SEDCO – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Aug 2026 08:30:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SEDCO – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SEDCO mahu anak syarikat tingkat keuntungan, teroka peluang baharu https://sabahmedia.com/2026/08/09/sedco-mahu-anak-syarikat-tingkat-keuntungan-teroka-peluang-baharu/ https://sabahmedia.com/2026/08/09/sedco-mahu-anak-syarikat-tingkat-keuntungan-teroka-peluang-baharu/#respond Sun, 09 Aug 2026 01:40:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101284
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) mahu anak syarikatnya terus meningkatkan keuntungan dan memperkukuh prestasi operasi, selain lebih agresif meneroka peluang perniagaan baharu bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.

Pengerusi SEDCO, Datuk Masiung Banah berkata, usaha memperkukuh prestasi syarikat perlu menjadi keutamaan bagi memastikan anak syarikat SEDCO terus berkembang secara mampan serta kekal berdaya saing dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

Beliau berkata, Lahad Datu Flour Mill Sdn. Bhd. (LDFM) dan SEDCO Precast Sdn. Bhd. khususnya perlu terus memperkukuh prestasi operasi, meningkatkan keuntungan serta meneroka ruang perniagaan baharu yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan syarikat.

“Saya berharap agar LDFM dan SEDCO Precast Sdn. Bhd. terus memperkukuh prestasi operasi, meningkatkan keuntungan serta meneroka peluang perniagaan baharu selaras dengan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Baharu bagi LDFM dan SEDCO Precast, di sini.

Masiung berkata, peningkatan prestasi anak syarikat juga memerlukan kesepaduan antara Lembaga Pengarah dengan pihak pengurusan supaya visi, misi dan hala tuju strategik syarikat dapat dilaksanakan secara selaras.

Menurut beliau, sinergi yang kukuh antara kepimpinan dan pengurusan akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan prestasi syarikat serta memastikan anak syarikat dapat berkembang secara mampan dan berdaya saing.

Dalam majlis itu, Ir. Rajesh Yusof menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Baharu LDFM, manakala Datuk Ir. Yong Wui Chung menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Baharu SEDCO Precast.

Watikah pelantikan disampaikan oleh Masiung yang turut menzahirkan keyakinan bahawa pengalaman dan kepimpinan kedua-dua pengerusi baharu berkenaan dapat membantu memperkukuh prestasi serta daya saing syarikat.

Masiung turut menekankan kepentingan tadbir urus korporat yang baik dalam memastikan setiap anak syarikat SEDCO dapat melaksanakan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.

Sebagai GLC, beliau berkata, anak syarikat SEDCO perlu terus memainkan peranan dalam menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Sabah melalui aktiviti perniagaan yang berdaya maju dan mampu memberi manfaat kepada ekonomi negeri.

Sehubungan itu, peningkatan keuntungan bukan sahaja penting dari sudut prestasi korporat, malah dapat memperkukuh kedudukan anak syarikat untuk terus berkembang serta meneroka peluang baharu pada masa hadapan.

Majlis tersebut turut disusuli dengan kunjungan hormat barisan pengurusan LDFM dan SEDCO Precast kepada Pengerusi SEDCO.

Turut hadir Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Ar. James Wong Kein Peing dan Timbalan Pengurus Besar SEDCO, Azrul Ahmad.

Majlis itu mencerminkan komitmen berterusan SEDCO dalam memperkukuh kepimpinan dan tadbir urus korporat bagi memastikan anak syarikatnya terus berdaya saing serta memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan dan kemakmuran Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/09/sedco-mahu-anak-syarikat-tingkat-keuntungan-teroka-peluang-baharu/feed/ 0 101284
30 usahawan RISE, S-SEED disasar tembusi pasaran dunia https://sabahmedia.com/2026/08/08/30-usahawan-rise-s-seed-disasar-tembusi-pasaran-dunia/ https://sabahmedia.com/2026/08/08/30-usahawan-rise-s-seed-disasar-tembusi-pasaran-dunia/#respond Sat, 08 Aug 2026 08:43:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101260
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seramai 30 usahawan yang terpilih menyertai Program RISE (Resilient, Innovative SEDCO Entrepreneurs) dan S-SEED (Strategic Entrepreneur Development Fund) disasar mampu membangunkan produk yang berpotensi menembusi pasaran dunia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick berkata, penyertaan dalam kedua-dua program berkenaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan bagi meningkatkan keupayaan perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, antara sasaran yang perlu diberi perhatian ialah pembangunan produk yang mempunyai nilai pasaran antarabangsa, selain memenuhi keperluan pensijilan dan pendaftaran berkaitan.

