Sekretariat SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 Jan 2026 11:25:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sekretariat SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekretariat SMJ perlu perkukuh tadbir urus, penyelarasan agensi – Masidi https://sabahmedia.com/2026/01/29/sekretariat-smj-perlu-perkukuh-tadbir-urus-penyelarasan-agensi-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/01/29/sekretariat-smj-perlu-perkukuh-tadbir-urus-penyelarasan-agensi-masidi/#respond Thu, 29 Jan 2026 11:15:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90623
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dinasihatkan supaya terus mengamalkan tadbir urus yang baik, memperkukuh penyelarasan antara agensi pelaksana serta memastikan setiap inisiatif yang dirangka berteraskan keperluan rakyat dan memberi impak yang jelas serta berterusan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Sekretariat SMJ di pejabatnya di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Penyelaras SMJ, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, bersama Ketua Pegawai Operasi, Datuk Ramlee Kariah, bertujuan membincangkan penyelarasan pelaksanaan inisiatif di bawah agenda Hala Tuju SMJ 2.0 (2026–2030), khususnya berkaitan perancangan strategik dan hala tuju pembangunan negeri.

Dalam pertemuan itu, Masidi turut diberi taklimat mengenai perkembangan pelaksanaan program SMJ 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), selain perbincangan mengenai usaha mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dan berintegriti selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya, dengan memberi penekanan kepada tadbir urus yang baik, kecekapan pengurusan serta pulangan yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Masidi turut menekankan kepentingan pemantauan rapi dan penilaian berterusan bagi memastikan semua program dilaksanakan mengikut perancangan serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Masidi menerima kunjungan daripada rombongan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Pada masa sama, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) yang diketuai oleh Pengerusi SESB, Saadiah Aziz, serta Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Ts. Mohd. Yaakob Jaafar.

Kunjungan berkenaan bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama serta membincangkan isu berkaitan bekalan elektrik di negeri ini, termasuk usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kebolehpercayaan sistem penyampaian tenaga.

Dalam pertemuan itu, Masidi turut diberi taklimat mengenai perkembangan semasa operasi Sabah Electricity serta inisiatif penambahbaikan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berterusan kepada rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/29/sekretariat-smj-perlu-perkukuh-tadbir-urus-penyelarasan-agensi-masidi/feed/ 0 90623
Sekretariat SMJ, UMS meterai MoU perkukuh kerjasama bidang ekonomi biru https://sabahmedia.com/2024/06/27/sekretariat-smj-ums-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-bidang-ekonomi-biru/ https://sabahmedia.com/2024/06/27/sekretariat-smj-ums-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-bidang-ekonomi-biru/#respond Thu, 27 Jun 2024 12:55:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56598
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Sekretariat Sabah Maju Jaya serta Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Maritim, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.

UMS diwakili, Naib Canselornya Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor manakala Sekretariat Sabah Maju Jaya diwakili oleh Ketua Pegawai Penyelarasnya, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Majlis MoU ini turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

Antara tujuan MoU ini adalah untuk memperkukuh kerjasama institusi dalam bidang ekonomi biru dan maritim sekali gus meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negeri ini.

“MoU ini juga akan memastikan pemindahan ilmu dan teknologi terkini dapat dipratikkan selain menggalakkan penyediaan data berkualiti untuk pembuatan dasar.

“Selain itu juga MoU ini akan menyokong agenda pembangunan negeri Sabah, serta menarik pelaburan dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/27/sekretariat-smj-ums-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-bidang-ekonomi-biru/feed/ 0 56598
Sekretariat SMJ akan laksana program noktahkan kemiskinan tegar https://sabahmedia.com/2023/09/28/sekretariat-smj-akan-laksana-program-noktahkan-kemiskinan-tegar/ https://sabahmedia.com/2023/09/28/sekretariat-smj-akan-laksana-program-noktahkan-kemiskinan-tegar/#respond Thu, 28 Sep 2023 03:57:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42686
Read Time:3 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) sedang menyusun dan akan melaksanakan program-program untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara tindakan kerajaan ialah memperuntukkan RM125 juta setiap tahun untuk Program Rumah SMJ bagi membina rumah untuk rakyat miskin tegar yang tersenarai dalam e-Kasih di seluruh negeri.

