar dalam pengeluaran sawit.

Katanya, teknologi pertanian tepat (precision agriculture), mekanisasi, dan teknik pengurusan perosak yang canggih adalah antara inovasi yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan hasil dan kelestarian.

Menurutnya, pada tahun lalu, Sabah menghasilkan 4.5 juta tan minyak sawit mentah (CPO) dan kekal sebagai pengeluar terbesar CPO di negara ini, berikutan kadar hasil buah dan perahan minyak yang unggul.

“Kami mengoperasikan 128 kilang di seluruh negeri dengan kapasiti memproses sehingga 34.7 juta tan tandan buah segar (FFB) setiap tahun. Kadar perahan minyak (OER) kami sebanyak 20.4 peratus adalah yang tertinggi di negara ini.

“Hab industri kami sangat penting untuk mengekalkan pertumbuhan ini. Kerajaan Sabah memiliki Kluster Industri Minyak Sawit Lahad Datu (POIC) di pantai timur Sabah, seluas 4,400 ekar, yang menyokong industri ringan, sederhana, dan berat.

“POIC ini mempunyai pelabuhan khusus untuk kargo pukal, kargo cecair, dan kontena. Pelabuhan ini terletak di pelabuhan semula jadi yang dalam dan mampu menampung kapal kargo besar,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, POIC Sawit seluas 2,810 ekar di Sandakan, juga di pantai timur Sabah, di bawah pengurusan Sawit Kinabalu Sdn Bhd, direka untuk menarik pelaburan dalam sektor hiliran industri sawit.

“Kedua-dua POIC ini terletak berdekatan dengan ladang kelapa sawit dan kawasan yang kaya dengan sumber dalam wilayah BIMP-EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur). Hab ini merupakan infrastruktur penting untuk pembangunan industri di pantai timur Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/28/sabah-komited-untuk-melestarikan-industri-sawit-negeri/feed/ 0 62912
MATA Aerotech Sertai Pameran Aspirasi Keluarga Malaysia https://sabahmedia.com/2021/12/09/mata-aerotech-sertai-pameran-aspirasi-keluarga-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/mata-aerotech-sertai-pameran-aspirasi-keluarga-malaysia/#respond Thu, 09 Dec 2021 03:30:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9591
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kuala Lumpur : Sebagai sebuah syarikat berteraskan tekonologi terkini di dalam industri Pertanian dan Perladangan, Syarikat MATA Aerotech menyertai pameran Aspirasi Keluarga Malaysia ( AKM) di bawah projek NCER di mana MATA merupakan sebuah syarikat PKS yang menerima geran usahawan dan modal insan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATA Aerotech En Wan Azrain Adnan, Booth MATA Aerotech terletak di Pavilion NCER di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan orang ramai yang hadir dijemput untuk melihat sendiri teknologi DRON yang digunakan oleh syarikat dalam industri Perladangan dan Pertanian.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) #KeluargaMalaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini ( 9 Disember) sehingga 12 Disember ini.

Antara tarikan lain pada program itu, Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia serta diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Ismail Sabri pada Ogos lalu selepas dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Program 100 Hari AKM yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah antara inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia merentasi agama, kaum, warna kulit dan sempadan.

Program 100 Hari AKM ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara untuk mengembleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/mata-aerotech-sertai-pameran-aspirasi-keluarga-malaysia/feed/ 0 9591
SABAH HARUS MENJADI PELOPOR PEMATUHAN ENVIRONMENTAL, SOCIAL & GOVERNANCE (ESG) INDEX https://sabahmedia.com/2021/12/02/sabah-harus-menjadi-pelopor-pematuhan-environmental-social-governance-esg-index/ https://sabahmedia.com/2021/12/02/sabah-harus-menjadi-pelopor-pematuhan-environmental-social-governance-esg-index/#respond Thu, 02 Dec 2021 02:40:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9178
Read Time:6 Minute, 53 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

Environmental, Social & Governance (ESG) Index merupakan indeks yang semakin popular yang diguna-pakai oleh pelbagai pihak untuk menilai kesesuaian sesuatu pelaburan. Secara ringkasnya, ESG Index merangkumi:

  • Environmental: amalan syarikat mengenai kelestarian alam sekitar 
  • Sosial: amalan syarikat mengenai perkara berkaitan pekerja, pembekal, pengguna dan komuniti setempat
  • Governance: amalan syarikat mengenai perkara seperti – kepimpinan/ pengurusan syarikat, audit & kawalan dalaman, hak pemegang taruh (stakeholders)

Organisasai kewangan global telah menggubal ESG Index mereka sendiri untuk Menilai amalan ESG syarikat, dan seterusnya memberi panduan kepada pelabur. Ini termasuklah FTSE4Good Index, S&P Dow Jones Indices (S&P DJI) ESG Index, MSCI ESG Index.

