scam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 May 2026 04:11:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png scam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Laporan polis dibuat kes scam guna nama Ahli Parlimen Papar https://sabahmedia.com/2026/05/08/laporan-polis-dibuat-kes-scam-guna-nama-armizan/ https://sabahmedia.com/2026/05/08/laporan-polis-dibuat-kes-scam-guna-nama-armizan/#respond Fri, 08 May 2026 04:00:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96326
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Perhubungan kepada Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, Abd Rahim Aliudin membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Papar malam tadi susulan kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menyamar sebagai pegawai atau wakil kepada Ahli Parlimen berkenaan bagi tujuan penipuan.

Menurut Abd Rahim, individu terbabit dipercayai menggunakan nama dan kedudukan wakil kepada Datuk Armizan untuk memperdaya orang ramai, termasuk melibatkan urusan transaksi wang, bantuan, sumbangan dan urusan peribadi.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang mesej, panggilan telefon atau permintaan mencurigakan yang diterima daripada individu tidak dikenali.

“Segala urusan rasmi berkaitan Datuk Armizan hanya dibuat secara bertulis melalui Pejabat Parlimen Papar atau Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), selain melalui pegawai yang dipertanggungjawabkan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau turut meminta orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej atau panggilan yang meragukan.

“Mohon kerjasama semua pihak untuk turut menyebarkan peringatan ini agar lebih ramai tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/08/laporan-polis-dibuat-kes-scam-guna-nama-armizan/feed/ 0 96326
29 ditahan, Polis tumpaskan sindiket pelaburan https://sabahmedia.com/2023/02/25/29-ditahan-polis-tumpaskan-sindiket-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2023/02/25/29-ditahan-polis-tumpaskan-sindiket-pelaburan/#respond Sat, 25 Feb 2023 02:58:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29991
Read Time:1 Minute, 18 Second

CYBERJAYA — Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan susulan penahanan 29 individu dalam serbuan secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor, Selasa lalu.

Suspek yang ditahan terdiri 19 lelaki dan 10 wanita berusia 24 hingga 38 tahun.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata dalam serbuan dilakukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) itu polis merampas 75 unit telefon bimbit, wang tunai RM14,501, komputer tiba, kereta, pasport, jam tangan, kad pelajar, barangan kemas, buku cek, cop dan beberapa dokumen lain.

“Sindiket ini adalah dalang di sebalik beberapa skim pelaburan disyaki palsu yang baru saja diwujudkan dan menawarkan pelaburan pada kadar pulangan yang tinggi,

“Tawaran itu dibuat melalui pelbagai medium laman sosial dan skim pelaburan berkenaan dikenali Alpha Mineral Global, Asia Investment VIP (AIV Trading), Max Profit Guides Empire (Max Profit) dan GGX Revolution And Management (CGC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua sudah mendapat perintah tahanan reman antara satu hingga empat hari.

“Polis menjangkakan jumlah mangsa yang terbabit dengan sindiket ini adalah kecil memandangkan skim pelaburan itu baru saja diwujudkan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya/

Noorsiah berkata, mana-mana individu yang mungkin menjadi mangsa sindiket itu diminta untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

“PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai sebarang skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat keputusan menyertai skim yang meragukan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/25/29-ditahan-polis-tumpaskan-sindiket-pelaburan/feed/ 0 29991