Semarak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Sep 2021 10:27:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Semarak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kibar Jalur Gemilang Semarak Jiwa Merdeka https://sabahmedia.com/2021/09/13/kibar-jalur-gemilang-semarak-jiwa-merdeka/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/kibar-jalur-gemilang-semarak-jiwa-merdeka/#respond Mon, 13 Sep 2021 10:27:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6269
Read Time:53 Second

PAPAR: Penduduk daerah Papar digesa mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing bagi menyemarakkan jiwa kemerdekaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.29 Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal berkata, ia merupakan salah satu cara memperingati hari bersejarah negara kita.

“Sambutan yang biasanya disambut meriah tidak lagi dapat dilaksanakan semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita.

“Oleh yang demikian, saya meminta agar penduduk daerah ini mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing bagi menzahirkan semangat patriotisme meski berada dalam fasa yang mencabar ini,” katanya dalam Program Merdeka @ Komuniti di Dewan Kg Kelanahan, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menyatakan penghargaan kepada Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah yang tidak pernah jemu mengadakan program seumpamanya setiap tahun.

Pada program berkenaan, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa hadir mengagihkan bendera kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) lima buah kampung (Kg) iaitu Kg Kelanahan, Kg Takis, Kg Kelanahan Rimba, Kg Takis Tabasan dan Kg Andus.

Turut disampaikan adalah 50 buah bakul makanan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Manis serta Jabatan Penerangan Daerah Papar. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/kibar-jalur-gemilang-semarak-jiwa-merdeka/feed/ 0 6269
UMS Aplikasi Teknologi AR Anjur Pertandingan Mewarna Semarak Sambutan Bulan Kebangsaan https://sabahmedia.com/2021/08/20/ums-aplikasi-teknologi-ar-anjur-pertandingan-mewarna-semarak-sambutan-bulan-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/ums-aplikasi-teknologi-ar-anjur-pertandingan-mewarna-semarak-sambutan-bulan-kebangsaan/#respond Fri, 20 Aug 2021 10:58:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4963
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) mengadakan pertandingan mewarna menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) yang pertama di Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Dekan FPP UMS, Prof. Madya Dr. Sabariah Sharif berkata, penggunaan teknologi itu membolehkan kanak-kanak meneroka teknik mewarna baharu sambil menerapkan semangat cintakan negara.

“Pertandingan ini juga bagi memupuk budaya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan kanak-kanak sejak di peringkat awal usia.

“Dengan membawa tema “Cintai Alam Kita: Dunia Cendawan”, pertandingan yang bersifat 3 dimensi (3D) ini amat sesuai sebagai suatu pendedahan bagi menyemarakkan minat terhadap program STEM,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Sabariah, pertandingan itu diadakan sejak 9 Ogos dan akan tamat pada 25 Ogos 2021, terbuka kepada semua kanak-kanak prasekolah di seluruh Malaysia.

“Para peserta dikehendaki memuat turun gambar cendawan di pautan https://cendawancerah.com/site/ar-colouring contest.

“Selepas gambar itu diwarna menggunakan warna pensel, kanak-kanak boleh mengimbas gambar cendawan tersebut menggunakan aplikasi AR.

“Gambar yang dihasilkan daripada aplikasi ini sangatlah menarik dan objek cendawan dalam bentuk 3D dapat dilihat seperti realiti berdasarkan warna pilihan masing-masing.

“Kita juga menyediakan panduan video di Youtube sebagai panduan bagi mereka yang mempunyai kekeliruan dengan melayari pautan https://youtu.be/Es4Q1GP4pUY,” jelasnya.

Ujar Sabariah, penganjuran pertandingan itu juga sempena menyemarakkan sambutan Bulan STEM Kebangsaan 2021.

“Ia dianjurkan dengan kerjasama Program Pendidikan Awal Kanak-kanak FPP, Pusat E-Pembelajaran UMS, Industri Cendawan Cerah Sdn. Bhd. dan Sabah Institute of Art (SIA).