“Saya berharap 30 usahawan yang terpilih untuk menyertai Program RISE dan S-SEED ini dapat membangunkan produk untuk pasaran dunia, termasuk memiliki pensijilan halal serta pendaftaran dengan DIDR dan MATRADE,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program itu, di sini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, berkata, RISE merupakan program bimbingan perniagaan, manakala S-SEED pula merupakan program pembiayaan keusahawanan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO).

Menurutnya, kedua-dua inisiatif itu penting dalam membantu usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan, termasuk dari aspek pembangunan produk, pengurusan serta akses kepada pembiayaan.

Katanya, usaha memperkukuh kapasiti usahawan tempatan amat penting bagi memastikan perusahaan Sabah bukan sahaja mampu bertahan dalam pasaran domestik, malah berupaya berkembang ke peringkat lebih luas.

Dalam pada itu, Ewon berkata, Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) turut memberi perhatian kepada pembangunan ekosistem keusahawanan dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan.

Beliau berkata, antara inisiatif yang sedang diberi perhatian ialah penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera Sabah serta pembangunan polisi sokongan khas kepada SME tempatan Sabah yang mahu mengembangkan perusahaan mereka di taman-taman perindustrian, bermula di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).

“MINDET juga akan meneliti dan memperkenalkan program-program latihan keusahawanan yang lebih sesuai dengan keperluan serta cabaran yang dihadapi usahawan masa kini,” katanya.

Ewon berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan kerajaan negeri sentiasa relevan dengan perubahan pasaran dan cabaran perniagaan semasa.

Beliau turut berkata, sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan antara penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Berdasarkan data pencapaian PMKS negara bagi 2025, katanya, sektor berkenaan menyumbang 39.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, bersamaan RM689.8 bilion.

Katanya, sektor PMKS turut menggaji sekitar lapan juta pekerja atau 48.7 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di Malaysia.

“Usahawan Sabah turut menyumbang kepada prestasi cemerlang sektor PMKS negara,” katanya.

Hadir sama Pengerusi SEDCO, Datuk Masiung Banah; Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Ar. James Wong Kein Peng; timbalan-timbalan setiausaha tetap MINDET serta ketua-ketua jabatan dan usahawan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/08/30-usahawan-rise-s-seed-disasar-tembusi-pasaran-dunia/feed/ 0 101260
SEDCO sasar raih pingat dalam tiga acara di Sukan GEMAPUTERA 2026 https://sabahmedia.com/2026/07/24/sedco-sasar-raih-pingat-dalam-tiga-acara-di-sukan-gemaputera-2026/ https://sabahmedia.com/2026/07/24/sedco-sasar-raih-pingat-dalam-tiga-acara-di-sukan-gemaputera-2026/#respond Fri, 24 Jul 2026 10:41:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100492
Read Time:2 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Kontinjen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyasarkan untuk membawa pulang pingat dalam sekurang-kurangnya tiga daripada empat acara yang disertai pada Sukan GEMAPUTERA Ke-18 Tahun 2026.

Ketua Kontinjen SEDCO, Azrul Ahmad, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan persiapan rapi yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu bagi memastikan atlet SEDCO mampu memberikan saingan terbaik.

“Insya-Allah, daripada empat sukan yang kita sertai daripada lapan sukan yang dipertandingkan, kita mengharapkan sekurang-kurangnya tiga sukan akan membawa pulang pingat.

“Kita akan cuba yang terbaik dan latihan telah pun dilaksanakan sejak tahun lepas. Insya-Allah kita mampu mencapai sasaran tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Jersi dan Bendera Kontinjen SEDCO di Wisma SEDCO, di sini, pada Jumaat.

Majlis penyerahan disempurnakan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Ar. James Wong.

Azrul berkata, SEDCO akan bertanding dalam empat acara, iaitu boling, karom, golf dan futsal, daripada keseluruhan lapan acara yang dipertandingkan pada temasya dwitahunan berkenaan.

Katanya, Sukan GEMAPUTERA menghimpunkan penyertaan daripada semua Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (PKEN) di seluruh Malaysia, selain penyertaan daripada UDA Holdings Sdn. Bhd.

“Semua perbadanan pembangunan ekonomi negeri akan menyertai temasya ini termasuk dari Sarawak, Kedah, Selangor dan UDA Holdings. Keseluruhannya terdapat 15 kontinjen yang akan bertanding,” katanya.

Mengulas mengenai pencapaian edisi lalu, Azrul berkata SEDCO menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan berdasarkan sistem kutipan mata, meskipun tidak berjaya meraih pingat emas.

