sebatik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Apr 2026 08:09:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sebatik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pulau Sebatik masih ‘Grey Area’, Indonesia sifatkan laporan Republik itu tidak benar https://sabahmedia.com/2026/04/17/pulau-sebatik-masih-grey-area-indonesia-sifatkan-laporan-republik-itu-tidak-benar/ https://sabahmedia.com/2026/04/17/pulau-sebatik-masih-grey-area-indonesia-sifatkan-laporan-republik-itu-tidak-benar/#respond Fri, 17 Apr 2026 08:09:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95040
Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR: Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo menegaskan laporan media dari negara itu yang mendakwa sebahagian kawasan Pulau Sebatik kini menjadi wilayah Indonesia adalah tidak benar.

Beliau menjelaskan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di pulau berkenaan masih berstatus “grey area” dan perbincangan antara kedua-dua negara berhubung penetapan sempadan masih belum dimuktamadkan.

“Saya mahu menegaskan (Pulau Sebatik) bukan di bawah kuasa Indonesia, ia masih ‘grey area’. Perbincangan mengenai statusnya masih berjalan di peringkat tinggi.

“Berita dari Indonesia tidak betul. Tolong jelaskan berita itu tidak betul,” katanya memetik laporan Berita Harian di sini pada Jumaat.

Menurutnya lagi, pihaknya perlu mendapatkan pengesahan lanjut sama ada laporan berkenaan berpunca daripada maklumat tidak tepat atau kesilapan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Saya perlu periksa lagi berhubung sumbernya kerana banyak yang tidak jelas, namun apapun ia tidak benar,” katanya.

Terdahulu, Ketua Staf Presiden Indonesia, M Qodari, dilaporkan mendakwa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini telah menjadi milik Indonesia hasil rundingan penyelesaian sempadan darat antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai tidak tepat serta tidak mencerminkan hasil sebenar rundingan sempadan Malaysia–Indonesia.

Dalam pada itu, Duta Besar Indonesia itu berkata pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut berhubung perkara berkenaan sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

“Kita masih menunggu hal itu dan akan memaklumkan mengenai perkara terbabit nanti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/17/pulau-sebatik-masih-grey-area-indonesia-sifatkan-laporan-republik-itu-tidak-benar/feed/ 0 95040
PRU Sabah : Akar umbi GRS mahu penyandang kerusi DUN Sebatik dikekalkan https://sabahmedia.com/2025/11/07/pru-sabah-akar-umbi-grs-mahu-penyandang-kerusi-dun-sebatik-dikekalkan/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/pru-sabah-akar-umbi-grs-mahu-penyandang-kerusi-dun-sebatik-dikekalkan/#respond Fri, 07 Nov 2025 01:20:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85138
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Pemimpin masyarakat dan jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik sepakat mahu penyandangnya, Datuk Hassan A Gani Pg Amir, terus dicalonkan sebagai wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-17 akan datang.

Sokongan itu disuarakan secara terbuka oleh Ketua Daerah Kalabakan, Salleh Tahir, yang mewakili pemimpin masyarakat termasuk Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKN), Ketua Masyarakat Cina (KMC) serta 20 Ketua Kampung di Sebatik.

Menurut Salleh, kepimpinan tempatan sebulat suara mahu Datuk Hassan dikekalkan sebagai calon GRS kerana prestasi dan sumbangannya kepada rakyat di kawasan itu sepanjang lima tahun menjadi wakil rakyat.

Salleh

“Kami semua, termasuk ketua adat dan ketua kampung, sepakat menyokong agar Datuk Hassan terus dicalonkan mewakili GRS di DUN Sebatik.

“Beliau telah bekerja keras membantu masyarakat, membawa banyak pembangunan dan menjaga hubungan baik dengan semua kaum di sini,” katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.

Salleh turut memaklumkan, satu memorandum khas sokongan sedang disediakan untuk diserahkan kepada Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, bagi mempertahankan Datuk Hassan sebagai calon GRS di DUN Sebatik.

“Kami mahu memorandum ini jadi bukti suara rakyat di peringkat akar umbi. Kami mahu kesinambungan kepimpinan beliau diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Gagasan Rakyat Sebatik, Abd Mansah Abd Samad, berkata jentera parti di seluruh Sebatik turut bersatu hati menyokong Datuk Hassan.

“Kami di Gagasan Rakyat Sebatik kini mempunyai 7,041 ahli dengan 174 cawangan aktif. Semua ini hasil kerja keras Datuk Hassan sejak lima tahun lalu.

“Daripada tiada ahli dan tiada cawangan, beliau membangunkan parti sehingga ke tahap ini. Jadi tidak wajar usaha itu diketepikan hanya kerana ada calon baharu muncul,” katanya.

Menurut Abd Mansah, Datuk Hassan sudah membina hubungan erat dengan rakyat di peringkat akar umbi dan berjaya menarik ramai sokongan terhadap Gagasan Rakyat di kawasan itu.

