Sebagai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 Apr 2024 06:58:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sebagai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji alu-alukan naik taraf HQE 2 sebagai hospital pakar jantung https://sabahmedia.com/2024/04/21/hajiji-alu-alukan-naik-taraf-hqe-2-sebagai-hospital-pakar-jantung/ https://sabahmedia.com/2024/04/21/hajiji-alu-alukan-naik-taraf-hqe-2-sebagai-hospital-pakar-jantung/#respond Sun, 21 Apr 2024 05:13:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52849
Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan pengumuman menaik taraf Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) sebagai hospital pakar jantung.

Hajiji turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan Khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memahami keperluan negeri Sabah dan juga kepentingan rakyat di sebelah wilayah Timur ini.

“Justeru, kita amat senang hati kerana ini akan memudahkan pesakit jantung kita nanti tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur tetapi hanya boleh dilakukan di Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MP Papar dan ADUN Kawang di Dewan SMK Pengalat di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata sudah tentu kerajaan Sabah turut menekankan penambahan fasiliti dalam aspek kesihatan.

“Tentu sekali ini yang kita mahukan kerana aspek kesihatan ini cukup penting bagi kita. Justeru itu, kesihatan, pendidikan dan sebagainya pihak Kerajaan Persekutuan amat memahami dan ini amat kita alu-alukan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi tujuan menaik taraf HQE 2 sebagai sebagai hospital pakar jantung.

“Maka dengan ini saya umumkan supaya kemudahan khas atau lot khas untuk jantung negara yang disebut Pusat Jantung Negara Sabah disediakan di Sabah.

“Dengan ini ia akan menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung yang kedua di negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan ditawarkan menerusi seramai tiga orang pakar dan 120 orang tenaga sokongan terlatih sedia ada membabitkan peruntukan sebanyak RM 80 juta,” katanya
ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/21/hajiji-alu-alukan-naik-taraf-hqe-2-sebagai-hospital-pakar-jantung/feed/ 0 52849
Promosi Semporna secara agresif sebagai kawasan tumpuan pelancong – Christina https://sabahmedia.com/2023/11/19/promosi-semporna-secara-agresif-sebagai-kawasan-tumpuan-pelancong-christina/ https://sabahmedia.com/2023/11/19/promosi-semporna-secara-agresif-sebagai-kawasan-tumpuan-pelancong-christina/#respond Sun, 19 Nov 2023 12:08:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45438
Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mahu daerah Semporna dipromosikan secara agresif sebagai kawasan tumpuan pelancong di arena domestik dan antarabangsa.

“Ini adalah kerana Semporna merupakan pintau masuk ke destinasi pelancongan menyelam terkenal dunia seperti Pulau Sipadan.

“Justeru itu, adalah mustahak kerajaan menaik taraf kemudahan asas (bekalan air dan elektrik) di sini dan infrastruktur jalan raya dari Tawau menuju ke daerah Semporna, selain keperluan untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Disamping, kita mesti mempamerkan budaya unik Semporna kepada dunia, bercirikan pakaian dan tarian tradisional yang eksotik untuk menarik lebih ramai pengunjung luar menyaksikan acara Regatta Lepa akan datang, ini penting untuk meningkatkan keyakinan pelancong,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan acara Regatta Lepa ke-28 Semporna pada malam Sabtu.

Sehubungan dengan itu, Christina berkata beliau akan membangkitkan perkara itu kepada kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya akan membawa keperluan yang mendesak untuk memperkasa pelancongan Semporna kepada perhatian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Persekutuan (Motac), Dato’ Seri Tiong King Sing,” tambahnya.

Sementara itu, Christina mendedahkan sehingga September tahun ini, Sabah telah mencapai 85.6 peratus daripada sasaran untuk mencapai 2.2 juta ketibaan pelawat bagi 2023.

Memetik statistik Bahagian Perangkaan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), beliau berkata sejak Januari hingga September tahun ini, Sabah menerima seramai 1,883,794 ketibaan pengunjung.

“Angka ini mencatatkan peningkatan sebanyak 58.2 peratus berbanding tempoh yang sama dari Januari hingga September 2022. Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan sambungan udara ke Sabah dan kempen pemasaran oleh STB,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/19/promosi-semporna-secara-agresif-sebagai-kawasan-tumpuan-pelancong-christina/feed/ 0 45438
Anugerah HRD 2023: ABSC dinamakan sebagai majikan terkemuka di Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/03/anugerah-hrd-2023-absc-dinamakan-sebagai-majikan-terkemuka-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/03/anugerah-hrd-2023-absc-dinamakan-sebagai-majikan-terkemuka-di-sabah/#respond Fri, 03 Nov 2023 09:02:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44682
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Sempena dengan National Human Capital Conference and Exhibition (NHCCE) 2023,
yang diadakan pada 30 sehingga 31 Oktober 2023, satu majlis makan malam yang mewah telah diadakan di mana Anugerah HRD 2023 telah disampaikan sebagai pengiktirafan kepada majikan, penyedia latihan, dan tenaga pengajar.

