sekolah banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Mar 2026 03:40:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sekolah banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekolah terjejas banjir perlu dibaik pulih segera – PIBKS https://sabahmedia.com/2026/03/13/sekolah-terjejas-banjir-perlu-dibaik-pulih-segera-pibks/ https://sabahmedia.com/2026/03/13/sekolah-terjejas-banjir-perlu-dibaik-pulih-segera-pibks/#respond Fri, 13 Mar 2026 03:40:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93184
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Peruntukan bagi membaik pulih kemudahan sekolah yang rosak akibat banjir yang melanda beberapa buah daerah di Sabah perlu disegerakan bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan segera.

Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Negeri Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, ia sekali gus membolehkan pelajar kembali ke sekolah tanpa gangguan.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir berulang kali sehingga menjejaskan sekolah-sekolah di kawasan terlibat.

Menurutnya, terdapat sekolah yang mengalami kerosakan sepenuhnya termasuk kemudahan pembelajaran dan peralatan yang rosak akibat ditenggelami air.

“Keadaan ini memerlukan perhatian segera daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya peruntukan dapat disalurkan bagi membaik pulih kemudahan yang rosak.

“Kita mahu sekolah dapat dibuka semula secepat mungkin supaya pelajar boleh kembali ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Shopping Raya’ pelajar asnaf Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maktab Sabah di sini pada Khamis.

Arif berkata, pihaknya turut mencadangkan agar aspek lokasi dan sistem saliran diberi perhatian dalam perancangan pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan.

Katanya, pemilihan kawasan yang sesuai serta penyediaan sistem saliran yang baik mampu mengurangkan risiko banjir di kawasan sekolah.

“Di Sabah, apabila hujan berterusan, banjir mudah berlaku termasuk di kawasan sekolah. 

“Jadi pada masa depan, apabila membina sekolah baharu, kawasan dan sistem saliran perlu diteliti supaya risiko banjir dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti semula kawasan sekolah sedia ada yang sering dilanda banjir bagi mencari penyelesaian terbaik bagi mengelakkan kejadian berulang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/13/sekolah-terjejas-banjir-perlu-dibaik-pulih-segera-pibks/feed/ 0 93184
27 sekolah di Sabah terjejas banjir https://sabahmedia.com/2026/02/25/27-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2026/02/25/27-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir/#respond Wed, 25 Feb 2026 02:14:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92227
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 27 buah sekolah di enam daerah di Sabah dilaporkan terjejas akibat bencana banjir setakat jam 9 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, antara yang terlibat ialah Beluran, Beaufort, Tenom, Sipitang, Papar dan Tawau.

Antara sekolah yang terjejas di Beluran ialah Sekolah Kebangsan (SK) Ladang Sabapalm, SK Pantai Boring, SK Simpangan, SK Sungai-Sungai dan SK Tampat.

“Di Beaufort pula membabitkan 14 buah sekolah iaitu SK Batu 60, SK Bukau, SK Jabang, SK Kabajang, SK Klias Baru, SK Lago, SK Lembah Poring, SK Luagan, SK Lupak, SK Mempagar, SK Sinoko, SK Suasa, SK Tamalang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul.

” Bagi Tenom, tiga sekolah terjejas iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pada, SK Inubai dan SK Tomani,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, Sipitang turut merekodkan tiga sekolah terkesan iaitu SJKC Sin Boon, SK Long Pasia dan SK ST Mark, manakala Papar membabitkan SK Daingin dan Tawau melibatkan SR Agama Kinabutan.

Dalam pada itu, Raisin berkata, tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menggunakan premis sekolah telah diaktifkan di dua daerah, iaitu Beluran dan Pitas.

Di Beluran, PPS dibuka di SK Tanjung Nipis, SMK Pamol dan SK Kabuluh.

Manakala di Pitas, PPS diaktifkan di SK Dandun, SK Pekan Pitas II, SK Rukom dan SMK Pekan Pitas.

