Sekitar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Apr 2023 10:32:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sekitar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isteri KM santuni warga kerja kesihatan sekitar Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2023/04/15/isteri-km-santuni-warga-kerja-kesihatan-sekitar-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2023/04/15/isteri-km-santuni-warga-kerja-kesihatan-sekitar-kota-kinabalu/#respond Sat, 15 Apr 2023 10:32:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32814
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag, mengagihkan bubur lambuk sempena Program Jalinan Kasih Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Kesihatan.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag (dua kiri) berbual mesra dengan warga kerja kesihatan sempena Program Jalinan Kasih Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Kesihatan. – Foto ihsan JKM Sabah

Bubur lambuk tersebut diagihkan di tiga buah hospital di sekitar Kota Kinabalu iaitu Hospital Queen Elizabeth (QEH); QEH2 dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Beliau diiringi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin dan ahli- ahli MUTIARA GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/15/isteri-km-santuni-warga-kerja-kesihatan-sekitar-kota-kinabalu/feed/ 0 32814
Kerajaan Akan Pastikan Sekolah Daif Di Sekitar Sabah Dinaiktaraf https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-akan-pastikan-sekolah-daif-di-sekitar-sabah-dinaiktaraf/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-akan-pastikan-sekolah-daif-di-sekitar-sabah-dinaiktaraf/#respond Sat, 26 Mar 2022 06:40:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13510
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan terus komited untuk melabur dalam bidang pendidikan demi anak-anak Malaysia dengan cara membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sebanyak 113 Sekolah Daif telah diamanahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sabah sebagai Agensi Pelaksana oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kos keseluruhan projek menaik taraf sebanyak RM1.02 bilion.

Katanya, daripada jumlah tersebut, enam projek dalam fasa penyerahan, 58 projek dalam fasa pembinaan, tiga dalam fasa perolehan dan selebihnya berada dalam fasa rekabentuk, perancangan dan pra perancangan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Kementerian Kerja Raya dan Agensi bagi menaiktaraf fasiliti pendidikan di Sabah terutamanya di kawasan Pedalaman,” kata Arthur semasa merasmikan majlis penyerahan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Inandung kepada Guru Besarnya di daerah Keningau, hari ini.

Pembinaan bangunan baharu SK Inandung merangkumi enam unit bilik darjah, bangunan pentadbiran, empat unit rumah guru dan sebuah Makmal Sains dengan kos peruntukan sebanyak RM6.08 juta.

Menurut Arthur, Di Parlimen Pensiangan sebanyak lima buah Sekolah Daif dalam proses pelaksanaan yang mana tiga daripada sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak Pengurusan Sekolah.

Lima buah sekolah tersebut adalah SK Inandung, SK Simbuan, SJKC Cheng Ming, SK Penagatan dan SK Ansip dengan kos perbelanjaan sebanyak RM18.8 juta.

“Projek yang berteraskan kepada keperluan rakyat mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan anak-anak kecil Keluarga Malaysia mendapat infrastruktur dan persekitaran pendidikan yang selesa bagi membolehkan mereka mencapai perkembangan diri yang optimum.

“Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal seumpama guru ketiga yang membimbing pembelajaran dalam bilik darjah,”tambahnya.

Turut hadir di Majlis penyerahan tersebut Jurutera Awam Penguasa Kanan JKR Malaysia, Ir. Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah dan Penolong Pengarah/Projek Bangunan JKR Sabah, Andrew Durat Misum.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-akan-pastikan-sekolah-daif-di-sekitar-sabah-dinaiktaraf/feed/ 0 13510
Program Sanitasi Sekolah Sekitar Kota Kinabalu Dilancar Hari ini https://sabahmedia.com/2021/10/01/program-sanitasi-sekolah-sekitar-kota-kinabalu-dilancar-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/program-sanitasi-sekolah-sekitar-kota-kinabalu-dilancar-hari-ini/#respond Fri, 01 Oct 2021 11:33:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7082
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini dinasihatkan agar terus mengambil langkah berjaga-jaga kerana Covid-19 telah menular di dalam komuniti.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, semua anggota masyarakat perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan oleh Kerajaan di mana saja mereka berada untuk mengekang penularan pandemik ini.

Dr. Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, berkata demikian semasa melancarkan program sanitasi sekolah di sekitar Kota Kinabalu di Sekolah Menengah (SM) Kian Kok sini hari ini.

Sekolah tersebut telah terpilih sebagai yang pertama disanitasi di bawah program tersebut.

Dr. Joachim berkata, sanitasi tersebut dikendalikan oleh Acechem Resources (Sabah) Sdn. Bhd. yang merupakan perintis kepada program sanitasi ini.

Kerja-kerja sanitasi seluruh bangunan sekolah, yang akan dilakukan seawal jam 8 pagi, turut melibatkan Persatuan Komuniti Toraja Malaysia Cawangan Kota Kinabalu dalam pelaksanaanya.

“Saya berharap inisiatif ini seterusnya akan dilaksanakan di sekolah-sekolah lain di sekitar Kota Kinabalu dan di daerah-daerah lain.

“Ini merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam membantu Kerajaan memutuskan rangkaian penularan Covid-19,” kata Dr. Joachim.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persekutuan Industri Sabah (FSI) di bawah pimpinan Presidennya, Richard Y.H. Lim, dan Dato’ Kalina Wong, Pengarah Acechem Resources (Sabah) Sdn. Bhd. di atas inisiatif membantu sekolah-sekolah dalam menjalankan kerja-kerja sanitasi sebelum sesi persekolahan baharu dibuka tidak lama lagi.

Beliau juga mengalu-alukan lebih banyak lagi syarikat swasta untuk tampil melaksanakan program seumpama ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SM Kian Kok, Datuk Clement Yeh dan ahli-ahli FSI yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/program-sanitasi-sekolah-sekitar-kota-kinabalu-dilancar-hari-ini/feed/ 0 7082