Seimbang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Oct 2025 13:09:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Seimbang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan telah laksana tanggungjawab, harap pembangunan seimbang bandar dan kampung pada penggal hadapan https://sabahmedia.com/2025/10/01/kerajaan-telah-laksana-tanggungjawab-harap-pembangunan-seimbang-bandar-dan-kampung-pada-penggal-hadapan/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/kerajaan-telah-laksana-tanggungjawab-harap-pembangunan-seimbang-bandar-dan-kampung-pada-penggal-hadapan/#respond Wed, 01 Oct 2025 13:08:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82330
Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Kerajaan hari ini telah melaksanakan tanggungjawab melalui pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan, namun penduduk luar bandar berharap jika diberi mandat sekali lagi, perhatian dapat diberikan kepada usaha mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang antara bandar dan kampung.

Emily Maguntas, 51, berasal dari Pekan Nabalu, berkata bantuan kerajaan banyak memberi manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah, anak-anak muda yang melanjutkan pelajaran serta peniaga kecil di kawasan luar bandar.

“Lapan orang anak saya kini berusia 18 tahun ke atas dan layak mengundi. Harapan saya agar kerajaan terus membantu anak-anak muda mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya ketika ditemui Sabah Media.

Emily menjelaskan di Pekan Nabalu, pembangunan semakin pesat berbanding dahulu terutama dalam sektor pelancongan. Kawasan itu tidak pernah sunyi daripada pengunjung kerana menjadi salah satu tarikan persinggahan pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan itu kerana menyediakan kemudahan awam yang lebih baik, sekali gus merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Pekan Nabalu.

Emily yang kini menetap di Penampang kerana bekerja berkata, dia akan balik kampung untuk mengundi bagi memastikan kemenangan wakil rakyatnya itu. Beliau berharap kerajaan dapat meneruskan bantuan dan aktiviti yang mampu meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

“Sebelum ini saya nampak pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk penduduk kampung seperti kursus kraf tangan, ternakan ikan kolam dan banyak lagi,” katanya.

Namun, beliau berharap sekiranya kerajaan diberi mandat sekali lagi, tumpuan dapat diberikan kepada penyelesaian masalah gangguan bekalan elektrik, isu jalan raya serta bekalan air yang sering terjejas di kawasan apabila musim kemarau.

“Kebanyakan penduduk kampung di sekitar Pekan Nabalu menggunakan bekalan air graviti dan gangguan bekalan air sering berlaku ketika musim kemarau. Punca air graviti menjadi kering dan kami tidak mendapat bekalan air. Saya berharap masalah ini dapat diatasi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fareez Hamidun, 43, berasal dari Kemabong, Tenom tetapi kini menetap di Penampang, turut menzahirkan penghargaan terhadap bantuan kerajaan termasuk ketika musibah banjir baru-baru ini.

“Ketika banjir di Penampang, kami menerima bantuan RM1,000 selain bakul makanan daripada kerajaan, wakil rakyat, NGO dan individu lain. Ibu saya juga antara penerima bantuan kerajaan. Saya bersyukur dengan apa yang kami dapat.

“Namun, saya berharap kerajaan dapat memberi lebih perhatian kepada pembangunan luar bandar, khususnya menaiktaraf jalan raya yang menghubungkan bandar dengan kampung. Masalah gangguan bekalan elektrik dan air juga perlu diatasi kerana ia sangat penting untuk kesejahteraan rakyat.

“Pembangunan perlu seimbang kerana bandar dan kampung sama-sama penting untuk keselesaan bersama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/kerajaan-telah-laksana-tanggungjawab-harap-pembangunan-seimbang-bandar-dan-kampung-pada-penggal-hadapan/feed/ 0 82330
Usaha tangani perubahan iklim perlu bersepadu, seimbang – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2023/07/15/usaha-tangani-perubahan-iklim-perlu-bersepadu-seimbang-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/07/15/usaha-tangani-perubahan-iklim-perlu-bersepadu-seimbang-dr-joachim/#respond Sat, 15 Jul 2023 05:17:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38279
Read Time:3 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Usaha menangani perubahan iklim perlu dilaksanakan secara bersepadu dan seimbang oleh semua pihak untuk memastikan kelestarian generasi sekarang dan pada masa hadapan. 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kunci untuk menyelesaikan krisis iklim adalah terletak pada pengurangan pelepasan dan transformasi masyarakat bagi menjaga kelestarian alam sekitar,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ketika merasmikan Program Festival “I-HIJAU KKTP”: Inisiatif HIJAU KKTP, Aspirasi Sabah Maju Jaya 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
 
Dr. Joachim berkata, dunia sedang berhadapan dengan fasa Climate Emergency seperti banjir kilat, peningkatan dan pemanasan global serta ribut kencang yang memberi kesan secara langsung kepada kemusnahan harta benda, kemudahan awam dan kemusnahan alam. Selain perubahan suhu yang ketara juga dapat dilihat di kawasan pembangunan padat tanpa kawasan hijau yang menyumbang kepada kesan pulau haba. 

