sdb bank – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 02 Jul 2025 08:57:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sdb bank – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes Saman SDB Bank – Semua Pihak “Kunci Mulut” Berhubung Perkembangan Kes https://sabahmedia.com/2025/07/02/kes-saman-sdb-bank-semua-pihak-kunci-mulut-berhubung-perkembangan-kes/ https://sabahmedia.com/2025/07/02/kes-saman-sdb-bank-semua-pihak-kunci-mulut-berhubung-perkembangan-kes/#respond Wed, 02 Jul 2025 08:57:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76554
Read Time:1 Minute, 5 Second

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes sivil berprofil tinggi membabitkan Sabah Development Bank Berhad (SDB) dan firma audit antarabangsa Ernst & Young PLT (EY) hari ini berlangsung secara tertutup.

Usaha Sabah Media, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perjalanan kes tidak berhasil apabila peguam kedua-dua pihak enggan mengulas atau memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini kes ini.

Pada sesi sebelum ini yang diadakan pada Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Ros Mawar Rozain, memaklumkan bahawa perbicaraan penuh akan diteruskan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam perbincangan yang dijadualkan hari ini.

Kes ini berkisar kepada dakwaan kecuaian audit yang dikatakan telah menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada SDB. Dalam tuntutannya, SDB mendakwa bahawa Ernst & Young telah gagal menjalankan audit tahunan secara profesional bagi tahun kewangan 2017 hingga 2022.

Antara kegagalan yang dinyatakan termasuk ketidakupayaan mengenal pasti kelemahan kritikal dalam kawalan dalaman serta sistem penilaian risiko kredit bank, yang didakwa telah membawa kepada laporan kewangan yang tidak tepat dan peningkatan pendedahan kepada risiko kewangan.

SDB, yang merupakan institusi kewangan milik penuh Kerajaan Negeri Sabah, menegaskan bahawa kes ini melibatkan kepentingan awam serta dana negeri. Atas sebab itu, SDB menolak cadangan penyelesaian melalui timbang tara dan memilih agar perkara ini dibicarakan secara terbuka di Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan dijadualkan berlangsung pada 2 Julai 2025 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/02/kes-saman-sdb-bank-semua-pihak-kunci-mulut-berhubung-perkembangan-kes/feed/ 0 76554
SDB Bank Failkan Saman Terhadap Ho Hup Dan Anak Syarikatnya https://sabahmedia.com/2024/09/10/sdb-bank-failkan-saman-terhadap-ho-hup-dan-anak-syarikatnya/ https://sabahmedia.com/2024/09/10/sdb-bank-failkan-saman-terhadap-ho-hup-dan-anak-syarikatnya/#respond Tue, 10 Sep 2024 03:42:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60419
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU — Sabah Development Bank (SDB) telah memfailkan saman terhadap Ho Hup Construction Company Bhd dan anak syarikatnya, Ho Hup Ventures (KK) Sdn Bhd, sebanyak RM46.85 juta bagi pinjaman yang diberikan kepada Golden Wave Sdn Bhd.

Ho Hup telah diserahkan saman tersebut pada Ogos 2024 sebagai penjamin korporat untuk Golden Wave, yang sedang membangunkan projek pembangunan bercampur di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai The Crown.

Memetik laporan The Edge Tuntutan saman ini dibuat selepas permohonan pengurusan kehakiman oleh Golden Wave, yang menyebabkan moratorium terhadap tuntutan ke atas syarikat tersebut.

SDB menarik balik kesnya terhadap Golden Wave tetapi mengekalkan saman terhadap Ho Hup dan anak syarikatnya.

Selain itu, Ho Hup kini berhadapan dengan masalah kewangan, dengan kerugian yang semakin meningkat dan dua petisyen penggulungan difailkan terhadap anak syarikatnya, Bukit Jalil Development Sdn Bhd, berhubung hutang yang belum dibayar.

Ho Hup sedang mendapatkan nasihat guaman dan berbincang dengan SDB untuk menyelesaikan perkara ini. Namun, masih terlalu awal untuk menilai kesan kewangan daripada cabaran undang-undang ini.

