secara agresif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Nov 2023 12:08:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png secara agresif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Promosi Semporna secara agresif sebagai kawasan tumpuan pelancong – Christina https://sabahmedia.com/2023/11/19/promosi-semporna-secara-agresif-sebagai-kawasan-tumpuan-pelancong-christina/ https://sabahmedia.com/2023/11/19/promosi-semporna-secara-agresif-sebagai-kawasan-tumpuan-pelancong-christina/#respond Sun, 19 Nov 2023 12:08:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45438
Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mahu daerah Semporna dipromosikan secara agresif sebagai kawasan tumpuan pelancong di arena domestik dan antarabangsa.

“Ini adalah kerana Semporna merupakan pintau masuk ke destinasi pelancongan menyelam terkenal dunia seperti Pulau Sipadan.

“Justeru itu, adalah mustahak kerajaan menaik taraf kemudahan asas (bekalan air dan elektrik) di sini dan infrastruktur jalan raya dari Tawau menuju ke daerah Semporna, selain keperluan untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Disamping, kita mesti mempamerkan budaya unik Semporna kepada dunia, bercirikan pakaian dan tarian tradisional yang eksotik untuk menarik lebih ramai pengunjung luar menyaksikan acara Regatta Lepa akan datang, ini penting untuk meningkatkan keyakinan pelancong,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan acara Regatta Lepa ke-28 Semporna pada malam Sabtu.

Sehubungan dengan itu, Christina berkata beliau akan membangkitkan perkara itu kepada kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya akan membawa keperluan yang mendesak untuk memperkasa pelancongan Semporna kepada perhatian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Persekutuan (Motac), Dato’ Seri Tiong King Sing,” tambahnya.

Sementara itu, Christina mendedahkan sehingga September tahun ini, Sabah telah mencapai 85.6 peratus daripada sasaran untuk mencapai 2.2 juta ketibaan pelawat bagi 2023.

Memetik statistik Bahagian Perangkaan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), beliau berkata sejak Januari hingga September tahun ini, Sabah menerima seramai 1,883,794 ketibaan pengunjung.

“Angka ini mencatatkan peningkatan sebanyak 58.2 peratus berbanding tempoh yang sama dari Januari hingga September 2022. Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan sambungan udara ke Sabah dan kempen pemasaran oleh STB,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/19/promosi-semporna-secara-agresif-sebagai-kawasan-tumpuan-pelancong-christina/feed/ 0 45438
Hajiji mahu Pelancongan Berasaskan Komuniti dibangunkan secara agresif https://sabahmedia.com/2023/11/17/hajiji-mahu-pelancongan-berasaskan-komuniti-dibangunkan-secara-agresif/ https://sabahmedia.com/2023/11/17/hajiji-mahu-pelancongan-berasaskan-komuniti-dibangunkan-secara-agresif/#respond Fri, 17 Nov 2023 07:04:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45319
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik cadangan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) agar Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) luar bandar diberi perhatian khusus oleh badan dunia itu.

Justeru itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pelancongan Berasaskan Komuniti dibangunkan secara agresif berikutan potensi besarnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi, khususnya di kawasan luar bandar Sabah.

Katanya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta STB boleh mengharapkan sokongan penuh kerajaan negeri untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi CoBT.

“Walaupun masih dalam fasa pemulihan berikutan pandemik Covid-19, beberapa inisiatif yang diambil oleh kementerian dan STB telah membuahkan hasil, khususnya dalam sektor CoBT,” katanya pada pelancaran Ekspo CoBT Sabah di Suria Sabah di sini, hari ini.

Teks ucapan Hajiji disampaikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.

Menurut Hajiji, pada tahun lepas, seramai 224,356 pelancong melawat ke destinasi pelancongan luar bandar di negeri ini dan membawa masuk hampir RM8 juta resit pelancongan.

“Angka ni hanya melibatkan dari tiga kawasan CoBT Kadamaian (Kota Belud), Kiulu (Tuaran) dan Tambunan. Saya percaya angka itu mungkin lebih tinggi dan akan terus berkembang dengan dorongan agresif bersama mempromosikan pelancongan luar bandar oleh semua Majlis Tindakan Pelancongan Daerah dan Persatuan Pelancongan daerah di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pelancongan merupakan salah satu tonggak utama pertumbuhan ekonomi negeri di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan kerajaan negeri akan melabur dalam infrastruktur dan pembangunan kemahiran untuk pelancongan masyarakat luar bandar.

“Oleh yang demikian, saya ingin melihat Pelancongan Berasaskan Komuniti di Sabah setanding atau lebih baik dari negara-negara lain.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha oleh STB dan Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS) supaya CoBT mempunyai jenama sendiri, langkah ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan.

“Selain itu, kerajaan negeri turut mengalu-alukan cadangan Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai semasa Perhimpunan Agung UNWTO supaya pelancongan berasaskan komuniti luar bandar diberi perhatian khusus oleh badan dunia itu,” katanya sambil memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus menyokong usaha untuk CoBT Sabah mencapai 80 peratus pematuhan Standard Asean menjelang 2030.

Ketua Menteri berkata ekspo tiga hari itu bermula 17 hingga 19 November 2023 di lobi pusat beli belah Suria Sabah akan menjadi pelan transformasi untuk CoBT Sabah, mempamerkan produk masyarakat luar bandar, dan menawarkan pelancong dengan pengalaman yang menarik.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/17/hajiji-mahu-pelancongan-berasaskan-komuniti-dibangunkan-secara-agresif/feed/ 0 45319