“Hal ini adalah perkara yang perlu kita tangani dan perlu dilaksanakan oleh semua lapisan pemegang taruh demi melestarikan persekitaran tempat kita tinggal. Kita perlu mempunyai tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dalam usaha menangani, mengurangkan dan mencegah impak negatif kesan perubahan iklim yang ketara,” tegasnya.
 
Beliau berkata, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu antaranya dalam, Maltamat 11: Sustainable Development and Communities iaitu menyediakan kemudahan yang menyeluruh, selamat, berdaya huni dan mampan; Matlamat 13: Climate Action iaitu mengambil tindakan bagi menangani masalah perubahan iklim dan kesannya, Matlamat 15: Life On Land iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam semulajadi bagi menjaga kepelbagaian ekosistem dan khazanah alam. Namun, matlamat-matlamat ini hanya berakhir secara lisan dan atas kertas tanpa tindakan kita semua.
 
“Oleh sebab itu, polisi kerajaan menetapkan penyediaan minimum 10 peratus kawasan lapang kepada pemaju bertepatan dalam penyediaan persekitaran kondusif. Selain itu, pelaksanaan seperti Indeks Bangunan Hijau (GBI) diterapkan dalam reka bentuk binaan mengikut konsep kelestarian di mana tenaga, air, dan bahan digunakan dengan cekap,” ujarnya.
 
Justeru, beliau turut menekankan agar kepentingan analisis iklim dalam reka bentuk tidak hanya terhad kepada sesebuah kawasan. 

“Kita perlu melihat dari aspek yang lebih menyeluruh, sebagai contoh reka bentuk Smart City yang diintegrasikan dengan sistem rangkaian pejalan kaki dan berbasikal, sistem jalan raya dan pengangkutan yang berkonsepkan HIJAU. 

“Antara konsep HIJAU yang dimaksudkan adalah seperti pendigitalan lestari dan komponen HIJAU dalam penggunaan sistem lampu solar, sistem penuaian air hujan, material yang telap air (permeable paving), pemakaian 5R iaitu Refuse, Reduce, Recycle, Reuse & Recovery dan sebagainya…tidak hanya itu, pembiayaan dan pelaburan HIJAU untuk projek pembangunan mampan dan mesra iklim, termasuklah melalui kerjasama awam dan swasta, amat diperlukan,” katanya.

Menurut Dr. Joachim, peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah juga amat penting bagi mewujudkan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan. 

Katanya, perancangan di setiap daerah perlu berlandaskan kepada pendekatan infrastruktur hijau untuk mengurangkan kesan pulau haba dan mengurangkan risiko bencana yang berkaitan dengan kebakaran, kemarau, dan banjir. 

“Usaha memberi pendedahan terhadap peranan dalam pembangunan lestari ke arah persekitaran hijau dan berdaya huni, serta menguar-uarkan usaha HIJAU kepada semua, hendaklah berterusan termasuklah agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan serta orang awam,” tambahnya.

Sebagaimana yang dirangka di dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya ke arah pembangunan lestari, katanya, pengetahuan dan amalan HIJAU amat penting dalam usaha meningkatkan kecekapan PBT dalam merancang pembangunan di kawasan pentadbiran masing-masing.
 
Justeru katanya, program Festival “I-HIJAU KKTP” ini dianjurkan sebagai salah satu langkah proaktif untuk melestarikan amalan hijau yang menyokong Pembangunan Lestari (Sustainable Development), Hala Tuju Sabah Maju Jaya – Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025, Dasar Landskap Negeri Sabah dan Inisiatif KKTP ke Arah Masyarakat Rendah Karbon.
 
“Sukacita saya ingatkan semula, pada 2 November 2022, sidang Jemaah Menteri telah bersetuju dan menerima Dasar Landskap Negeri Sabah sebagai usaha menggariskan hala tuju di peringkat negeri untuk memastikan pembangunan landskap negeri yang berkualiti, teratur dengan kesenibinaan landskap tersendiri serta persekitaran yang terpelihara.

