Selekat kiti mitu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Jul 2025 23:36:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Selekat kiti mitu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Selekat Kiti Mitu’ ciptaan Nurul Fadzilah menang Juara Kategori Bajau https://sabahmedia.com/2025/07/19/selekat-kiti-mitu-ciptaan-nurul-fadzilah-menang-juara-kategori-bajau/ https://sabahmedia.com/2025/07/19/selekat-kiti-mitu-ciptaan-nurul-fadzilah-menang-juara-kategori-bajau/#respond Fri, 18 Jul 2025 19:02:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77538
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Komposer dan penulis lirik lagu ‘Selekat Kiti Mitu’, Nurul Fadzilah Noordin, 40, meluahkan rasa syukur dan terharu apabila karya ciptaannya diangkat sebagai Juara Kategori Bajau dan turut memenangi Vokal Terbaik menerusi nyanyian Mohamad Rozaimi Rozali di Anugerah Lagu Sabah VFM yang berlangsung di sini pada 10 Julai lalu.

Menurut Fadzilah, lagu tersebut sangat dekat di hatinya kerana mengangkat tema cinta dan pengorbanan dalam konteks budaya serta nilai masyarakat Bajau Sama.

“Saya amat bersyukur dengan pengiktirafan ini. Ia adalah satu penghormatan besar buat saya sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.

“Apa yang lebih membanggakan, lagu ini menjadi jambatan untuk mengangkat keindahan bahasa ibunda Bajau Sama agar lebih dihargai dan difahami oleh generasi muda,” katanya kepada Sabah Media hari ini.

Jelasnya lagi, inspirasi menghasilkan lagu itu datang daripada kisah cinta yang berat untuk diterima, namun penuh keikhlasan.

“Selekat Kiti Mitu bermaksud Berpisah Kita Di Sini. Ia mengisahkan tentang dua insan yang saling mencintai, tetapi terpaksa berpisah apabila si kekasih memilih untuk berundur demi memenuhi harapan keluarga pasangannya,” katanya.

Tambah Fadzilah, lagu tersebut bukan sekadar hiburan, tetapi membawa mesej mendalam mengenai pengorbanan dan reda terhadap takdir.

“Saya mahu setiap bait lagu ini dirasai, bukan sekadar didengar. Saya percaya kekuatan lagu etnik adalah pada keikhlasan dan nilai budayanya,” jelasnya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pihak RTM dan Sabah VFM kerana menyediakan platform untuk mengetengahkan bakat serta karya tempatan.

“Kemenangan ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk seluruh komuniti Bajau Sama. Ia membuktikan bahawa bahasa dan budaya kita mempunyai tempat yang istimewa dalam dunia seni muzik tanah air,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/19/selekat-kiti-mitu-ciptaan-nurul-fadzilah-menang-juara-kategori-bajau/feed/ 0 77538