SEC – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 May 2026 06:20:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SEC – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SEC, ASB sumbang RM200,000 bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia https://sabahmedia.com/2026/05/07/sec-asb-sumbang-rm200000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-bahagia/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/sec-asb-sumbang-rm200000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-bahagia/#respond Thu, 07 May 2026 06:20:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96274
Read Time:55 Second

SANDAKAN: Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) bersama anak syarikat milik penuhnya, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), menyumbang sebanyak RM200,000 kepada Tabung Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, di sini, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Pengerusi SEC, Datuk Hassan A Gani Pg Amir, diiringi Pengerusi ASB merangkap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dalam satu majlis di sini.

Majlis penyerahan berkenaan turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Firdaus Akbar Khan; Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong serta Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson.

SEC dalam kenyataannya berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan milik penuh Kerajaan Negeri Sabah, kumpulan syarikat itu bukan sahaja berperanan dalam pembangunan ekonomi negeri, malah turut komited terhadap kebajikan rakyat.

Menurutnya, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban mangsa yang terjejas akibat kebakaran terbabit.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/sec-asb-sumbang-rm200000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-bahagia/feed/ 0 96274
SEC isytihar dividen RM18 juta susulan prestasi kewangan kukuh tahun kewangan 2024 https://sabahmedia.com/2025/12/23/sec-isytihar-dividen-rm18-juta-susulan-prestasi-kewangan-kukuh-tahun-kewangan-2024/ https://sabahmedia.com/2025/12/23/sec-isytihar-dividen-rm18-juta-susulan-prestasi-kewangan-kukuh-tahun-kewangan-2024/#respond Tue, 23 Dec 2025 06:47:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88742
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation (SEC) mengisytiharkan pembayaran dividen berjumlah RM18 juta bagi tahun kewangan berakhir 2024, meningkat berbanding RM14 juta pada tahun sebelumnya, susulan prestasi kewangan kukuh yang direkodkan oleh Kumpulan.

Penyerahan dividen itu disempurnakan sempena Majlis Penyampaian Dividen dan Sumbangan 2025 yang berlangsung di Menara Kinabalu baru-baru ini.

Dividen berkenaan disampaikan oleh Pengerusi SEC, Datuk Annuar Ayub, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEC, Datuk Ir. Adzmir Abd Rahman, kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Majlis berkenaan turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun; Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedict; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong; serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Sofian Alfian Nair.

Bagi tahun kewangan yang dinilai, SEC mencatatkan prestasi memberangsangkan di peringkat Kumpulan dan syarikat. Keuntungan sebelum cukai Kumpulan meningkat kepada RM73.04 juta, iaitu kenaikan kira-kira 81 peratus berbanding RM40.3 juta pada 2023.

Di peringkat syarikat pula, keuntungan sebelum cukai mencecah RM54.6 juta, meningkat sekitar 59 peratus daripada RM34.4 juta pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, anak syarikat milik penuh SEC, Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB), merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM34.5 juta, meningkat kira-kira 77 peratus berbanding RM19.5 juta pada 2023.

Adzmir turut memaklumkan bahawa daripada modal berbayar awal Kerajaan Negeri sebanyak RM299.9 juta, keuntungan terkumpul hasil pelaburan semula berterusan telah meningkatkan Dana Pemegang Saham melebihi RM1 bilion menjelang akhir 2024.

Sejak penubuhan syarikat, nilai buku sesaham Kumpulan SEC telah meningkat lima kali ganda, daripada RM0.70 kepada RM3.56. Setakat ini, SEC telah menyumbang dividen keseluruhan berjumlah RM273.5 juta kepada Kerajaan Negeri.

Prestasi yang bertambah baik ini didorong oleh pengurusan perbelanjaan yang berdisiplin dan berhemat, kecekapan operasi yang lebih kukuh, kepimpinan berwibawa serta sokongan berterusan Kerajaan Negeri Sabah.

Keputusan tersebut juga mencerminkan tumpuan berterusan SEC dalam memperkukuh daya tahan kewangan sambil menyampaikan nilai mampan kepada negeri dan rakyatnya.

