sekolah agama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Feb 2026 06:47:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sekolah agama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAN Apas Balung model baharu sekolah agama berteknologi AI – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/02/01/san-apas-balung-model-baharu-sekolah-agama-berteknologi-ai-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/02/01/san-apas-balung-model-baharu-sekolah-agama-berteknologi-ai-hajiji/#respond Sun, 01 Feb 2026 06:47:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90793
Read Time:1 Minute, 33 Second

TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung sebagai model baharu pembangunan pendidikan agama di Sabah, khususnya dengan penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selari perkembangan semasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menandatangani plak bagi merasmikan Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung baharu di Taman Sawit Balung, Tawau pada Ahad. – Foto ihsan JKM

Beliau berkata, pembinaan sekolah berkenaan yang siap dalam tempoh hanya tiga bulan hasil sumbangan pelbagai pihak membuktikan komitmen masyarakat terhadap pembangunan pendidikan agama di negeri ini.

“Saya tertarik atas usaha membina sekolah ini yang siap dalam masa tiga bulan sebagai permulaan, sebelum disusuli bantuan kerajaan untuk membesarkannya,” katanya ketika merasmikan SAN Apas Balung di Taman Sawit, Balung, pada Ahad.

Hajiji berkata, penggunaan teknologi AI di sekolah agama tersebut merupakan satu langkah ke hadapan yang wajar dicontohi institusi pendidikan lain.

“Saya tertarik hati, ini sekolah agama yang pertama menggunakan AI, ia sangat menarik. Inilah zaman yang kita hadapi pada masa akan datang ini, teknologinya serba canggih dan bukan saja di sekolah biasa, tapi di sekolah agama juga,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut menyokong cadangan pengurusan sekolah berkenaan untuk menubuhkan sekolah menengah agama sebagai kesinambungan pendidikan kepada pelajar lepasan sekolah rendah agama.

“Ia satu cadangan yang cukup baik kerana bagi kita sekolah menengah agama perlu diperluaskan atau ditambah lagi bilangannya di Sabah kerana keperluan masyarakat Islam amat tinggi.

“Perancangan itu cukup baik, sekolah menengah dan seterusnya mungkin universiti Islam dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap EXCO Agama negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib serta Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Sementara itu, Hajiji yang turut menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Ansar, Taman Sawit Balung, menyampaikan sumbangan daripada Bahagian Zakat kepada golongan asnaf yang layak.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/01/san-apas-balung-model-baharu-sekolah-agama-berteknologi-ai-hajiji/feed/ 0 90793
Jubli emas SAN Tambunan berjaya bina tamadun ilmu di Pedalaman https://sabahmedia.com/2025/07/06/jubli-emas-san-tambunan-berjaya-bina-tamadun-ilmu-di-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2025/07/06/jubli-emas-san-tambunan-berjaya-bina-tamadun-ilmu-di-pedalaman/#respond Sun, 06 Jul 2025 03:23:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76775
Read Time:1 Minute, 19 Second

Tambunan : Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan yang ditubuhkan hampir lima dekad berjaya membuktikan semangat membanggakan apabila mampu membina tamadun dan mendidik generasi meskipun terletak di pedalaman Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, SAN Tambunan bukan hanya menyediakan Pendidikan agama yang kukuh malah turut memainkan peranan dalam pembentukan nilai integriti dan kepimpinan dalam kalangan pelajarnya.

“Meskipun bermula dari bangunan yang serba daif dan tenaga pengajar yang terhad, namun kini sekolah ini telah melahirkan ribuan insan yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.

“Malah pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah ini juga wajar dibanggakan, apatah lagi dengan penglibatan aktif dalam pelbagai program dakwah, kemasyarakatan, dan penyebaran ilmu yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada masyarakat sekeliling,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Emas SAN Tambunan di sini pada Sabtu.

Ruslan berkata, meskipun mencapai usia 50 tahun namun sekolah berkenaan tidak boleh berpuas hati khususnya ketika dunia berdepan dengan cabaran nilai, identiti dan kelangsungan ilmu.

Katanya, teknologi, media sosial, krisis moral dan isu akidah memerlukan pendekatan pendidikan yang lebih holistik.

“Maka, sekolah agama seperti ini perlu terus diperkasa dari aspek kurikulum, infrastruktur, latihan guru, dan hubungan dengan komuniti.

“Ini bererti, Majlis Sambutan Jubli Emas ini bukan hanya untuk mengenang sejarah, tetapi juga menjadi wadah untuk kita merenung sejauh mana sumbangan kita kepada pendidikan agama dan pembangunan sahsiah generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan, agensi agama, ibu bapa dan masyarakat bersama-sama memperkukuh pendidikan Islam agar terus relevan, progresif dan mampu melahirkan generasi ulul albab. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/06/jubli-emas-san-tambunan-berjaya-bina-tamadun-ilmu-di-pedalaman/feed/ 0 76775