Sedafiat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Mar 2026 15:52:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sedafiat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sedafiat salur zakat RM445,600 kepada MUIS, bantu komuniti Sabah https://sabahmedia.com/2026/03/18/sedafiat-salur-zakat-rm445600-kepada-muis-bantu-komuniti-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/03/18/sedafiat-salur-zakat-rm445600-kepada-muis-bantu-komuniti-sabah/#respond Tue, 17 Mar 2026 17:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93447
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Sedafiat Sdn Bhd menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM445,600 bagi tahun kewangan 2025 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis berbuka puasa yang berlangsung, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk  Ag Buhtamam Ag Mahmun berkata, pembayaran zakat itu merupakan komitmen berterusan syarikat yang telah dilaksanakan sejak sembilan tahun lalu sebagai sebahagian tanggungjawab korporat.

“Alhamdulillah, Sedafiat masih mengekalkan prestasi cemerlang sebagai penyedia perkhidmatan sokongan hospital bertaraf lima bintang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia selama lapan tahun berturut-turut sejak 2018 hingga 2025,” katanya.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Dalam majlis sama, Sedafiat turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis Papar serta Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Kampung Benoni.

Selain itu, Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort menerima sebuah van serbaguna sebagai usaha menyokong kebajikan penghuni pusat berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/18/sedafiat-salur-zakat-rm445600-kepada-muis-bantu-komuniti-sabah/feed/ 0 93447
PBNS Terima Sumbangan KWAJ Daripada Sedafiat Sdn Bhd https://sabahmedia.com/2021/07/02/pbns-terima-sumbangan-kwaj-daripada-sedafiat-sdn-bhd/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/pbns-terima-sumbangan-kwaj-daripada-sedafiat-sdn-bhd/#respond Fri, 02 Jul 2021 10:49:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2400
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) menerima sumbangan Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ) daripada Sedafiat Sdn Bhd berjumlah RM100,000 bagi tahun 2021.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Datuk Ag Buhtamam kepada Pengurus Besar PBNS Salman Nurillah yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kelmarin.

Majlis penyerahan turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya.

Pada majlis itu, Pengurus Besar PBNS, Salman Nurillah membuat gimik penyerahan replika borang KWAJ kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Datuk Ag. Buhtamam Ag. Mahmun sebagai sokongan dan galakan kepada seluruh warga kerja Sedafiat Sdn Bhd membuat sumbangan KWAJ melalui potongan gaji dengan sukarela.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata,masyarakat Islam yang berkemampuan di negeri ini digesa  untuk tampil menyokong KWAJ PBNS.

Katanya, KWAJ adalah satu kumpulan wang yang diperuntukkan melalui Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998 (Seksyen 21) untuk mengutip dan mengumpul wang dari masyarakat Islam negeri ini sebagai sedekah bulanan. 

Selain itu tambahnya, sumbangan KWAJ juga adalah derma yang diluluskan untuk diberi pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Kita menggalakkan dan mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta supaya tampil untuk bersama-sama menyokong usaha yang diperkenalkan oleh PBNS.

“PBNS telah memperkenalkan sistem potongan gaji bulanan untuk mengisi tabung tersebut dan ianya akan dimanfaatkan untuk aktiviti kebajikan dan pembangunan di Sabah”, katanya.

Mohd.Arifin bagi pihak kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Sedafiat Sdn Bhd dan pihak yang memulakan pemotongan gaji bulanan mereka untuk KWAJ.

“Dengan adanya tabung ini, maka kita berharap Baitulmal akan diperkasakan,” katanya.

Oleh itu, PBNS terus mengorak langkah membuat kutipan KWAJ daripada Syarikat-Syarikat Korporat yang akan dimanfaatkan untuk aktiviti kebajikan dan pembangunan di Sabah.

Hasil daripada dana KWAJ ini akan diagihkan melalui skim bantuan yang disediakan oleh PBNS antaranya adalah Bantuan Kewangan One-off; Bantuan Ziarah Kariah; Bantuan Ramadhan dan Syawal; Bantuan Susu Formula Khas; Bantuan Institusi Tahfiz, Rumah Anak Yatim, Sekolah Agama Rakyat dan NGO ; Bantuan Awal Pendidikan bagi IPTA,Sijil dan Asasi ; Bantuan Bencana; Bantuan Organisasi dan Kemasyarakatan; Bantuan Keagamaan dan Keraian Islam; Bantuan Masjid dan Surau dan Bantuan Rawatan dan Perubatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/pbns-terima-sumbangan-kwaj-daripada-sedafiat-sdn-bhd/feed/ 0 2400
Sedafiat Serah Zakat Perniagaan kepada MUIS https://sabahmedia.com/2021/07/01/sedafiat-serah-zakat-perniagaan-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2021/07/01/sedafiat-serah-zakat-perniagaan-kepada-muis/#respond Thu, 01 Jul 2021 09:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2354
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Sedafiat Sdn. Bhd. sebanyak RM713,907.06 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Ag Buthamam Ag Mahmun menyerahkan wang zakat itu kepada Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Dalam pada itu, Sedafiat turut menyerahkan wang amal jariah sebanyak RM100,000.00 kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, yang diterima oleh Pengurus Besarnya, Salman Nurillah.

Terdahulu Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut menerima pembayaran Dividen Interim Pertama Tahun 2021 daripada Kimanis Power Sdn. Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah bernilai RM12 juta.

Manakala Kimanis Power diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zainuddin Yahaya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir.Shahelmey Yahya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/01/sedafiat-serah-zakat-perniagaan-kepada-muis/feed/ 0 2354