Seludup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 26 May 2026 08:20:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Seludup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 AKPS tumpas sindiket seludup terbesar ayam beku bernilai RM5.8 juta https://sabahmedia.com/2026/05/26/akps-tumpas-sindiket-seludup-terbesar-ayam-beku-bernilai-rm5-8-juta/ https://sabahmedia.com/2026/05/26/akps-tumpas-sindiket-seludup-terbesar-ayam-beku-bernilai-rm5-8-juta/#respond Tue, 26 May 2026 04:26:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97310
Read Time:2 Minute, 39 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menumpaskan cubaan penyeludupan terbesar ayam sejuk beku di negara ini selepas mengesan 26 kontena mengandungi produk haiwan itu bernilai lebih RM5.8 juta di Pelabuhan Sepanggar, di sini.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, daripada jumlah itu, 14 kontena berjaya diperiksa dan disahkan mengandungi 404,232 kilogram ayam sejuk beku bernilai lebih RM2.4 juta yang dipercayai berasal dari China dan Hong Kong.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan hasil kerjasama AKPS bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah susulan maklumat risikan diterima pada 19 Mei lalu.

“Bertindak atas maklumat itu, saya menghantar sepasukan pegawai AKPS dari Putrajaya ke Sabah untuk menjalankan pengesahan serta koordinasi bersama pihak Kastam dan Veterinar Sabah.

“Hasil pemeriksaan bermula 21 Mei lalu di kawasan Custom Examination Area (CEA), Pelabuhan Sepanggar, kita mendapati kesemua 14 kontena terbabit mengandungi ayam sejuk beku yang dibawa masuk menggunakan pengikraran palsu,” katanya dalam sidang media di Pelabuhan Sepanggar di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kontena berkenaan diikrarkan sebagai membawa masuk ubi kentang dan kacang pis, namun pemeriksaan menemukan produk ayam sejuk beku.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 berkaitan kesalahan membuat perakuan atau dokumen tidak benar dalam perkara material.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut mengenal pasti 12 lagi kontena dianggarkan melibatkan berat keseluruhan sebanyak 348,000 kilogram dengan nilai dagangan berjumlah RM3,422,000.00 dan dipercayai juga berasal dari China serta Hong Kong.

“Kontena dipercayai menggunakan modus operandi sama, namun pemeriksaan masih belum dapat dijalankan berikutan beberapa kekangan teknikal.

“12 kontena itu kini dipantau pihak kastam untuk tindakan lanjut dan jika disahkan mengandungi produk sama, ia akan menjadikan rampasan terbabit antara kejayaan terbesar membabitkan pengimportan makanan secara tidak sah di negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati produk berkenaan sudah siap dipaketkan dalam kotak berlabel dari Thailand dan Malaysia, termasuk menggunakan nama lokasi di Melaka dan Ipoh.

“Ada juga label tertera ‘only for Sabah’ pada kotak berkenaan. Kita percaya proses pembungkusan telah dilakukan lebih awal di negara pengeksport sebelum dihantar masuk ke Sabah,” katanya.

Menurutnya, kemasukan produk ayam sejuk beku dari China dan Hong Kong adalah tidak dibenarkan di Sabah berdasarkan peraturan veterinar negeri.

Beliau berkata, selain isu pematuhan undang-undang, aspek keselamatan makanan turut menjadi kebimbangan kerana status kesihatan produk berkenaan tidak dapat dipastikan.

“Kita tidak tahu sama ada ayam ini bebas penyakit atau boleh memudaratkan pengguna. Sebab itu tindakan penguatkuasaan ini penting demi melindungi kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Mengulas kemungkinan penglibatan sindiket, Mohd Shuhaily berkata, kuantiti besar dan kaedah pembungkusan digunakan menunjukkan kegiatan itu dipercayai didalangi kumpulan jenayah terancang.

