Sediakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Feb 2023 23:46:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sediakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LSS diseru sediakan perkhidmatan terbaik untuk para pengguna – Ellron https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/#respond Tue, 21 Feb 2023 23:46:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29862
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin menyeru kepada Lembaga Sukan Sabah (LSS) supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna kemudahan sukan di pusat-pusat dan kompleks sukan yang terdapat di negeri ini.

‘Kita kena melihat semula dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan, ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya ia menimpa kepada pengguna yang menggunakan kemudahan dan peralatan kita,” kata Ellron.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina dan Hari Natal Lembaga Sukan Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada Selasa (21 Feb).

Selain itu, Ellron turut menekankan pentingnya pihak pengurusan untuk mendengar keluhan dan aduan daripada para pengguna bagi memastikan perkhidmatan dapat ditambah baik.

“Selaku kakitangan kita perlulah menyedari akan pentingnya aduan daripada orang awam, kerana itulah cara kita bertindak dalam memastikan sistem perkhidmatan kita lebih cekap, teratur dan selamat,” katanya.

Tambah beliau, pematuhan SOP, penyediaan peralatan dan kemudahan yang selamat serta penerimaan aduan orang awam secara terbuka adalah wajar dan merupakan keutamaan terpenting sebagai seorang kakitangan di LSS.

“Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kemudahan dan pusat sukan yang ditawarkan oleh LSS,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau amat menghargai semua pencapaian yang dilakar oleh LSS dan percaya kepada keberkesanan kerja secara berpasukan dari semua pihak.

“Melalui kerjasama berpasukan, semua tugasan dan peranan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan efisien,” ujarnya.

Beliau turut mengharapkan sokongan padu antara semua agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah agar dapat diteruskan bagi menjadikan negeri ini lebih maju dan membangun sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam memastikan pembangunan dan kemajuan dalam memperkasakan belia dan sukan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/feed/ 0 29862
SICC sediakan Menu Rahmah juadah berbuka puasa bulan Ramadan ini https://sabahmedia.com/2023/02/14/sicc-sediakan-menu-rahmah-juadah-berbuka-puasa-bulan-ramadan-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/sicc-sediakan-menu-rahmah-juadah-berbuka-puasa-bulan-ramadan-ini/#respond Mon, 13 Feb 2023 23:27:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29517
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah, sebagai langkah membantu golongan kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki berkata, Menu Rahmah akan diperkenalkan pada bulan Ramadan ini bermula pada 31 Mac hingga 21 April dari jam 5.00 petang hingga 12 tengah malam.

“SICC akan menawarkan Menu Rahmah juadah berbuka puasa dengan hidangan asas seperti nasi, sayur, lauk dan bubur pada harga RM5.00, RM10.00, dan RM12.00,”katanya pada sidang media semasa melancarkan majlis “A Taste of ASIAN” Ramadan Dinner Buffet di SICC pada Isnin. (13 Feb)

Rosmawati berkata, SICC memulakan Menu Rahmah sepanjang bulan Ramadan ini dan menyediakan hidangan makanan pilihan mampu milik yang boleh dinikmati oleh semua orang.

“Walaupun menu itu murah, namun kami akan menyediakan semua hidangan makanan kami daripada bahan-bahan yang segar dengan harga yang mampu milik khususnya untuk golongan yang kurang berkemampuan untuk makan di bufet Ramadan kami,” katanya.

Sementara itu, Rosmawati berkata, selain memperkenalkan Menu Rahmah, pihak SICC turut menawarkan 700 jenis juadah istimewa Berbuka Puasa bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan ini.

“A Taste of ASIAN” Ramadan Dinner Buffet turut disediakan bermula dari 31 Mac hingga 21 April ini.

“Terdapat 700 jenis hidangan termasuk masakan tradisional Melayu Diraja, makanan Asia dan pencuci mulut yang menarik di bawah bimbingan Chef Muhammad Hussain, chef de cuisine Melayu yang telah bersama SICC selama dua setengah tahun yang lalu dan disokong dengan pengalaman lebih 20 tahun, akan menyajikan hidangan bufet yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan masakan Asia yang lazat,” katanya.

Menurut Rosmawati, SICC juga menawarkan “Sungkai Takeaway” untuk makan malam Ramadan yang lazat disediakan dalam kotak dengan tiga pilihan untuk dipilih; menu DiRaja berharga RM228.00, menu Muhibbah dan menu Mubarak masing-masing berharga RM178.00. Ketiga-tiga kotak makanan tersebut boleh dinikmati empat hingga lima orang.

Katanya, Early Bird Vaucher juga tersedia untuk pembelian dari 1 Februari hingga 18 Mac 2023 pada harga RM118 seorang.

