Secara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Apr 2022 04:23:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Secara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengguna Diminta Berbelanja Secara Berhemat https://sabahmedia.com/2022/04/03/pengguna-diminta-berbelanja-secara-berhemat/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/pengguna-diminta-berbelanja-secara-berhemat/#respond Sun, 03 Apr 2022 06:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13865
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Para pengguna diminta berbelanja dengan berhemat bagi mengelak pembaziran selain berjaga-jaga memandangkan keadaan ekonomi hari ini masih belum pulih ketika negara masuk pada fasa peralihan endemik.

Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, pengguna khususnya umat Islam juga perlu mengelak pembaziran ketika membeli juadah berbuka puasa.

“Dalam keadaan baru masuk fasa peralihan endemik kita berharap keadaan ekonomi negara semakin pulih dan aktiviti sosial kembali rancak, semua pihak perlu kekalkan budaya berhemat ketika berbelanja.

“Belilah barangan keperluan sahaja, ingatlah masa depan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang kerana jangkitan virus Covid-19 masih tinggi,” katanya dalam kenyatan medianya hari ini.

Beliau berkata, pembukaan sempadan kepada pelancong dan pengembara juga suatu rahmat kepada semua kerana Sabah akan dilimpahi semula dengan pelancong asing sekali gus merancakkan semula sektor pelancongan di negeri ini.

“Kita berharap dengan pembukaan pintu masuk negara, sektor pelancongan akan kembali pulih dan membuka semula peluang pekerjaan kepada ramai orang.

“Manfaatkanlah sebaik mungkin peluang ini bagi membantu meningkatkan pendapatan diri serta keluarga,” katanya.

David berkata, suatu yang tidak dapat dielakkan ialah berlaku kenaikan harga barang disebabkan pelbagai faktor termasuk perang Ukraine dan Rusia, bekalan terhad selain cuaca dunia yang tidak menentu dan sebagainya.

Sehubungan itu beliau meminta supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan di atas kenaikan harga barang keperluan sehingga membebankan orang ramai.

David dalam pada itu turut menyokong keputusan kerajaan negeri yang memutuskan kadar ujian Kit Pantas Antigen (RTK-Ag) bagi pelancong yang masuk ke Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada kadar RM60 setiap seorang.

Beliau berkata, keputusan tersebut jelas menggambarkan pendekatan kerajaan negeri Sabah yang mesra pelancong sekali gus menggalakkan kemasukan pelancong serta pertumbuhan semula sektor pelancongan di Sabah.

Di peringkat Persekutuan, kadar ujian RTK-Ag adalah RM100 bagi rakyat Malaysia dan RM160 bagi pelancong asing.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/pengguna-diminta-berbelanja-secara-berhemat/feed/ 0 13865
Kerajaan membenarkan vaksinasi secara ‘walk in’ di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/11/kerajaan-membenarkan-vaksinasi-secara-walk-in-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/11/kerajaan-membenarkan-vaksinasi-secara-walk-in-di-sabah/#respond Wed, 11 Aug 2021 14:31:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4495
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini memutuskan memberikan kebenaran bagi Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara yang layak menerima vaksin untuk hadir secara “walk in” di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh daerah di Negeri Sabah.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Negeri mengatakan bahawa Kerajaan Negeri berpuas hati dengan kadar pemberian vaksin harian yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

Beliau juga menyeru agar orang ramai yang hadir semasa menerima vaksin mestilah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/11/kerajaan-membenarkan-vaksinasi-secara-walk-in-di-sabah/feed/ 0 4495
Kerajaan Sabah Giat Menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Secara Berkelompok Di Luar Bandar https://sabahmedia.com/2021/06/08/kerajaan-sabah-giat-menjalankan-program-imunisasi-covid-19-secara-berkelompok-di-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/kerajaan-sabah-giat-menjalankan-program-imunisasi-covid-19-secara-berkelompok-di-luar-bandar/#respond Tue, 08 Jun 2021 10:07:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=809
Read Time:51 Second

TUARAN: Seramai 300 penduduk mukim Ulu Kiulu terima vaksin Covid-19 dos pertama dalam program Info On Wheels (IOW) Vaksinasi Covid-19, hari ini.

Sadan (kiri) meninjau perjalanan program imunisasi di Dewan Muhibbah. – Foto: Jabatan Penerangan Sabah

Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain berkata, menjadi tugas kerajaan membantu masyarakat luar bandar untuk tidak tercicir dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta Jabatan Penerangan Malaysia akan bersama-sama ke kawasan luar bandar untuk memberikan suntikan vaksin disamping membuat hebahan kepentingan imunisasi kelompok dalam mencegah penularan Covid-19.

“Usaha ini akan terus dipergiat memandangkan bilangan pendaftar vaksin di negeri ini masih berada pada kadar yang rendah iaitu sekitar 19 peratus.

“Oleh yang demikian, program seumpama ini memudahkan masyarakat luar bandar mendapatkan suntikan vaksin di kawasan kediaman mereka tanpa perlu ke bandar,” katanya ketika ditemui media dalam program yang diadakan di Dewan Muhibbah Kampung Tudan, pada Selasa.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kiulu, Golubi Guntarek dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran.

Sumber: Jabatan Penerangan Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/kerajaan-sabah-giat-menjalankan-program-imunisasi-covid-19-secara-berkelompok-di-luar-bandar/feed/ 0 809
Masyarakat KDRMS Muslim Raikan Kaamatan Secara Maya https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/ https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/#respond Mon, 07 Jun 2021 05:47:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=720
Read Time:1 Minute, 17 Second

7 Jun 2021

KOTA KINABALU:  Walaupun sudah memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim namun ia bukan penghalang bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai (KDMRS) terus menyambut pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun di negeri ini.

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, sambutan kali ini diadakan secara maya dan turut mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 9,000 masyarakat KDMRS dan institut agama membabitkan 43 kawasan atau daerah seluruh negara menyertainya.

Menurut Pengerusi KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester, sambutan ini ada objektifnya yang tersendiri terutama bagi masyarakat KDMRS di negeri ini.

“Antaranya adalah untuk memberi pengetahuan, kefahaman serta penghayatan aspek budaya Momogun Muslim yang selari dengan syariat Islam.

“Selain itu, kita mahu ketengahkan identiti patuh syariah masyarakat KDMRS muslim kepada masyarakat di Sabah dan Semenanjung,” katanya selepas menyertai sambutan perayaan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfitri Online 2021 KDRMS Muslim pada Sabtu lalu.

Katanya lagi, menerusi sambutan ini walaupun diadakan secara dalam talian ia turut mewujudkan jalinan hubungan persaudaraan antara masyarakat KDMRS dengan seluruh masyarakat majmuk.

“Kita juga mahu memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk bahawa perayaan kebudayaan ini tetap boleh diraikan dalam batas-batas Islam.

“Secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat persahabatan, keharmonian dan kesejahteraan dalam hidup berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Terdahulu, sambutan yang dianjurkan oleh KDMRS Muslim bersama Hidayah Centre Foundation turut mendapat kerjasama daripada Gabungan Dakwah Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Turut hadir,  Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah merangkap Menteri Kewangan 2 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/feed/ 0 720