Katanya, pihak berkuasa juga akan menyemak kesahihan logo halal yang tertera pada kotak produk terbabit bersama pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Melihat kepada kuantiti yang begitu besar, saya percaya kegiatan ini dilakukan secara terancang dan melibatkan rangkaian tertentu,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini kerana siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik dan rangkaian terlibat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/26/akps-tumpas-sindiket-seludup-terbesar-ayam-beku-bernilai-rm5-8-juta/feed/ 0 97310
Cubaan seludup petrol gagal di perairan Semporna https://sabahmedia.com/2025/11/21/cubaan-seludup-petrol-gagal-di-perairan-semporna/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/cubaan-seludup-petrol-gagal-di-perairan-semporna/#respond Fri, 21 Nov 2025 08:39:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86622
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Ahmad Husnayan

SEMPORNA: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup petrol selepas merampas dua bot enjin sangkut yang ditinggalkan tanpa kru dalam satu operasi bersepadu, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, rampasan dilakukan oleh Bot ADAL 18 ketika menjalankan OP PLUTO TIMUR 2/2013, OP Khas Cegah PATI (OCP) COVID-19 Sektor Timur serta OP TIRIS 3.0.

Menurutnya, kedua-dua bot berwarna kelabu biru dan kelabu itu dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.1 batu nautika utara Tanjung Pantau-Pantau pada jam 5.45 petang dan 5.50 petang.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot ditinggalkan tanpa kru. Kita percaya mereka melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amir Shubli berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua enjin sangkut Yamaha 40hp serta 37 jerikin petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini.

“Kedua-dua bot bersama enjin dan petrol berkenaan dirampas. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM20,000,” katanya.

Beliau berkata, semua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Semporna untuk proses dokumentasi dan siasatan selanjutnya.

“Maritim Malaysia komited memperkukuh kawalan dan operasi di perairan Semporna bagi membanteras sebarang bentuk penyeludupan serta jenayah maritim,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/cubaan-seludup-petrol-gagal-di-perairan-semporna/feed/ 0 86622
Dua warga asing cuba seludup minyak subsidi ditahan https://sabahmedia.com/2025/11/04/dua-warga-asing-cuba-seludup-minyak-subsidi-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/dua-warga-asing-cuba-seludup-minyak-subsidi-ditahan/#respond Tue, 04 Nov 2025 12:56:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84969
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Ahmad Husnayan

SEMPORNA: Dua lelaki warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dipercayai terbabit dalam cubaan menyeludup keluar minyak petrol subsidi bernilai lebih RM111,000 ke negara jiran, awal pagi semalam.

Minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi khas dijalankan antara jam 7.50 malam pada 3 November hingga 3.45 pagi, 4 November di perairan Pulau Boheian dan Tanjung Manimpa, hasil risikan Unit Risikan Marin bersama bot ronda PPM Semporna.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim, berkata operasi berkenaan turut membawa kepada rampasan dua bot laju bersama dua enjin serta 112 gelen berisi minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk minyak, bot dan enjin berjumlah RM111,277.75.

“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan itu hasil pemantauan berterusan di kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan utama aktiviti penyeludupan barangan kawalan.

“PPM Wilayah 4 akan terus mempergiatkan rondaan dan risikan bagi memastikan perairan negara, khususnya di Sabah, bebas daripada sebarang aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara,” katanya.

Menurutnya, PPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap subsidi kerajaan untuk mengaut keuntungan haram.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/dua-warga-asing-cuba-seludup-minyak-subsidi-ditahan/feed/ 0 84969
Kastam Sabah rampas rokok seludup jumlah keseluruhan lebih RM8 juta https://sabahmedia.com/2024/07/17/kastam-sabah-rampas-rokok-seludup-jumlah-keseluruhan-lebih-rm8-juta/ https://sabahmedia.com/2024/07/17/kastam-sabah-rampas-rokok-seludup-jumlah-keseluruhan-lebih-rm8-juta/#respond Wed, 17 Jul 2024 06:43:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57664
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jkdm) Zon Sabah berjaya merampas rokok pelbagai jenama yang cuba diseludup masuk ke nagara ini dan disyaki tidak berkastam dengan nilai keseluruhan termasuk duti serta cukai berjumlah lebih RM8 juta dalam satu serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Sandakan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, kejayaan ini merupakan rampasan terbesar barangan rokok seludup tidak berkastam pada tahun ini.

