sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Feb 2026 03:02:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sembilan sekolah di Beaufort ditutup akibat banjir https://sabahmedia.com/2026/02/12/sembilan-sekolah-di-beaufort-ditutup-akibat-banjir/ https://sabahmedia.com/2026/02/12/sembilan-sekolah-di-beaufort-ditutup-akibat-banjir/#respond Thu, 12 Feb 2026 03:02:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91497
Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT: Sembilan buah sekolah di daerah ini terpaksa ditutup pada Khamis susulan banjir yang melanda sejak Rabu, sekali gus menjejaskan operasi persekolahan dan peperiksaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Raisin Saidin berkata, lapan sekolah ditutup selepas kawasan sekolah dinaiki air, manakala sebuah lagi tidak dapat beroperasi berikutan laluan masuk terputus akibat banjir.

Beliau berkata, sekolah yang terjejas akibat dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Baru, SK Suasa, SK Lago, SK Mempagar, SK Batu 60, SK Kabajang, SK Jabang dan Sekolah Menengah (SM) St Paul.

“Satu lagi sekolah iaitu SK Lupak tidak dinaiki air, namun terpaksa ditutup kerana laluan ke sekolah tidak dapat dilalui.

“Secara keseluruhan, sebanyak sembilan sekolah ditutup akibat banjir hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Raisin berkata, sesi pembelajaran dan pengajaran gantian akan dijalankan selepas keadaan sekolah kembali pulih.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata JPNS turut mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membawa pengawas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ulangan ke pusat peperiksaan.

Katanya, langkah itu diambil berikutan laluan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong yang menjadi pusat peperiksaan terjejas akibat banjir.

Situasi banjir yang masih belum surut menyebabkan pihak berkuasa memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan murid, guru serta kelancaran urusan peperiksaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/12/sembilan-sekolah-di-beaufort-ditutup-akibat-banjir/feed/ 0 91497
908 murid terjejas bencana di tiga daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/12/908-murid-terjejas-bencana-di-tiga-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/12/908-murid-terjejas-bencana-di-tiga-daerah-di-sabah/#respond Mon, 12 Jan 2026 03:31:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89569
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KENINGAU : Seramai 908 murid di Sabah terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh melibatkan tujuh buah sekolah di Beaufort, Tenom dan Kota Kinabalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, semua sekolah yang terlibat tidak dapat beroperasi pada hari ini atas faktor keselamatan dan keadaan fasiliti sekolah yang terjejas.

Raisin Saidin

“Di daerah Beaufort, lima sekolah terkesan akibat banjir iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak; SK Garama; SK Jabang; SK Lago dan SK Suasa melibatkan 364 murid.

“Manakala kejadian tanah runtuh berlaku di SK Simpang, Tenom menyebabkan sekolah berkenaan ditutup sementara dengan 60 murid terlibat selepas pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengarahkan pengosongan premis sekolah demi keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan tinjauan hari pertama persekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trus Madi di sini pada Isnin.

Raisin berkata, di Kota Kinabalu, SK Rampayan Menggatal terpaksa ditutup meskipun air banjir telah surut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan penggantian perabot rosak, melibatkan 484 murid.

Menurutnya, pihak sekolah diberikan dua pilihan pendekatan pembelajaran, iaitu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau mengadakan kelas ganti pada hari Sabtu, bergantung kepada kesesuaian dan tahap kesiapsiagaan masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya komited memastikan akses pembelajaran murid tidak terjejas walaupun berdepan bencana, selain akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan menyalurkan maklumat terkini kepada ibu bapa serta warga sekolah.