“Tahun lalu kita berada di kedudukan nombor empat keseluruhan berdasarkan sistem mata. Kali ini kita berharap dapat sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan tersebut atau memperbaikinya ke tempat ketiga,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui cabaran kali ini agak besar memandangkan SEDCO hanya mengambil bahagian dalam empat daripada lapan acara yang dipertandingkan, sekali gus memberi kesan terhadap kutipan mata keseluruhan.

Namun begitu, beliau optimis semangat berpasukan, disiplin dan persiapan rapi yang dilakukan akan menjadi kekuatan utama kontinjen SEDCO untuk bersaing dengan kontinjen lain.

“Kita mungkin tidak menyertai semua acara, tetapi kita yakin atlet yang dipilih mampu memberikan aksi terbaik dan mengharumkan nama SEDCO dalam acara yang disertai,” katanya.

Terdahulu, James mengucapkan tahniah kepada semua anggota kontinjen yang terpilih mewakili SEDCO selain menyifatkan pemilihan tersebut sebagai satu penghormatan atas komitmen, disiplin dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh setiap peserta.

“Menjadi wakil SEDCO adalah satu keistimewaan. Ia merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin dan dedikasi yang telah anda tunjukkan. Tahniah dan syabas kepada semua,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua atlet supaya sentiasa mengutamakan semangat berpasukan sepanjang kejohanan, tanpa mengira acara yang disertai.

Pada edisi kali ini, kontinjen SEDCO akan bersaing dalam empat acara sukan, iaitu karom, futsal, golf dan boling.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/24/sedco-sasar-raih-pingat-dalam-tiga-acara-di-sukan-gemaputera-2026/feed/ 0 100492
SEDCO perkukuh libat urus komuniti bagi pembangunan Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat https://sabahmedia.com/2026/07/17/sedco-perkukuh-libat-urus-komuniti-bagi-pembangunan-taman-perindustrian-ekonomi-biru-kudat/ https://sabahmedia.com/2026/07/17/sedco-perkukuh-libat-urus-komuniti-bagi-pembangunan-taman-perindustrian-ekonomi-biru-kudat/#respond Fri, 17 Jul 2026 14:50:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100039
Read Time:2 Minute, 40 Second

KUDAT: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) memperkukuh komitmennya untuk memastikan cadangan pembangunan Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat (KBEIP) dirancang secara inklusif menerusi siri sesi libat urus komuniti dan lawatan tapak yang diadakan di Kampung Limau-Limauan pada 15 hingga 16 Julai lalu.

Sesi berkenaan diadakan bagi mendapatkan pandangan, aspirasi dan maklum balas masyarakat setempat sebelum Pelan Induk KBEIP dimuktamadkan.

SEDCO diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan Pelan Induk KBEIP di kawasan seluas kira-kira 1,205 ekar tanah miliknya, yang disasarkan menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi di utara Sabah tanpa mengabaikan pemeliharaan alam sekitar serta warisan budaya Kudat.

Program yang diselaraskan bersama Pejabat Daerah Kudat itu menghimpunkan penduduk dan pemimpin komuniti Kampung Limau-Limauan, ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kudat (JTPDK), serta wakil Parlimen Kudat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi, Tanjong Kapor dan Matunggong.

Delegasi SEDCO diketuai Pengerusinya, Datuk Masiung Banah, bersama Pengurus Besar Kumpulan, Datuk Ar. James Wong Kein Peng, dan Timbalan Pengurus Besar Kumpulan, Azrul Ahmad.

Turut hadir Pegawai Daerah Kudat, Charles William Dabbi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin, serta wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Sepanjang sesi itu, masyarakat tempatan menyuarakan pandangan mengenai pelbagai aspek termasuk isu tanah, infrastruktur, utiliti, perlindungan alam sekitar, sektor perikanan, pemuliharaan hutan bakau, peluang pekerjaan serta penyertaan usahawan tempatan dalam aktiviti ekonomi yang bakal diwujudkan.

SEDCO menegaskan setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan diambil kira bagi memperhalusi Pelan Induk KBEIP agar pembangunan yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan serta aspirasi masyarakat setempat.

Sekiranya dilaksanakan, KBEIP dijangka menjadi pemangkin transformasi ekonomi mampan menerusi tarikan pelaburan domestik dan antarabangsa, penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, pembukaan peluang perniagaan baharu, pembangunan kemahiran serta pengukuhan industri tempatan di Kudat, Banggi, Kota Marudu dan Pitas.

SEDCO turut menyasarkan KBEIP sebagai sebuah ekosistem perindustrian yang membolehkan komuniti tempatan menjadi rakan strategik dalam pembangunan melalui penyertaan dalam sektor pembinaan, logistik, perkhidmatan marin, pengeluaran makanan, penyelenggaraan, hospitaliti dan pelbagai industri sokongan.

