Selamatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Apr 2023 11:48:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Selamatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nenek maut selamatkan cucu dari dilanggar motosikal https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/ https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/#respond Tue, 18 Apr 2023 11:48:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33003
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Seorang nenek maut dipercayai cuba menyelamatkan cucunya dari dilanggar sebuah motosikal semasa melintas jalan di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Rampayan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman pada jam 8.55 pagi tadi (18 April) mengenai satu kemalangan jalan raya berlaku di Jalan UMS berhampiran Kampung Rampayan melibatkan dua orang pejalan kaki serta satu penunggang motosikal bersama pembonceng.

“Siasatan awal kejadian mendapati penunggang motosikal seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Indah Permai menuju ke One Borneo untuk menghantar teman wanitanya (pembonceng) ke tempat kerja.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lelaki tersebut sedang menunggang motosikal di lorong kanan, tiba-tiba nenek dan cucunya dari arah kiri telah melintas dihadapan laluan penunggang menyebabkan tidak sempat mengelak lalu terlanggar nenek tersebut.

“Walaubagaimanapun sebelum pelanggaran berlaku nenek itu sempat menolak cucunya untuk elak daripada dilanggar.

“Nenek yang berusia 56 tahun yang dilanggar mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala cucunya yang berusia sembilan tahun hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, kesan pelanggaran tersebut juga menyebabkan penunggang dan pembonceng terbabas ke bahu kanan jalan bersama motosikal yang dinaiki.

Katanya, penunggang yang berusia 46 tahun itu turut mengalami kecederaan dibahagian kepala juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pembonceng berusia 47 tahun dan cucu yang melintas jalan tadi hanya cedera ringan dibahagian muka masing-masing dibawa ke Hospital Likas dan seterusnya ke Hospital Queen Elezabeth l (HQE1) untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kesemua pihak yang terlibat tidak disyaki mabuk. Namun spesimen milik kedua-dua mangsa yang maut akan diambil setelah bedah siasat dijalankan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/feed/ 0 33003
Bomba selamatkan lelaki jatuh gaung https://sabahmedia.com/2023/01/22/bomba-selamatkan-lelaki-jatuh-gaung/ https://sabahmedia.com/2023/01/22/bomba-selamatkan-lelaki-jatuh-gaung/#respond Sun, 22 Jan 2023 08:02:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28306
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki telah terjatuh ke dalam gaung dengan kedalaman 200 kaki dalam satu kejadian di Kg Longkou Baru, Telipok, dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.24 awal pagi tadi (22 Jan) mengenai kejadian berkenaan.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa lelaki dilaporkan telah jatuh kedalam gaung dengan kedalaman 200 kaki.

“Seterusnya pasukan Bomba bertindak membuat pencarian dikawasan tersebut. Mangsa telah ditemui oleh Pasukan Bomba dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mangsa diberi rawatan awal oleh EMRS dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut. – Foto ihsan JBPM Sabah.

Menurutnya, mangsa yang berusia 38 tahun itu kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 5.30 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/22/bomba-selamatkan-lelaki-jatuh-gaung/feed/ 0 28306
APMM Bantu Selamatkan Kru dan Kapal Kontena Hanyut Di Perairan Pulau Pom Pom https://sabahmedia.com/2022/02/19/apmm-bantu-selamatkan-kru-dan-kapal-kontena-hanyut-di-perairan-pulau-pompom/ https://sabahmedia.com/2022/02/19/apmm-bantu-selamatkan-kru-dan-kapal-kontena-hanyut-di-perairan-pulau-pompom/#respond Sat, 19 Feb 2022 09:44:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12370
Read Time:1 Minute, 2 Second

SEMPORNA: Sebuah kapal kontena yang hanyut disebabkan kegagalan jentera utama gagal berfungsi di perairan Pulau Pom Pom dekat sini diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna pada Jumaat. (18 Feb)

Menurut kenyataan media APMM Zon Maritim Semporna hari ini, pihaknya menerima maklumat daripada Zon Maritim Lahad Datu berkenaan sebuah kapal kontena berdaftar dengan nama Danum 171 milik syarikat Shin Yang Shipping Sdn Bhd dikatakan dalam pelayaran daripada Kota Kinabalu menuju ke Tawau telah mengalami kerosakan pada janakuasa utama semasa melalui kawasan perairan pulau Pom Pom dan gagal dikemudikan lalu hanyut ke arah Pulau Pom Pom pagi semalam.

“Bot Peronda Cenderawasih 09 dan Bot Adal 18 telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk mengawasi dan kawalan keselamatan persekitaran bagi mengelakkan berlaku sebarang insiden.

“Pada jam lebih kurang 4.00 petang Danum 171 telah ditunda keluar oleh bot tunda Santalu 36 dari kawasan perairan tersebut dan dibawa menuju ke Lahad Datu untuk pembaikan sebelum meneruskan pelayaran,”kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kesemua kru kapal seramai 17 orang selamat di atas kapal tersebut.

Dalam pada itu, Zon Maritim Semporna telah membuat pemantauan terhadap kapal tersebut pada jam 10.00 pagi semalam sehingga kapal selamat berlabuh di pelabuhan kontena Lahad Datu pada jam 8.05 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/19/apmm-bantu-selamatkan-kru-dan-kapal-kontena-hanyut-di-perairan-pulau-pompom/feed/ 0 12370