Dalam perkembangan lain, Tinjauan Sabah Media di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1 Kota Kinabalu mendapati lebih 100 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

Murid terlibat akan menjalani program transisi serta mengikut beberapa program yang dilaksanakan di sekolah berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO KENINGAU FM

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/12/908-murid-terjejas-bencana-di-tiga-daerah-di-sabah/feed/ 0 89569
490,314 pelajar Sabah mulakan sesi persekolahan 2026 https://sabahmedia.com/2026/01/11/490314-pelajar-sabah-mulakan-sesi-persekolahan-2026/ https://sabahmedia.com/2026/01/11/490314-pelajar-sabah-mulakan-sesi-persekolahan-2026/#respond Sun, 11 Jan 2026 10:37:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89547
Read Time:57 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seramai 490,314 pelajar di Sabah akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2026 yang akan bermula pada Isnin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, dari jumlah itu seramai 276,144 adalah pelajar sekolah rendah, manakala selebihnya adalah pelajar sekolah menengah.

“Pelajar tahun enam mencatatkan jumlah pelajar yang tertinggi iaitu seramai 48,106 orang dan tahun satu mencatatkan pelajar seramai 43,385 orang.

“Bagi sekolah menengah pula, pelajar tingkatan dua merekodkan jumlah pelajar tertinggi iaitu seramai 45,607 orang dan kelas peralihan merekodkan jumlah pelajar seramai 410 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Ahad.

Katanya, jumlah keseluruhan pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan esok tidak termasuk sekolah khusus dan kelas khas.

Sementara itu, ditanya sekolah yang masih dilanda banjir atau bencana alam, Raisin berkata, sekolah yang terjejas perlu mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) atau menggantikan kelas pada hari Sabtu.

“Saya difahamkan ada satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tenom yang runtuh kawasan sekolah tidak dapat beroperasi esok kerana atas nasihat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah ia tidak selamat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/11/490314-pelajar-sabah-mulakan-sesi-persekolahan-2026/feed/ 0 89547
Inkues Zara: Saksi pilih tidak jawab soalan tentang kecuaian sekolah dan asrama https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/#respond Thu, 20 Nov 2025 09:55:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86490
Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru memilih untuk tidak menjawab soalan peguam mengenai sama ada berlaku kecuaian oleh sekolah dan asrama dalam kejadian yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Saksi ke-48 dalam inkues kematian Zara, Miswati Lundu, 37, berkata demikian ketika ditanyakan soalan tersebut oleh peguam Datuk Ram Singh di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Peguam: Berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan (di mahkamah), adakah kamu setuju bahawa dalam kes ini ada kecuaian sekolah dan asrama untuk mengelakkan kejadian pada 15-16 Julai. Adakah wujud kemungkinan kecuaian?

Koroner: Cikgu tolong jawab soalan sebab saya ada kewajipan untuk menerangkan soalan ini adalah ‘incriminating question’ cikgu boleh pilih untuk jawab atau tidak jawab.
Saksi: Kalau begitu saya pilih tidak jawablah

Peguam: Excuse me, pilih tidak jawab?
Saksi: Ya, saya pilih tidak jawab

Terdahulu Ram mengemukakan beberapa dokumen termasuk buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat: Panduan Pelaksanaan Menjadikan Sekolah, Komuniti dan Keluarga Selamat Untuk Kanak-Kanak.

Merujuk kepada buku tersebut, peguam Datuk Ram Singh bertanya sama ada saksi mengikuti tatacara kaunselor seperti yang dinyatakan di muka surat 113.

Peguam: Soalan saya, cikgu memang ada buatlah?
Saksi: Ya, kita akan mengikut tatacara ini. Ada buat.

Peguam: Tapi cikgu cakap tadi, cikgu tidak memaklumkan kepada ibu bapa, maksudnya tidak buat satu di antaranya, betul?
Saksi: Tatacara kaunselor di sini, dia mesti ada kes tertentu yang mengikut prosedur seperti ini.

Peguam: Jadi ada buat?
Saksi: Untuk kes-kes tertentu, kita perlu buat seperti ini.

Peguam: Kalau dalam kes ini ada buat? Bukan kes tertentu, kes Zara.
Saksi: Untuk kes Zara, tidak ada.

Peguam: Cikgu terus terang saja…..
Saksi: Saya jelaskan, mengikut tatacara kaunselor di sini sebab tatacara kaunselor di sini untuk kes-kes berat.