Masiung berkata, kejayaan sesebuah pembangunan tidak boleh diukur hanya berdasarkan nilai pelaburan atau infrastruktur yang dibina, sebaliknya melalui manfaat yang dinikmati rakyat.

“Kejayaan KBEIP tidak ditentukan oleh bangunan yang dibina, tetapi oleh kepercayaan yang berjaya kita bina bersama masyarakat. Matlamat kami adalah memastikan kemajuan ekonomi bergerak seiring dengan pemeliharaan alam sekitar, keterangkuman sosial serta peluang yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, SEDCO akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat Kudat sepanjang proses perancangan kerana pembangunan jangka panjang hanya dapat direalisasikan menerusi kerjasama, ketelusan dan saling menghormati.

Kajian Pelan Induk KBEIP kini berjalan lebih awal daripada jadual dan telah memasuki peringkat interim. Kajian itu dijangka siap sebelum penghujung tahun ini sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan.

Dalam usaha memperkasa usahawan Bumiputera, SEDCO turut memaklumkan hasrat untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan yang layak di Kudat dan kawasan sekitar KBEIP menerusi inisiatif Tabung Usahawan Bumiputera yang bakal diperkenalkan.

Menerusi inisiatif itu, SEDCO bercadang memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan bersih tahunannya bagi menyokong pembangunan keusahawanan, sekali gus membantu usahawan tempatan meningkatkan keupayaan dan merebut peluang ekonomi yang bakal diwujudkan.

SEDCO menegaskan suara masyarakat akan terus menjadi asas kepada setiap peringkat pembangunan KBEIP bagi memastikan projek itu bukan sahaja merangsang pertumbuhan ekonomi, malah dilaksanakan secara mampan, mesra alam dan memberi manfaat kepada generasi Sabah pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/17/sedco-perkukuh-libat-urus-komuniti-bagi-pembangunan-taman-perindustrian-ekonomi-biru-kudat/feed/ 0 100039
Kerjasama SEDCO-KKIP dijangka wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan https://sabahmedia.com/2026/07/06/kerjasama-sedco-kkip-dijangka-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan/ https://sabahmedia.com/2026/07/06/kerjasama-sedco-kkip-dijangka-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan/#respond Mon, 06 Jul 2026 01:13:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99414
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kerjasama strategik antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Sabah.

Peluang itu adalah menerusi usaha memperkukuh pembangunan sektor perindustrian dan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi lawatan pembelajaran korporat strategik SEDCO ke KKIP yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam memacu agenda perindustrian dan pembangunan ekonomi Sabah.

Delegasi SEDCO diketuai oleh Pengurus Besar Kumpulan, Datuk Ar. James Wong Kein Peng, manakala KKIP diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Cecilia Amid, bersama barisan pengurusan kanan dan wakil anak syarikat masing-masing.

Sepanjang sesi libat urus itu, kedua-dua organisasi menegaskan bahawa kerjasama yang lebih erat antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MINDET) mampu mempercepat pelaksanaan projek pembangunan, menarik pelaburan berkualiti serta memperkukuh daya saing sektor perindustrian Sabah.

Usaha tersebut bukan sahaja dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri, malah turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan serta memperluaskan peluang perniagaan kepada perusahaan tempatan.

Dalam lawatan itu, KKIP turut berkongsi pengalaman membangunkan taman perindustrian bersepadu yang menggabungkan pembangunan perindustrian, komersial, logistik, kediaman dan kemudahan sokongan dalam satu ekosistem yang menyeluruh.

Model pembangunan bersepadu itu telah menyumbang kepada kejayaan KKIP sebagai antara destinasi pelaburan utama di Sabah, selain menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelabur dan industri untuk berkembang secara mampan.

SEDCO turut memanfaatkan lawatan tersebut bagi mendapatkan pendedahan mengenai amalan terbaik dalam perancangan taman perindustrian, pemudah cara pelabur serta pembangunan bandar yang akan diaplikasikan dalam pembangunan projek masa hadapan, termasuk Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat (KBEIP).

Kedua-dua organisasi juga membincangkan potensi kerjasama merentasi rantaian nilai industri negeri, khususnya dalam pembangunan infrastruktur perindustrian, perumahan mampu milik, sektor pembuatan serta industri bahan binaan bagi memperkukuh ekosistem industri Sabah.

Delegasi SEDCO turut melawat Kilang IBS KKIP bagi meninjau peluang kerjasama antara KKIP IBS dan SEDCO Precast, termasuk potensi kerjasama dalam pembangunan taman perindustrian, bandar baharu, projek infrastruktur serta pelaburan strategik pada masa hadapan.

