selangor – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Aug 2024 13:19:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png selangor – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji terima kunjungan Menteri Besar Selangor https://sabahmedia.com/2024/08/04/hajiji-terima-kunjungan-menteri-besar-selangor/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/hajiji-terima-kunjungan-menteri-besar-selangor/#respond Sun, 04 Aug 2024 13:19:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58553
Read Time:26 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor petang tadi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini.

Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di Sabah bagi menghadiri Majlis Himpunan Perdana Rakyat yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Hadir sama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew, Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Timbalannya, Peto Galim.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/hajiji-terima-kunjungan-menteri-besar-selangor/feed/ 0 58553
Tak Rela Dimalukan Singapura https://sabahmedia.com/2022/02/16/tak-rela-dimalukan-singapura/ https://sabahmedia.com/2022/02/16/tak-rela-dimalukan-singapura/#respond Wed, 16 Feb 2022 03:44:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12251
Read Time:1 Minute, 39 Second

SHAH ALAM: Skuad lelaki negara tidak rela dimalukan apabila membuat perhitungan dengan Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam, hari ini

Pengarah Kejurulatihan (perseorangan) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menyifatkan aksi jiran tetangga itu sebagai wajib menang bagi meningkatkan tahap keyakinan pemain untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

Katanya, biarpun Singapura diperkuatkan dengan kehadiran juara dunia, Loh Kean Yew namun dia yakin dengan kemampuan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang berpotensi untuk menyumbang mata pertama buat pasukan negara.

“Benar, Kean Yew adalah seorang pemain yang handal dan perlu dihormati. Namun, apabila kita bertanding, kita perlu lawan tidak kira siapa pun dan kita mahu menang.

“Ini adalah kejohanan berpasukan dan kita tidak boleh bergantung kepada seorang pemain saja, kita memerlukan tiga mata untuk memenangi setiap perlawanan.

“Saya sedar beregu utama Singapura (Loh Kean Hean-Terry Hee) menunjukkan peningkatan prestasi yang baik ketika ini dan kita perlu berwaspada. Namun, saya percaya kita boleh mengatasi (Singapura) bermula dengan perlawanan pertama,” kata Choong Hann.

Malaysia yang berjaya melangkah ke final pada edisi 2020 di Filipina dijangka menurunkan barisan terkuat bagi memastikan kemenangan pertama dalam saingan peringkat kumpulan kali ini.

Zii Jia pastinya menjadi sandaran untuk menyumbang mata pertama dengan Ng Tze Yong diletakkan sebagai perseorangan kedua dan Leong Jun Hao dijangka menggalas tugas perseorangan ketiga.

Bagi acara beregu, cabaran skuad negara akan diketuai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik manakala Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dijangka turun sebagai beregu kedua.

Mengulas mengenai tekanan yang mungkin dialami barisan pemain negara apabila harapan tinggi diletakkan untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian dua tahun lalu dengan mara ke final selain beraksi di laman sendiri, Choong Hann percaya anak buahnya akan sentiasa berfikiran positif.

“Apa yang paling adalah cara kita berfikir. Kalau kita selalu berfikiran positif tidak kira betapa teruk situasi sekalipun, anda akan dapat menyelesaikan semua perkara dengan positif. Ini adalah pendekatan yang kita akan gunakan,” katanya. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/16/tak-rela-dimalukan-singapura/feed/ 0 12251
WD Group Sediakan 5 Lori bagi percepatkan Usaha pembersihan sampah Pasca banjir https://sabahmedia.com/2021/12/28/wd-group-sediakan-5-lori-bagi-percepatkan-usaha-pembersihan-sampah-pasca-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/wd-group-sediakan-5-lori-bagi-percepatkan-usaha-pembersihan-sampah-pasca-banjir/#respond Tue, 28 Dec 2021 08:07:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10369
Read Time:1 Minute, 13 Second

SHAH ALAM: Sebuah syarikat berteraskan teknologi solar, WD Group hari ini menggerakkan lima buah lori, bertujuan mengangkut sampah ekoran bencana banjir yang melanda Selangor baru-baru ini.