Peguam: Jadi Zara punya kes ni, kes berat?
Saksi: Zara, kes berat.

Menjawab soalan tambahan, Miswati mengakui buku panduan sekolah selamat tersebut penting.

Ram kemudiannya merujuk saksi kepada dokumen Maklumat Literasi Undang-Undang yang disediakan oleh Panel Undang-Undang, muka surat 6, di bawah tajuk Tugas Guru Sebagai ‘in loco parentis’ (ibu bapa gantian).

Menurut Miswati, peranan ‘in loco parentis’ dilaksanakan untuk memastikan keselamatan murid, dan sebelum insiden yang menimpa Zara, warden dan guru asrama bertindak sebagai ‘in loco parentis’ kepada para pelajar.

Pelajar juga menyedari bahawa para guru bertanggungjawab menjaga mereka.

Miswati juga bersetuju dengan cadangan Ram bahawa sekiranya berlaku kesilapan, warden adalah individu pertama yang perlu disoal, bukannya pengetua.

Sebelum itu, suasana di mahkamah menjadi tegang semasa sesi soal jawab antara Ram dan Miswati, hingga pihak pegawai pengendali bangun mencadangkan agar inkues dijalankan secara aman.

Koroner kemudiannya menasihatkan Ram supaya mengemukakan soalan dengan tenang dan sopan, manakala saksi diminta menjawab dengan betul.

Ram merupakan salah seorang peguam yang mewakili saksi kanak-kanak pertama yang didakwa atas tuduhan membuli Zara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/feed/ 0 86490
RM70 juta bantuan untuk sekolah mubaligh dan swasta, kuil serta badan keagamaan bukan Islam https://sabahmedia.com/2025/09/23/rm70-juta-bantuan-untuk-sekolah-mubaligh-dan-swasta-kuil-serta-badan-keagamaan-bukan-islam/ https://sabahmedia.com/2025/09/23/rm70-juta-bantuan-untuk-sekolah-mubaligh-dan-swasta-kuil-serta-badan-keagamaan-bukan-islam/#respond Mon, 22 Sep 2025 18:15:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81815
Read Time:3 Minute, 50 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM70 juta dalam bentuk bantuan kewangan kepada sekolah mubaligh dan swasta, kuil serta badan keagamaan bukan Islam.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, bantuan berkenaan akan ditingkatkan kepada RM90 juta tahun depan.

Hajiji turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC). Pemegang sijil tersebut layak memohon biasiswa negeri serta kemasukan ke institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

“Kita bukan sahaja mengiktirafnya, malah mengambil tindakan. Tadi saya telah membisikkan kepada Menteri Kewangan bahawa kita juga akan mempertimbangkan permohonan daripada pemegang sijil ini untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada Malam Ramah Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh dan sekolah menengah persendirian Cina serta badan keagamaan bukan Islam di Dewan Hakka malam Isnin.

Tambahnya, sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kita merancang dan bekerja keras menangani sebarang isu, sambil terus mengambil berat serta memastikan semua komuniti, tanpa mengira warna kulit atau pegangan agama, mendapat perlindungan yang adil dan saksama.

“Itulah sebabnya saya sentiasa menyokong dan membantu mana-mana institusi, NGO atau persatuan yang memerlukan bantuan, walaupun ia bergantung juga kepada kemampuan kerajaan dan ketersediaan dana.

“Semangat perpaduan dan kebersamaan inilah yang menjadi prinsip panduan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Negeri sejak membentuk kerajaan lima tahun lalu

Selain daripada peruntukan RM70 juta itu, Hajiji berkata beliau juga telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan melalui Peruntukan Khas Ketua Menteri, termasuk bantuan kepada sekolah Cina dan persatuan kebudayaan Cina di Sabah, seperti untuk Pesta Tahun Baru Cina, pembelian kepala singa, Pesta Bot Naga, serta bantuan kepada gereja dan lain-lain.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menyokong aktiviti sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di seluruh Sabah,” katanya.

Hajiji berkata, sebagai ketua pentadbiran Kerajaan Negeri, beliau amat memahami masalah dan keperluan rakyat.

