SDG – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 May 2026 01:16:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SDG – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar PSS wakili Malaysia jayakan misi SDG di Indonesia https://sabahmedia.com/2026/05/22/pelajar-pss-wakili-malaysia-jayakan-misi-sdg-di-indonesia/ https://sabahmedia.com/2026/05/22/pelajar-pss-wakili-malaysia-jayakan-misi-sdg-di-indonesia/#respond Fri, 22 May 2026 01:16:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97108
Read Time:1 Minute, 41 Second

SANDAKAN: Lima pelajar cemerlang dari Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dipilih mewakili Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Malaysia dalam program Latihan Industri dan Khidmat Komuniti Antarabangsa di Malang, Indonesia.

Mereka menyertai 16 pelajar lain daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Politeknik Sultan Abdul Halim (POLIMAS) dan Kolej Komuniti Arau bagi menjayakan misi antarabangsa yang memfokuskan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat komuniti.

Program selama 11 minggu bermula 1 April hingga 16 Jun 2026 itu berlangsung di Desa Plaosan, Malang, Jawa Timur, menerusi kerjasama strategik bersama Institut Teknologi dan Bisnis Asia (ITBA) Malang.

Delegasi Malaysia memainkan peranan dalam usaha memperkukuh transformasi hijau berteraskan beberapa matlamat utama SDG melalui pendekatan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Lima pelajar PSS yang dipilih ialah Erikha Erlion, Andikah Nurhayat Razanali dan Chalwin Sinoh daripada Diploma Agroteknologi, manakala Mohamad Taufiq Hidayat Mohd Yusoff serta Nur Aisyah Saiful Bahari daripada Diploma Teknologi Akuakultur.

Melalui kepakaran dalam bidang agroteknologi dan akuakultur, pelajar terbabit melaksanakan beberapa inisiatif yang memberi impak jangka panjang kepada komuniti setempat.

Antaranya termasuk pembangunan rangkaian kebun rumah lestari atau Tanaman Obat Keluarga (TOGA) serta sistem pengkomposan sisa organik bagi meningkatkan sekuriti makanan dan mengurangkan pembaziran, selari dengan SDG 2 (Kelaparan Sifar) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab).

Selain itu, program berkenaan turut menyokong SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) menerusi pemindahan teknologi dan kemahiran TVET secara praktikal kepada komuniti luar bandar.

Kerjasama rentas sempadan antara POLYCC Malaysia, ITBA Malang, pihak berkuasa tempatan dan industri pula memperkukuh SDG 17 iaitu Kerjasama Demi Matlamat.

Pengarah PTSS, Khairul Anuar Ishak, berkata program itu menterjemahkan agenda strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasakan TVET Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kita bukan sahaja melahirkan graduan kompeten, malah ejen perubahan global yang membawa solusi lestari berasaskan SDG demi kesejahteraan masyarakat luar bandar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan kesinambungan projek, setiap inisiatif diselia menerusi sistem mentor berkembar melibatkan akademik dan industri selain disokong dokumentasi teknikal lengkap.

Katanya, pendekatan itu membolehkan komuniti Desa Plaosan mengurus serta mengembangkan sistem yang diperkenalkan secara berdikari demi kelangsungan ekonomi setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/22/pelajar-pss-wakili-malaysia-jayakan-misi-sdg-di-indonesia/feed/ 0 97108
Malaysia Pencapaian SDG Memberansangkan https://sabahmedia.com/2024/12/15/malaysia-pencapaian-sdg-memberansangkan/ https://sabahmedia.com/2024/12/15/malaysia-pencapaian-sdg-memberansangkan/#respond Sun, 15 Dec 2024 06:18:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65438
Read Time:3 Minute, 24 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

Pada minggu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan laporan Indikator Matlamat Pembangunan Mampan/ Sustainable Development Goals (SDG) Indicators Malaysia 2023.

Secara am-nya, laporan berkenaan memaparkan pencapaian Malaysia bersandarkan indikator dan rangka-kerja pembangunan mampan yang di terima-pakai oleh negara-negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Fakta menarik. Pada tahun 2015, PBB telah melancarkan Agenda 2030 yang memberi fokus kepada pembangunan mampan. Rangka-kerja indikator global melibatkan 248 indikator yang di persetujui pada tahun 2022.

Laporan DOSM berkenaan merangkumi lima Bidang Tumpuan utama Sustainable Development Goals (SDG), yang melibatkan pelbagai Matlamat dan Indikator;

 Kemajuan Masyarakat
 Kemakmuran
 Penjagaan Bumi
 Keamanan
 Kerjasama

Secara keseluruhan, Malaysia telah merekodkan pencapaian SDG yang memberangsangkan berdasarkan matlamat dan indikator yang telah di kenal-pasti. Ini membuktikan negara berada di landasan yang kukuh ke arah pencapaian SDG yang lebih baik di masa hadapan.

