Selam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Jul 2025 15:06:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Selam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MOTAC Siasat Insiden Pelancong Taiwan Dikasari di Semporna https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/#respond Thu, 24 Jul 2025 15:05:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77878
Read Time:1 Minute, 0 Second

Tawau – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius insiden melibatkan seorang pelancong dari Taiwan yang didakwa dikasari oleh seorang jurulatih selam bebas di Semporna, Sabah pada 23 Julai lalu.

Kejadian tersebut turut dikaitkan dengan sebuah syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC.

Sebelum itu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 2 minit 47 saat yang memaparkan pergaduhan membabitkan seorang individu berbaju hitam dengan seorang pelancong lelaki berpakaian putih, dipercayai berlaku di kawasan jeti pelancongan di Semporna.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC menghargai tindakan pantas pihak polis yang telah menahan suspek terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kes ini sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan MOTAC akan terus memantau perkembangan siasatan dengan teliti,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman terhadap syarikat pengendali pelancongan yang terlibat sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

MOTAC turut menegaskan bahawa semua pengusaha pelancongan wajib mematuhi undang-undang, menjaga tahap profesionalisme, dan memastikan keselamatan pelancong sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap aspek perkhidmatan yang ditawarkan.

“Keselamatan pelancong, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, adalah keutamaan kami dalam usaha mengekalkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” menurut kenyataan itu lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/feed/ 0 77878
Keselamatan jadi keutamaan dalam aktiviti skuba – Josie Lai https://sabahmedia.com/2025/07/21/keselamatan-jadi-keutamaan-dalam-aktiviti-skuba-josie-lai/ https://sabahmedia.com/2025/07/21/keselamatan-jadi-keutamaan-dalam-aktiviti-skuba-josie-lai/#respond Mon, 21 Jul 2025 06:03:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77647
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri mahu penggemar aktiviti menyelam skuba perlu mengutamakan keselamatan yang menjadi tunjang utama dalam setiap aktiviti marin yang berisiko tinggi.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Josie Lai, berkata keselamatan bukan pilihan, tetapi keutamaan mutlak dalam aktiviti menyelam.

“Lautan adalah khazanah alam yang kita warisi, namun ia datang dengan tanggungjawab besar.

“Ini terutamanya dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan setiap individu yang menyelaminya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Safety Medical Talk 1.0 anjuran Kelab Sabah Dive Squad di Dewan Sekafi, Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) dan UMS.

Tambah Josie, menyelam bukan sekadar aktiviti rekreasi, sebaliknya merupakan disiplin teknikal yang memerlukan pengetahuan, latihan menyeluruh serta pematuhan ketat terhadap protokol keselamatan.

“Program seperti ini sangat penting kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan terhadap isu keselamatan dan perubatan berkaitan selaman, tetapi juga berpotensi menyelamatkan nyawa.

Program sehari itu menghimpunkan hampir 100 peserta, termasuk pengendali pusat selaman, doktor perubatan, penyelidik, pelajar, serta pegawai dari Polis Maritim, APMM, TLDM, Jabatan Bomba dan agensi kerajaan berkaitan.

Barisan penceramah profesional turut dijemput, antaranya Lt Kol (Dr) Eugene Tan Choon Li (penasihat perubatan skuba), Pegawai Waran Pertama Almudi Eskal (penasihat selaman teknikal), dan aktivis pemuliharaan laut Monica Chin.

Wakil kementerian, Mohd Hisham Ujang, turut berkongsi mengenai prosedur operasi standard (SOP) penyelaman skuba yang diguna pakai di Sabah.

Sementara itu, Presiden Kelab Sabah Dive Squad, Sim Fui, mengingatkan bahawa insiden penyelaman yang berlaku di perairan Sabah kebelakangan ini menjadi peringatan serius kepada semua.

“Bahaya boleh muncul pada kedalaman apa pun, daripada perpisahan semasa selaman, kecemasan perubatan hingga kehilangan nyawa, ” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/21/keselamatan-jadi-keutamaan-dalam-aktiviti-skuba-josie-lai/feed/ 0 77647