sektor pertanian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 18 Feb 2024 01:00:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sektor pertanian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sektor pertanian mampu tampil berdaya tahan melalui kolaborasi pelbagai pihak https://sabahmedia.com/2024/02/18/sektor-pertanian-mampu-tampil-berdaya-tahan-melalui-kolaborasi-pelbagai-pihak/ https://sabahmedia.com/2024/02/18/sektor-pertanian-mampu-tampil-berdaya-tahan-melalui-kolaborasi-pelbagai-pihak/#respond Sun, 18 Feb 2024 01:00:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49666
Read Time:1 Minute, 38 Second

Keningau : Landskap sektor pertanian di negara ini diharap dapat tampil dengan lebih berdaya tahan melalui inovasi dan kolaborasi pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia adalah bagi memberi manfaat kepada setiap usahawan tani yang menjadi antara pemain utama di dalam keseluruhan rantaian nilai pertanian.

“Dalam masa yang sama, sudah tentu dapat menyumbang kepada kemakmuran keterjaminan makanan di negara kita.

“Dengan adanya agensi seperti Agrobank iaitu agensi yang berperanan sebagai fasilitasi pembiayaan utama dalam memacu perubahan positif dan memupuk kemakmuran dalam landskap pertanian ianya akan dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Sambutan Tahun Baharu Cina Agrobank 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Ming di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Agrobank Ahmad Zawawi.

Pada majlis itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut melancarkan Kempen Tahun Baru Cina 2024 Kempen Heng Loong Huat yang bertujuan menggalakkan pelanggan setia membuat pembayaran bebas tunai melalui penggunaan Agro Debit-i dan memupuk amalan menyimpan dan berhemah melalui AgroPrimaS.

Bagi merancakkan lagi kempen itu, pemenang bertuah kempen Heng Loong Huat- Menang Ang Pao RM888 juga turut berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta mewah Tesla menerusi Kempen Mega Million yang telah dilancarkan pada suku akhir tahun lepas.

Arthur berkata, pihaknya yakin dengan pelancaran kempen itu sedikit sebanyak menaikkan semangat teruja para usahawan tani untuk mempertingkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dan juga menambah deposit simpanan.

“Bagi para usahawan pula khususnya sektor pertanian, rebutlah peluang ini untuk mengembangkan perniagaan anda agar terus kekal bersaing dan sejajar dengan pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan negara,” katanya.

Sementara itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kempen itu adalah salah satu manifestasi Agrobank bagi memberi kesedaran kemakmuran dalam kewangan.

“Untuk itu, kami berbesar hati untuk menyediakan ganjaran Ang Pao kepada pelanggan setia kami kami bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai dan keselamatan kewangan menerusi akaun simpanan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/18/sektor-pertanian-mampu-tampil-berdaya-tahan-melalui-kolaborasi-pelbagai-pihak/feed/ 0 49666
Kerajaan Sabah alu-alukan penglibatan, kerjasama syarikat swasta bangunkan sektor pertanian – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/#respond Sat, 11 Feb 2023 12:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29419
Read Time:2 Minute, 45 Second

BEAUFORT: Kerajaan Negeri Sabah amat mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dari syarikat swasta untuk sama-sama membangunkan sektor pertanian khasnya dari segi ladang pengeluaran makanan.

Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pelancaran Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2, anjuran Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. adalah tepat masanya dan selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Sabah Maju Jaya 2021-2025 untuk membantu penglibatan golongan B40 menjadi usahawan yang berjaya dalam sektor pertanian khasnya dalam pengeluaran nanas MD2 yang mempunyai potensi dan nilai pasaran yang menggalakkan.

“Terima kasih Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd atas sokongan dan penglibatan dalam agenda pembangunan kerajaan negeri dari segi komitmen dan pelaburan sektor pertanian.

“Pihak Kerajaan Negeri Sabah amat mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dari syarikat swasta untuk sama-sama membangunkan sektor pertanian khasnya dari segi ladang pengeluaran makanan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2, anjuran Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. di Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Korporasi Pembangunan Desa di Lingkungan di sini hari ini. (11 Feb)

Jeffrey berkata, program AGRO Komuniti B40 bertujuan untuk melatih petani kecil menjadi usahawan dengan skala tanaman yang lebih besar & berinovasi serta mempercepatkan pemindahan teknologi & kepakaran bidang pertanian kepada kumpulan sasar yang terlibat.

“Program ini melibatkan kolaborasi pelbagai pihak iaitu Aqina Fruits Sdn Bhd, Aqina Borneo Sdn Bhd, KPD dan AGROBANK. Kolaborasi ini akan mewujudkan satu mekanisme untuk membantu golongan B40 melibatkan diri dalam penanaman dan pemasaran nanas MD2.

“Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. akan membekalkan khidmat nasihat berkenaan pengurusan ladang, kewangan, kaedah, teknik-teknik tanaman nanas MD2 dari peringkat penyediaan tanah hingga tuaian hasil serta pasaran manakala pihak Agorbank akan membantu dari segi pembiayaan kewangan,” katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama, Korporasi Pembangunan Desa (KPD), agensi pelaksana di bawah kementerian saya turut memberi sokongan padu kepada Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. dari segi membekalkan rangkaian kemudahan pemasaran melalui Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) KPD Lingkungan.

Katanya, inisiatif KPD untuk membina Pusat Pengumpulan Hasil Tani sangat relevan dan tepat pada masanya dalam memberi kemudahan pemasaran kepada penduduk dan pengeluar hasil pertanian di sekitar Beaufort dan Sipitang.

“APCC ini dilengkapi dengan fasiliti ruang pengumpulan, penggredan, pembungkusan dan pengangkutan hasil pertanian dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan. Sistem pemasaran secara digital melalui KPD SMART akan membantu kumpulan sasar menembusi segmen pasaran secara online,” jelasnya.

Justeru, tambah beliau, pelaksanaan Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2 akan menjadi program perintis untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah B40 dalam industri pertanian.

“Initipati program ini akan memanfaatkan golongan B40 sehingga mereka berjaya menjadi usahawan peladang kontrak tanaman nanas MD2 dan seterusnya memainkan peranan dalam agenda pembangunan kerajaan iaitu “Food Security”.

“Saya berharap pelaksanaan program AGRO Komuniti ini dapat berkembang ke daerah dan lokasi yang lain agar golongan B40 ini mendapat manfaat dan peluang pekerjaan dan berdikari sebagai usahawan yang berjaya,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Robert Stidi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan Merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa, Jannie Lasimbang, Pengarah Kumpulan Syarikat Aqina Dato Abdul Aziz Bakar, Ketua Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa, Jamilah Lee.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/feed/ 0 29419