INDEKS ISG DAN KESANNYA KEPADA MALAYSIA 

Tahap pematuhan indeks ESG, ditambah pula dengan penarafan US TIP Report, boleh memberi pelbagai implikasi, termasuklah:

  • pelabur keberatan untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan Malaysia kehilangan Foreign Direct Investment (FDI)
  • pelabur asing mengurangkan pelaburan di dalam Bursa Malaysia, serta pegangan saham di dalam syarikat-syarikat Malaysia
  • syarikat-syarikat Malaysia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dana/ pinjaman daripada institusi kewangan
  • syarikat-syarikat Malaysia menghadapi kesukaran untuk menjalankan perniagaan, terutamanya di peringkat antarabangsa

Pada tahun 2014,  FTSE4Good Bursa Malaysia Index telah dilancarkan, dengan 24 buah syarikat yang layak. Ianya merupakan indeks/ penanda yang diguna-pakai oleh Bursa Malaysia untuk menilai pematuhan ESG syarikat berdasarkan 14 tema, termasuklah – perubahan iklim/ ‘climate change’, anti  rasuah, tadbir urus korporat/ corporate governance dan pekerja.

Pada Februari 2021, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia menyatakan bahawa hanya 75 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang layak untuk FTSE4Good Bursa Malaysia Index (F4GBM). Ini hanyalah 8% daripada jumlah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (940 buah syarikat).

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa menjelang 2030, KWSP menyasarkan untuk membuat seluruh pelaburannya bersandarkan indeks ESG. 

Keputusan ini berasaskan pemerhatian serta analisa yang menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang mematuhi indeks ESG memiliki daya-tahan yang lebih tinggi terhadap pergolakan pasaran.

Secara am-nya, para pelabur di seluruh dunia semakin sensitif dan teliti di mana mereka membuat pelaburan. Semakin ramai pelabur menggunakan indeks ESG untuk membuat penilaian seterusnya keputusan pelaburan mereka.

BAGAIMANA MALAYSIA BOLEH BERTINDAK 

 Syarikat-syarikat Malaysia mesti menjurus ke arah pematuhan indeks ESG agar mereka tidak ketinggalan dan tidak mengalami kesukaran untuk menjalankan perniagaan di masa hadapan. Malah pematuhan indeks ESG dapat menjadikan syarikat-syarikat tersebut lebih berdaya-saing.

Sebagai contoh: Pada akhir November 2021, syarikat pembuatan terkemuka British, Dyson, di laporkan telah menamatkan kontrak perniagaan dengan ATA IMS Berhad berkenaan dakwaan isu amalan pekerja. ATA IMS merupakan sebuah syarikat pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dalam masa dua hari selepas laporan tersebut, nilai saham ATA IMS telah menjunam melebihi 60%.

Isu utama yang menyebabkan penurunan taraf Malaysia di dalam TIP Report 2021 adalah mengenai pengurusan/ layanan terhadap pekerja asing di Malaysia. Isu tersebut bukanlah satu perkara baru. Ianya telah lama di bangkitkan oleh organisasi antarabangsa dan juga organisasi tempatan. Namun begitu, isu berkenaan berpanjangan tanpa satu penyelesaian yang kekal dan menyeluruh.

 Sejak sekian lama, Malaysia meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada pekerja asing untuk memacu pertumbuhan ekonomi di dalam pelbagai sektor, termasuklah – perladangan, pembuatan/ perkilangan dan pembinaan. Oleh kerana kepesatan serta kemakmuran ekonomi yang di alami oleh Malaysia, ini telah menarik minat ramai pekerja asing untuk datang ke Malaysia, secara sah dan tidak sah.

Mengikut Malaysian Employers Federation (MEF), merujuk kepada data Employment Insurance System (EIS) pada November 2020, terdapat seramai 1.38 juta pekerja asing yang sah di Malaysia. Pada masa yang sama, anggaran pekerja asing tidak sah di Malaysia adalah seramai tiga kali ganda jumlah pekerja asing yang sah.