Raisin berkata, beberapa sekolah turut berdepan kekangan dalam pelaporan situasi banjir berikutan akses internet yang terhad.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan murid, guru serta warga sekolah terjamin sepanjang tempoh bencana.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/25/27-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir/feed/ 0 92227
78 sekolah di Sabah terjejas banjir, kerja pembersihan turut dilaksanakan https://sabahmedia.com/2025/09/26/78-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir-kerja-pembersihan-turut-dilaksanakan/ https://sabahmedia.com/2025/09/26/78-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir-kerja-pembersihan-turut-dilaksanakan/#respond Fri, 26 Sep 2025 09:41:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82038
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sebanyak 78 buah institusi pendidikan di negeri Sabah dilaporkan terkesan banjir yang melibatkan 68 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah.  

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, bilangan institusi pendidikan terlibat banjir adalah berdasarkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negeri.

Katanya, sebanyak sembilan buah PPD terlibat dalam bencana banjir yang berlaku baru-baru ini 

“Antara PPD terlibat adalah Beaufort sebanyak 35 buah; Papar (20); Penampang (6); Nabawan (5) dan Keningau sebanyak tiga buah.

“Turut terjejas adalah di Sipitang sebanyak tiga buah; Tenom (3); Sipitang (3); Tenom (3);  Tambunan (2) dan hanya sebuah di Kota Belud,” katanya.

Beliau  berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini pada Jumaat.

Raisin berkata, kerja pembersihan pasca banjir kini sedang berjalan atau telah selesai dilaksanakan dengan turut melibatkan sukarelawan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). 

Katanya, sekitar 50 peratus sekolah terjejas telah siap dibersihkan. 

“Nilai keseluruhan kerosakan sedang diperhalusi dan baik pulih akan segera dilaksanakan bagi memastikan akses pendidikan terbaik dan pengoperasian pendidikan yang lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Raisin berkata, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) turut memberi bantuan berbentuk wang kepada 50 buah sekolah banjir semalam.

Katanya, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) kecemasan sebanyak RM300 setiap murid diberikan kepada murid yang layak.  

Manakala katanya, insurans takaful telah diberikan kepada mangsa yang meninggal dunia akibat tanah runtuh. 

“Yayasan Didik Negara (YDN) menyumbang kelengkapan sekolah kepada sekolah-sekolah terkesan banjir,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/26/78-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir-kerja-pembersihan-turut-dilaksanakan/feed/ 0 82038
16 sekolah di Beaufort dan Tenom terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/09/10/16-sekolah-di-beaufort-dan-tenom-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/09/10/16-sekolah-di-beaufort-dan-tenom-terjejas-banjir/#respond Wed, 10 Sep 2025 08:57:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80971
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 16 buah sekolah di Sabah dilaporkan terjejas akibat banjir sejak beberapa hari lalu, membabitkan daerah Beaufort dan Tenom.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, setakat jam 4.35 petang tadi, 14 sekolah di daerah Beaufort terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi selepas sekolah digenangi air selain jalan utama tidak boleh dilalui.

“Antara sekolah yang terjejas di Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Garama, SK Klias Baru, SK Kabajang, SK Lago, SK Suasa, SK Mempagar, SK Lupak, SK Lajau, SK Gadong, SK Bangkalalak, SK Jabang dan SK Kepawa.

“Turut terkesan ialah dua sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John dan SMK Gadong,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Rabu.

Sementara itu Raisin berkata, bagi daerah Tenom, dua sekolah turut dilaporkan terjejas.

Antara yang terjejas katanya adalah di SK Kallang Kanar yang masih tidak dapat beroperasi kerana kawasan sekolah digenangi air.

Manakala SK Inubai beroperasi dalam keadaan terdapat air bertakung di kawasan sekolah.

Sementara itu, Raisin berkata, pihak sekolah terlibat diminta memberi keutamaan kepada keselamatan murid dan guru sepanjang tempoh bencana, selain memastikan sesi pembelajaran dapat diganti apabila keadaan kembali pulih.

Banjir di kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah sejak hujung minggu lalu bukan sahaja menjejaskan kediaman penduduk, malah turut memberi kesan besar kepada aktiviti pendidikan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/10/16-sekolah-di-beaufort-dan-tenom-terjejas-banjir/feed/ 0 80971
24 buah sekolah di Sabah terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/03/20/24-buah-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/24-buah-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir/#respond Thu, 20 Mar 2025 12:13:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70819
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Beaufort : Sebanyak 24 buah sekolah melibatkan enam buah daerah di Sabah dilaporkan terjejas dengan banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, antara daerah terlibat adalah di Beluran; Sandakan; Lahad Datu; Kota Marudu; Kudat dan Kota Belud manakala sebuah premis sekolah di Paitan dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak lima buah sekolah di Beluran masih beroperasi namun kehadiran murid terjejas selain beberapa laluan ke sekolah terlibat terputus hubungan.