Pengurus Logistik WD Group, Sich Kah Yong berkata, kesemua lori-lori angkut akan membawa sampah-sampah pasca banjir yang dikumpulkan di pusat pelupusan sampah sementara, untuk dibawa ke tapak Pelupusan Sanitari di Jeram, Selangor.

Ditemui pemberita Sabah Media di pusat transit sisa banjir, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 34, Shah Alam, Kah Yong berkata ini adalah satu tanggungjawab sosial korporat (SCR) syarikatnya bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini, baru-baru ini.

Mesra disapa Ah Boy, beliau memaklumkan bukan di sini sahaja syarikatnya menyediakan perkhidmatan lori, malah mereka turut mengerakkan lori bagi tujuan mengangkut sampah di beberapa lokasi lain di sekitar Shah Alam, dalam usaha mempercepatkan lagi kerja-kerja pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan.

Ketika ditanya berapa lama sampah-sampah ini akan dibersihkan, katanya usaha ini dijangka akan mengambil masa selama sebulan, kemudian mereka akan bergerak ke lokasi lain pula selepas ini.

Diminta mengulas kekecewaan rakyat yang menyatakan kelewatan agensi kerajaan untuk membantu mangsa banjir, Ah Boy menggesa orang ramai untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak baik terutama agensi Kerajaan.

“Kita janganlah menyalahkan Kerajaan, NGO mahupun mana-mana pihak, yang paling penting kita perlu tolong selamatkan nyawa orang dahulu.

“Jika kita sudah nampak, kita selamatkan dahulu, tidak perlu menanti mana-mana pihak, yang paling penting kita selamatkan nyawa orang dahulu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/wd-group-sediakan-5-lori-bagi-percepatkan-usaha-pembersihan-sampah-pasca-banjir/feed/ 0 10369
Banjir: 14 korban direkodkan di seluruh negara https://sabahmedia.com/2021/12/21/banjir-14-korban-direkodkan-di-seluruh-negara/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/banjir-14-korban-direkodkan-di-seluruh-negara/#respond Tue, 21 Dec 2021 04:58:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10146
Read Time:3 Minute, 37 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR, ~~ Tempoh 24 jam tanpa hujan lebat di beberapa negeri sedikit memberikan kelegaan dan kegembiraan buat mangsa terjejas dengan banjir yang telah memasuki hari ketiga hari ini.

Namun keadaan cuaca panas itu yang membolehkan keadaan air di beberapa kawasan mulai surut, turut membawa berita duka buat negara apabila terdapat angka korban akibat bencana telah direkodkan.

Lapan mayat ditemukan di Selangor manakala Pahang mencatat jumlah korban seramai enam orang manakala empat lagi dilapor masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong. 

Penemuan mayat itu menjadikan 14 orang terkoban dalam kejadian banjir yang melanda lapan negeri, dan mengakibatkan 66,939 mangsa dipindahkan ke 466 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur. 

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata di Selangor selain kematian akibat banjir itu direkodkan di Shah Alam dengan empat kematian, di daerah Kajang merekodkan dua kematian dan masing-masing satu di Sungai Buloh dan Sepang.

Satu mayat lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mangsa lemas pertama ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22, Shah Alam pada 7.50 malam semalam.

Penemuan mayat bagaimanapun tidak terhenti di situ apabila pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi mangsa lemas ditemukan maut dalam insiden banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kesemua mayat lelaki dengan dua daripadanya ditemukan pada 1 pagi sementara satu lagi mayat ditemukan pada 5 pagi tadi oleh orang awam dan pihak bomba ketika kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan dan kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata dua mayat lelaki ditemukan di Dengkil dan satu mayat lelaki ditemukan di Sepang hari ini, sementara satu mayat lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.

Selain itu, beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka dilaporkan berlaku di kawasan Taman Sri Muda yang sedang mengalami banjir teruk yang dipercayai berlaku sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang dan ia disahkan Baharudin kepada Bernama.

Di PAHANG pula, operator kilang M.Gunalan, 38, menjadi korban pertama banjir di negeri itu setelah ditemukan maut pada 2.22 petang Jumaat (17 Dis) kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilihat jatuh semasa meredah banjir di jalan berhampiran tanah perkuburan Cina di Gambang.