Ini bermakna jumlah pekerja asing di Malaysia, sah dan tidak sah, adalah melebihi 15% daripada jumlah penduduk Malaysia (32 juta). Jumlah yang besar ini boleh memberi kesan sosial dan ekonomi yang negatif kepada Malaysia, termasuklah – jenayah, kesihatan awam, aliran keluar wang/ ‘money outflow’.

Walaupun kos untuk menggaji pekerja asing adalah tinggi (di anggarkan antara RM 15,000 – RM 20,000 seorang), syarikat/ majikan dikatakan tiada pilihan. Ini adalah kerana ramai rakyat Malaysia tidak berminat untuk melakukan kerja-kerja 3D, iaitu – Dangerous, Dirty, Difficult. Secara am-nya, kerja-kerja 3D di anggap sebagai pekerjaan kelas rendah/ ‘low class’ dan dipandang rendah oleh masyarakat, walaupun ianya mampu memberi gaji yang menarik.

Sebagai contoh. Sektor perladangan di Malaysia menggaji ramai pekerja asing. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan isu kekurangan pekerja yang serius. Mengikut Malaysian Employers Federation (MEF), sektor perladangan menghadapi kekurangan pekerja seramai 40,000 orang, dan mengalami kerugian sebanyak RM 10 billion pada tahun 2020.

Oleh kerana kekurangan pekerja, syarikat-syarikat kelapa sawit menghadapi pelbagai cabaran yang meruncing, termasuklah:

  • tempoh menuai/ harvest kelapa sawit yang lebih lama
  • peningkatan serangan penyakit dan makhluk perosak
  • menutup tapak semaian
  • menangguhkan penanaman semula kelapa sawit

Adalah dianggarkan kesan daripada kekurangan pekerja ini akan mengambil masa beberapa tahun untuk di atasi.

penggunaan teknologi dron bagi menghasilkan data maklumat ladang dan juga tanaman

AUTOMASI DAN TEKNOLOGI 

Malaysia tidak boleh terus meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada pekerja asing untuk menjamin kelestarian ekonomi jangka panjang. Oleh yang demikian, terutamanya kerja-kerja yang melibatkan ramai pekerja asing dan kerja-kerja 3D, mesti di modernisasikan ataupun diautomasikan selaras dengan agenda IR.4.0 Kerajaan Malaysia. Syarikat/ Majikan mesti mengambil inisiatif untuk mengguna-pakai teknologi terkini yang dapat memberi nilai-tambah kepada operasi syarikat, meningkatkan daya-saing syarikat serta pematuhan indeks ESG.

Namun begitu Namun begitu, agenda IR.4.0 tidak akan berjaya sekiranya pemegang taruh/ stakeholders masih memiliki pemikiran dan sikap ‘business as usual’ dan ‘the cheapest option is the best solution’.

Justeru itu negeri seperti Sabah yang terlibat di dalam sektor pertanian secara besar-besaran mesti mengambil pendekatan proaktif dan menyeluruh untuk memacu agenda IR.4.0 di dalam sektor pertanian di Sabah. Ini penting agar sektor pertanian di Sabah kekal berdaya-saing dan terus meningkat selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025.

Pada tahun 2019, sektor pertanian menyumbang lebih 15% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/ ‘GDP’ Sabah. Ianya juga menyediakan sebanyak 26% daripada jumlah keseluruhan pekerjaan di Sabah. Malah Sabah merupakan penyumbang ke-3 terbesar (~13%) kepada sektor pertanian negara, selepas Sarawak dan Johor. Jumlah keluasan tanaman kelapa sawit di Sabah juga melebihi 25% daripada seluruh keluasan tanaman kelapa sawit Malaysia.

Sektor perladangan di Malaysia telah mula mengguna-pakai teknologi untuk pengurusan serta operasi ladang, termasuklah teknologi dron. Penggunaan teknologi telah dapat sedikit sebanyak membantu operasi ladang untuk kerja-kerja yang lazimnya dilaksanakan oleh tenaga kerja manusia, terutamanya pekerja asing. Ini telah dapat mengurangkan keperluan tenaga kerja manusia.

Tambahan lagi, penggunaan teknologi juga mampu menarik minat orang muda di Malaysia untuk bekerja di sektor perladangan, jika ianya di gabungkan dengan struktur serta gaji/ insentif kerja yang menarik oleh syarikat/ majikan.