“Kerajaan juga akan memperuntukkan sejumlah RM175 juta khas untuk program membasmi kemiskinan dengan mendapatkan peluang pekerjaan kepada golongan sasar bagi membolehkan mereka terkeluar dari kategori miskin tegar.

“Kerajaan Negeri juga menyambut baik komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai usaha untuk mensejahterakan rakyat dengan langkah ke arah menoktahkan kemiskinan yang bertepatan dengan ajaran Rasulullah SAW,” katanya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Khamis.

Hajiji berkata, pembinaan tamadun yang gemilang bergantung kepada pencapaian sesebuah bangsa atau ummah kerana prestasi ummah yang baik pasti melahirkan tamadun agung yang memberi kesejahteraan kepada umat sejagat.

Sebab itu katanya, pembangunan insan merupakan aspek penting yang terkandung dalam Dasar Hala Tuju SMJ yang juga selari dengan kerangka pembangunan insan Malaysia Madani ke arah “Baldatun Thoyyibatun wa Rabbhun Ghafur” atau negeri yang baik yang mendapat keredhaan dan keampunan Tuhan yang maha pengasihani.

Beliau berkata, selaras dengan tuntutan itu Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada aspek pendidikan dan latihan di bawah Hala Tuju SMJ dengan matlamat melahirkan modal insan yang berilmu, mahir dan berketrampilan, malah lebih menjurus kepada melahirkan generasi pewaris yang berilmu dan berupaya mengendali segala urusan dan aktiviti dalam pelbagai aspek, seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya secara bijaksana, berintegriti dan adil, demi kesejahteraan negeri dan seluruh rakyat.

“Atas faktor itu dan selari dengan teras kedua Hala Tuju SMJ iaitu Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, Program Felo SMJ 2.0 diteruskan pada tahun ini.

“Inisiatif Felo SMJ ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan modal insan di negeri ini. Kerajaan Negeri memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.

“Program yang bermula awal bulan ini, selain graduan, kita juga membuka ruang kepada pelajar lepasan diploma, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan yang setaraf dengannya. Mereka ditempatkan di jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan matlamat untuk menyediakan pelapis kepimpinan Sabah pada masa akan datang”, tegasnya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri berada pada landasan yang tepat selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ, yang kini hasilnya telah dapat disaksikan dan rasakan, terutama dalam usaha membangunkan semula ekonomi negeri menerusi konsep mesra pelabur dan mempermudahkan urusan para peniaga serta pelabur luar yang ingin menjalankan perniagaan di negeri ini.

“Selaku pemimpin ummah, Nabi Muhammad SAW sering mengingatkan pentingnya ukhuwah dan perpaduan dalam bermasyarakat dan bernegara, kerana persengketaan dan perbalahan di kalangan umat, akan melemahkan dan merugikan mereka sendiri, yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan dan kehancuran,” katanya.

Menurutnya, budaya adu domba, dendam kesumat, benci membenci, fitnah memfitnah dan berpuak-puak, bukan hanya akan merencatkan usaha membina negara yang bersatu-padu, stabil dan progresif, malah akan menjadikan kita berpecah-belah, lemah dan mudah ditindas.

“Dalam konteks negeri Sabah, semangat kekitaan dan perpaduan kaum perlu sentiasa dijaga dan dipelihara. Sekarang adalah masa dan detiknya untuk kita mempertingkatkan lagi silaturrahim, membina ukhuwah dan kesepakatan, kerana kita perlu merencana dan mengatur masa hadapan yang lebih kondusif dan cemerlang, selaras dengan gagasan Malaysia Madani dan Hala Tuju SMJ yang matlamatnya ke arah mencipta kemakmuran dan kesejahteraan yang holistik untuk dinikmati bersama”, ujarnya.

Tambah beliau, sambutan Maulidur Rasul diraikan setiap tahun dengan matlamat agar semangat cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW terus segar di dalam hati sanubari setiap umat Islam.

Terdahulu, Hajiji bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan ribuan umat Islam menyertai perarakan dari Padang Merdeka ke SICC.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/28/sekretariat-smj-akan-laksana-program-noktahkan-kemiskinan-tegar/feed/ 0 42686