Di bawah bidang tumpuan Kemajuan Masyarakat, antara matlamat dan indikator yang di laporkan adalah:

Matlamat – Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan: Rata-rata, nisbah pekerja kesihatan telah merekodkan peningkatan yang minimal, kecuali nisbah doktor menurun dari 24.3 (2022) kepada 21.4 (2023).

 Matlamat – Pendidikan Berkualiti: Pendidikan pra-sekolah negara telah mencatatkan pencapaian yang lebih baik. Kadar penyertaan pra-sekolah telah bertambah, dan peratusan guru pra-sekolah dengan latihan perguruan pula telah meningkat dengan ketara, dari 54.4% (2022) kepada 67.4% (2023).

 Matlamat – Kesaksamaan Gender: Agenda pemerkasaan wanita tidak merekodkan perubahan, di mana peratusan wanita di dalam jawatan pengurusan masih sama.

Begitu juga dengan representasi wanita di Dewan Rakyat, dengan hanya sedikit peningkatan di Dewan Negara.

Seterusnya, di bawah bidang tumpuan Kemakmuran, antara matlamat dan indikator yang di laporkan adalah:

 Matlamat – Tenaga Mampu Milik dan Bersih: Indikator menunjukkan hampir seluruh rakyat Malaysia menikmati akses kepada bekalan elektrik.

Pada masa yang sama, indikator turut menunjukkan sumbangan tenaga boleh baharu/ renewable energy (RE) telah meningkat, selari dengan dasar kerajaan berkaitan RE.

 Matlamat – Pekerjaan yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi: Purata Upah Bulanan pekerja negara telah meningkat 6%, dari RM 3,037 (2021) kepada RM 3,212 (2022).

Kadar pengangguran negara telah menurun dari 3.9% (2022) kepada 3.4% (2023). Ini boleh di terima sebagai guna-tenaga penuh/ full employment.

 Matlamat – Industri, Inovasi Dan Infrastruktur: Liputan rangkaian mudah alih 5G telah meningkat hampir 40%, kepada 80.2% (2023).

Lebih ramai penduduk telah menggunakan pengangkutan kereta api (termasuk MRT, LRT, Monorel), dengan peningkatan besar 50%, dari 163.3 juta kepada 245.1 juta (2023).

Selain itu, di bawah bidang tumpuan Penjagaan Bumi, antara matlamat dan indikator yang di laporkan adalah:

 Matlamat – Penggunaan Dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab: Jumlah buangan terjadual yang di uruskan telah menurun, dan kadar kitar semula negara telah meningkat sedikit.

Manakala, di bawah bidang tumpuan Keamanan, antara matlamat dan indikator yang di laporkan adalah:

 Matlamat – Keamanan, Keadilan Dan Institusi Yang Teguh: Malangnya, bilangan kes pembunuhan telah meningkat 7.5%, dari 240 (2022) kepada 258 (2023).

Di samping itu, di bawah bidang tumpuan Kerjasama, antara matlamat dan indikator yang di laporkan adalah:

 Matlamat – Kerjasama Demi Matlamat: Peratusan individu menggunakan internet masih sama, melebihi 97%.

Laporan DOSM berkenaan turut menunjukkan Sabah telah merekodkan pencapaian SDG yang memberangsangkan. Antara bidang utama, matlamat dan indikator yang di laporkan adalah:

 Kemajuan Masyarakat: Lebih ramai penduduk Sabah dapat menikmati air minuman selamat, meningkat dari 80.5% (2022) kepada 83% (2023).

 Kemakmuran: Tiada perubahan ketara, di mana hampir 100% penduduk Sabah mendapat akses kepada bekalan elektrik.

Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah B40 telah mencatatkan sedikit peningkatan.

Namun begitu, kadar pengangguran di Sabah masih tinggi, menurun sedikit dari 7.7% kepada 7.5%. Walaupun masih tinggi, ini merupakan trend menurun sejak 2021 (8.5%).

Salah satu pencapaian yang amat membanggakan di Sabah ialah agenda pemerkasaan wanita. Pencapaian Sabah melebihi nasional, di mana 28.9% wanita berada di dalam jawatan pengurusan berbanding 24.6% untuk nasional.

Malah, dalam tempoh masa 3 tahun sahaja (2021 – 2023), peratusan tersebut melonjak 10%, dari 18.4% kepada 28.9%. Menakjubkan!

Pembangunan mampan dapat memberikan kehidupan berkualiti kepada seluruh rakyat, dengan menekankan fokus kepada pengagihan kekayaan negara secara lebih saksama dan menyeluruh, serta mengoptimumkan keharmonian di antara manusia dan alam sekitar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/15/malaysia-pencapaian-sdg-memberansangkan/feed/ 0 65438