“Pada 13 Julai lalu, jam 4.55 petang, hasil daripada maklumat Cawangan Risikan, sepasukan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Kastam Sandakan telah membuat serbuan di sebuah stor tidak bernombor di kawasan daerah Sandakan.

“Hasil daripada serbuan telah berjaya merampas 5,262,280 batang rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam bernilai RM526,228.00 di stor tersebut dengan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM7,525,727.6.

“Tiga buah kenderaan turut disita yang terdiri daripada sebuah Proton Persona, Toyota Hilux dan Toyota Hiece Van yang memuat rokok dan berada di dalam stor tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM8,051,955.60,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasir, pasukan penguatkuasaan turut menahan tiga lelaki yang berumur dalam lingkungan 33 hingga 47 tahun. Kesemua Orang Yang Disyaki (OYDS) merupakan warganegara tempatan.

“Modus operandi bagi kes ini adalah menyembunyikan barang tidak berkastam dengan niat mengelak cukai dan mendapatkan kelebihan perniagaan di pasaran tempatan.

“Rokok berkenaan dipercayai daripada luar negara yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

“Kes kini sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 Seksyen 135(1)(d),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/17/kastam-sabah-rampas-rokok-seludup-jumlah-keseluruhan-lebih-rm8-juta/feed/ 0 57664
Cubaan seludup minuman keras berjumlah lebih RM2.2 juta tumpas https://sabahmedia.com/2024/06/12/cubaan-seludup-minuman-keras-berjumlah-lebih-rm2-2-juta-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/06/12/cubaan-seludup-minuman-keras-berjumlah-lebih-rm2-2-juta-tumpas/#respond Wed, 12 Jun 2024 04:19:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55874
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menahan enam kontena berisi minuman keras bernilai lebih RM480,000 dengan anggaran duti serta cukai berjumlah lebih RM2.2 juta dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pada 10 Mei lalu hasil analisa risiko daripada Unit Pemeriksaan Kontena dan aduan awam yang diterima, sepasukan serbuan yang terdiri daripada anggota dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah membuat pemeriksaan ke atas dua puluh buah kontena kerana disyaki berisi minuman keras melalui Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua kontena tersebut telah mendapati sebanyak enam buah kontena berisi minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

“Anggaran nilai adalah sebanyak RM484,788.00, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM2,264,476.40. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 2,749,264.40,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, modus operandi bagi kes ini adalah membuat pengikraran palsu di dalam manifes laitu dagangan diikrar sebagai hand tools, aluminium fittings, driller, stove, chain, fishing net, lighting bulb, dan aluminium plate.

“Pengkikraran palsu ini dibuat adalah untuk tujuan penyeludupan dan sekaligus mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Justeru beliau menggesa orang ramai agar membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain- lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/12/cubaan-seludup-minuman-keras-berjumlah-lebih-rm2-2-juta-tumpas/feed/ 0 55874
3 ditahan angkut 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa permit  https://sabahmedia.com/2022/04/05/3-ditahan-angkut-10600-liter-petrol-bersubsidi-tanpa-permit/ https://sabahmedia.com/2022/04/05/3-ditahan-angkut-10600-liter-petrol-bersubsidi-tanpa-permit/#respond Tue, 05 Apr 2022 03:38:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13918
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Dua pemandu lori membawa 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa dokumen sah ditahan anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) di tepi jalan berdekatan lampu isyarat Jalan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan, kelmarin.

memetik laporan portal Berita Harian, Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi jam 10.15 malam dilancarkan Unit Task Force Perisikan Batalion 15 PGA Sandakan diketuai Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Abd Halim Ahmad yang kemudian turut menahan seorang lagi lelaki yang mengaku pemilik bahan api berkenaan.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, berkata ketika melakukan rondaan di kawasan Batu 16, Kampung Gum-Gum, pasukan berkenaan mengesan dua lori dalam keadaan mencurigakan sedang bergerak menuju ke arah Sandakan.

Katanya, sepasukan Unit Task Force Perisikan Batalion 15 Sandakan kemudian mengekori dua lori berkenaan sebelum bertindak menahan pemandunya dan pemeriksaan kemudian mendapati kedua-dua lori itu membawa tong warna biru disyaki berisi petrol bersubsidi.