“Antara isu panas yang dibincangkan sekarang ialah bekalan air. Kekurangan air berlaku di pelbagai tempat. Masalah ini timbul apabila Kerajaan Negeri sebelum ini menamatkan kontrak konsesi bekalan air di Sabah.

“Akibat daripada penamatan itu, Kerajaan Negeri sekarang terpaksa membayar pampasan kepada syarikat yang terlibat berjumlah RM315 juta,” katanya.

Namun, beliau memberi jaminan bahawa sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab akan terus merancang dan bekerja keras menyelesaikan isu bekalan air, dengan sebanyak 18 projek pembangunan bekalan air sedang dilaksanakan untuk memastikan bekalan mencukupi di daerah-daerah negeri ini.

“Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman sebanyak RM300 juta untuk tujuan ini. Antara projek yang sedang dilaksanakan sejak dua tahun lalu ialah Loji Rawatan Air Kogopon bernilai RM365 juta di Papar, dengan kapasiti sehingga 80 juta liter sehari (MLD).

“Sebaik sahaja siap pada 2026, ia akan menyelesaikan masalah bekalan air di Papar, Kinarut dan Putatan,” katanya.

Projek Empangan Air Cinta Mata bernilai RM300 juta dengan kapasiti 169 MLD di Tawau juga dijangka siap menjelang 2027, katanya.

“Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan, pembaikan dan penaiktarafan loji rawatan air yang sedang dilaksanakan di seluruh Sabah menelan kos keseluruhan sebanyak RM1.2 bilion,” katanya.

Beliau menambah bahawa krisis kekurangan air di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna juga menjadi keutamaan.

Sementara itu, bekalan air di Bandaraya Kota Kinabalu dijangka bertambah baik sebaik sahaja Loji Rawatan Air Telibong II siap sepenuhnya, katanya sambil menambah bahawa loji tersebut kini sudah mengagihkan 160 MLD ke bandar raya, KKIP dan kawasan Tuaran.

Sebagai penyelesaian jangka panjang, beliau berkata Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menggunakan Projek Hidroelektrik Ulu Padas bagi penjanaan kuasa, manakala Skim Bekalan Air Ulu Padas akan menyediakan kapasiti sebanyak 6,000 MLD air, khusus bagi memenuhi keperluan Pantai Barat Sabah.

“Projek ini yang dijangka siap pada 2030 sedang dibangunkan melalui usaha sama antara syarikat milik negeri, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Gamuda Berhad, pelaksana Projek Hidroelektrik Ulu Padas, bersama Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd,” katanya.

Sebagai langkah ke hadapan untuk menambah baik bekalan air negeri, Ketua Menteri berkata, Jabatan Air akan dikorporatkan.

Hajiji berkata, isu kekurangan air turut diperburuk oleh sambungan haram di penempatan setinggan.

“Akibatnya, Sabah antara negeri yang mempunyai kadar Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water) tertinggi, mencecah sehingga 57 peratus. Kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan bekalan air akan mengambil sedikit masa untuk disiapkan. Insya-Allah, ia akan pulih sepenuhnya menjelang tahun depan,” katanya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program untuk meletakkan Sabah pada landasan pembangunan yang betul melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Dengan pelaksanaan Dasar Hala Tuju Pembangunan yang jelas, bersama pendekatan yang tepat, ekonomi Sabah kini sedang pulih dan, syukur alhamdulillah, berada di landasan yang betul.

“Pertumbuhan ekonomi telah kembali positif berikutan peningkatan kadar pelaburan, di samping pertumbuhan sektor pelancongan yang semakin baik. Kita mempunyai visi dan kemahuan politik untuk melakukannya. Kita telah menyediakan segala-galanya untuk bergerak maju demi membawa Sabah dan rakyatnya ke tahap kecemerlangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/23/rm70-juta-bantuan-untuk-sekolah-mubaligh-dan-swasta-kuil-serta-badan-keagamaan-bukan-islam/feed/ 0 81815
230 murid, 38 sekolah terkesan banjir di Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/18/230-murid-38-sekolah-terkesan-banjir-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/18/230-murid-38-sekolah-terkesan-banjir-di-sabah/#respond Thu, 18 Sep 2025 13:41:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81586
Read Time:36 Second

BERNAMA

SHAH ALAM : Sebanyak 230 murid daripada 38 sekolah dikenal pasti terkesan dengan kejadian banjir di Sabah setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. 