“Dapatkan tawaran sekarang dan hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 088-206008 atau 019 6250905 antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Tempahan awal sangat disyorkan untuk memastikan susunan tempat duduk dan ruang yang mencukupi untuk tetamu,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa makanan disediakan pihak SICC telah disahkan halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/sicc-sediakan-menu-rahmah-juadah-berbuka-puasa-bulan-ramadan-ini/feed/ 0 29517
Menu Rahmah: Kerajaan juga perlu bantu sediakan harga siling bahan mentah kepada peniaga – David Chan https://sabahmedia.com/2023/02/11/menu-rahmah-kerajaan-juga-perlu-bantu-sediakan-harga-siling-bahan-mentah-kepada-peniaga-david-chan/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/menu-rahmah-kerajaan-juga-perlu-bantu-sediakan-harga-siling-bahan-mentah-kepada-peniaga-david-chan/#respond Fri, 10 Feb 2023 22:24:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29364
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah mengalu-alukan pelaksanaan jualan Menu Rahmah, namun meminta agar kerajaan turut menguatkuasakan harga siling bagi bahan-bahan mentah.

Presidennya, David Chan berkata, kerajaan tentunya sedar para peniaga tertekan dengan harga barangan mentah yang naik mendadak pada masa kini untuk meneruskan operasi perniagaan kedai makan mereka.

Menurut beliau, namun pada masa yang sama, peniaga berkenaan pastinya menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu golongan B40 dan kurang berkemampuan untuk membeli makanan harian.

“Oleh itu saya menyarankan agar kerajaan dalam membantu golongan B40 ini turut membantu golongan peniaga ini supaya harga bahan mentah untuk operasi kedai mereka ditetapkan satu harga siling supaya mereka ini tidak terbeban dan pada masa yang sama mampu membuat keuntungan jika menyediakan Menu Rahmah ini.

“Dengan itu kita telah mewujudkan suasana menang menang. Peniaga selama ini terbeban dengan kos bahan mentah, sewa kedai dan gaji pekerja yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pelaksanaan Menu Rahmah sebagai tepat pada masanya kerana memang diakui ramai dalam kalangan keluarga B40 terpaksa mengikat perut, malah anak-anak mereka di sekolah terpaksa menahan lapar kerana tidak mempunyai perbelanjaan mencukupi untuk membeli makanan.

“Berdasarkan pengalaman, saya ada melihat ramai pelajar miskin hanya membeli minuman, saya tahu mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.

“Kini orang ramai daripada golongan miskin tegar dan memerlukan boleh mendapatkan sajian makan tengah hari dan malam khas pada harga serendah RM5 ini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pelaksanaan Menu Rahmah ini tidak akan menjejaskan operasi kedai makan biasa kerana masih ramai pelanggan lain yang mampu mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk makanan mereka.

“Sebilangan orang tidak kisah membelanjakan RM25 untuk secawan kopi mereka kerana mereka mampu membayar harga itu di kedai tertentu yang dikira berpatutan berdasarkan suasana dan kemudahan yang disediakan.

“Bagi yang tidak mampu mereka boleh minum kopi di mana-mana kopitiam pada harga RM2 dan gembira dengan harga berkenaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/menu-rahmah-kerajaan-juga-perlu-bantu-sediakan-harga-siling-bahan-mentah-kepada-peniaga-david-chan/feed/ 0 29364
Persatuan Amal dan Jariah Sabah Sediakan Perkhidmatan Pengurusan Jenazah https://sabahmedia.com/2021/12/08/persatuan-amal-dan-jariah-sabah-sediakan-perkhidmatan-pengurusan-jenazah/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/persatuan-amal-dan-jariah-sabah-sediakan-perkhidmatan-pengurusan-jenazah/#respond Wed, 08 Dec 2021 07:05:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9547
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Amal dan Jariah Sabah akan menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada umat Islam.

Pengasas Persatuan Amal dan Jariah Sabah, Masrul Guding berkata sebuah lori bakal dibeli untuk dijadikan sebagai sebuah bilik pengurusan jenazah bergerak yang dilengkapi kemudahan bagi tujuan pengurusan serta yang pengangkutan jenazah di kawasan tidak mempunyai masjid atau surau berdekatan.

Menurut Masrul, persatuan tersebut sedang berusaha untuk mengumpulkan dana berjumlah RM250 ribu bagi tujuan pembelian lori berkenaan memandangkan dana masih tidak mencukupi.

“Buat masa sekarang, kita telah menyediakan sebanyak lima buah perkhidmatan van jenazah untuk pengangkutan jenazah secara percuma yang mana empat buah van beroperasi di sekitar Kota Kinabalu dan sebuah van lagi di Lahad Datu.

“Persatuan ini juga, sedang merancang menyediakan perkhidmatan van jenazah di seluruh daerah dan sehingga bulan November tahun ini, kita telah membantu sebanyak 366 jenazah termasuk jenazah Covid-19 sejak perkhidmatan tersebut beroperasi pada Oktober tahun lalu,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada Selasa.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Mantan Pelajar Tajaan Yayasan Sabah (MAYA), Datuk Ahmad Lakim dan rombongan yang bertujuan menyampaikan ucapan penghargaan serta penerangan mengenai perancangan aktiviti persatuan terbabit.- PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/persatuan-amal-dan-jariah-sabah-sediakan-perkhidmatan-pengurusan-jenazah/feed/ 0 9547