Sektor – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Jan 2022 09:14:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sektor – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Norway Berminat Dalam Sektor Pengeluaran Tenaga Boleh Diperbaharui Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/19/norway-berminat-dalam-sektor-pengeluaran-tenaga-boleh-diperbaharui-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/norway-berminat-dalam-sektor-pengeluaran-tenaga-boleh-diperbaharui-di-sabah/#respond Wed, 19 Jan 2022 09:14:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11296
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Norway dalam sektor pengeluaran tenaga boleh diperbaharui di Sabah ataupun sektor tenaga hijau.

“Norway terkenal dengan keupayaannya dalam pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui menggunakan teknologi terkini,” kata Hajiji semasa menerima menerima kunjungan daripada Duta Norway ke Malaysia, Morten Paulsen di Menara Kinabalu dekat sini, hari ini. (19 Jan)

Hajiji berkata, pertemuan ini memberikan lebih banyak ruang untuk membincangkan dengan lebih mendalam beberapa perkara penting antaranya kerjasama dua hala, peluang pelaburan di Sabah serta kerjasama strategik khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ataupun sektor tenaga hijau.

“Agenda pengurusan dan pembangunan tenaga lestari merupakan salah satu pelan strategik di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan Negeri Sabah akan terus meneroka lebih banyak peluang hasil kerjasama sebegini untuk membuka lebih banyak potensi negeri,” katanya.

Rombongan Norway telah berada di Sabah selama lebih seminggu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 , mereka juga turut menyatakan kagum dengan alam semulajadi di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/norway-berminat-dalam-sektor-pengeluaran-tenaga-boleh-diperbaharui-di-sabah/feed/ 0 11296
Kerajaan Negeri Mahu MOTAC Bantu Sektor Pelancongan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-negeri-mahu-motac-bantu-sektor-pelancongan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-negeri-mahu-motac-bantu-sektor-pelancongan-di-sabah/#respond Sun, 05 Dec 2021 06:30:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9335
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Selain Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Kerajaan Negeri juga mahu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membantu merancakkan dan memulihkan semula industri pelancongan negeri ini kerana penggiat industri pelancongan di Sabah amat terkesan akibat COVID-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bahawa beliau mahu MOTAC dan agensinya di Sabah membantu industri pelancongan negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Hajiji berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri MOTAC, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar A/L Ramanaidu di kediaman rasminya di Sri Gaya Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji telah diberi taklimat peranan dan fungsi jabatan dan agensi MOTAC di Sabah oleh Dr. Santhara dan ketua-ketua jabatan dan agensi kementerian itu yang hadir.

Sehubungan dengan itu Hajiji turut menyatakan selain membantu industri pelancongan negeri, pengusaha pelancongan berasaskan komuniti juga memerlukan sokongan untuk membantu memulihkan aktiviti selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu memastikan sektor pelancongan kembali rancak dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negeri,” tegas Hajiji.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Roland Chia dan ketua-ketua jabatan dan agensi Motac di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-negeri-mahu-motac-bantu-sektor-pelancongan-di-sabah/feed/ 0 9335
PKPKP Anjur Kursus Pengendalian Dron Dalam Sektor Pertanian https://sabahmedia.com/2021/11/18/pkpkp-anjur-kursus-pengendalian-dron-dalam-sektor-pertanian/ https://sabahmedia.com/2021/11/18/pkpkp-anjur-kursus-pengendalian-dron-dalam-sektor-pertanian/#respond Thu, 18 Nov 2021 02:35:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8566
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menganjurkan kursus pengendalian dron dalam sektor pertanian bagi melatih graduan lepasan ijazah pelbagai bidang, baru-baru ini.

Pengarah PKPKP UMS, Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, kursus yang dikenali sebagai Certified Drone Precision Agriculture Proficient itu diadakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Peserta sedang mengendalikan dron semasa kursus diadakan secara fizikal.
Dr Soon (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

“PENJANA KPT-CAP ini merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

“Kita adakan kursus dron secara hibrid iaitu dalam talian dan secara fizikal dengan penyertaan seramai 33 peserta dari seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Soon, kursus itu melatih para peserta dalam operasi dron, pengumpulan data, pemprosesan data dan analisis data.