Abd Mansah

“Kami yakin, kalau calon lain yang diletakkan, sokongan kepada parti boleh terjejas kerana rakyat Sebatik sudah kenal dan percaya kepada Datuk Hassan,” katanya

“Seluruh ahli dan ketua cawangan Gagasan Rakyat di Sebatik akan terus berdiri teguh di belakang Datuk Hassan selaku pemimpin yang berpengalaman dan dekat dengan rakyat.

“Kami mahu YAB Ketua Menteri mendengar suara kami ini. Suara daripada bawah, suara rakyat Sebatik yang mahukan Datuk Hassan terus menjadi calon GRS,” katanya.

Sokongan terbuka itu sekali gus memberi gambaran jelas bahawa akar umbi GRS di Sebatik mahukan kesinambungan kepimpinan sedia ada demi kestabilan politik dan pembangunan berterusan di kawasan tersebut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/pru-sabah-akar-umbi-grs-mahu-penyandang-kerusi-dun-sebatik-dikekalkan/feed/ 0 85138
Hassan fokus perkasa infrastruktur dan ekonomi rakyat DUN Sebatik https://sabahmedia.com/2025/10/27/hassan-fokus-perkasa-infrastruktur-dan-ekonomi-rakyat-dun-sebatik/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/hassan-fokus-perkasa-infrastruktur-dan-ekonomi-rakyat-dun-sebatik/#respond Mon, 27 Oct 2025 11:51:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84289
Read Time:2 Minute, 46 Second

Oleh Normimie Diun

TAWAU: Pembangunan infrastruktur dan peningkatan kesejahteraan sosioekonomi penduduk menjadi keutamaan pemyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A. Gani Pg Amir sejak memegang amanah sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Menurut Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sebatik itu, cabaran utama di Sebatik ialah faktor geografi yang melibatkan kawasan pulau dan tanah besar, yang memerlukan perancangan teliti bagi memastikan pembangunan dapat dinikmati secara seimbang oleh semua penduduk.

“Keperluan paling utama bagi penduduk di kawasan pulau ialah bekalan air bersih. Masalah ini telah beberapa kali dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri dan mendapat perhatian kerajaan. Menteri berkaitan juga telah turun padang untuk meninjau dan mencari penyelesaian bersama Jabatan Air,” kata Hassan ketika ditemui Sabah Media di sini, hari ini.

Hassan berkata, beberapa sumber air telah dikenal pasti di kawasan Pulau Sebatik dan kini hanya menunggu peruntukan untuk melaksanakan projek bekalan air bagi manfaat penduduk tempatan.

Selain itu, isu jalan raya di Pulau Sebatik turut menjadi tumpuan kerana laluan sedia ada tidak lagi sesuai menampung peningkatan kenderaan berat seperti lori sawit.

“Jalan dari Kampung Mentadak ke Kampung Bergosong misalnya, dibina ketika hanya digunakan kenderaan ringan. Kini dengan adanya kilang dan kebun sawit yang semakin banyak, jalan itu perlu dinaik taraf supaya mampu menampung kenderaan berat,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bagi kawasan tanah besar Sebatik, kebanyakan jalan utama berada di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk laluan utama yang perlu dibaik pulih secara menyeluruh bagi menjamin keselamatan pengguna.

Dalam aspek ekonomi, Hassan berkata pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan di bawah pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi membantu golongan muda dan usahawan luar bandar, namun maklumat mengenainya belum sampai sepenuhnya kepada penduduk pulau yang berdepan kekangan perhubungan.

“Saya sudah menyuarakan kepentingan pembinaan jeti-jeti utama di kawasan pulau bagi memudahkan pergerakan dan aktiviti ekonomi. Ada beberapa jeti sudah dibaik pulih, namun masih ada yang memerlukan kos tinggi untuk dibina semula,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, pendapatan utama penduduk Pulau Sebatik ialah daripada sektor perikanan dan pertanian, terutamanya kelapa sawit yang mudah dipasarkan ke kilang tempatan milik syarikat swasta.

Mengenai perancangan masa depan, Hassan berkata pembangunan rumah di bawah program SMJ akan diteruskan, termasuk di kawasan pulau meskipun berdepan cabaran logistik.

“Saya akan pastikan masyarakat di Pulau Sebatik menerima nikmat pembangunan yang sama seperti di tanah besar. Ini komitmen kerajaan GRS kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat pelan pembangunan baharu oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Kampung Sungai Melayu bagi membangunkan kawasan itu sebagai pusat pembangunan bercampur yang merangkumi perumahan dan kemudahan komersial.

Dalam aspek keselamatan sempadan, katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan pembinaan empat pos keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia–Indonesia di Pulau Sebatik bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“Saya berharap satu sistem pagar keselamatan atau anti-climb fence dapat diwujudkan bagi mengawal pergerakan keluar masuk di kawasan sempadan,” katanya.

Mengulas mengenai sokongan rakyat, Hassan menyeru penduduk N73 Sebatik agar terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya NegerI ke-17 (PRN17) Sabah akan datang ini untuk meneruskan agenda pembangunan.

