Sekong – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Nov 2025 13:35:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sekong – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Calon GRS Sekong terima sokongan padu Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2025/11/21/calon-grs-sekong-terima-sokongan-padu-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/calon-grs-sekong-terima-sokongan-padu-gagasan-rakyat/#respond Fri, 21 Nov 2025 13:34:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86637
Read Time:45 Second

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Puan Sri Diana Datuk Diego, menerima suntikan semangat baharu apabila Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengisytiharkan sokongan penuh terhadap pencalonannya.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sekong, Saparudin Abu, berkata sokongan itu dizahirkan melalui kehadiran semua ketua cawangan parti pada sesi pertemuan bersama calon berkenaan, sekali gus membuktikan kesepakatan jentera di peringkat akar umbi.

Beliau berkata perpaduan yang ditunjukkan itu akan digerakkan sepenuhnya melalui mesyuarat jentera pilihan raya dalam masa terdekat bagi memperkemas strategi menghadapi saingan di Sekong.

Mengulas perkembangan tersebut, Diana berkata sokongan kuat Gagasan Rakyat memberi makna besar dan menambah keyakinannya terhadap kemampuan GRS meraih kemenangan di kawasan itu.

“Sokongan Gagasan Rakyat dan komponen GRS di Sekong ini amatlah saya hargai… saya amat berterima kasih,” katanya.

Dengan hanya seminggu lagi sebelum hari pengundian, pengisytiharan sokongan itu dilihat mampu memperkukuh peluang GRS dalam usaha mempertahankan kerusi berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/calon-grs-sekong-terima-sokongan-padu-gagasan-rakyat/feed/ 0 86637
Gagasan Rakyat diyakini mampu tawan DUN Sekong – Masiung https://sabahmedia.com/2025/09/28/gagasan-rakyat-diyakini-mampu-tawan-dun-sekong-masiung/ https://sabahmedia.com/2025/09/28/gagasan-rakyat-diyakini-mampu-tawan-dun-sekong-masiung/#respond Sun, 28 Sep 2025 02:26:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82129
Read Time:1 Minute, 24 Second

SANDAKAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong sebagai jaminan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menawan kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17), tegas Naib Presiden parti berkenaan, Datuk Masiung Banah.

Beliau berkata, berdasarkan siri lawatan ke DUN berkenaan, Gagasan Rakyat yang diketuai Safarudin Abu menguasai kira-kira 68 peratus sokongan rakyat berbanding parti lain dalam GRS dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya memberi jaminan Gagasan Rakyat berpotensi besar menang di kawasan itu sekaligus merampas kerusi DUN Sekong daripada Parti Warisan,” katanya selepas melawat War Room Gagasan Rakyat Sekong, semalam.

Masiung yang juga Pengerusi Zon 10 Gagasan Rakyat Sandakan berkata, parti pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu menjadi pilihan utama masyarakat pelbagai lapisan di Sekong.

Bagaimanapun, katanya, peluang GRS mungkin terjejas sekiranya parti lain dalam gabungan itu atau PH diletakkan sebagai calon di kawasan berkenaan.

“Laporan terperinci di semua tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) jelas menunjukkan Gagasan Rakyat sebagai tulang belakang GRS. Statistik kami jauh meninggalkan parti-parti lain yang berminat meletakkan calon di kawasan Pantai Timur itu.

“Pandangan badan bebas dan risikan Unit Cawangan Khas beruniform harus diambil kira agar tidak merugikan peluang GRS di Sekong pada PRN-17 ini,” tambahnya.

Dalam lawatan itu, Masiung diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting yang juga Timbalan Pengerusi Zon 10, Datuk George Hiew.

Hiew turut yakin kekuatan lebih 300 cawangan Gagasan Rakyat di Sekong memberi kelebihan untuk menawan kerusi Warisan, malah kewujudan parti lain dalam GRS dan PH dilihat mampu mengukuhkan lagi pengaruh parti itu di kawasan berkenaan.

Kedua-dua pemimpin itu sepakat bahawa kerusi pembangkang tersebut berpotensi besar ditawan sekiranya Gagasan Rakyat diberi mandat untuk bertanding di Sekong.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/28/gagasan-rakyat-diyakini-mampu-tawan-dun-sekong-masiung/feed/ 0 82129