Perbincangan yang berlangsung turut menghasilkan pelbagai cadangan kerjasama baharu yang diyakini mampu mempercepat pembangunan industri negeri, meningkatkan keyakinan pelabur serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan manfaat ekonomi jangka panjang kepada rakyat Sabah.

SEDCO dan KKIP menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh perkongsian strategik, memupuk inovasi dan menyokong pembangunan ekonomi yang lebih mampan, sekali gus membantu merealisasikan aspirasi Sabah sebagai sebuah negeri perindustrian yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/06/kerjasama-sedco-kkip-dijangka-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan/feed/ 0 99414
SEDCO catat prestasi kewangan terbaik, sasar sumbangan lebih besar kepada Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/22/sedco-catat-prestasi-kewangan-terbaik-sasar-sumbangan-lebih-besar-kepada-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/22/sedco-catat-prestasi-kewangan-terbaik-sasar-sumbangan-lebih-besar-kepada-sabah/#respond Mon, 22 Jun 2026 05:11:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98634
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) mencatat prestasi kewangan terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila hampir menggandakan hasil dan merekodkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 480 peratus bagi tahun kewangan berakhir 2025.

Pencapaian itu diumumkan pada Majlis Town Hall SEDCO 2026 yang menghimpunkan pengurusan serta kakitangan bagi menilai pencapaian organisasi dan memperincikan hala tuju strategik dalam memperkukuh peranannya sebagai pemacu pembangunan ekonomi negeri.

Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Ar. James Wong Kein Peng berkata kejayaan tersebut membuktikan keberkesanan transformasi yang dilaksanakan hasil kerjasama seluruh warga SEDCO serta sokongan kepimpinan Pengerusi SEDCO, Datuk Masiung Banah.

Bagi tahun kewangan 2025, SEDCO merekodkan hasil sebanyak RM33.9 juta berbanding tahun sebelumnya, manakala keuntungan sebelum cukai meningkat kepada RM21.1 juta daripada RM3.6 juta.

Pada masa sama, pendapatan dividen daripada anak-anak syarikat meningkat kepada RM26.2 juta atau naik 85 peratus, selain rizab tunai bertambah sebanyak RM27 juta dan keuntungan terkumpul mencecah RM99.2 juta walaupun pembayaran dividen kepada kerajaan negeri diteruskan.

Menurut beliau, pencapaian itu bukan sekadar kejayaan dari sudut angka kewangan, sebaliknya mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan organisasi untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah.

SEDCO turut memaklumkan bahawa sebanyak RM10 juta telah disalurkan kembali kepada kerajaan negeri pada 2025 menerusi pembayaran dividen dan bayaran balik pinjaman, sekali gus antara pulangan tertinggi yang pernah diberikan kepada kerajaan negeri dalam tempoh beberapa tahun.

Berikutan itu, SEDCO menetapkan sasaran untuk meningkatkan sumbangan kepada RM20 juta pada 2026 dan RM30 juta pada 2027.

Dalam majlis sama, SEDCO mengiktiraf sumbangan anak syarikat dan syarikat bersekutu yang membantu meningkatkan prestasi kumpulan, antaranya CIS Cement Industries, Nippon Paint Sabah, Hyatt Regency Kinabalu, 1 Care Consortium, Perkasa Hotels, Sabah Urban Development Corporation, Perkasa Realty, SEDCO Travel, SEDCOVEST, Perkasa Trading dan SEDCO Precast.

Antara keutamaan strategik yang akan terus diberi tumpuan termasuk memperkukuh pembangunan usahawan Bumiputera menerusi Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Holistik, memacu pembangunan perindustrian, memperkasakan budaya kerja berasaskan petunjuk prestasi utama (KPI), meningkatkan tadbir urus korporat serta merealisasikan potensi pembangunan dan peluang hasil bernilai kira-kira RM1 bilion dalam saluran projek kumpulan.

SEDCO turut menyatakan komitmennya untuk terus memperkukuh pembangunan modal insan, perancangan penggantian kepimpinan dan keupayaan organisasi bagi memastikan perbadanan itu kekal berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Majlis Town Hall 2026 diakhiri dengan mengajak warga SEDCO supaya terus memperkukuh kerjasama dan momentum bagi memastikan organisasi itu terus memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi serta kemakmuran mampan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/22/sedco-catat-prestasi-kewangan-terbaik-sasar-sumbangan-lebih-besar-kepada-sabah/feed/ 0 98634
Anak syarikat Sedco gagal untung setahun berdepan MBO atau ditutup – Masiung https://sabahmedia.com/2026/01/21/anak-syarikat-sedco-gagal-untung-setahun-berdepan-mbo-atau-ditutup-masiung/ https://sabahmedia.com/2026/01/21/anak-syarikat-sedco-gagal-untung-setahun-berdepan-mbo-atau-ditutup-masiung/#respond Wed, 21 Jan 2026 04:27:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90101
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Sedco yang gagal mencatat keuntungan dalam tempoh setahun akan melalui proses management buyout (MBO) atau ditutup, tegas Pengerusinya, Datuk Masiung Banah.