“Pemeriksaan seterusnya mendapati sebanyak 56 tong biru berisi 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa dokumen sah berada di dua lori berkenaan. Jumlah keseluruhan rampasan petrol dan dua lori adalah RM121,730,” katanya.

Menurutnya, tiga lelaki berusia 25, 31 dan 35 tahun serta petrol dan lori yang dirampas dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/05/3-ditahan-angkut-10600-liter-petrol-bersubsidi-tanpa-permit/feed/ 0 13918
Zon Maritim Semporna Gagalkan Cubaanseludup Petrol Bersubsidi https://sabahmedia.com/2022/02/16/zon-maritim-semporna-gagalkan-cubaanseludup-petrol-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2022/02/16/zon-maritim-semporna-gagalkan-cubaanseludup-petrol-bersubsidi/#respond Wed, 16 Feb 2022 09:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12266
Read Time:1 Minute, 8 Second

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) Zon Maritim Semporna telah menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol oleh sebuah bot laju di perairan Tanjung Pantau Pantau, dekat sini sekitar jam 11.30 malam kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, semasa rondaan di sekitar perairan Pulau Omadal, bot ronda telah mengesan sebuah bot enjin sangkut tanpa nombor pendaftaran berwarna biru di lokasi lebih kurang dua batu nautika timur laut Tanjung Patau Patau.

“Semasa dirapati, tekong bot telah bertindak mengemudi botnya ke kawasan lebih cetek dan bertindak terjun melarikan diri ke kawasan tersebut.

“Pemeriksaan ke atas bot menemui tong-tong berisi minyak petrol dengan anggaran sebanyak 625 liter dan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.

Menurut Norrimi, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM100 ribu atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hot spot’ terutamanya sekitar sempadan perairan negara untuk membanteras penyeludupan dan kemasukan PATI ke negeri Sabah melalui jalan laut.

Maritim Malaysia menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/16/zon-maritim-semporna-gagalkan-cubaanseludup-petrol-bersubsidi/feed/ 0 12266
Dua Individu Seludup Barang Dari Negara Jiran Ditahan https://sabahmedia.com/2022/01/14/dua-individu-seludup-barang-dari-negara-jiran-ditahan/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/dua-individu-seludup-barang-dari-negara-jiran-ditahan/#respond Fri, 14 Jan 2022 08:04:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11090
Read Time:1 Minute, 26 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo tempatan bersama muatan pelbagai barangan yang disyaki diseludup dari negara jiran di perairan Batu Tiga,Tawau sekitar jam 4.15 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot kargo tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari sempadan perairan negara menuju ke arah muara Sungai Tawau.

Katanya, bot kargo berkenaan telah ditahan untuk pemeriksaan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Ops Cegah PATI Selatan di perairan Tawau.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot kargo tersebut dikendalikan tekong warga tempatan berusia 32 tahun bersama seorang penumpang wanita tempatan berusia 35 tahun.

“Penggeledahan ke atas bot kargo tersebut telah menemukan pelbagai barangan yang dipercayai diseludup dari negara jiran antaranya 1,171 helai kain batik buatan Indonesia dan 500 helai kain pelikat Gajah Duduk

“Turut ditemukan 1,445 helai pakaian wanita, 2,125 ketul gula merah, 2688 botol losyen badan jenama Bengkoang serta 24 tong gas LPG kosong,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Siva Kumar berkata, kesemua jenis barangan serta jenama itu dipercayai berasal dari negara Indonesia dan tekong juga telah gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan muatan yang dibawa.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan bersama bot dan muatan seterusnya diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk sisatan lanjut.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM141 ribu dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/dua-individu-seludup-barang-dari-negara-jiran-ditahan/feed/ 0 11090
Cubaan Seludup 3,500 Liter Petrol Dipatahkan https://sabahmedia.com/2021/12/20/cubaan-seludup-3500-liter-petrol-dipatahkan/ https://sabahmedia.com/2021/12/20/cubaan-seludup-3500-liter-petrol-dipatahkan/#respond Mon, 20 Dec 2021 07:05:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10116
Read Time:2 Minute, 40 Second

SEMPORNA : Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan empat lelaki warga Filipina yang menyeludup keluat 3,500 liter petrol dan tong gas di perairan Pulau Siamil disini kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.25 malam itu, tiga buah bot laju yang berada dalam keadaan mencurigakan dikesan oleh Radar CSS (Coastal Surveillance Station) di Pulau Danawan yang bergerak laju dari arah Pulau Siamil menuju ke arah luar sempadan perairan Malaysia berhampiran Pulau Sitangkai Filipina.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, berdasarkan maklumat tersebut, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) berpusat di MK ATB 2 telah menugaskan Viper 04 bersama Tim QRF yang berada di kawasan Op Pasir Selatan melaksanakan pintasan.