“Saya yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, pembangunan akan terus disalurkan ke seluruh Sabah, termasuk kawasan luar bandar seperti Sebatik. Saya juga menyeru semua pengundi turun awal pada hari mengundi nanti bagi melancarkan proses pilihan raya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/hassan-fokus-perkasa-infrastruktur-dan-ekonomi-rakyat-dun-sebatik/feed/ 0 84289
DUN Sabah : Penduduk Dibaham Buaya Kerana Bekalan Air Tiada https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-penduduk-dibaham-buaya-kerana-bekalan-air-tiada/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-penduduk-dibaham-buaya-kerana-bekalan-air-tiada/#respond Mon, 06 Dec 2021 15:18:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9427
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Bekalan air yang dialami di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik telah mengundang kepada risiko kehilangan nyawa penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir berkata, masalah ketiadaan bekalan air itu memaksa penduduk untuk turun mandi di sungai  selain mengambil air sebelum akhirnya dibaham buaya atau lemas.

“Masalah ketiadaan bekalan air, bukan setakat masalah kegagalan kita, tetapi bagi rakyat DUN Sebatik ia melibatkan kehilangan nyawa.

“Disebabkan ketiadaan air, mereka terpaksa turun mandi di sungai yang mendedahkan kepada risiko lemas, banjir malahan serangan maut buaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan Belanjawan Sabah 2022 di DUN Sabah disini hari ini.

Hassan berkata, pada tahun ini, seramai dua orang telah menjadi mangsa iaitu masing-masing di Kampung Brantian dan Kampung Serudung Laut.

Katanya, semua wakil rakyat mempunyai tanggungjawan untuk membantu mengatasi masalah bekalan air bagi memastikan rakyat tidak terus berdepan risiko keselamatan bagi mendapatkan air.

“Benar ajal maut ketentuan Tuhan tapi ini cerita orang dibaham buaya kerana tiada air dirumahnya.

“Peristiwa ini akan berulang dan akan menghantui kita jika kita tidak menyediakan bekalan air bersih kepada golongan rakyat seperti ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-penduduk-dibaham-buaya-kerana-bekalan-air-tiada/feed/ 0 9427
Segera Salur Bekalan Air Bersih Di DUN Sebatik – Hassan https://sabahmedia.com/2021/10/13/segera-salur-bekalan-air-bersih-di-dun-sebatik-hassan/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/segera-salur-bekalan-air-bersih-di-dun-sebatik-hassan/#respond Wed, 13 Oct 2021 00:33:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7469
Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik Hassan A Ghani Pg Amir memohon kerajaan supaya menyegerakan usaha untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan pedalaman DUN itu.

Beliau berkata ini kerana masih ada rakyat di kawasan DUN Sebatik yang terpaksa bergantung penuh dengan sumber air dari sungai berdekatan untuk melakukan rutin harian termasuk mandi dan mencuci pakaian yang mendedahkan penduduk kepada serangan haiwan liar.

“Jika nasib tidak baik, penduduk berdepan ancaman buaya ketika mendapatkan keperluan asas ini, seperti kes pada Ahad lepas seorang wanita ditemukan maut diserang buaya ketika mandi di sungai bersama neneknya di Kampung Serudung Laut.

“Justeru kita berharap perkara ini diberi perhatian serius dan segera ditangani kerana ia menghantui penduduk, tragedi diserang buaya ketika turun ke sungai bagi melakukan rutin harian bukan pertama kali berlaku di Kalabakan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Hassan berkata isu bekalan air bersih di DUN Sebatik itu sudah disuarakan kepada kerajaan negeri dan bahaya serangan buaya berkenaan boleh dijadikan iktibar bagi menyegerakan bekalan air bersih ke kawasan tersebut.

Sementara itu katanya Kampung Serudung dalam proses permohonan untuk diwartakan sebagai Kampung Sejahtera di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi membolehkan kampung itu dibangunkan dengan lebih baik. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/segera-salur-bekalan-air-bersih-di-dun-sebatik-hassan/feed/ 0 7469
ADUN Sebatik sertai BERSATU https://sabahmedia.com/2021/04/06/adun-sebatik-sertai-bersatu/ https://sabahmedia.com/2021/04/06/adun-sebatik-sertai-bersatu/#respond Tue, 06 Apr 2021 03:35:09 +0000 http://sabahmedia.com/?p=340
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir, hari ini, menyerahkan borang keahlian menyertai BERSATU.

Ia sekali gus menjawab teka-teki mengenai hala tuju politik beliau selepas mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk menjadi wakil rakyat bebas pada Februari lalu.

Hassan menyerahkan borang keahlian menyertai BERSATU kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Hajiji kemudian menyerahkan borang berkenaan kepada Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sambil disaksikan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun Kedua BERSATU Sabah, di sini, malam ini.

Pada 25 Februari lalu, Hassan mengumumkan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat negeri dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat nasional.

Hassan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September lalu atas tiket WARISAN.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tindakannya meninggalkan WARISAN didorong kekecewaan dengan sikap pemimpinnya yang terlalu banyak berpolitik ketika rakyat berdepan kesusahan disebabkan pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/04/06/adun-sebatik-sertai-bersatu/feed/ 0 340