Selepas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Jul 2023 13:28:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Selepas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua pemburu ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di hutan https://sabahmedia.com/2023/07/07/dua-pemburu-ditemui-selamat-selepas-hampir-dua-minggu-hilang-di-hutan/ https://sabahmedia.com/2023/07/07/dua-pemburu-ditemui-selamat-selepas-hampir-dua-minggu-hilang-di-hutan/#respond Fri, 07 Jul 2023 12:48:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37886
Read Time:1 Minute, 35 Second

TAWAU: Hampir dua minggu dikhuatiri hilang di dalam hutan ketika memburu sejak 24 Jun lalu, dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak 11 tahun ditemui selamat oleh orang awam pada jam 9.30 pagi tadi (7 Julai).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau TPgB Jemishin Ujin ketika dihubungi Sabah Media hari ini mengesahkan penemuan dua mangsa dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan Al Fajri Anto, 11.

Jemishin berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada Pegawai Penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kedua-dua mangsa dijumpai oleh orang awam sekitar jam 9.30 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-9 dimulakan dan mangsa ditemui pada jarak 7.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang di kawasan hutan berhampiran Ladang Usahawan Borneo Brumas, Tawau.

“Mangsa dikatakan dapat bertahan untuk meneruskan hidup dengan hanya minum air sungai dan memakan jambu di tepi sungai selama hampir dua minggu berada di dalam hutan berkenaan.

“Mangsa memberitahu mereka juga terdengar suara pasukan penyelamat dari tepi ladang dan kedua-dua mangsa berjaya keluar dari hutan tersebut pada jam 9.30 pagi,” kata Jemishin.

Menurut Jemishin, kedua-dua mangsa seterusnya dihantar ke Dewan Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) berjumpa dengan keluarga mangsa.

“Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa memastikan mangsa dalam keadaan baik sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 petang,” katanya.

Sebelum ini, pada 29 Jun 2023 pihak kawalan BBP Tawau terima laporan daripada pihak polis terdapat dua orang mangsa dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun 2023 di kawasan hutan berhampiran Ladang Usahawan Borneo Brumas, Tawau .

Menurut laporan itu, mangsa keluar memburu secara berkumpulan iaitu lapan orang dan telah berpecah kepada beberapa kumpulan ketika di dalam hutan.

“Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakan-rakannya namun kedua-dua mangsa hilang.

“Pasukan SAR mencari mangsa hilang dilancarkan pada 29 Jun terdiri daripada bomba, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat Perhutanan dan SAPURA – Komunikasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/07/dua-pemburu-ditemui-selamat-selepas-hampir-dua-minggu-hilang-di-hutan/feed/ 0 37886
SESB Teruskan Usaha Untuk Baikpulih Bekalan Elektrik Selepas Banjir https://sabahmedia.com/2021/09/22/sesb-teruskan-usaha-untuk-baikpulih-bekalan-elektrik-selepas-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/sesb-teruskan-usaha-untuk-baikpulih-bekalan-elektrik-selepas-banjir/#respond Wed, 22 Sep 2021 12:25:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6743
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) meneruskan usaha untuk membaikpulih bekalan walaupun berhadapan cabaran untuk memasuki kawasan selepas banjir.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja membaikpulih tiang dan talian elektrik yang rosak dan terjejas akibat banjir di beberapa tempat di Kawasan Pantai Barat Sabah masih terus dilaksanakan oleh pasukan teknikal SESB dan kontraktor yang dilantik.

“Usaha membaikpulih mengambil sedikit masa kerana pasukan teknikal SESB berhadapan dengan laluan berlumpur tebal dan licin. Manakala, itu ada sebahagian tempat yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan pasukan teknikal terpaksa berjalan kaki dengan membawa peralatan baikpulih,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Idris turut menjelaskan bahawa pemulihan bekalan di beberapa kampung di Daerah Penampang telah mengambil sedikit masa memandangkan ianya perlu dilaksanakan secara berperingkat.

“Ada beberapa buah rumah di Kampung Sugud yang masih belum dapat disambung bekalan kerana tiang elektrik tumbang ke kawasan paya dan usaha pemulihan tidak dapat dilaksanakan disebabkan keadaan tanah yang masih basah dan lembut,” katanya.

Usaha pemulihan akan dilakukan apabila keadaan selamat dan penutupan bekalan dilakukan bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, SESB turut bertindak atas aduan penduduk Kampung Tabor di Menggatal yang menyatakan kebimbangan ke atas keadaan tiang elektrik yang condong.

“Tiang tersebut akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Idris menasihati pengguna dan orang awam untuk tidak mengalihkan wayar atau kabel yang jatuh kerana dikhuatiri masih mengalirkan arus elektrik dan boleh menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/sesb-teruskan-usaha-untuk-baikpulih-bekalan-elektrik-selepas-banjir/feed/ 0 6743