“Melalui pelan tindakan kementerian di bawah dasar ini kelak, rancangan inisiatif-inisiatif HIJAU akan terus diperkasakan,” ujarnya.
 
Beliau melihat Program Festival I-HIJAU KKTP amatlah bersesuaian sebagai suntikan kepada ‘tadbir urus pembangunan ke arah masyarakat berdaya huni’. 

“Pentingnya kita menyentuh tentang tadbir urus kerajaan dan pembudayaan masyarakat rendah karbon dapat membantu mewujudkan persekitaran tempat tinggal lebih sejahtera.
 
“Saya percaya program seperti ini amat penting dan berfungsi sebagai platform untuk bertukar idea, dialog, kajian dan rangkaian dengan pakar agar dapat mempelajari amalan terbaik bagi menangani isu global masa kini. Pada sesi forum program ini, kementerian telah mengundang penceramah-penceramah daripada beberapa agensi yang relevan untuk berkongsi kepakaran mereka dan ilmu pengetahuan berkaitan dalam program ini,” katanya.

Presiden dan Pegawai Eksekutif PBT di bawah KKTP turut menurunkan tandatangan bagi deklarasi I-HIJAU sebagai tanda komitmen dan sokongan terhadap usaha ke arah kelestarian persekitaran ini, semasa program tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/15/usaha-tangani-perubahan-iklim-perlu-bersepadu-seimbang-dr-joachim/feed/ 0 38279
Nutrisi Seimbang Tingkatkan Imunisasi Badan Sepanjang Pandemik https://sabahmedia.com/2021/08/18/nutrisi-seimbang-tingkatkan-imunisasi-badan-sepanjang-pandemik/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/nutrisi-seimbang-tingkatkan-imunisasi-badan-sepanjang-pandemik/#respond Wed, 18 Aug 2021 07:10:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4832
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Pengambilan makanan bernutrisi dan seimbang amat penting bagi meningkatkan sistem imunisasi badan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Khor Ban Hock berkata, sistem imunisasi yang tinggi ini mampu membantu melawan jangkitan bakteria, fungi dan parasit.

“Sehubungan itu, orang ramai digalakkan mengambil pelbagai jenis makanan kaya nutrien untuk menyokong sistem imunisasi badan masing-masing.

“Makanan itu haruslah mengandungi nutrien seperti Vitamin A, B6, B12, folat, C, D dan Vitamin E; serta Zinc, Copper, Selenium dan iron,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pemakanan dan Covid-19 (Nutrition and Covid-19) pada 3S: STEM Speaker Series anjuran Pusat Sains UMS, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Khor menasihatkan agar pengambilanan makanan tersebut diambil mengikut keperluan.

“Ada yang tersalah faham bahawa pengambilan makanan bernutrien yang banyak pada satu-satu masa akan meningkatkan lagi imunisasi.

“Sebenarnya tidak, pengambilan yang melebihi keperluan harian bukan sahaja tidak meningkatkan sistem imun malah terdapat terdapat nutrien yang boleh memudaratkan sekiranya diambil berlebihan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khor turut menyarankan agar semua pihak terus mengekalkan berat badan yang sihat bagi menjamin kadar pembentukan antibodi yang tinggi selepas menerima suntikan vaksin.

“Kajian menunjukkan pembentukan antibodi adalah lebih rendah kepada penerima vaksin yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

“Ia bukan sahaja pada vaksin Covid-19, malah pembentukan antibodi itu juga rendah apabila mereka menerima suntikan vaksin lain seperti Influenza, Hepatitis B dan vaksin Rabbies,” katanya.

Namun Khor menjelaskan, ia tidak bermakna, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan tidak perlu mengambil vaksin.

“Vaksin penting untuk melindungi diri daripada ancaman pandemik Covid-19.

“Tetapi diingatkan agar menjaga berat badan yang ideal sangat penting sekiranya kita mahu badan kita memberi maklum balas imunisasi yang baik selepas menerima suntikan vaksin,” katanya.

Sehingga hari ini, ceramah berdurasi 1 jam 40 minit itu telah mendapat hampir 4,000 tontonan dan boleh diikuti melalui youtube Pusat Uscience UMS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/nutrisi-seimbang-tingkatkan-imunisasi-badan-sepanjang-pandemik/feed/ 0 4832