Sebagai Keutamaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 Jun 2023 08:35:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sebagai Keutamaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JIM Sabah sentiasa jadikan kebajikan pegawai sebagai keutamaan – Sh Sitti Saleha https://sabahmedia.com/2023/06/26/jim-sabah-sentiasa-jadikan-kebajikan-pegawai-sebagai-keutamaan-sh-sitti-saleha/ https://sabahmedia.com/2023/06/26/jim-sabah-sentiasa-jadikan-kebajikan-pegawai-sebagai-keutamaan-sh-sitti-saleha/#respond Mon, 26 Jun 2023 08:35:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37190
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sentiasa menjadikan kebajikan pegawai sebagai salah satu keutamaan apabila menerima laporan pegawai yang jatuh sakit dan menjalani rawatan perubatan.

Perkara ini merujuk isu yang sedang tular di media sosial mengenai dakwaan seorang Pegawai Imigresen yang bertugas di JIM Negeri Sabah bahawa kebajikannya terabai setelah mendapat kecederaan ketika bertugas.

Pengarah JIM Sabah
Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, berhubung isu tular tersebut, jabatan telah bertindak sewajarnya dengan meluluskan permohonan rayuan daripada pegawai yang memohon untuk bertukar tempat bertugas bagi memudahkannya dijaga oleh ahli keluarganya.

“Atas keperihatinan jabatan beberapa sesi lawatan ke rumah kediaman pegawai juga telah dilakukan pada 13 Jun 2022 dan 23 September 2022 dan sumbangan turut diserahkan kepada pegawai pada masa itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sh Sitti Saleha juga memaklumkan bahawa pegawai tersebut telah diberi penghargaan atas perkhidmatan di JIM Sabah dan dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021.

“Sijil ini turut diserahkan kepada pegawai dalam sesi lawatan tersebut. Jabatan turut mengambil maklum akan kesihatan pegawai dan telah membantu menguruskan permohonan kemudahan rawatan perubatan bagi tujuan membiayai pembelian alat perubatannya,” ujarnya.

Menurutnya, pegawai tersebut telah dimasukkan ke hospital pada 22 Jun 2023 untuk tujuan pembedahan dan telah selesai menjalani pembedahan pada 23 Jun 2023.

“Pegawai dibenarkan pulang daripada hospital pada 25 Jun 2023 dan telah diberi cuti sakit sehingga 17 Julai 2023,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam isu ini jabatan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dan tetap akan memberi khidmat sokongan moral kepada pegawai.

“Oleh itu dinasihatkan agar orang awam tidak membuat sebarang
spekulasi bagi mengelakkan kekeliruan khususnya kepada jabatan dan masyarakat secara amnya.

“Jabatan turut mendoakan kesejahteraan kesihatan pegawai dan semoga beransur sembuh serta dapat kembali menjalankan tugas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/26/jim-sabah-sentiasa-jadikan-kebajikan-pegawai-sebagai-keutamaan-sh-sitti-saleha/feed/ 0 37190
Sabah Sepakat Letakkan Kepentingan Rakyat dan Negeri Sebagai Keutamaan https://sabahmedia.com/2021/09/16/sabah-sepakat-letakkan-kepentingan-rakyat-dan-negeri-sebagai-keutamaan/ https://sabahmedia.com/2021/09/16/sabah-sepakat-letakkan-kepentingan-rakyat-dan-negeri-sebagai-keutamaan/#respond Thu, 16 Sep 2021 14:35:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6441
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersepakat untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negeri sebagai keutamaan selain menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilancarkan 29 Mac lalu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mandat rakyat perlu ditunaikan sehabis baik khususnya di kala menghadapi kemelut kesihatan awam luar biasa yang memberi kesan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan pimpinan GRS juga amat menghargai komitmen meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai antara teras utama dalam kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman di peringkat persekutuan.

“Atas semangat yang sama, Sabah berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dapat meneruskan dan menyambung semula pada kadar segera siri rundingan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Sarawak melalui platform Majlis Khas MA63 yang telah dirintis di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini malam ini.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Turut hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Hasan.

Hajiji berkata, kebijaksanaan Perdana Menteri dalam mentadbir negara diyakini akan dapat membawa nilai dan makna yang lebih besar kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Katanya, berteraskan semangat ‘Keluarga Malaysia’ merentasi wilayah, kerajaan Sabah akan berusaha memenuhi kontrak sosial antara wilayah yang telah disepakati para pelopor awal tanah air di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Suka saya mengulangi komitmen bahawa selaku Ketua Kerajaan kepada rakyat dan negeri Sabah, saya ingin mengemukakan jaminan bahawa, yakin dan percayalah, suara rakyat Sabah yang mengutarakan hak-hak negeri, sebenarnya bukan hanya berkisar tentang kepentingan negeri semata-mata.

“Keprihatinan itu lahir atas rasa kecintaan dan kesetiaan kami kepada Persekutuan Malaysia, negara yang telah kita bentuk bersama-sama. Dan setelah 58 tahun, sesungguhnya hasrat kami adalah untuk melihat rakyat dan negeri Sabah diberikan pengiktirafan yang lebih signifikan dalam membawa Malaysia melangkah ke hadapan, membina negara yang jauh lebih makmur, aman, maju dan sentosa,” katanya.

Justeru Hajiji turut mengajak seluruh rakyat di Sabah untuk terus bersatu atas semangat ‘Keluarga Malaysia’.

“Saya penuh yakin bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Sabah akan menikmati lebih banyak pembangunan untuk rakyat di semua peringkat,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/16/sabah-sepakat-letakkan-kepentingan-rakyat-dan-negeri-sebagai-keutamaan/feed/ 0 6441