Beliau berkata, mengekalkan syarikat yang terus mencatat kerugian hanya akan membebankan agensi induk dan menjejaskan keseluruhan prestasi kumpulan.

“Jika kita pertahankan syarikat yang rugi dan membebankan agensi induk, umpama kita bermain bola ‘gol sendiri’.

“Kita mahu melihat prestasi mereka, sama ada sasaran tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai, kita perlu tahu sebabnya. Jika tercapai, kita perlu tingkatkan lagi,” katanya.

Masiung berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Amanat Pengerusi dan Pengurus Besar Kumpulan Sedco di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu menegaskan komitmennya untuk melaksanakan reformasi signifikan terhadap urus tadbir anak syarikat yang didapati kurang berdaya saing dalam industri masing-masing.

Menurutnya, syarikat yang gagal mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) diwajibkan mengemukakan pelan tindakan bagi memperbaiki prestasi operasi dan kedudukan kewangan semasa.

Mengulas lanjut, Masiung berkata beliau bersama pengurusan tertinggi Sedco kini dalam proses menilai keberkesanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat korporat di bawah Kumpulan Sedco.

“Walaupun setakat ini belum ada laporan serius berkaitan salah laku korporat dalam struktur melibatkan anak-anak syarikat, operasi mereka tetap akan dipantau setiap tiga bulan.

“Saya bukan sekadar memberi arahan, sebaliknya akan turun ke lapangan dari semasa ke semasa bagi memantau operasi anak-anak syarikat ini,” katanya.

Beliau memaklumkan, sebanyak 23 anak syarikat kini beroperasi dalam pelbagai industri di bawah Kumpulan Sedco.

Katanya, tiga syarikat akan menjadi tumpuan utama tahun ini dalam usaha menjana rantaian ekonomi negeri, iaitu Sedco Mining Sdn Bhd, projek Kudat Blue Economy Park dan Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd.

Turut hadir pada majlis amanat 2026 itu ialah Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Azrul Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/21/anak-syarikat-sedco-gagal-untung-setahun-berdepan-mbo-atau-ditutup-masiung/feed/ 0 90101
SEDCO Sumbang RM10 Juta Kepada Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2025/12/19/sedco-sumbang-rm10-juta-kepada-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/12/19/sedco-sumbang-rm10-juta-kepada-kerajaan-negeri/#respond Fri, 19 Dec 2025 06:16:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88573
Read Time:2 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) mencatat pencapaian kewangan tertinggi dalam tempoh lebih 15 tahun apabila menyalurkan bayaran gabungan dividen dan pembayaran balik pinjaman berjumlah RM10 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2025.

Daripada jumlah itu, RM2 juta merupakan dividen manakala RM8 juta adalah pembayaran balik pinjaman, sekali gus mencerminkan pemulihan prestasi kewangan serta keberkesanan penstrukturan semula pengurusan Kumpulan SEDCO.

Pencapaian berkenaan direkodkan hanya 10 bulan selepas pelantikan Datuk Ar. James Wong Kein Peng sebagai Pengurus Besar Kumpulan (GGM) SEDCO pada Mac 2025, selaras pendekatan Ketua Menteri Sabah untuk memperkasa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri melalui kepimpinan profesional berteraskan industri.

James merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja SEDCO atas komitmen dan sumbangan berterusan mereka dalam memacu prestasi kumpulan.

“Ini adalah hasil usaha kolektif semua Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar, pasukan pengurusan dan kakitangan SEDCO. Ia merupakan kemenangan bersama dan bukti bahawa disiplin, kerjasama serta fokus kepada prestasi mampu menghasilkan perubahan ketara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan peranan teras SEDCO sebagai pemacu pembangunan ekonomi negeri, termasuk menjana pulangan kewangan mampan kepada kerajaan negeri bagi tujuan pembangunan jangka panjang.

“Tanggungjawab utama SEDCO adalah menjana nilai ekonomi yang kukuh serta pulangan dividen bermakna supaya kerajaan dapat melabur semula dalam infrastruktur, pembangunan modal insan dan pembinaan negeri secara mampan.