Beliau berkata susulan itu, pihaknya sedang mempertimbangkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) jika keadaan banjir tidak menunjukkan perkembangan positif menjelang pembukaan semula sekolah pada minggu hadapan. 

“Ketika ini persiapan kita adalah kepada pembersihan sekolah untuk persiapan pembukaan sesi persekolahan minggu hadapan. 

“Kita juga melihat kepada akses pendidikan dapat dilaksanakan di Sabah ini walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Anti Buli Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

Fadhlina berkata walaupun pendidikan masih jadi keutamaan, pihaknya tetap mengutamakan keselamatan murid dan warga pendidik secara keseluruhan. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/18/230-murid-38-sekolah-terkesan-banjir-di-sabah/feed/ 0 81586
Ibu bapa main peranan pastikan anak tamat persekolahan https://sabahmedia.com/2025/05/21/ibu-bapa-main-peranan-pastikan-anak-tamat-persekolahan/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/ibu-bapa-main-peranan-pastikan-anak-tamat-persekolahan/#respond Wed, 21 May 2025 14:15:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74246
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Ibu bapa memainkan peranan besar dalam memastikan anak-anak dapat berjaya menamatkan sekurang-kurangnya 11 tahun pembelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, ia bagi memastikan anak-anak mereka mampu memiliki sekurang-kurangnya sijil bagi mencari peluang pekerjaan selain menambah kemahiran.

Katanya, JPNS bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua sekolag serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan intervensi bagi mengenal pasti para pelajar yang tercicir bagi mengikuti peperiksaan khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita sebenarnya telah mula mengesan calon-calon SPM bermula dengan tingkatan empat sebenarnya. Kita menjejaki pelajar-pelajar yang mempunyai risiko untuk tercicir ataupun meninggalkan persekolahan.

“Kita cakna mereka, mendekati mereka dengan melawat ke rumah masing-masing, juga mengadakan sesi kaunseling, selain cuba mengenalpasti apa sebenarnya minat anak-anak murid ini.

“Saya yakin bahawa intervensi yang kita lakukan dari masa ke masa akan dapat meningkatkan lagi ataupun mengurangkan jumlah calon yang tidak hadir ke sekolah dan ini terbukti tahun lepas apabila jumlah itu semakin turun sebenarnya. Tahun lepas telah turun berbanding dengan tahun sebelum inilah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu.

Raisin berkata, sistem pendidikan negara memerlukan anak-anak untuk menghabiskam sesi persekolahn wajib selama 11 tahun melibatkan enam tahun di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah.

“Kita risau kalau sekiranya anak-anak yang berada dalam sistem pendidikan kita, anak-anak murid ini mesti meninggalkan sekolah dengan sekurang-kurangnya memiliki sijil, supaya sijil nanti boleh mereka gunakan untuk mencari peluang yang lain.

“Sebab bila mendapat sijil ini dengan adanya beberapa mata pelajaran lain yang mereka lulus seperti matematik, sains ataupun geografi dan juga subjek seperti pendidikan Islam dan juga kemahiran, ada ruang untuk agensi-agensi lain untuk menyambut mereka ini dan diberikan kemahiran yang sesuai dengan minat anak-anak murid ini.

“Kita mengenalpasti bahawa selepas SPM ini, murid-murid akan terbahagi kepada dua sebenarnya. Satu, kumpulan murid-murid yang akan menyambung pengajian mereka ke IPTA dan juga ke tingkatan enam, matrikulasi , IPG dan sebagainya.

