Selesaikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Apr 2024 12:47:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Selesaikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun – DBKK https://sabahmedia.com/2024/04/26/tindakan-tegas-individu-syarikat-gagal-selesaikan-tunggakan-bayar-cukai-kompaun-dbkk/ https://sabahmedia.com/2024/04/26/tindakan-tegas-individu-syarikat-gagal-selesaikan-tunggakan-bayar-cukai-kompaun-dbkk/#respond Fri, 26 Apr 2024 12:47:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53550
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menggesa kepada orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menyelesaikan sebarang tunggakan bayaran dalam kadar segera, ini termasuklah bayaran bagi cukai kadaran atau kompaun.

Justeru, usaha bagi mengenal pasti individu dan syarikat yang masih mempunyai tunggakan cukai dan kompaun akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihak DBKK tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu dan syarikat yang ingkar atau gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran mereka.

“Melihat kepada sikap sambil lewa segelintir masyarakat yang masih belum menjelaskan tunggakan bayaran walaupun dengan pelaksanaan kempen-kempen pengampunan yang lalu, amalan pengurangan atau diskaun tidak akan diberikan lagi oleh DBKK,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam sekali lagi untuk menyelesaikan tunggakan bayaran cukai atau kompaun mereka dalam masa terdekat ini selain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Semakan tunggakan dan pembayaran boleh dilakukan menerusi pautan eservices.dbkk.sabah.gov.my/,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/26/tindakan-tegas-individu-syarikat-gagal-selesaikan-tunggakan-bayar-cukai-kompaun-dbkk/feed/ 0 53550
Polis Kota Kinabalu selesaikan tiga kes samun berkawan dalam tempoh 24 jam https://sabahmedia.com/2023/01/19/polis-kota-kinabalu-selesaikan-tiga-kes-samun-berkawan-dalam-tempoh-24-jam/ https://sabahmedia.com/2023/01/19/polis-kota-kinabalu-selesaikan-tiga-kes-samun-berkawan-dalam-tempoh-24-jam/#respond Thu, 19 Jan 2023 14:39:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28159
Read Time:2 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu telah berjaya menyelesaikan tiga kes samun berkawan dalam tempoh 24 jam dengan tertangkapnya enam suspek lelaki dan seorang wanita serta merampas beberapa barang kes, yang dilaporkan berlaku di antara 14 hingga 16 Januari 2023.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejayaan pihak polis menangkap enam lelaki dan seorang wanita sekaligus berjaya menyelesaikan tiga kes samun berkawan di Daerah Kota Kinabalu dalam tempoh 24 jam itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Kesiksaan.

Menurutnya, kes samun berkawan yang pertama telah berlaku pada 14 Januari 2023 jam lebih kurang 10.20 malam bertempat di parkir kenderaan di sebuah apartment di Daerah Kota Kinabalu.

“Mangsa seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus jualan telah disamun oleh seorang lelaki dan beg sandang mengandungi wang tunai RM15,000 dan beberapa barangan berharga termasuk dua buah telefon bimbit, kad ATM dan dokumen peribadi mangsa telah dilarikan oleh suspek dengan menaiki sebuah motosikal yang ditunggang oleh rakan sejenayah.

“Jumlah anggaran kerugian keseluruhan lebih kurang RM18,000.00,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan agresif oleh pihak polis, pada 15 Januari 2023 telah berjaya mengesan dan menangkap satu suspek lelaki berumur 21 tahun dan merampas wang tunai RM2500 serta sebuah motosikal yang digunakan dalam kes samun ini dan pada 19 Januari 2023.

Dalam pada itu, katanya, satu lagi suspek lelaki berumur 42 tahun telah berjaya ditangkap dan merampas telefon bimbit, kad ATM bank dan dokumen peribadi mangsa,” ujarnya.

Manakala kes samun berkawan kedua, Mohd Zaidi berkata, dilaporkan pada 15 Januari 2023 pada jam 2.08 pagi melibatkan seorang mangsa iaitu pemandu e-hailing disamun oleh dua suspek di kawasan Menggatal, Kota Kinabalu.

“Mangsa yang baru selesai menghantar rakannya di kawasan tersebut telah ditahan oleh kedua suspek yang salah seorang darinya bersenjatakan sebatang kayu dan memaksa mangsa untuk membuka cermin kereta.

“Salah seorang suspek telah merampas beg silang serta dompet milik pengadu dan mengambil wang tunai sebanyak RM70.00 sebelum kedua suspek melarikan diri.

“Hasil siasatan agresif pada 15 Januari 2023, pihak polis telah berjaya menangkap satu suspek lelaki berumur 35 tahun dan satu suspek wanita berumur 36 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun ini,” katanya.

Sementara kes samun berkawan ketiga berlaku pada 15 Januari 2023 jam 8 malam di kawasan Sulaman Sentral, Kota Kinabalu.