“Pasukan kita telah berjaya membuat pintasan dan menahan duya buah bot laju tersebut. Walau bagaimanapun, sebuah bot berjaya meloloskan diri apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

“Kedua-dua bot kemudian ditahan dan ditunda ke Jeti Pulau Siamil untuk pemeriksaan terperinci disebabkan keadaan laut yang bergelora,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Karim berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan terdiri daripada empat orang awak-awak lelaki, warganegara Filipina berusia antara 19 hingga 50 tahun, serta tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati sebanyak 100 tong minyak berkapasiti 35 liter/tong yang berisi minyak petrol berjumlah 3,500 liter berada di dalam setiap bot dan empat tong gas berkapasiti 16 kg/tong.

“Hasil keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 61,776.00. Bot tersebut ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan minyak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga awak-awak bot tidak membawa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, kedua-dua buah bot laju itu ditunda ke Jeti Kem Azumi dan kesemua awak-awak bot tersebut kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bagi membuat laporan polis pada jam 5.30 pagi.

“Mereka seterusnya dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 dan hasil keputusan kesemua awak-awak bot adalah negatif.

“Mereka seterusnya diserahkan semula kepada pihak IPD Semporna bagi siasatan lanjut oleh PDRM. Kerjasama erat di antara perkhidmatan ATM, ESSCOM, PDRM, dan KKM berada ditahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan dan kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang bertugas di POWB ATB 2, radar CSS Pulau Danawan dan Tim QRF atas kejayaan tersebut.

Beliau turut mengingatkan warga MK ATB 2 untuk kekal menjadi angkatan yang kredibel dan menerapkan kesiapsiagaan operasi tertinggi melalui “Precision Info, Precision Targeting and Precision Manouver”.

“Kejayaan kali ini membuktikan sistem radar milik MK ATB 2 memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan operasi dan memastikan POWB mampu mengesan mana-mana ancaman yang memasuki sempadan Perairan Pantai Timur Sabah dapat diawasi dengan lebih ketat dan sentiasa berada ditahap tertinggi.

“Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa peranan radar turut menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah operasi,” katanya

Katanya, melalui pelaksanaan Op Pasir dan Op Benteng Bersama di bawah naungan ATB 2 secara berterusan, pihaknya menjamin keselamatan Perairan Pantai Timur Sabah berada ditahap terbaik.

“Anggota tentera yang beroperasi turut diingatkan sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menangani sebarang cabaran serta ancaman keselamatan dari semasa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/20/cubaan-seludup-3500-liter-petrol-dipatahkan/feed/ 0 10116
Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Barang Kawalan https://sabahmedia.com/2021/11/23/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-barang-kawalan/ https://sabahmedia.com/2021/11/23/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-barang-kawalan/#respond Tue, 23 Nov 2021 08:00:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8765
Read Time:46 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup barang kawalan di kawasan perairan Kg Air, dekat sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pada jam lebih kurang 12.30 tengahari semalam (Isnin), pasukan Polis Marin membuat rondaan di kawasan Perairan Laut Kg. Air, Semporna telah ternampak sebuah bot ditambat di tiang jeti kawasan Kg. Air, Semporna dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut telah menjumpai beberapa jerikin saiz 30 liter berisi minyak petrol dan beberapa kotak minyak masak yang disyaki akan diseludup ke negara jiran iaitu Filipina,” kata Mohamad dalam kenyataannya menerusi laman Rasmi Facebook Pasukan Polis Marin W4 Sabah.

Bot dan barang kawalan ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk di serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12,627.50.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/23/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-barang-kawalan/feed/ 0 8765