Pada masa yang sama, penggunaan teknologi dapat membantu syarikat menjaga kelestarian alam sekitar. Ini seterusnya dapat meningkatkan pematuhan indeks ESG oleh syarikat dan petani.

Teknologi dron telah diguna-pakai di dalam sektor padi di merata tempat di Malaysia untuk beberapa aktiviti pertanian seperti – penyeburan racun dan pembajaan. Penggunaan teknologi dron telah dapat memberi pelbagai manfaat, termasuklah:

  • mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia 
  • mengurangkan pendedahan manusia/ petani kepada racun 
  • menjimatkan masa
  • mengurangkan kos
  • meningkatkan kelestarian alam sekitar

Sebagai contoh, Sebelum ini para petani menggunakan alat mist blower untuk aktiviti penyemburan racun, yang memerlukan 200-liter campuran air dan racun, untuk satu hektar sawah padi. Apabila menggunakan teknologi dron untuk penyemburan racun, hanya 24-liter campuran air dan racun diperlukan untuk satu hektar sawah padi. Ini merupakan penjimatan air hampir 90%!

Berdasarkan keluasan sawah padi Sabah sebanyak 35,000 hektar, penjimatan air melebihi 52 juta liter dapat dicapai setiap tahun. Ini bersamaan dengan 105 juta botol air mineral 500ml.

 Sektor kelapa sawit juga telah mula menggunakan teknologi dron untuk aktiviti penyemburan racun dan analisa data untuk kiraan pokok kelapa sawit. Ianya mampu menikmati manfaat seperti yang telah  di capai di dalam sektor padi.

Oleh yang demikian, amalan ESG seharusnya diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pemegang taruh/ stakeholders. Kerajaan, syarikat serta masyarakat mesti menerapkan amalan ESG di dalam polisi, budaya kerja dan gaya hidup masakini.

Aktiviti pendidikan untuk memberi maklumat dan kesedaran perlu di pertingkatkan. Pada masa yang sama, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan mestilah di perkasakan, dengan mengguna-pakai teknologi

————————————————————————————————————————————————————————————

Penulis pernah berkhidmat di sektor awam dan swasta dan kini merupakan CEO di sebuah syarikat berkaitan teknologi

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/02/sabah-harus-menjadi-pelopor-pematuhan-environmental-social-governance-esg-index/feed/ 0 9178
Kumpulan Sawit Kinabalu Edar Bakul Makanan Di 15 Buah Daerah Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/22/kumpulan-sawit-kinabalu-edar-bakul-makanan-di-15-buah-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/kumpulan-sawit-kinabalu-edar-bakul-makanan-di-15-buah-daerah-di-sabah/#respond Tue, 22 Jun 2021 07:05:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1755
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Sawit Kinabalu akan mengedarkan bakul makanan bernilai RM1 juta kepada penduduk terjejas di 15 buah daerah di Sabah.

Daerah terlibat merupakan kawasan syarikat berkenaan beroperasi di negeri ini membabitkan Papar, Beaufort, Membakut, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Tongod, Kinabatangan, Lahad Datu, Tungku, Kunak, Semporna, Tawau dan Kalabakan.

Bantuan bakul makanan itu kini dalam proses untuk diedarkan menerusi Pejabat Daerah dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang terlibat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu menyaksikan penyampaian replika cek sebagai simbolik daripada Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji berkata, kerajaan sebelum ini sudah mengagihkan bantuan bakul makanan menerusi Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 1.0 yang membabitkan sebanyak 322,122 bakul manakala BSP2.0, sebanyak 367,231 bakul.

Katanya, semua pihak harus bersatu dalam memerangi penularan COVID-19 dan paling penting adalah mendapat vaksin secepat mungkin.

“Saya berharap sumbangan daripada Sawit Kinabalu ini akan dapat membantu mereka yang terkesan akibat pandemik berkenaan,”katanya.

Terdahulu, Bacho berkata, sumbangan Kumpulan Sawit Kinabalu itu akan memberi manfaat kepada 10,000 ketua isi rumah (KIR) di daerah masing-masing dan akan memberi jaminan bahawa Sawit Kinabalu akan meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/kumpulan-sawit-kinabalu-edar-bakul-makanan-di-15-buah-daerah-di-sabah/feed/ 0 1755