Untuk rekod Ho Hup memperoleh 70% pegangan dalam Golden Wave melalui HHVKK pada 2015 daripada Agro Padi Sdn Bhd dengan harga RM30 juta, yang membolehkan kumpulan itu memperoleh pemilikan tanah pajakan komersial seluas lima ekar di Kota Kinabalu.

Pada 12 Jun 2018, syarikat itu memeterai perjanjian kemudahan dengan SDB. Kemudahan itu dipercayai akan digunakan untuk pembangunan projek campuran The Crown, yang dilancarkan pada September 2019.

Eko Bina Sdn Bhd, anak syarikat Ecobuilt Holdings Bhd (KL: ECOHLDS ), telah dianugerahkan kontrak RM166.37 juta pada Januari 2021 untuk kerja-kerja pembinaan untuk bangunan utama, kerja luaran untuk pangsapuri runcit dan servis.  

Tidak diketahui sama ada Golden Wave telah melanggar perjanjian kemudahannya dengan SDB. Walau bagaimanapun, pada Ogos 2023, Eko Bina telah mengeluarkan notis adjudikasi kepada Golden Wave berhubung pertikaian pembayaran yang berkaitan dengan projek pangsapuri servis dan unit runcit di Kota Kinabalu.

Eko Bina meminta RM23.16 juta daripada Golden Wave berhubung bayaran yang perlu dibayar semasa proses pembinaan dan memenangi kes itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/10/sdb-bank-failkan-saman-terhadap-ho-hup-dan-anak-syarikatnya/feed/ 0 60419
State Reiterates Strong Support for Sabah Development Bank Amid Financial Challenges https://sabahmedia.com/2024/07/12/state-reiterates-strong-support-for-sabah-development-bank-amid-financial-challenges/ https://sabahmedia.com/2024/07/12/state-reiterates-strong-support-for-sabah-development-bank-amid-financial-challenges/#respond Fri, 12 Jul 2024 06:46:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57434
Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU – The Ministry of Finance Sabah has reinforced its commitment to the Sabah Development Bank (SDB) despite recent financial setbacks. Minister of Finance Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, assured that the RM5 billion in Non-Performing Loans (NPLs) held by SDB are secured and recoverable, primarily through land-based assets under active recovery.

In response to concerns following the bank’s announcement, Masidi stated, “I wish to reaffirm the State’s support to the Bank in times of need, particularly on our commitment to ensure that the bond obligations and repayment are kept whole. The Bank reflects the State’s financial standing and has an important role in the development of the State.”

Masidi informed the State Assembly that SDB is expected to announce an unprecedented loss for FY2023-2024, aligning with best practices and accounting standards. Despite this, he emphasized that the bank has always met its bond repayment obligations and possesses sufficient capital to honor upcoming repayments.

Following the announcement, SDB proactively engaged with key investors, depositors, and stakeholders. Masidi highlighted that the general response was one of understanding and support for the bank’s transformation plan, bolstered by the state’s strong backing.

The Ministry of Finance Sabah has also taken steps to support SDB’s financial stability. These measures include issuing letters to other Government-Linked Companies (GLCs) to place excess cash as Fixed Deposits with SDB and converting RM660 million of state deposits into Redeemable Preference Shares over the next few years to strengthen the bank’s capitalization.

Since the new Board and Management took over in the second half of 2023, SDB has made significant progress. The bank reduced GLC loan exposure from RM2.2 billion in July 2023 to RM0.7 billion and lowered bond obligations from RM5 billion to RM3.9 billion. The new leadership has implemented strict governance, reported alleged wrongdoing to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), and adopted industry practices and Bank Negara Malaysia (BNM) guidelines. SDB aims to recover RM1 billion annually over the next three years and plans to exit the Peninsular Malaysia market.

The bank’s mandate now focuses on pursuing economically and socially meaningful and environmentally responsible development projects within Sabah. It has approved RM616 million in loans for key areas such as Water, Power, and Infrastructure, while rejecting RM1.5 billion in loan applications that did not meet the new rigorous credit standards or fall within the mandate.

The State Government’s robust support aims to transform SDB into a development bank that serves as a cornerstone for Sabah’s economic growth, ensuring it remains a source of pride for the state and its people.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/12/state-reiterates-strong-support-for-sabah-development-bank-amid-financial-challenges/feed/ 0 57434