Sekolah tutup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Oct 2026 12:06:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sekolah tutup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekolah di Sabah ditutup jika IPU melebihi 150 tiga hari berturut-turut https://sabahmedia.com/2026/10/13/sekolah-di-sabah-ditutup-jika-ipu-melebihi-150-tiga-hari-berturut-turut/ https://sabahmedia.com/2026/10/13/sekolah-di-sabah-ditutup-jika-ipu-melebihi-150-tiga-hari-berturut-turut/#respond Tue, 13 Oct 2026 12:06:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105312
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut akan diarahkan tutup buat sementara waktu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata langkah itu diambil bagi melindungi kesihatan murid dan guru daripada kesan buruk akibat jerebu.

“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, penutupan sekolah berkenaan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan pendedahan murid dan guru kepada pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan.

Sementara itu, semua sekolah di Tawau telah diarahkan tutup mulai Rabu, 14 Oktober, susulan keadaan jerebu yang semakin buruk di daerah berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/13/sekolah-di-sabah-ditutup-jika-ipu-melebihi-150-tiga-hari-berturut-turut/feed/ 0 105312
Jerebu: Semua sekolah di Tawau ditutup Rabu https://sabahmedia.com/2026/10/13/jerebu-semua-sekolah-di-tawau-ditutup-rabu/ https://sabahmedia.com/2026/10/13/jerebu-semua-sekolah-di-tawau-ditutup-rabu/#respond Tue, 13 Oct 2026 07:23:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105301
Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Semua sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau ditutup esok, susulan situasi jerebu yang melanda kawasan berkenaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu turut membabitkan beberapa kawasan lain di seluruh negara yang terjejas akibat jerebu.

Menurut beliau, selain PPD Tawau, penutupan sekolah turut melibatkan semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan serta beberapa daerah di Selangor, Pahang dan Sarawak.

“Sabah: PPD Tawau,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Fadhlina berkata, sekolah di semua negeri dan daerah lain akan beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan.

Pada masa sama, guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan melaksanakan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan.

Penutupan berkenaan dibuat susulan situasi jerebu yang memerlukan langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah.

Ibu bapa dan penjaga di Tawau disaran mengikuti perkembangan serta pemakluman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan PPD Tawau berhubung status operasi sekolah seterusnya.

Keputusan pembukaan semula sekolah juga tertakluk kepada perkembangan keadaan kualiti udara dan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/13/jerebu-semua-sekolah-di-tawau-ditutup-rabu/feed/ 0 105301
22 sekolah ditutup akibat banjir https://sabahmedia.com/2025/05/05/22-sekolah-ditutup-akibat-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/05/05/22-sekolah-ditutup-akibat-banjir/#respond Mon, 05 May 2025 10:34:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73229
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak 22 buah sekolah yang terjejas banjir di daerah Beaufort ditutup dan tidak beroperasi hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, jumlah sekolah yang ditutup itu adalah yang dilaporkan setakat jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, penutupan itu disebabkan kawasan sekolah dilanda banjir, selain laluan perhubungan terputus akibat banjir menyukarkan murid dan pelajar ke sekolah.

“Kebanyakan ditutup kerana kawasan sekolah dilanda banjir, hanya ada empat sekolah yang ditutup disebabkan laluan terjejas akibat banjir,” katanya.

Empat sekolah terbabit katanya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kepawa, SK St John, SK Lajau dan SK Padas Damit.

Sementara itu, 18 sekolah yang ditutup kerana kawasan dilanda banjir ialah SK Suasa, SK Klias Baru, SK Bangkalalak, SJKC Kung Ming, SK Kabajang, SK Kebulu, SK Luagan dan SK Mempagar.

Selebihnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul, SK Lago, SK Batu 60, SMK ST John, SK Jabang dan SK Lupak, SK Biah Batu 65, SK Garama, SK Pintas dan SK Rancangan Klias.

Raisin berkata, penutupan sekolah akibat banjir masih perlu diganti pada hari Sabtu mengikut jumlah hari ia ditutup.

“Hari yang murid tidak dapat hadir ke sekolah kerana banjir akan diganti pada hari Sabtu mengikut kesesuaian pihak sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO LIN YEE

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/05/22-sekolah-ditutup-akibat-banjir/feed/ 0 73229