sekolah bukan islam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Oct 2024 13:26:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sekolah bukan islam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekolah, badan keagamaan bukan Islam di Sabah terima bantuan Kerajaan negeri https://sabahmedia.com/2024/10/28/sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-terima-bantuan-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/10/28/sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-terima-bantuan-kerajaan-negeri/#respond Mon, 28 Oct 2024 13:25:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62942
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam di seluruh Sabah telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM56.75 juta bagi tahun ini daripada kerajaan negeri.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dana berkenaan adalah bagi meningkatkan kemudahan pendidikan dan memastikan tempat ibadat berada dalam keadaan selamat serta kondusif.

“Peruntukan tahun ini adalah RM2.7 juta lebih tinggi berbanding tahun lepas, mencerminkan keperluan yang semakin meningkat dari sekolah dan organisasi keagamaan, di mana sebanyak 1,839 kelulusan telah diberikan, dengan RM24.15 juta untuk sekolah-sekolah dan RM32.6 juta untuk badan-badan keagamaan bukan Islam.

“Dana ini bagi meringankan beban kewangan dan memperkukuh pembangunan institusi pendidikan dan keagamaan. Selain itu, ia juga bertujuan mengekalkan keharmonian sosial dan mewujudkan suasana inklusif di mana setiap komuniti sentiasa disokong,” katanya ketika di majlis penyampaian yang diadakan di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri dari pelbagai sekolah, gereja, kuil dan institusi keagamaan yang lain.
 
Masidi berkata, penerima Zon Pantai Barat Selatan termasuklah dari Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang menerima sejumlah RM24.14 juta. 

“RM8.67 juta untuk 125 sekolah dan RM15.46 juta untuk 648 badan keagamaan.

“Bantuan ini bukan sekadar bantuan kewangan, ia juga sebahagian pelaburan dalam modal insan, membantu sekolah mengekalkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan badan keagamaan bagi mengukuhkan nilai-nilai sosial,” katanya.

Menurutnya, inisiatif ini juga sebahagian daripada Rancangan Pembangunan Sabah Maju Jaya, bertujuan memperkukuh modal insan dan meningkatkan infrastruktur sosial di seluruh negeri.

Katanya, majlis seumpamanya akan dijadualkan untuk zon-zon lain pada November bagi memastikan pengagihan mencapai semua daerah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/28/sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-terima-bantuan-kerajaan-negeri/feed/ 0 62942