“Di samping itu, ia bagi melatih kemahiran penggunaan dron dalam sektor pertanian seperti penyemburan racun menggunakan dron, dan data analisis bagi ladang kelapa sawit dan sawah padi.

“Kursus tersebut dibentuk mengikut keperluan industri dan mendapat persijilan daripada The Institute for Drone Technology Australia serta mendapat sokongan oleh persijilan City & Guilds United Kingdom (UK).

“Kandungan program ini juga selari dengan program modular Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2: Pengendalian Dron (H512-001-2:2019),” jelasnya.

Mengulas lanjut, Soon yang juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS memaklumkan, teknologi dron pada masa kini terutamanya penggunaan drone sprayer semakin mendapat tempat dalam sektor pertanian kerana dapat meningkatkan tahap kecekapan operasi dalam penyemburan racun perosak.

“Penggunaan drone sprayer mampu menjalankan proses penyemburan yang lebih efektif meliputi kawasan yang besar dalam masa yang singkat.

”Proses pemetaan menggunakan teknologi dron di ladang kelapa sawit dan sawah padi juga mampu memberikan analisa yang lebih tepat.

“Analisa yang lebih tepat ini mampu memacu para peladang untuk membuat perancangan dan tindakan yang lebih sesuai dan proaktif untuk meningkatkan hasil tanaman,” kata Soon lagi.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan kelancaran program berkenaan.

”Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada PENJANA KPT-CAP, UMS, pihak industri iaitu SG Academy atas usaha dan kerjasama yang cukup komited dalam memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan jayanya.

“Kerjasama dan komitmen yang erat seumpama ini diharap diteruskan lagi pada masa akan datang ke arah melahirkan generasi yang berkebolehan seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/18/pkpkp-anjur-kursus-pengendalian-dron-dalam-sektor-pertanian/feed/ 0 8566
Pembukaan Semula Aktiviti & Sektor Ekonomi, Memacu Kembali Pertumbuhan Ekonomi Setempat – Shahelmey https://sabahmedia.com/2021/10/23/pembukaan-semula-aktiviti-sektor-ekonomi-memacu-kembali-pertumbuhan-ekonomi-setempat-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2021/10/23/pembukaan-semula-aktiviti-sektor-ekonomi-memacu-kembali-pertumbuhan-ekonomi-setempat-shahelmey/#respond Sat, 23 Oct 2021 11:31:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7844
Read Time:1 Minute, 10 Second

KUNDASANG: Pembukaan semula pelbagai aktiviti serta sektor ekonomi akan dapat memacu kembali pertumbuhan ekonomi setempat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya juga akan dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat, namun demikian prosedur operasi standard (SOP) harus sentiasa dipatuhi agar proses pemulihan ekonomi tidak terjejas.

“Pelbagai aktiviti dan sektor-sektor ekonomi sudah mula dibuka, ini termasuk lah tamu-tamu dan pasar malam.

“Ia akan dapat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat di negeri ini.

“Dalam melakukan aktiviti, penting untuk kita mematuhi SOP agar segala rancangan pemulihan dan pembukaan ekonomi tidak akan terganggu lagi dengan jangkitan-jangkitan atau peningkatan kes COVID-19 disebabkan kecuaian kita” jelasnya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Rukun Tetanga (RT) Care di Tamu KRT Kundasang anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) pada Sabtu.(23 Oktober 2021)

Terdahulu, dalam program yang sama, Shahelmey turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada peniaga-peniaga Tamu KRT Kundasang yang merupakan Ahli Kawasan Rukun Tetangga Kundasang.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui JPNIN yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah kepada para peniaga yang baru kembali memulakan perniagaan itu akan dapat meringankan sedikit beban mereka.

“Saya berharap sumbangan ini akan dapat membantu meringankan sedikit beban para peniaga yang terkesan dan baru memulakan kembali perniagaan sejak pandemik COVID-19 melanda negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/23/pembukaan-semula-aktiviti-sektor-ekonomi-memacu-kembali-pertumbuhan-ekonomi-setempat-shahelmey/feed/ 0 7844