Advanced Business Systems Consultants Sdn. Bhd. (ABSC) telah diiktiraf sebagai salah satu pemenang Kategori Pekerja SME pada Anugerah HRD 2023, dan dinamakan sebagai majikan terkemuka di Sabah.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, Advanced Business Systems Consultants Sdn. Bhd. telah
menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada institusi pendidikan tinggi melalui AMC University College (AMC UC).

AMC UC merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang telah didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia, telah aktif terlibat sejak 38 tahun sehingga kini dalam memajukan kecemerlangan pendidikan untuk masyarakat tempatan.

Pelbagai program akademik yang ada, mulai daripada kursus peringkat diploma sehingga ijazah doktor.

AMC UC telah dianugerahkan status Kolej Universiti dan telah di akreditasi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 16 Ogos 2023. Ini menjadikan AMC UC sebagai kolej universiti swasta keempat di Sabah.

Selain program akademik, AMC UC juga secara aktif menawarkan kursus latihan korporat di bawah HRD Corp. Kursus-kursus ini direka untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat besar, perniagaan kecil dan
menengah (SME), entiti korporat, dan juga orang ramai.

AMC UC telah mencecah rekod selama 38 tahun. Kekal teguh dalam komitmen untuk memenuhi misi menyediakan pendidikan yang luar biasa, latihan, dan perkhidmatan kepada umum.

Pada masa ini, kejayaan AMC UC dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia memberi khidmat kepada
kedua kakitangan dalaman dan orang ramai diprediksi terutamanya pada prinsip 4C: “Contribution, Cost-effectiveness, Commitment, and Consistency”.

Kontribusi pembangunan modal insan AMC UC adalah selaras dengan rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya, yang menggambarkan visi keseluruhan Kerajaan Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/03/anugerah-hrd-2023-absc-dinamakan-sebagai-majikan-terkemuka-di-sabah/feed/ 0 44682
KTC dilantik sebagai pengedar Hotlink Maxis di Sabah dan Labuan https://sabahmedia.com/2023/10/24/ktc-dilantik-sebagai-pengedar-hotlink-maxis-di-sabah-dan-labuan/ https://sabahmedia.com/2023/10/24/ktc-dilantik-sebagai-pengedar-hotlink-maxis-di-sabah-dan-labuan/#respond Tue, 24 Oct 2023 04:36:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44099
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) telah dilantik sebagai pengedar Hotlink Maxis di Sabah dan Labuan.

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merasmikan pelancaran Pengedar KTC dan Hotlink Prabayar Eksklusif untuk Sabah dalam satu majlis yang diadakan di pejabat KTC di Kolombong di sini pada Selasa.

Turut hadir Pengarah Urusan KTC Datuk  Lau  Kok Sing, anak beliau Datuk Dexter Lau merupakan Pengarah Eksekutif KTC, dan Patrick Er, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan, Maxis Berhad.

Mengucapkan tahniah kepada KTC dan Hotlink Maxis atas perkongsian itu, Dr. Joachim amat yakin ia akan menjadikan tawaran Hotlink lebih mudah tersedia kepada pelanggan, menyediakan orang ramai dengan akses dan capaian yang lebih luas di seluruh Sabah dan Labuan.

Menurutnya, kerajaan mengalu-alukan dan berharap lebih ramai dapat berhubung melalui perkongsian ini.

“Saya difahamkan bahawa pelantikan KTC adalah selaras dengan rancangan Maxis untuk mengejar bidang peluang baharu merentasi saluran pasaran massa dan berkembang ke saluran baharu di rantau ini. Di bawah perjanjian pengedaran KTC, syarikat itu ditugaskan untuk memastikan ketersediaan pek SIM Hotlink dan produk ada di sini.

“Kita semua tahu bahawa KTC ialah sebuah syarikat tersenarai Papan Utama dengan rekod prestasi yang kukuh bagi kedua-dua keputusan kewangan dan prestasi perniagaan dan merupakan salah satu penyumbang paling ketara Sabah melalui inisiatif CSR mereka. KTC ialah pengedar barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) yang ditubuhkan untuk pelbagai jenama terkemuka Malaysia dan antarabangsa di rantau ini,” katanya.

Sebagai pengedar Hotlink baharu Maxis di Sabah dan Labuan, pengedar KTC meluaskan kehadiran Maxis di Sabah dan Labuan, menyediakan akses dan capaian yang lebih luas kepada pelanggan baharu.

Sempena pelantikan, Hotlink Prepaid Exclusive for Sabah turut memperkenalkan menawarkan pas internet 4G/5G tanpa had yang berpatutan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/24/ktc-dilantik-sebagai-pengedar-hotlink-maxis-di-sabah-dan-labuan/feed/ 0 44099