sektor pelancongan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 12 May 2025 02:49:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sektor pelancongan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kehadiran pelancong ke Sabah terus meningkat https://sabahmedia.com/2025/05/12/kehadiran-pelancong-ke-sabah-terus-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/05/12/kehadiran-pelancong-ke-sabah-terus-meningkat/#respond Mon, 12 May 2025 02:49:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73685
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu: Sektor pelancongan di Sabah terus mencatat peningkatan yang baik apabila sejumlah 923,709 pelancong direkodkan tiba di negeri ini bagi tempoh tiga bulan bermula Januari lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, angka berkenaan menunjukkan pertumbuhan sebanyak 18.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Daripada jumlah keseluruhan (923,709), sebanyak 366,727 merupakan pelancong antarabangsa, manakala 556,982 adalah pelancong domestik,” katanya ketika merasmikan Pesta MATTA Sabah 2025, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil kutipan pelancongan bagi tempoh Januari sehingga Mac 2025 dianggarkan sebanyak RM2.13 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 17.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2024.

Katanya, China kekal sebagai pasaran utama bagi Sabah dengan seramai 154,319 pelancong dari negara itu, diikuti oleh Korea Selatan (57,995 pelancong ) dan Brunei (45,469 pelancong).

Christina berkata, penganjuran Pesta MATTA di Sabah secara signifikan telah memperkasakan kedudukan Sabah sebagai destinasi utama bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Beliau menyifatkan acara itu sebagai satu perayaan terhadap kepelbagaian, semangat dan keunikan keindahan yang ditawarkan oleh Sabah, sekali gus menjadi perkara positif dalam industri pelancongan dan hospitaliti negeri ini.

“Pada Pesta MATTA (18-20 April 2025) yang diadakan di Kuala Lumpur dan Sabah sebelum ini berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM4.5 juta memperlihatkan peningkatan ketara berbanding RM3 juta yang dicapai pada September 2024.

“Pertumbuhan ini jelas mencerminkan permintaan yang tinggi dan daya tarikan yang semakin meningkat terhadap produk pelancongan Budaya, Pengembaraan dan Alam Semula Jadi di Sabah,” katanya.

Menurutnya, antara pakej paling laris ialah lawatan dari pulau ke pulau dan lawatan ke Mari Mari Cultural Village.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/12/kehadiran-pelancong-ke-sabah-terus-meningkat/feed/ 0 73685
Miss Merdeka Sabah 23/24, menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan mampan https://sabahmedia.com/2023/12/20/miss-merdeka-sabah-23-24-menggalakkan-pertumbuhan-sektor-pelancongan-mampan/ https://sabahmedia.com/2023/12/20/miss-merdeka-sabah-23-24-menggalakkan-pertumbuhan-sektor-pelancongan-mampan/#respond Wed, 20 Dec 2023 09:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46837
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sempena Kempen DEC-Cover Sabah, acara Miss Merdeka Sabah 23/24 diadakan untuk memperkasa golongan wanita sebagai pemimpin sekali gus menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan yang mampan di negeri Sabah.

Acara ini juga penting dan bermakna demi kelangsungan Kempen DEC-Cover Sabah pada bulan Disember, selain memupuk kesatuan dalam kalangan komuniti setempat dengan memberi penekanan terhadap kepentingan mengenali sejarah negeri Sabah.

Usaha kerjasama di antara I Empower Myself (IEM) dan Rock Maestro Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Sabah Tourism Board, Awesome Borneo Holidays Sdn Bhd dan The Insecure Beauty telah menunjukkan komitmen bersatu dalam memupuk penghayatan budaya dan pembangunan kepimpinan dalam kalangan wanita Sabah.

Sehubungan dengan itu, Ujibakat Sesi 1 telah diadakan pada 1 Disember 2023 bertempat di The Magellan Sutera Harbour dan telah mempamerkan bakat yang hebat serta semangat yang mengagumkan dalam kalangan peserta yang penuh apresiasi dengan matlamat untuk merebut gelaran Miss Merdeka Sabah 23/24.

Figura yang dikenali dalam bidang kebudayaan di Sabah, Tindarama Joanna Datuk Kitingan, Pengerusi Persatuan Majlis Wanita Kadazan Dusun dan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah serta Pinny Jong Dijen, Pengasas The Insecure Beauty bersama-sama dua juri lain berdedikasi dalam berkongsi kepakaran mereka untuk memilih peserta yang berkualiti dan berwibawa.

Dalam pada itu, bagi membuka peluang kepada mereka yang terlepas untuk sesi pertama ujibakat, Miss Merdeka 23/24 mengalu-alukan penyertaan semua untuk menghadiri sesi ujibakat kedua pada 27 Disember 2023 ini.

Selain itu, ujibakat secara atas talian juga di perkenalkan bagi peserta yang berada di kawasan luar Kota Kinabalu, membolehkan lebih banyak penyertaan tanpa mengira lokasi.

Para finalis berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, bakat dan potensi yang ada di dalam diri peserta.

Finalis yang berbakat dan berdedikasi akan membuat penampilan mereka pada 30 Disember 2023 ini di Padang Merdeka bersempena dengan penutupan Larian Kembara Sabah Tanah Airku.

Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri l, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew bagi menyemarakkan lagi sambutan yang diraikan.

Untuk maklumat lebih terperinci dan panduan penyertaan, sila kunjungi atau layari laman Facebook Kita Connect.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/20/miss-merdeka-sabah-23-24-menggalakkan-pertumbuhan-sektor-pelancongan-mampan/feed/ 0 46837