Korban kedua direkodkan membabitkan seorang lelaki yang dilapor hilang pada 1 pagi semalam, selepas dia dikatakan cuba meredah banjir di Kampung Cempaka bersama seorang rakan dengan menaiki kereta Proton Exora sebelum kenderaan itu terkandas. Bagaimanapun rakannya terselamat.

Dalam pada itu, tiga mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat  (SAR) hari ini yang memulakan operasi bermula 9 pagi di kawasan mereka dilapor hilang.

Mayat lelaki ditemukan pada 1 tengah hari tadi manakala mayat tiga wanita ditemukan pada 1.20 tengah hari, 2 petang dan 4.23 petang, kira-kira dua hingga lima kilometer dari lokasi mereka dilapor hanyut di kawasan sungai di kampung itu.

Di PERAK, meskipun cuaca diramal baik sehingga esok pagi di kebanyakan tempat namun pihak berkuasa akan terus membuat pemantauan khasnya di kawasan berisiko tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Di TERENGGANU, kebanyakan paras air di sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali di stesen bacaan Sungai Kemaman di rumah pam Paya Paman yang merekodkan ketinggian 4.45 meter (m) mengatasi paras bahaya 4m.

Di KUALA LUMPUR, Seramai 371 mangsa banjir di ibu negara masih ditempatkan di tiga PPS yang dibuka serta keadaan baik hari ini menyaksikan 10 jalan yang sebelum ini ditutup akibat ditenggelami air, telah kembali dibuka.

Di KELANTAN, empat sungai utama berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai merekodkan bacaan 36.67 meter (m), Sungai Kelantan di Tangga Krai (25.10m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.29m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.19m).

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu yang ditempatkan di PPS semakin menurun susulan keadaan cuaca baik hari ini.

 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/banjir-14-korban-direkodkan-di-seluruh-negara/feed/ 0 10146
Banjir: PM arah Panglima ATM, KPN kerah lebih banyak aset, anggota https://sabahmedia.com/2021/12/19/banjir-pm-arah-panglima-atm-kpn-kerah-lebih-banyak-aset-anggota/ https://sabahmedia.com/2021/12/19/banjir-pm-arah-panglima-atm-kpn-kerah-lebih-banyak-aset-anggota/#respond Sun, 19 Dec 2021 01:50:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10066
Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menggerakkan lebih banyak aset dan anggota susulan banjir teruk di Selangor dan negeri-negeri lain.

Ismail Sabri berkata beliau telah menghubungi Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung perkara itu.

“Saya telah hubungi PAT (Affendi) dan IGP (Acryl Sani) untuk menggerakkan lebih ramai anggota bagi membantu perpindahan mangsa-mangsa yang terperangkap di Selangor.

“Insya-Allah, kita akan cuba berusaha sedaya upaya untuk membantu mangsa-mangsa yang terperangkap untuk diselesaikan malam ini,” katanya pada sidang media mengenai situasi terkini banjir di Pusat Operasi Bencana Negara lewat malam tadi.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengisytiharkan darurat di Selangor dan Kuala Lumpur sekiranya banjir berterusan, Ismail Sabri berkata perkara itu akan terus dipantau dan diteliti.

“Saya telah menghubungi KSN (Ketua Setiausaha Negara), KP MKN (Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara) dan akan terus berkomunikasi dengan mereka dan sebagainya untuk tindakan selanjutnya,” kata perdana menteri.

Ismail Sabri berkata sebanyak 453 aset kenderaan dan logistik daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, PDRM, ATM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan telah diatur gerak untuk membantu mangsa dengan kekuatan seramai 2,817 anggota.

Beliau turut memberitahu bahawa talian hotline Pusat Pengurusan Bencana Negara iaitu 03-80642400 kini dibuka untuk bantuan dan kecemasan.

Sehingga 11 malam ini, seramai 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga ditempatkan di 188 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak berikutan banjir akibat hujan lebat sejak semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/19/banjir-pm-arah-panglima-atm-kpn-kerah-lebih-banyak-aset-anggota/feed/ 0 10066