Dengan asas kewangan yang kukuh, SEC kekal optimistik untuk mengekalkan pertumbuhan pendapatan serta meningkatkan pulangan kepada pemegang saham pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/23/sec-isytihar-dividen-rm18-juta-susulan-prestasi-kewangan-kukuh-tahun-kewangan-2024/feed/ 0 88742
SEC perkukuh komitmen hijau, aertai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok https://sabahmedia.com/2025/10/17/sec-perkukuh-komitmen-hijau-aertai-kempen-penanaman-100-juta-pokok/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/sec-perkukuh-komitmen-hijau-aertai-kempen-penanaman-100-juta-pokok/#respond Fri, 17 Oct 2025 07:05:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83502
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA BELUD: Sabah Energy Corporation (SEC) terus memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar apabila menyertai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) di Hutan Simpan Ulu Kukut, di sini, hari ini.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), SEC menyerahkan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada JPS bagi menampung kos penanaman 680 anak pokok daripada spesies hutan tempatan seperti Dipterocarpus, Laran dan Binuang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEC, Datuk Adzmir Abd Rahman, kepada Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan, dalam satu majlis ringkas yang turut disaksikan pengurusan tertinggi kedua-dua organisasi.

Sebagai simbolik penyertaan, seramai 50 warga kerja SEC turut mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman 60 pokok di kawasan seluas 1.7 hektar yang diperuntukkan kepada syarikat berkenaan.

Adzmir berkata, penglibatan SEC dalam program itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menyokong usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar secara berkesan.

“Dalam mengejar kemajuan industri, keseimbangan dengan alam semula jadi tidak boleh diabaikan. Kelestarian alam bukan sekadar tanggungjawab korporat, tetapi warisan yang perlu dipertahankan untuk generasi masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka panjang JPS untuk memulihara kawasan hutan, dengan matlamat meningkatkan litupan hijau dan mengukuhkan ekosistem hutan Sabah.

Dengan penyertaan sektor korporat seperti SEC, usaha ini dijangka dapat mempercepatkan agenda penghijauan negara selain memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/sec-perkukuh-komitmen-hijau-aertai-kempen-penanaman-100-juta-pokok/feed/ 0 83502
SEC Bayar Dividen RM10 Juta Kepada Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2021/09/10/sec-bayar-dividen-rm10-juta-kepada-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/sec-bayar-dividen-rm10-juta-kepada-kerajaan-negeri/#respond Fri, 10 Sep 2021 05:08:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6109
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) membayar dividen sebanyak RM10 juta kepada Kerajaan Negeri untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Harun Ismail berkata, pandemik Covid-19 telah memberikan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya bagi keuntungan SEC dan Kumpulan Syarikat tahun lalu.

Walaupun menghadapi cabaran, SEC berjaya membayar dividen yang lebih tinggi sebanyak RM10 juta untuk tahun 2020 berbanding RM8.5 juta pada 2019, katanya selepas menyampaikan cek itu kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Rusdin Riman.

Upacara penyampaian yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri pada hari Khamis disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

Turut hadir ialah Pengerusi SEC, Datuk Annuar Ayub, Timbalan Pengerusi, Hassan A Gani Pg Amir, dan pengurusan SEC.

Harun mengatakan bahawa terhadap modal berbayar Kerajaan Negeri sebanyak RM299.9 juta, keuntungan terkumpul selepas pelaburan semula selama ini telah mengakibatkan Dana Pemegang Saham meningkat menjadi lebih dari RM1 bilion pada akhir tahun 2020.

Sebagai tambahan kepada kenaikan nilai Pemegang Sahamnya, SEC juga telah membayar dividen sejumlah RM222.5 juta kepada Kerajaan setakat ini.

Harun mengatakan bahawa SEC tetap tegas dalam usahanya untuk mengekalkan keuntungan dan mengukuhkan portfolio perniagaannya selama ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/sec-bayar-dividen-rm10-juta-kepada-kerajaan-negeri/feed/ 0 6109