“Dalam kes ini mangsa seorang pelajar perempuan telah disamun dan sebuah telefon bimbitnya berharga RM300 telah dilarikan.

“Mangsa telah bergelut dengan salah seorang suspek dan turut diseret oleh kenderaan suspek sebelum suspek berjaya menghilangkan diri bersama dua rakan sejenayah dengan menaiki sebuah kereta.

“Dalam kes ini mangsa telah mengalami kecederaan pada bahagian pipi dan kaki akibat diseret oleh kereta suspek,” katanya.

Menurut Mohd Zaidi, hasil siasatan agresif pada 19 Januari 2023 pihak polis telah berjaya menangkap tiga suspek lelaki berumur antara 23 hingga 30 tahun di Daerah Tuaran dan merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa serta sebuah kereta yang digunakan oleh suspek dalam kes samun ini.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis Daerah Kota Kinabalu berterima kasih kepada orang awam yang telah membantu menyalurkan maklumat sehingga pihak polis berjaya menyelesaikan ketiga-tiga kes samun berkumpulan ini dalam tempoh 24 jam,” kata Mohd Zaidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/19/polis-kota-kinabalu-selesaikan-tiga-kes-samun-berkawan-dalam-tempoh-24-jam/feed/ 0 28159
Usaha MID Menerusi DIDR Selesaikan Masalah Dihadapi SME https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/#respond Tue, 05 Oct 2021 07:32:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7197
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menerusi Jabatan Pembangunan Perindutrian dan Penyelidikan (DIDR) akan membuat kajian untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, pihak Kementerian dan DIDR akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat-syarikat terbabit.

Dr Joachim telah mengadakan lawatan kerja kilang SME di sini, semalam. Antara kilang yang dilawati oleh beliau ialah Dong Sin Food Sdn. Bhd. dan HKT Industries Sdn. Bhd.

Dalam lawatan itu, Dr. Joachim bertemu dengan pengusaha kilang-kilang tersebut untuk mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi serta berterima kasih kepada kedua-dua kilang ini yang telah memberikan taklimat perusahaan secara interaktif.

Beliau turut mengambil maklum tentang masalah yang diketengahkan antaranya kesesakan kilang yang memerlukan ruang yang lebih besar untuk penyimpanan mesin-mesin kilang.

Katanya, syarikat HKT Industries Sdn Bhd yang memproses pelbagai produk seperti barangan plastik, perabot dan tilam, manakala Dong Sing Food Sdn. Bhd yang memproses mi kering memerlukan ruang yang lebih besar.

“Kedua-dua kilang ini bersama dengan 15 lagi syarikat dalam industri yang sama memerlukan bantuan dan meminta agar mengetengahkan masalah ini kepada Kerajaan Negeri serta mencari jalan penyelesaian.

“HKT Industries Sdn Bhd mempunyai pekerja seramai 300 orang manakala Dong Sin Food Sdn Bhd mempunyai seramai 117 orang, justeru kilang-kilang ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sendiri,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Presiden Persekutuan Perindustrian Sabah (FSI), Richard Lim, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Wong Tiang Sing serta pegawai lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/feed/ 0 7197
RMK-12 Tumpu Selesaikan Masalah dihadapi Sabah Dan Sarawak – Maximus https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/ https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/#respond Mon, 27 Sep 2021 09:26:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6898
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-12 sebagai komitmen pihak kerajaan kepada negeri-negeri yang kurang maju, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Ucapan yang komprehensif dan padat itu dirumuskan dengan baik oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, yang mana tumpuan lebih diberikan kepada negeri-negeri yang kurang maju,” kata Maximus sebagai reaksi kepada perbentangan RMK12 di Parlimen, hari ini.

Maximus menyatakan jaminan Perdana Menteri untuk menyelesaikan permasalahan dan tuntutan yang tertunggak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan Kerajaan Persekutuan komited menyelesaikan pembangunan dan keperluan asas yang dihadapi oleh Sabah dan Sarawak.

“Dana pembangunan yang diperuntukkan untuk negeri-negeri yang kurang maju, terutama Sabah dan Sarawak, amat dialu-alukan.

“Tidak pernah dalam Rancangan Malaysia yang sebelumnya memberikan tumpuan seperti itu kepada Sabah dan Sarawak serta MA63.

“Isu-isu MA63 adalah antara fokus dalam ucapan PM, dan turut mengatakan bahawa beliau secara peribadi akan terlibat dalam memantau segala pelan pelaksanaan di Sabah dan Sarawak,” kata Maximus.

Maximus turut menyatakan bahawa Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) akan segera menubuhkan unit pemantauan bersama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memastikan pelan pelaksanaan infrastruktur dilaksanakan, selaras dengan matlamat pembangunan MA63.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/feed/ 0 6898