“Johan akan menerima hadiah RM300, naib johan RM200 dan tempat ketiga RM100. Sebanyak 20 pemenang saguhati akan menerima wang tunai RM50. Kesemua penerima hadiah juga akan diberikan sijil digital (e-Certificate),” tambahnya yang juga Penyelaras MySTEM Ambassador UMS.

Sementara itu, Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, FPP UMS, Dr. Connie Cassy Ompok berkata, Dunia Cendawan merentas Pendidikan STEM amat sesuai untuk kanak-kanak.

“Banyak aktiviti STEM untuk pendidikan awal kanak-kanak yang telah dihasilkan menggunakan konsep cendawan.

“Antaranya ialah penghasilan bongkah cendawan (STEM Engineering), aktiviti penerokaan tumbesaran cendawan (STEM Explore, Discover, Innovate), aktiviti ekonomi yang berasaskan cendawan (STEM Global) dan aktiviti pendekatan projek bersama ibu-bapa (STEM Society).

“Selain itu, ia juga merangkumi keusahawan dalam pendidikan awal kanak-kanak (STEM Entrepreneurship), kemampanan alam sekitar (STEM Sustainability), dan memberi kesedaran kanak-kanak lagi menghargai khazanah alam di negara ini (STEM Heritage),” katanya.

Keputusan pemenang pertandingan akan diumumkan pada 31 Ogos 2021 melalui laman Facebook Pendidikan Awal Kanak-kanak UMS dan https://cendawancerah.com/site/ar-colouring-contest.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dr. Connie Cassy Ompok ([email protected]), Prof. Madya Ts. Dr. Edmund Ng ([email protected]) dan Dr. Nur Suhaidah Sukor ([email protected])

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/ums-aplikasi-teknologi-ar-anjur-pertandingan-mewarna-semarak-sambutan-bulan-kebangsaan/feed/ 0 4963
AJK MPT Kibar Jalur Gemilang Semarak Semangat Merdeka https://sabahmedia.com/2021/08/15/ajk-mpt-kibar-jalur-gemilang-semarak-semangat-merdeka/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/ajk-mpt-kibar-jalur-gemilang-semarak-semangat-merdeka/#respond Sun, 15 Aug 2021 06:33:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4658
Read Time:1 Minute, 4 Second

PAPAR: Meskipun negara dilanda pandemik COVID-19, namun semangat Merdeka tetap membara dikalangan ahli jemaah Masjid Puncak Taqwa (MPT) pekan Kinarut dekat sini.

Meninjau semangat kemerdekaan yang ditunjukkan, para Ahli Jawatankuasa (AJK) MPT mengibarkan lebih 100 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah sebagai menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini sekaligus memeriahkan suasana perkarangan masjid tersebut.

Pengerusi MPT Prof Dr Awang Setia Musleh ketika dihubungi berkata, ini adalah berkat kerja berpasukan dan semangat kemerdekaan yang tinggi dikalangan AJK masjid, bendera Sabah dan Jalur Gemilang dipasang dan direntang rapi di perkarangan bangunan MPT bagi membakar semangat juang dikalangan jemaah dan mesyarakat sekeliling.

“Mudah-mudahan usaha ini akan menjadi contoh kepada organisasi dan mesyarakat sekeliling MPT,” katanya.

“Sejajar dengan slogan ‘Malaysia Prihatin’ yang dikekalkan sebagai tema bagi tahun ini, MPT senada dengan organisasi yang lain, di mana MPT menghargai jasa dan semangat juang barisan hadapan kita yang tidak jemu dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

“Semoga semangat juang ini dapat diterapkan dl jiwa masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat sekeliling MPT agar kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dtetapkan oleh kerajaan dalam perjuangan memerangi penularan COVID-19 seterusnya bebas dari wabak maut ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/ajk-mpt-kibar-jalur-gemilang-semarak-semangat-merdeka/feed/ 0 4658