“Bagi 2026, SEDCO menetapkan sasaran untuk menggandakan sumbangan kepada kerajaan negeri kepada RM20 juta melalui dividen dan pembayaran balik pinjaman, sejajar keyakinan terhadap prestasi subsidiari, projek baharu yang sedang dibangunkan serta kekuatan sistem tadbir urus dan operasi,” katanya.

Reformasi korporat dan pelan pertumbuhan

Prestasi kewangan kukuh SEDCO disokong pelaksanaan reformasi korporat dan inisiatif strategik utama, termasuk penubuhan Unit Pengurusan Projek dan Perolehan khusus bagi memastikan ketelusan serta pematuhan kepada garis panduan perolehan Kementerian Kewangan.

SEDCO juga sedang membangunkan beberapa cadangan projek pembangunan berskala besar yang berpotensi menjana nilai ekonomi berbilion ringgit kepada Sabah, antaranya Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat, Hab Logistik Sepanggar, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Sabah, pembangunan semula hotel, bandar baharu, Pelan Induk Pelancongan Pesisir Tuaran, Menara SEDCO, Pusat Perubatan SEDCO serta pelbagai projek komersial, perindustrian dan pelancongan lain, tertakluk kepada kelulusan lembaga pengarah, kementerian dan Kabinet negeri.

Projek-projek ini dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, meningkatkan daya saing pelaburan Sabah serta membina ekosistem ekonomi bernilai tinggi untuk jangka panjang.

Pembangunan usahawan dan modal insan

SEDCO turut melaksanakan program pembangunan keusahawanan Bumiputera secara holistik bagi membantu usahawan tempatan berkembang daripada perusahaan kecil kepada syarikat berskala lebih besar dan mampan, termasuk melalui bimbingan sektor swasta, akses pembiayaan, jaringan komuniti serta penglibatan dalam projek agroteknologi dan pertanian moden bagi menangani isu keselamatan makanan negeri.

Bagi memperkukuh budaya berprestasi tinggi, SEDCO memperkenalkan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merangkumi semua subsidiari dan jabatan, selain membangunkan skim ganjaran prestasi bagi menghargai pencapaian cemerlang.

SEDCO juga menubuhkan Innovation Taskforce bagi memberi pendedahan industri, latihan kepimpinan serta platform kepada bakat muda menyumbang idea inovatif dan mempersiapkan pelan penggantian kepimpinan secara sistematik.

Pemulihan projek legasi

Dalam masa sama, SEDCO sedang memulihkan beberapa projek legasi yang tertangguh, termasuk Darvel Bay Plaza Mall di Lahad Datu yang kini menunjukkan perkembangan positif serta Taman Perindustrian SME KKIP melibatkan 44 lot industri yang disasarkan siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2026.

SEDCO menyatakan keyakinan untuk memasuki tahun 2026 dengan momentum pertumbuhan lebih kukuh berlandaskan tadbir urus baik, disiplin kewangan dan budaya kepimpinan berprestasi tinggi, selain merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan Kerajaan Negeri Sabah terhadap agenda pembangunan dan aspirasi ekonomi negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/19/sedco-sumbang-rm10-juta-kepada-kerajaan-negeri/feed/ 0 88573
SEDCO komited selesaikan projek legasi tertangguh https://sabahmedia.com/2025/12/18/sedco-komited-selesaikan-projek-legasi-tertangguh/ https://sabahmedia.com/2025/12/18/sedco-komited-selesaikan-projek-legasi-tertangguh/#respond Thu, 18 Dec 2025 01:15:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88493
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan projek-projek legasi yang tertangguh, termasuk Projek Taman Perindustrian Kecil dan Sederhana (IKS) SEDCO, melalui pendekatan lebih tersusun dan berfokus kepada penyelesaian.

Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Ar James Wong berkata, sebagai langkah proaktif, pengurusan SEDCO telah mengadakan siri mesyuarat penyelarasan kecemasan serta lawatan tapak ke projek berkenaan bersama perunding, kontraktor dan pakar teknikal.

Katanya, ia adalah bagi mengenal pasti isu-isu kritikal yang menjejaskan kemajuan projek. 

Menurutnya, usaha itu bertujuan bagi memastikan langkah pembetulan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.

“Langkah bersepadu itu mencerminkan kesungguhan SEDCO untuk menangani projek-projek bermasalah yang diwarisi daripada fasa terdahulu, sekali gus memastikan projek strategik berkenaan dapat disiapkan demi manfaat ekonomi negeri.

“SEDCO komited untuk menyelesaikan isu kewangan dan teknikal yang telah menjejaskan projek ini. 