Antara sekolah terjejas adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok; SK Batition; SK Sg Sapi; Sk Perancangan dan SK Bawang K9.

“Manakala di Sandakan, sebanyak tujuh buah sekolah  melibatkan enam SK dan satu sekolah menengah turut terjejas.  Antaranya ialah SK Labuk Subur; SK Pertanian; SK Batu 16 Gum-Gum; SK Ladang Sandak; SK Gas; SK Tanjung Papat 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar.

“Turut dilaporkan terjejas banjir adalah di Lahad Datu melibatkan dua sekolah iaitu SK Ulu Tungku dan SK Lahad Datu III.  Manakala sebanyak tujuh sekolah di Kota Marudu turut terjejas antaranya adalah di SK Masalog dan SK Sampir.

“Selain itu turut terjejas di Kota Marudu adalah di SK Bintasan; SK Langkon; SK Tagaroh; SK Taritipan dan SMK Langkon,” katanya kepada Sabah Media di sini hari ini.

Raisin berkata, dua lagi sekolah di Kudat iaitu SK Matunggong dan SK Lotong selain satu di Kota Belud iaitu SK Timbang turut dilaporkan terjejas banjir hari ini.

“SMK Pamol di Paitan pula dijadikan sebagai PPS dan hanya seorang murid ditempatkan di PPS berkenaan selain beberapa keluarga lain,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SK TIMBANG KOTA BELUD

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/24-buah-sekolah-di-sabah-terjejas-banjir/feed/ 0 70819
29 buah sekolah di Sabah masih terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/03/09/29-buah-sekolah-di-sabah-masih-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/03/09/29-buah-sekolah-di-sabah-masih-terjejas-banjir/#respond Sun, 09 Mar 2025 14:36:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70100
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Beaufort : Sebanyak 29 buah sekolah dibawah empat pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah dilaporkan masih terjejas dengan banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah terlibat adalah membabitkan daerah Beaufort, Beluran, Telupid/Tongod dan Tenom.

“Hujan lebat berterusan menyebabkan daerah Beaufort terkesan bencana banjir. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah mengisytiharkan bencana di daerah Beaufort pada 7 Mac lalu jam 10 malam.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 23 buah sekolah di Beaufort dilaporkan masih banjir manakala empat buah sekolah telah surut..

“Selain itu situasi banjir di daerah lain beransur pulih dan hanya sebuah sekolah di daerah Beluran dan Telupid masih banjir.  Manakala empat buah sekolah di Tenom dilaporkan masih terkesan banjir,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Raisin berkata, antara sekolah yang terlibat di Beaufort adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar; SK Pekan Membakut; SK Lago dan SK Bangkalalak; SK Klias Baru; SK Lupak; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST John; SMK ST Paul; SK Kg Brunei; SK Suasa; SK Pintas; SK Batu 60; SK Bukau dan SK Garama.

Selain itu katanya, SK Biah Batu 65; SJKC Kung Ming; SK ST Patrick Membakut; SJKC Lian Hwa; SK Sinoko; SK Kebulu; SK Luagan; SK Takuli dan SK Rancangan Klias.

Manakala di Beluran, sekolah yang terjejas adalah di SK Sualok dan SK Kenang Kenangan di Telupid serta empat di Tenom melibatkan SK Kalang Kanar; Sk Inubai; Sk Ladang Sapong dan SK Paguokon.

Sementara itu, lima sekolah di tiga daerah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di SMK Membakut; SMK St Patrick Membakut; SK Mandalom Lama Tenom; SJKC Chung Hwa Tenom dan SK Pekan Keningau II. – SABAH MEDIA / FB SK KAMPUNG BRUNEI MEMBAKUT

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/09/29-buah-sekolah-di-sabah-masih-terjejas-banjir/feed/ 0 70100