“Tapi ada kumpulan yang akan terus menceburkan diri di dalam bidang pekerjaan disebabkan oleh tuntutan kehidupan dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/ibu-bapa-main-peranan-pastikan-anak-tamat-persekolahan/feed/ 0 74246
RM2.329 bilion untuk pembangunan 52 projek baharu sekolah di Sabah tahun ini: Fadhlina https://sabahmedia.com/2025/05/10/rm2-329-bilion-untuk-pembangunan-52-projek-baharu-sekolah-di-sabah-tahun-ini-fadhlina/ https://sabahmedia.com/2025/05/10/rm2-329-bilion-untuk-pembangunan-52-projek-baharu-sekolah-di-sabah-tahun-ini-fadhlina/#respond Fri, 09 May 2025 21:32:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73520
Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA

Kalabakan: Sebanyak RM2.329 bilion diperuntukkan bagi mengurus keseluruhan pembangunan 52 projek baharu sekolah di Sabah tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata peruntukan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pendidkan (KPM) untuk menangani isu sekolah daif di negeri ini.

“Berbilion ringgit dibelanjakan bagi memastikan pembangunan sekolah daif dilaksanakan berterusan,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja dua hari Program Tindak Susul Parlimen yang berakhir semalam.

Pada program itu, Fadhlina diiringi Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kalabakan dan SK Kalabakan serta satu tapak projek pembinaan bangunan tambahan SK Umas.

Fadhlina berkata terdapat 390 projek pembangunan sekolah daif di Sabah dengan 230 projek telah disiapkan.

Beliau memberi jaminan KPM akan menyelesaikan isu berkaitan bangunan sekolah yang tidak memiliki sijil layak menduduki termasuk isu tanah sekolah di Parlimen Kalabakan yang menjadi punca sekolah terlibat sukar menerima bantuan.

“Kita (KPM) ambil perhatian isu-isu ini, kita memang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan ini saya fikir komitmen yang cukup besar daripada peringkat KPM untuk memastikan perbincangan bersama (kerajaan) Sabah menyelesaikan isu-isu ini, semuanya dalam proses tindakan kita pada ketika ini,” katanya.

Fadhlina berkata KPM juga akan mempertimbangkan permohonan daripada Ahli Parlimen Kalabakan, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bekerjasama membina asrama desa di SK Kalabakan.

Beliau berkata KPM mahu mengambil beberapa pendekatan terbaik bagi memastikan hal pendidikan anak-anak di Sabah terus terbela. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/10/rm2-329-bilion-untuk-pembangunan-52-projek-baharu-sekolah-di-sabah-tahun-ini-fadhlina/feed/ 0 73520
‘YB’ pujuk murid kembali ke sekolah, mahu pendidikan jadi keutamaan https://sabahmedia.com/2025/03/04/yb-pujuk-murid-kembali-ke-sekolah-mahu-pendidikan-jadi-keutamaan/ https://sabahmedia.com/2025/03/04/yb-pujuk-murid-kembali-ke-sekolah-mahu-pendidikan-jadi-keutamaan/#respond Tue, 04 Mar 2025 01:32:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69768
Read Time:1 Minute, 19 Second

Beaufort : Dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak di sini berjaya dipujuk untuk kembali bersekolah selepas sekian lama berhenti akibat kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Inisiatif membawa dua murid berusia 12 tahun itu dilaksanakan sendiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Atas keprihatinan itu, Ruslan hadir ke rumah ke dua-dua murid berkenaan dalam usaha memujuk dana murid berasal dari Kampung Kangsa itu bersetuju untuk kembali bersekolah bermula semalam.

Ruslan berkata, keputusan yang dibuat murid itu bukan sahaja membawa sinar baru dalam hidup mereka, tetapi juga menjadi bukti bahawa tiada anak harus tercicir daripada pendidikan.

“Semalam di SK Bangkalalak, saya menanti dengan penuh harapan, menyambut kehadiran dua permata kecil dari Kampung Kangsa iaitu Noraziah Talip dan Nurul Puteri Annisa Mat Jais. Ia bukan sekadar hari pertama mereka kembali ke sekolah, tetapi juga titik permulaan baharu dalam kehidupan mereka.