” Dengan pelan pemulihan yang jelas serta penyelarasan rapi semua pihak berkepentingan, kami yakin projek ini kini kembali berada pada landasan yang betul,” katanya.

Projek Taman Perindustrian Kecil dan Sederhana SEDCO, yang diluluskan pada 2016, merangkumi 44 unit perindustrian melibatkan lot kilang jenis teres, berkembar dan banglo. 

Walaupun mengalami kelewatan, beberapa langkah pembetulan yang dilaksanakan telah membantu mengatasi cabaran utama dan mempercepatkan kemajuan semasa.

James berkata , kemajuan baharu projek ini juga sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh tadbir urus projek dan mempercepat penyampaian pembangunan melalui pendekatan pragmatik serta berorientasikan hasil.

Katanya, pihaknya yakin penyelesaian projek legasi tertangguh ini bukan sahaja akan memulihkan keyakinan terhadap pelaksanaan projek kerajaan, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana serta pembangunan ekonomi mampan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/18/sedco-komited-selesaikan-projek-legasi-tertangguh/feed/ 0 88493
SEDCO, SUDC lancar pelan pemulihan Darvel Bay Plaza https://sabahmedia.com/2025/10/29/sedco-sudc-lancar-pelan-pemulihan-darvel-bay-plaza/ https://sabahmedia.com/2025/10/29/sedco-sudc-lancar-pelan-pemulihan-darvel-bay-plaza/#respond Wed, 29 Oct 2025 07:38:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84398
Read Time:1 Minute, 49 Second

LAHAD DATU : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bersama Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd. (SUDC) melancarkan satu pelan pemulihan menyeluruh bagi menghidupkan semula pusat beli-belah Darvel Bay Plaza di sini.

Pelan tersebut diperkenalkan pada Sesi Townhall Darvel Bay Plaza di sini pada Rabu yang diketuai Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Ar. James Wong Kein Peng, bersama Ketua Pegawai Eksekutif SUDC, Datuk Afizal Aldin, dan Pengurus Besar SUDC, Anthony Undan Dumpangol.

Sesi townhall yang turut dihadiri pemilik, penyewa dan pembeli unit hartanah di kompleks berkenaan menjadi platform penting untuk memperkukuh komunikasi dua hala antara pengurusan dan para pemegang kepentingan.

James berkata, pusat komersial utama di daerah itu kini dilihat kurang berprestasi namun memiliki potensi besar untuk berkembang sebagai hab perniagaan Pantai Timur Sabah.

Katanya, ia merupakan satu-satunya pusat komersial utama di daerah ini dengan aliran pengunjung yang stabil dan populasi tempatan yang semakin berkembang.

“Saya sendiri telah berbincang dengan beberapa penyewa yang masih mencatat keuntungan yang menjadi bukti bahawa pasaran di sini masih kukuh.

“Bayangkan jika kita berjaya memulihkan kompleks ini, memperbaiki kemudahan, memperkukuh penyertaan penyewa, serta meningkatkan nilai dan daya tarikan — nilai tambah kepada semua pemilik, pelabur dan komuniti Lahad Datu akan meningkat dengan ketara,” katanya.

Menurut James, pelan pemulihan tersebut dirangka dengan kerjasama TS Wong Biz Solutions, sebuah syarikat perunding berpengalaman yang telah berjaya membantu memulihkan beberapa pusat beli-belah berprestasi rendah di Malaysia.

Katanya, pelan itu akan melibatkan strategi pemulihan, keutamaan pembaikan, serta pelan untuk menarik penyewa baharu dan meningkatkan kadar penghunian.

“Kami akui proses ini tidak mudah, tiada jalan pintas, tetapi dengan semangat kerjasama dan kesatuan, saya yakin kita boleh berjaya bersama,” katanya.

Sementara itu, James berkata, SEDCO dan SUDC akan melantik pasukan konsultan profesional pemulihan yang akan menguruskan proses pemulihan Darvel Bay Plaza secara telus dan proaktif.

Selain itu katanya, pihaknya akan menjamin ketelusan dan akauntabiliti, di mana semua pemilik akan dimaklumkan mengenai jumlah kutipan, perbelanjaan dan penggunaan dana.

“Pihak SEDCO dan SUDC akan memberi laporan kemajuan berkala setiap bulan untuk menunjukkan peningkatan sebenar yang dicapai.

“Selain itu, pihak kita juga akan mewujudkan saluran komunikasi terbuka supaya para pemilik dapat memberi maklum balas, mengemukakan cadangan dan berkongsi idea secara terus dengan pihak pengurusan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SEDCO

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/29/sedco-sudc-lancar-pelan-pemulihan-darvel-bay-plaza/feed/ 0 84398