Sayur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Jun 2021 11:10:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sayur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jonathan Agih Sumbangan Sayur Segar Kepada Penduduk Sekitar Dun Kundasang https://sabahmedia.com/2021/06/29/jonathan-agih-sumbangan-sayur-segar-kepada-penduduk-sekitar-dun-kundasang/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/jonathan-agih-sumbangan-sayur-segar-kepada-penduduk-sekitar-dun-kundasang/#respond Tue, 29 Jun 2021 11:10:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2220
Read Time:55 Second

RANAU: Lagi 350 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dari 5 buah kampung sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilanas-Kawiyan di DUN Kundasang, telah menerima agihan sayur- sayuran segar atas keprihatinan dan sumbangan Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin baru-baru ini.

Sumbangan bukan sahaja berupa sayur-sayuran segar malah barang keperluan makanan lain juga diberikan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Semua sumbangan telah dihantar dan disampaikan para sukarelawan yang mewakili pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bagi pihak Jonathan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala sumbangan telah disampaikan kepada wakil-wakil penduduk kampung terlibat iaitu Anthone Pagandai di Kg.Manikulau, Ezas Takai di Kg.Kawiyan, Masun Resoin di Kg.Kilanas, Sumrid Padonggo di Kg.Patau dan Kg.Giring diwakili Mefwin Amar.

“Saya mewakili penduduk kampung merakam penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin dalam usaha serta keikhlasan hatinya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat P.179 Ranau ketika menghadapi masa sukar ini”, jelas Anthone mewakili Kg.Manikulau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/jonathan-agih-sumbangan-sayur-segar-kepada-penduduk-sekitar-dun-kundasang/feed/ 0 2220
Lagi Bantuan Sayur dan Ikan untuk Penduduk Kundasang https://sabahmedia.com/2021/06/16/lagi-bantuan-sayur-dan-ikan-untuk-penduduk-kundasang/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/lagi-bantuan-sayur-dan-ikan-untuk-penduduk-kundasang/#respond Wed, 16 Jun 2021 09:13:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1362
Read Time:1 Minute, 32 Second

RANAU: Seramai 2,812 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang memerlukan di 40 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah dan akan menerima bantuan makanan percuma samada berupa sayur-sayuran atau ikan.

Daripada jumlah tersebut, 1880 KIR menerima bantuan berupa sayur-sayuran manakala 932 KIR lagi menerima bantuan bekalan ikan.

Bantuan makanan ini diedarkan kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Edaran bantuan makanan tersebut, yang merupakan inisiatif Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam bersama dengan pembekal sayuran dan ikan, berjalan dengan lancar sejak dimulakan pada 6 Jun lalu.

Dr. Joachim berterima kasih kepada semua jentera pentadbiran dalam kawasan yang memggembleng tenaga menjayakan misi edaran bantuan serta setinggi-tinggi penghargaan kepada individu-individu yang bermurah hati menyumbangkan bantuan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin yang juga telah menyumbangkan sayur-sayuran kepada KIR yang memerlukan di DUN Kundasang melalui Pejabat Perhubungan Parlimen.

Penerimaan ikan di DUN berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata lagi, sehingga hari ini edaran bantuan ikan juga masih dijalankan dan melibatkan lapan kampung dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Malinsau, Ranau.

“Edaran bantuan sayur-sayuran dan ikan dikendalikan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Edaran bantuan sayur-sayuran diagihkan secara menyeluruh iaitu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perancangan, Langsat, Pinawantai, Kaingaran, dan Mengkapoh, Naradan (Nawanon).

Walau bagaimanapun, edaran sayur-sayuran masih diteruskan kepada penduduk kampung di PDM Karagasan, Kilanas (Kawiyan), Timbua dan Ulu Sugut.

“Kebanyakan penduduk yang menerima bantuan makanan tersebut adalah mereka yang tinggal jauh dari pekan atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman,” tambahnya lagi.

Kesemua bantuan makanan berkenaan dihantar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/lagi-bantuan-sayur-dan-ikan-untuk-penduduk-kundasang/feed/ 0 1362