“Seawal pagi, saya sendiri berangkat ke rumah mereka di Kampung Kangsa. Saya ingin memastikan mereka tidak sekadar hadir ke sekolah, tetapi hadir dengan keyakinan dan harapan yang baharu.

“Saat saya tiba, mereka menyambut dengan wajah yang masih ragu-ragu, namun dalam mata mereka terselit keinginan untuk berubah,” katanya.

Justeru beliau berharap agar perjalanan pembelajaran murid berkenaan dipermudahkan dan memberi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak yang senasib.

“Kita semua bertanggungjawab memastikan tiada anak yang tertinggal dalam mengejar ilmu. Dengan pendidikan, mereka mampu mengubah kehidupan,” katanya.

Pada bulan lalu, Ruslan turut memujuk seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kampung Nabahan Weston untuk kembali ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/04/yb-pujuk-murid-kembali-ke-sekolah-mahu-pendidikan-jadi-keutamaan/feed/ 0 69768
Saya tidak mahu Muhammad Aidil tercicir pendidikan – Ruslan https://sabahmedia.com/2025/02/18/saya-tidak-mahu-muhammad-aidil-tercicir-pendidikan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2025/02/18/saya-tidak-mahu-muhammad-aidil-tercicir-pendidikan-ruslan/#respond Tue, 18 Feb 2025 01:31:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68911
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Beaufort : Selepas tampil membantu pelajar berusia 16 tahun dari Kampung Nabahan Weston di sini membeli barangan sekolah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam sekali lagi mengiringi pelajar berkenaan ke sekolah pada hari pertama semalam.

Pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Aidil itu sebelum ini berhenti sekolah tanpa menamatkan Tingkatan Tiga pada tahun lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya, Ruslan dilihat menyambut ketibaan pelajar berkenaan di jeti Pekan Weston yang sebelum itu menaiki bot dari rumahnya di Kampung Nabahan seawal jam 7 pagi.

Ruslan bersama tenaga pengajar membawa Muhammad Aidil ke sekolah

“Pagi ini (semalam) di jeti pekan Weston, saya menanti seorang anak muda yang bersedia melangkah ke alam persekolahan semula. Muhammad Aidil, yang sebelum ini hampir tercicir daripada pendidikan, kini memulakan perjalanan baharu menuju masa depan yang lebih cerah.

“Dengan penuh semangat, saya membawanya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston, bukan sekadar untuk kembali ke sekolah, tetapi untuk menyalakan harapan bahawa tiada impian yang terlalu jauh untuk digapai.

“Ketibaan kami di sekolah disambut dengan wajah ceria para guru dan pelajar yang memulakan hari pertama sesi persekolahan. Bukan hanya di SMK Weston, tetapi di seluruh Sabah dan khasnya di kawasan Lumadan, ribuan anak muda melangkah ke sekolah hari ini dengan impian dan harapan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, pihaknya percaya setiap seorang daripada mereka memiliki potensi besar.

Katanya, kejayaan mereka bukan hanya bermakna untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga, masyarakat, dan negeri Sabah.

“Pendidikan adalah jambatan kepada masa depan yang lebih baik. Sebagai pemimpin, saya mahu melihat anak-anak Lumadan bukan sekadar menamatkan sekolah tetapi melangkah ke menara gading, membawa kejayaan kembali ke tanah kelahiran mereka.

“Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar. Semoga tahun ini menjadi tahun kejayaan yang lebih besar buat anda semua. Tidak lupa juga kepada para pendidik yang sentiasa berusaha mendidik generasi masa depan, selamat bertugas dan terima kasih atas jasa kalian yang tidak ternilai,” katanya.

Jumaat lalu, Ruslan dan isteri berpeluang membawa pelajar berkenaan membeli barangan keperluan sekolah termasuk pakaian, baju dan barangan lain. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/18/saya-tidak-mahu-muhammad-aidil-tercicir-pendidikan-ruslan/feed/ 0 68911